Kopitiam Di Selangor Tak Halal?

Tiada kopitiam halal di Selangor

Tidak ada satu pun daripada kira-kira 180 buah premis kopitiam di Selangor mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Malah, daripada jumlah itu, kira-kira 10 peratus atau 18 premis kopitiam sahaja dari negeri itu yang memohon pensijilan halal daripada JAIS dan Jakim.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, setakat ini, pihaknya masih belum mengeluarkan sijil halal kepada mana-mana premis kopitiam di Selangor.

Sumber : Kosmo 13 Julai 2011

Baca pula entri terdahulu petikan Kosmo Rabu 24/2/2010 – Sijil Halal Kopitiam


Namun sedar atau tidak, daripada beratus-ratus kopitiam yang terdapat di negara ini, hanya dua buah sahaja mendapat pengesahan sijil halal dan logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( Jakim ).

Kopitiam tersebut ialah Pak Hailam Kopitiam yang mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara dan Jonker Walk Kopitiam di Melaka.

Sumber : Kosmo 24 Februari 2010

Carian saya di Direktori Halal Malaysia menemui 1 syarikat dan 13 premis makanan Pak Hailam  ( 8 premis mempunyai alamat perniagaan di Selangor ) yang mempunyai sijil halal sehingga Februari 2012.

 

Mana satu yang betul ni?

Saya amat jarang……….jarang…………jarang sekali mengunjungi kopitiam tetapi membaca berita Kosmo hari ni betul² membuatkan orang biasa seperti saya ini dalam kekeliruan.

Adakah Direktori Halal Malaysia di portal rasmi hab halal Malaysia tidak diperakui oleh JAIS atau JAKIM?

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. ahmad al-bab says:

    KEDAI MAMAK TIADA HALAL.

    Satu ketika di kedai mamak simpang 4 sungai Udang, Klg nama Restoren itu RESTOREN ZURAIDAH. Nama ini terhasil apabila ZURAIDAH BERKAHWIN DENGAN MAMAK IBRAHIM. Bila mereka bercerai nama RESTOREN ZURAIDAH tidak di tukar. Taukenya org India [mamak tak sembahyang], ramai orang2 masjid makan kat situ sebab sedap. Sudah 20 tahun bernaiga, pada tahun 2009 tak silap.Barulah aktiviti mereka terbongkar bahawa mereka masukkan dadah dalam setiap makanan. Polis menjumpai 1000 kilo dadah yang dibungkus seperti garam. Sekarang restoren tu di tutup ganti kedai tayar. Tauguenya dihukum gantong sampat mati. Mungkin boleh ‘cek’ dalam internet kes ini. Jadi masukkan dadah dalam makan pun lagi bahaya sebab ketagih. Lebih2 lagi kedfai mamak.

  2. betul tu. orang selalu marah kepada pihak berwajib tapi pi juga. orang sekarang dah tak ambil berat sangat pasal makan ni
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Promosi SD2 Julai 2011My Profile

  3. Kalau Kopitiam diragui macamana kedai mamak?

  4. selagi aku yakin, aku makan aje kat mana-mana kedai yang aku rasa halal..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Tips naikkan Alexa rank cara Titan – Part 3My Profile

  5. betul2..mamat sokong… daripada was2..lebih baik jangan cuba
    Jom terjah post menarik dari mamat ..Tips Cara Dapatkan Trafik Melalui Tajuk EntriMy Profile

  6. kak…. masalah skang cara jakim memberi sijil halal tu adakah cara yg betoi…. sebab skang ni rakyat malaysia hanya bergantung pada jakun…kalau jakun mengambil jalan yg mudah memberi sijil halal mcm mana?

  7. semua agensi kerajaan memang macam tu.kalau dalam pendidikan pulak,PPD dengan JPN bukan serasi pun… 😉
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Sains: Mengenal BumiMy Profile

  8. hehe…itu biasa…lagikan dalam satu pejabatpun takde keseragaman operasi..inikan pula lain2 pejabat@agensi 😀
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Pesanan buat Kakak…My Profile

  9. setuju…dan saye rase itu perlunya kita lebih rajin selidik..kata celik IT… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Masalah wp-config.php bila update wordpress 3.2…My Profile

  10. setuju…kalau was2…senang cerita jgn masuk..habis cerita..

    p/s – tp kak jie, agaknya org kita makin ambil mudah bab2 makan minum ni..agaknyelah
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Wordless Wednesday: Oh! nuff nuff…My Profile

  11. mmg keliru…harap pihak berwajib betulkan keadaan secepat mungkin (walaupun saye ni bukan pengunjung mana2 kopitiampun…hehe)

    pssst..ayat kak jie yg last mmg best! :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Wordless Wednesday: Oh! nuff nuff…My Profile

  12. Assalamualaikum,
    Kalau was-was, seeloknya tak payah makan. Itu yang saya selalu amalkan. Ada masa, kat foodcourt pun saya tak jadi makan sebab bila intai-intai tukang masaknya, nampak macam lain macam aje. memanglah kat kaunter pekerja bertudung mereka letak, tapi kat belakang…
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Gaji Bulan Julai Pekerja Kerajaan Akan Ditarik?My Profile

  13. penulis kosmo ni betul2 ke buat kajian tentang semakan status halal?macam mana pulak boleh tak sama apa yang dia sampaikan dengan direktori halal malaysia? 😯
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Trailer: Batman – The Dark Knight RisesMy Profile

  14. root cause nya ialah JAKIM sendiri..syarat untuk nak dapat HALAL LOGO Kene apply? apa sebenarnye role JAKIM kat Malaysia ni? waiting for the application je ke? then baru buat.. no wonder kalau banyak kedai masih tak de sijil halal sah jakim.

    cadangan untuk JAKIM, lepas ni semua peniaga restoran mase nak apply lesen berniaga, mesti dapatkan sijil HALAL dulu dan di inspect oleh JAKIM nature business, bukan orang dah makan dah jadi darah daging, dan banyak komplen baru nak bertindak. time tu la nak salahkan peniaga las las pemakan jugak yang kene..

    the system JAKIM untuk apply sijil halal ni mmg nonsense.
    Jom terjah post menarik dari pereman ..Gadis Pengsan Terakam Gambar Hantu [Gambar]My Profile

  15. wrizuan[dot]net says:

    🙂 betul tu seeloknya kita selidik dulu sebelum bertindak…jgn main ikut jer hihihi
    Jom terjah post menarik dari wrizuan[dot]net ..Keputusan Penuh | Malaysia (0 – 4) ArsenalMy Profile

  16. ada sesetengah kedai ada sijil halal tapi tak tau lah pula kalo ianya diperakui oleh Jakim… 😕
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..SPM this year!!!! Check out #TutorTVSPM community who shares the same jitters as youMy Profile

  17. Satu lagi lupa nak royak: Macam tiada persepakatan di antara agensi-agensi yang bertanggungjawab..

    Masing-masing buat hal sendiri..
    Jom terjah post menarik dari Zil-el-Saif @ The Encik Saif ..Jom sertai peraduan ini dan menangi baju kelawar AMNI CollectionsMy Profile

  18. Zil-el-Saif @ The Encik Saif says:

    Sepatutnya sebagai negara ISLAM:

    1)Semua pengusaha bukan islam kena mendapatkan sijil halal untuk beroperasi.

    2)Jika tak mahu mendapatkan sijil halal (takut habis duit @ tak berminat menjual kepada orang Islam) masih boleh beroperasi dengan syarat meletakkan logo “tidak halal bagi orang Islam”.

    3)Sekadar menerbitkan buah fikiran setelah membaca pandangan Dr. Maza beberapa waktu fulu…
    Jom terjah post menarik dari Zil-el-Saif @ The Encik Saif ..Menangi Baju Kelawar @ Kaftan – Sertai Peraduan Ini!My Profile

  19. Denaihati says:

    Saya lebih setuju senarai JAKIM tu kekadang orang-orang beso ni main buat statement je tanpa usul periksa atau just baca kenyataan anak buah yang selalunya tak rajin nak survey. Tu yg kadang perniaga marah. Nak parah lagi kalau pengumuman itu ada pengaruh politik.

  20. Denaihati says:

    setuju ni selalunya kita asyik marah sana sini tapi diri sendiri tak ambil kisah. Kan kita pun ada tangguhjawab untuk diri sendiri dan pilihan banyak selain kopitiam ni.

  21. Denaihati says:

    Negara kita Demokrasi jadi perniaga Cina dan India pun boleh berniaga dan kalau mereka tak memohon Sijil Halal pun tak ada masalah. Yang jadi masalah apabila mereka menampal logo halal tapi bukan dari Jakim atau Jais dan umat Islam pun tak kisah masuk je. Perkara ini memang perlu jadi keutamaan penguasa untuk menyelesaikan masalah yg tak berkesudahan.

  22. Alhamdulillah.tak pernah pergi kopitiam termasuklah Old Town ke,starbucks ke ,semua tak pernah pergi.

    Tapi masalahnya,sejak dua menjak ini,status halal banyak dipersoalkan.Dari kopi kluang,hinggalah kek secret recepi sampailah ke kopitiam.pelik pun ada juga sebab benda halal haram ini mana boleh buat main.

    Masalahnya,macam mana pihak sana boleh luluskan itu ini .Terasa juga ada keraguan.Rasuah ke apa ke.Hurmmm.
    Jom terjah post menarik dari haiqal ..Cara Paling Gampang Untuk Berkempem Churp-churp dan Says.myMy Profile

  23. reezluv says:

    mungkin dalam kes ni JAIS tak bape sebulu kot ngan JAKIM..JAIS kan state punya…JAKIM kan Federal..kot ada la tu yang tak sebulu :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..5 Perkara Pelik Korang Boleh Buat Dengan BlogMy Profile

  24. reezluv says:

    yup..kak…sama la..saya pun keliru nak ikut mana satu..selalunya saya rujuk direktori tu je untuk check..dulu isu panas mengenai Oldtown White Coffee..

    Saya kat Ipoh ni ada bersepah…bila check balik kat direktori tu,halal nampaknya..so takde la ragu2 dah nak makan kat situ..:D
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..5 Perkara Pelik Korang Boleh Buat Dengan BlogMy Profile

  25. owh… nasib la kurang pergi ke kopitiam…
    Jom terjah post menarik dari Maria ..makan-makan dekat SRMy Profile

  26. Berita tu memetik dari Pengarah JAIS – agak bercanggah ayatnya.

    Memang tiada sijil dikeluarkan oleh JAIS setakat ini, tetapi berita perenggan awal menyebut oleh JAIS atau JAKIM. Kalau tiada dikeluarkan oleh JAIS sahaja , logik juga , mungkin JAKIM pernah keluarkan. INI berita sebut dua² pihak.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Semak PLKN Online Untuk Yang Lahir Tahun 1994My Profile

  27. Itu rujukan dengan halal.gov.my tu… tak betul ke senarai yang dikeluarkan.

    Itu je isunya…hal2 lain – tanya diri sendiri, kalau was2 tak payah masuk. Itu dah jelas dalam panduan kita 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Perhimpunan Bersih Tanpa PermitMy Profile

  28. Kalau selidik sumber kedai makan biasa – pertama kali nak check sos tomyam dia dari mana…hihi 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..I Love Living Life. I Am Happy. My Profile

  29. Direktori Halal Malaysia link dengan JAKIM> Buka laman web JAKIM, ada link portal rasmi untuk check Halal.

    Bila dua fakta ini bercanggah – mana satu yang betul. Itu saja
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..I Love Living Life. I Am Happy. My Profile

  30. Sebab tu kita kena faham asas yang diajar agama – bila faham, kita tak perlu tunggu apa fatwa atau berderet sijil….
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kejubus, Rewang Dan Tetamu BloggerMy Profile

  31. Isu saya – mana satu betul?

    Direktori Halal Malaysia yang kita buat rujukan ke atau berita bahawa tiada satu pun kopitiam halal di Selangor.

    Itu je..isu makan was2…asas agama dah terangkan – kalau ada keraguan, kalau kita was-was…haram.

    Kalau kita pegang asas ajaran tu…tak perlu kita fikir keraguan lain yang timbul. Mudah sangat nak buat pilihan.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kejubus, Rewang Dan Tetamu BloggerMy Profile

  32. diorang ni still pegang sijil halal yang dengan agen dulu…padahal dah tak sah sijil tu..tapi takde undang2 JAKIM boleh gi serbu sebab tu kedai bukan orang Islam jadi atas kesedaran mereka sendiri nak gi amik sijil halal atau tak..hoho
    Jom terjah post menarik dari wanmus ..Mudahnya Cara Buka Akaun Semasa CIMBMy Profile

  33. sekarang status halam pun dah boleh buat sendiri
    Jom terjah post menarik dari mamat ..Celoteh Si Alya Puji Budak SekolahMy Profile

  34. tetarik dengan ayat..hanya 2 sahaja yang dapat sijil halal…
    Jom terjah post menarik dari mamat ..Celoteh Si Alya Puji Budak SekolahMy Profile

  35. saya pun tak tau dan konfius jugak nih. mana satu nak percaya. sebab dulu selalu jugak masuk kopitiam. tapi ikut pendapat saya elok kita percaya pada direktori halal tuh sebab ade prosedurnya kan lagipun ia diuruskan oleh jakim, daripada kita percaya media, yang maybe buat sesuatu isu untuk meningkatkan keuntungan mereka.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Wordless Wednesday : Terima KasihMy Profile

  36. wrizuan[dot]net says:

    saya lagi laa mmg tal prnh singgah pun kalu kawan2 ajak tak order pon sbb dah tau owner dia adalah cina….:)
    Jom terjah post menarik dari wrizuan[dot]net ..Keputusan Penuh | Malaysia (0 – 4) ArsenalMy Profile

  37. SEBENARNYA AKU WAS2 LA DENGAN SIJIL HALAL YG DI KELUARKAN OLEH JAKUN…. AKU ADA SEORG MEMBER YG KEJE KAT SATU KEDAI ROTI DALAM MID VALLEY… COMPANY ROTI TU TAK SILAP DARI NEGARA JIRAN SEBELAH… MEMBER AKU NI DIA KEJE BAHAGIAN DAPUR..BAHAGIAN PEMBUATAN ROTI… AKU DAPAT TAHU DARI MEMBER AKU KEDAI ROTI NI CUKUP SENANG MEMOHON SIJIL HALAL HANYA MENGGUNAKAN NAMA ORG ISLAM YG KEJA KAT SITU… PADAHAL YG KEJE BAHAGIAN DAPUR TU HANYA BEBERAPA ORG JE ORG ISLAM..TAK SILAP AKU 3-4 ORG JE…YG LAIN TU KAPIAQ…. KEDAI TU NAMPAK MCM ORG MELAYU JE BYK…TAPI YG BANYAK TU DUK BAHAGIAN SALES JE… MAKLUM LA STRATEGI PERNIAGAAN…BAB SIJIL HALAL TU MEMANG TAK PATUT… MEMBER AKU KATA JAKUN DATANG CEK HANYA TANYA SOALAN JE… SEPATUTNYA JAKUN MENGAMBIL SEMUA SAMPLE YG DI IMPORT TU BUAT KAJIAN… LAGI PUN TAK SILAP AKU LAA DALAM ISLAM PUN MELARANG KITA MAKAN MAKANAN MASAKAN DARI ORG BUKAN ISLAM SEBAB DIAORG TAK SUCI DAN BERHADAS… HEHE KALAU SALAH TOLONG PERBETULKAN….

  38. perh, biar betol??selangor kan ramai penduduk susah ar orang Islam macam ni
    Jom terjah post menarik dari usher ..Malaysia jadi negara tua tahun 2030??My Profile

  39. susah untuk mengetahui mana yg hala dan mana yg haram!
    Jom terjah post menarik dari luqman hakim ..Cara Menyemak Kuota Bandwitdh untuk akaun Google & Blogger.com dan blogspot.My Profile

  40. memang mengelirukan kak jie..
    maza juga geleng2 kepala..

    berita yg disampaikan adakalanya kreditnya menjadi persoalan..aduhaiii..

    pencerahan please…
    😥 😥 😥
    Jom terjah post menarik dari maza ..Wordles Wednesday – Demi SihatMy Profile

  41. pernah sekali je makan kat kopitiam(bangi)..lepas tu macam² dengar pasal kopitiam ni..

    tu cerita pasal kopitiam (sebab ada standard)..belum selidik kedai² makan biasa tu kan kak jie?
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Rabu Tanpa Kata – SOPANMy Profile

  42. erk…. isu saya

    mana satu yg betul
    berita tu kata, tak ada satu pun kopitiam ada sijil halal di selangor
    carian di Direktori Halal Malaysia, saya jumpa Pak Hailam Kopitiam ada sijil halal

    isunya…..mana satu kita nak percaya?

    ada ke tak de?
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Hati-hati Meski Sekadar Dalam HatiMy Profile

  43. Kamarul Azri™ says:

    macam mana mereka dapat berniaga ni, kes macam ni tak patut ambil ringan…
    Jom terjah post menarik dari Kamarul Azri™ ..Wordless Wednesday: TaubatMy Profile