Hidup Biar Sedap Kisah hidup yang terlalu indah untuk dibiar tanpa erti…
  • Biodata
  • Blog Tutorial
  • Kenangan Lalu
  • Tanya Kujie
    • Hubungi Kujie
    • Pengiklanan
  • Teman Tapi Mesra
  • Wajib Baca
Search
Kategori: Isu Semasa | 20 October 2009 |
KITA rugi lagi!

Tadi saya ke Kuala Kubu Baru dengan Angah . Kami ambil borang kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara ( MRSM ) di Pejabat Daerah Mara.

Dari Serendah, lalu Taman Tasik Teratai ( Point 1 ) . Kiri dan kanan ada nurseri, banyak pokok-pokok hijau, Kami bercakap tentang pokok dan kehijauan. Kemudian melepasi jambatan merentasi jalan keretapi berkembar elektrik Ladang Guru Nanak ( Point 2).

Tiba-tiba akal seorang anak berumur 15 tahun bertanya ” kenapa mesti buat jambatan dekat-dekat?

Jarak jambatan point 1 dan Point2 hanyalah 0.8km ( yang saya ukur dari google map )

“Kenapa tak buat satu jambatan, kemudian buat jalanraya menghubungkan dua buah  kampung tersebut di seberang sana. Bukankan itu satu infrastruktur yang baik untuk kawasan penempatan?”

Mencurah-curah pula idea dia.

Iya tuan-tuan dan puan-puan yang bijaksana… kenapa perlunya 2 jambatan yang berharga juta ringgit dalam jarak tak sampai 1 kilometer sedangkan jambatan Point B telah ditumbuhi semak samun menunjukkan kurangnya kekerapan digunakan.

“mama tak boleh jawaplah ngah…dia orang ikut law…..masa buat survey, kat situ ada lintasan, ikut law KTM kena buat laluan juga sebagai ganti…walaupun ikut logik akal kita tak perlu pun”

Balik dari KKB, saya baca pula berita ni…. ( Angah belum baca, dia pergi rumah Mamat )

Kerajaan ( baca : KITA ) Mungkin Tanggung Kos Kerugian RM1.14 Bilion Projek Landasan Berkembar Elektrik

Kerajaan besar kemungkinan terpaksa menanggung sebahagian RM1.14 bilion kos kerugian, dianggarkan bagi projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh, yang tidak diuruskan dengan baik.

Pengauditan yang dijalankan antara Ogos 2008 hingga Jan 2009 mendapati beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu seperti kelewatan projek disiapkan menyebabkan kos projek meningkat, peralatan dibeli melebihi keperluan serta perolehan tren tidak diselaraskan dengan pembangunan infrastruktur menyebabkan infrastruktur yang dibangunkan tidak dapat digunakan sepenuhnya sebaik sahaja ia disiapkan.

Sehingga Disember 2008, sejumlah RM5.77 bilion dibelanjakan untuk melaksanakan projek ini dengan jumlah perbelanjaan RM1.43 bilion (32.9 peratus) lebih tinggi daripada nilai kontrak asal projek berjumlah RM4.34 bilion.

Mengenai kualiti kerja, laporan itu menyebut kualiti pembinaan stesen secara umumnya adalah memuaskan kecuali reka bentuk bumbung jejantas pejalan kaki yang menghubungkan antara dua platform di Stesen Tanjung Malim didapati kurang sesuai kerana terlalu tinggi dan menyebabkan tempias apabila hujan.

Laporan lengkap baca di [ sini ]

Sebelum ini kami anak beranak pernah jugalah berbincang dan komplen tentang Stesen Tanjung Malim , tapi hanya cakap² kosong anak beranak di dalam kereta

©Kujie – kejap lagi dia balik, saya nak bagitau topik perbualan kami tadi masuk suratkhabar :lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.
Kujie
View all posts by Kujie
Kujies website

Post Lain Yang Berkaitan:

  1. Pernahkah kau bermimpi seketika
  2. Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali…
  3. Dia Bukan Tercorot Lagi
  4. DariNya kita datang…kepadaNya kita kembali
  5. Kalau kita pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang
Kisah melankolik kekasih lewat usia »

27 Berkongsi Rasa!

  • Nak Beli Uniform MRSM Kat Mana? | Hidup Biar Sedap says:
    08/02/2010 at 11:01 pm

    [...] syarat memohon adalah sekurang-kurangnya A untuk Sains dan Matematik ( 2 A ) . Malah waktu ke Pejabat MARA KKB , salinan Keputusan Percubaan PMR pun kami tak bawa ( terlupa sebenarnya ) tetapi saya merayu untuk [...]

    Balas
  • haritz says:
    21/10/2009 at 5:59 pm

    umah paksu kat desa aggerek
    .-= haritz´s last blog ..Sakit Perut =-.

    Balas
  • haziq says:
    21/10/2009 at 2:17 pm

    nak tanye skit …tu borang mrsm fom baper…
    .-= haziq´s last blog ..to know me??? =-.

    Balas
  • mrs azmi says:
    21/10/2009 at 11:18 am

    hmm untung no 1.. buat janji siap. belakang bile audit datang mase tu baru kelam kabut cucuk org sane sini nak tutup silap
    .-= mrs azmi´s last blog ..Entry ke 100: Hangus! =-.

    Balas
  • Lan Bingka says:
    20/10/2009 at 11:36 pm

    kalau dah main angka bilion2…bertanggungjawab la sikit..
    .-= Lan Bingka´s last blog ..Langkah bendul =-.

    Balas
  • kruel74 says:
    20/10/2009 at 11:19 pm

    Kami mesti pilih!!! :mrgreen:
    .-= kruel74´s last blog ..Why Corporate Open House is important for lawyers like us =-.

    Balas
  • iza~de~bintang says:
    20/10/2009 at 10:40 pm

    Banyaknya projek yang rugi sana sini. Kalau dikira betoi2 mesti panas telinga rakyat.
    Kata nak jadi negara maju tapi sistem pengangkutan kita jauh tertinggal :(

    Balas
    • maza says:
      21/10/2009 at 12:53 am

      @iza~de~bintang,

      bukan tu aje iza.. internet pun ketinggalan gak tau.. huhuhu

      org dah memecut laju ke bulan, kita masih terhegeh2 kat awan.. tupun di awang-awangan.. aderkkk!!!

      psst: frustrated. bayar mahal tapi servis, aderkkkk!
      .-= maza´s last blog ..Penulis Haluan Kiri: Diintip! =-.

      Balas
  • rumah kuning says:
    20/10/2009 at 8:47 pm

    cerdik….macam maknya jugak.Alhamdulillah
    .-= rumah kuning´s last blog ..Ada Ketikanya =-.

    Balas
  • maza says:
    20/10/2009 at 8:39 pm

    mungkin satu lagi kes PKFZ akan berlaku!?

    aduhaiii.. kanzzz…
    .-= maza´s last blog ..Penulis Haluan Kiri: Diintip! =-.

    Balas
  • maza says:
    20/10/2009 at 8:33 pm

    what a blunder! waste of rakyat’s money… :evil: :evil: :evil:

    We have to change delivery system. if it is also fill to work properly, change the administration too.. huhuhuhu

    hate to hear a lack of responsible; and especially those who are selfish just tahu jaga tengkok sendiri, sembelih rakyat!

    Balas
    • maza says:
      20/10/2009 at 8:34 pm

      @maza,

      erk pembetulan.. fill tu sebenarnya fail. typing error. due to keyboard bengong lately. huhuhuh

      :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

      Balas
  • encik cancer says:
    20/10/2009 at 7:44 pm

    em. bila dah jadi macam nih..aii.. :|
    .-= encik cancer´s last blog ..Treatment of Breast Cancer =-.

    Balas
    • Kujie says:
      22/10/2009 at 7:00 pm

      @encik cancer, benda dah jadi….

      Balas
  • Kak Long says:
    20/10/2009 at 6:45 pm

    Wah, pemimpin masa depan tu memang selalu mengeluarkan idea yang bernas! :grin:
    .-= Kak Long´s last blog ..Kejadian Ngeri Di depan Mata =-.

    Balas
    • Kujie says:
      20/10/2009 at 7:06 pm

      @Kak Long, kami ni, kalau memandu, angah tu rajin layan bersembang..mcm2 topik dan selalunya intan yg marah..suruh diam sebab topik org dewasa, dia tak faham… :lol:

      Balas
      • Kak Long says:
        20/10/2009 at 9:12 pm

        @Kujie,
        Baguslah begitu, sebab dia kreatif dan boleh berfikir secara matang. Cuma, memanglah Intan bosan, tapi nanti lama-lama dia pun boleh ikut berbincang sama. :smile:
        .-= Kak Long´s last blog ..Kejadian Ngeri Di depan Mata =-.

        Balas
  • Dr House says:
    20/10/2009 at 6:21 pm

    Kebetulan. Baru tadi baca kat tukar tiub.
    .-= Dr House´s last blog ..Pelabur Australia risau kelajuan internet Malaysia =-.

    Balas
    • Kujie says:
      20/10/2009 at 7:06 pm

      @Dr House, tu berita dari bernama online

      Balas
  • tekkaus says:
    20/10/2009 at 6:21 pm

    Setuju! Kami yang menjadi mangsa lagi sekali. :( Kenapa mereka nak berbuat demikian? Takkan kami ini masih bodoh lagi kan?
    .-= tekkaus´s last blog ..Pay Your Sleep Debt =-.

    Balas
    • Kujie says:
      20/10/2009 at 7:11 pm

      @tekkaus, kesilapan yg berulang-ulang…

      Balas
  • Tie says:
    20/10/2009 at 5:59 pm

    Err…. Memang kita rugi.

    Agak-agak siapa yang untung ? Mereka dan keluarga mereka. :evil:
    .-= Tie´s last blog ..3 hari di kampung =-.

    Balas
    • Kujie says:
      20/10/2009 at 7:11 pm

      @Tie, KITA ..jgn lupa baca dengan jelas.

      Kami pindah ke Serendah krn projek inilah..huhu :lol:

      Balas
  • kerabu says:
    20/10/2009 at 5:51 pm

    memang pun…sapa nak naik tinggi punya…

    teruk betul la wat projek ni..habis wang rakyat
    .-= kerabu´s last blog ..Ulang Tahun Kelahiran Presiden PAS =-.

    Balas
    • Kujie says:
      20/10/2009 at 7:13 pm

      @kerabu, dah siap,skrg ni bukan komuter elektrik tu yg lalu kat Rawang- Kuala Kubu, tapi tren diesel

      Balas
  • Abang Long says:
    20/10/2009 at 5:49 pm

    Salam hormat wahai kujie.

    Pernah terdengar seorang CEO berkata. Ada ketikanya gebang di kedai kopi lebih baik dari bincang dalam Parlimen.

    Balas
    • Kujie says:
      20/10/2009 at 7:13 pm

      @Abang Long, Aanak-anak otaknya fresh lagi, belum kena virus kehidupan ;-)

      Balas

Leave a Reply

Click here to cancel reply.
Nama

Email

Laman Web Anda Pilihan

Titiplah sebaris kata bukti kehadiranmu ....

Gunakan bahasa yang baik dan difahami semua.
Cubalah untuk tidak lari dari tajuk asal yang dibincangkan.
Jangan letakkan link ( url ) sewaktu menulis komen kerana komen anda akan ditapis sebagai spam.

CommentLuv badgeShow more posts

Pertama Kali ? Baca Dulu

  • Letak Gambar ( Gravatar )
  • Cara Menulis Komen
  • Kenapa Komen Tak Keluar?

Jadual Persekolahan 2012

  • Jadual Persekolahan 2012 Dan Cuti Ganti

Tabung Gajah

Post Terkini

  • 6 Feb hingga 20 Feb 2012 Tarikh Untuk Kemaskini Borang Permohonan Matrikulasi
  • Berdua Lebih Baik
  • Selamat Kembali
  • Jangan ………?
  • Melankolik Kekasih Lewat Usia : Bulan Cinta
  • Saya Bukan Calon , Tapi Tolonglah Undi

Komentar Terkini

  • Kujie on 6 Feb hingga 20 Feb 2012 Tarikh Untuk Kemaskini Borang Permohonan Matrikulasi
  • Denaihati on 6 Feb hingga 20 Feb 2012 Tarikh Untuk Kemaskini Borang Permohonan Matrikulasi
  • Zarul Umbrella on Berdua Lebih Baik
  • bardboo on Berdua Lebih Baik
  • namia on Berdua Lebih Baik

Teman Terhangat Februari

  • fiezaradzi fiezaradzi (8)
  • CMRatu CMRatu (5)
  • akubiomed akubiomed (4)
  • bardboo bardboo (4)
  • Denaihati Denaihati (4)

Pengawal Keselamatan

Web Analytics

Design by Fearlessflyer.com
Host by ServerFreak

All Rights Reserved © Hidup Biar Sedap.