Kopi Cinta Di Kluang Rail Coffee Gelatin Babi


Tahun 2006 saya bercuti berdua dengan suami ( yeah! tanpa anak² buat pertama kalinya ) dan kami menonton filem Cinta yang ada dialog Dato’ Rahim Razali …”Isteri bukan hak milik, tetapi anugerah…”

Romantik giler nak menyulam cintalah konon²nya. pergi Melaka tu….!

Life kami bukan jenis lepak tempat² yang nampak seram sejuk high class macam tu, tetapi mungkinlah hari tu  saja nak  berdating bercinta kekonon macam orang muda……….

Ambek kauuu…. sekali kecoh berita tentang status halal Kluang Rail Coffee tu yang menjadi isu hangat kedai kopi blogger dan facebook.

Bila sepanjang minggu semua orang bercerita mengenai isu dakwaan Kluang RailCoffee disahkan haram kerana ada gelatin babi dalam kopinya, terus saya cari gambar lama ini.

Kenangan manis tersebut tiba² menjadi sepahit kopi!( nak  cakap sepahit hempedu, saya tak pernah rasa hempedu)

Baca Confirm – kopi Kluang Railcoffee ada gelatin babi (laporan pengesahan dari Jabatan Agama Islam Johor)

Baca juga hanya dua buah kopitiam sahaja mendapat pengesahan sijil halal dan logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( Jakim ).

Nota : Saya baru terjumpa nota di blog http://selatanselat.blogspot.com

Premis kedai kopi yang seakan-akan seperti nama sama yang ada di Tesco, Melaka atau Mid-Valley Megamall, Kuala Lumpur (kedai kopi Kluang Station) dikhabarkan sebagai bukan kedai kopi yang sama dengan Kluang Rail Coffee walaupun menu yang disajikan seakan-akan sama.

Saya tak pasti tentang info ini… kalau betul Kedai Kopi Kluang Station dan Kluang Rail Coffee adalah premis yang berbeza , kiranya selamatlah kenangan kisah cinta saya tu..hehe:mrgreen:

EDIT : 29/03/2011

PEMILIK KLUANG RAILWAY COFFEE LAKUKAN SAMAK – sumber : hazrey.com bagi menyucikan tiga premis kopitiam lantaran penemuan gelatin babi dalam kopi yang digunakan

Samak akan dilakukan Ketua Bahagian Penyelidikan Jaij, Ustaz Yosree Ihsan dan ia akan bermula jam 9 pagi Khamis ini di premis Kluang Railway di Jalan Tasik, Kluang disusuli Jalan Station dan premis pertamanya di Stesen Keretapi Kluang.

Jumaat pula, sebuah lagi premisnya di Plaza Kotaraya, Johor Bahru akan turut disamak.

©kujie – Abang…ingat tak pasal mee siam menu yang abang order tu? hahaha…lawak sungguh!

40 Replies to “Kopi Cinta Di Kluang Rail Coffee Gelatin Babi”

  1. hadoii premis tu boleh ler diaorg samak . habis tu yg kita2 ni dah mentedarah nak buat mcmana? kita saman sorang sejuta nak!!! atau kita bako jek!!

  2. Kat KLuang ni ada 3 premis Kluang Rail Coffee . Sama owner . Dah kenyang pun orang islam makan gelatin babe tu . Sekarang baru rasa akibatnya pasal lenggang gila x macam dulu . Tu la tipu lagi . Dah samak pun buat pa orang Islam nak kayakan bukan muslim , bukan dia bayar zakat pun.. buat kopi sendiri lagi baik

  3. As Salam, sudah2lah yg haram tetap haram… x yah pertahankan. Mmg akhbar Malaysia x pernah dedah betul2.. takut kena saman kot… x perlu samak kalau dah makan.. bertaubatlah dgn taubat nasuha.. janji x buat lg!

  4. Terima kasih kerana berkongsi laporan tersebut. Memandangkan saya juga adalah peminum kopi railway kluang, jadi saya ingin memberi sedikit komen. Drpd laporan yg dipaparkan, persoalan yg timbul adalah, kenapa tidak ada tulis perkataan kopi railway kluang atau kluang railcoffee atau yg seumpamanya pada laporan tersebut? hanya “kaya Kluang Railway” dimana kandungannya disahkan tiada kandungan babi ditemui.
    Persoalan kedua, dimana page laporan tersebut yg sebelumnya? kenapa tak tunjuk laporan yg penuh?
    Oleh itu, sama2 kita siasat kerana dlm surat khabar pon tak bgtau jenama kopi tersebut.

  5. ni lah masalahnya…takde pihak yang prihatin..last2 kiter dah lama merasa benda2 tak halal ni….sekalinya tau, kopi yang di minum ada gelatin babi….hish..hish..brape ramai orang Islam terpedaya dengan benda2 macam ni…
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Duda anak satu maut nahasMy Profile

  6. errr… Kluang Rail Coffee ni kat mana? Kluang Station Pulak kat mana??

    yang pasti saya pernah makan kat kedai kopi kat stesen Keretapi Kluang time stranded banjir besar tahun 2006 dulu..

    ade kaitan ke ketiga – tiga kedai tu??
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..alamak takde air!My Profile

  7. Cerita pasal kopi2 ni.. teringat saya masa ke Vietnam, rasa kopi sangat sedap diantara kopi pernah saya minum… kopi ais dia. siapa datang vietnam tak rasa kopi dia amat la rugi.

  8. adeh..saya rasa sepanjang 4tahun belajar kat uthm doulu-doulu, hampir tiap bulan gi lepak kedai kopi Kluang Station tu.. Harap-harap diorang tak letak gelatin ba*I mase tu..kalau tak, kene samak lah daging sy nih..huhu
    Jom terjah post menarik dari liyana ..Evaluation on my last wish listMy Profile

  9. NGERI sungguh bila tahu kopi kluangrailcoffee ada gelatin babi..pasal 3-4 tahun dulu ada jugak minum kopinya dkt Plaza Kotaraya JB..harap2 masa tu ownernya blm buat kerja giler nie…
    Jom terjah post menarik dari Nadri ..Kisah Susu KambingMy Profile

Comments are closed.