Lagi kes penderaan pembantu rumah Indonesia

BERITA TERKINI : Kes penderaan pembantu rumah warga Indonesia Muntik Bani.

Isnin Julai 19, 2010 – Majikan Muntik Bani, A.Murugan disabitkan bersalah membunuh dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Hakim Mohd Yazid Mustafa yang berpuas hati bahawa pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi.

Murugan didakwa membunuh Muntik, 36, antara 18 dan 20 Oktober 2009 di rumahnya di nombor 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa,Klang, Selangor.

##################################################

Gambar kredit : Mstar

Gambar kredit : Mstar

Inilah gambar majikan keji yang mendera pembantu rumah dari Indonesia hingga meninggal dunia.

A. Murugan, 35 seorang penjual air tebu didakwa atas tuduhan membunuh pembantu rumahnya, Muntik seorang warga Indonesia minggu lalu.

Muntik binti Bani yang berasal dari Surabaya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, pada pukul 10 pagi, 26 Oktober lalu setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan kerana terlalu lemah.

Ketika diselamatkan dari rumah majikannya, pada 21 Oktober lalu, pembantu rumah terbabit berada dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ dan dikurung dalam tandas, kepala dicukur hampir botak dan tidak diberi makan beberapa hari oleh majikannya.

Jenazah Mantik dihantar pulang ke Surabaya dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) jam 8.15 pagi ini diiringi pegawai kedutaan hingga ke Surabaya sebelum menggunakan jalan darat ke kampungnya di Jeumber, Surabaya.

– saya baca akhbar online, ada yang tulis Muntik, ada yang tulis Mantik walau dalam kolum berita yang sama.

Dalam keadaan hubungan Malaysia- Indonesia yang seruncing buluh isu ini akan menyemarakkan lagi api di dalam sekam. Isu penderaan berlaku secara berterusan. Terlalu ramai pekerja Indonesia, pembantu rumah yang teraniaya. Masalah ini jika tidak ditangani dan dibiarkan berlarutan akan mengeruhkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

Kenapa kes-kes penderaan pembantu rumah Indonesia ini berlaku dan terus berlaku?  Majikan terlalu cerewet atau pembantu rumah tidak pandai membuat kerja rumah?

Menurut Dr. Fatimah Yusoff , Pensyarah Jabatan Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), masalah personaliti majikan yang terlalu garang serta sikap sesetengah pembantu rumah yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan pekerjaan mereka adalah antara faktor yang mengakibatkan terjadinya kes-kes penderaan.

Kebanyakan kes majikan yang mendera pembantu rumah adalah daripada kalangan majikan yang bukan berbangsa Melayu. Faktor komunikasi boleh juga menyebabkan ketegangan antara majikan dan pekerja. Untuk memahami bahasa Melayu pun susah apa lagi bahasa Indonesia. Ada pembantu rumah yang datang dari desa juga kurang fasih berbahasa Indonesia kerana kebanyakan mereka menggunakan bahasa daerah sebagai bahasa utama.

Majikan yang menaruh harapan yang sangat tinggi kepada pembantu rumah Indonesia kerana mereka telah membelanjakan hampir RM5,000 untuk mendapatkan pembantu rumah. Kebanyakan mereka dari daerah pedalaman yang sangat memerlukan pekerjaan untuk menanggung keluarga hingga sanggup datang sejauh itu. Mereka tiada pengalaman bercampur dengan orang luar sejak di kampung halaman lagi dan kejutan ini menyebabkan gagal menyesuaikan diri dengan bahasa dan budaya orang di Malaysia apalagi kalau bekerja di rumah rakyat Malaysia bukan berbangsa melayu.

Saya berharap, hukuman maksimum dikenakan kepada majikan yang hilang sifat-sifat kemanusiaan seperti ini.    Nak gambarkan  majikan seperti haiwan tak boleh juga sebab haiwan masih ada sifat-sifat penyanyangnya.

Walaupun majikan yang melakukan penganiayaan tersebut telalu kecil bilangannya tapi perbuatan tersebut boleh mendatangkan masalah bagi rakyat Malaysia sendiri sehingga pihak dari Indonesia meminta majikan Muntik mohon maaf secara rasmi kepada Presiden RI, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan bangsa Indonesia Bukan calang² kes kalau melibatkan negara dan bangsa.

Warganegara asing merupakan 40 peratus daripada banduan di seluruh negara Malaysia dengan rakyat Indonesia paling ramai iaitu 8,000 orang – siapa nak minta maaf ni?

Tapi kalau kisah pembantu rumah dera majikan lagiiiiiiiiiiiii banyak!

© Perkara yang benar tidak akan berdiri dengan sikap manusia yang mempertahankannya dengan cara yang tidak betul….

EDIT :


PEMBANTU RUMAH INDONESIA BAKAR RUMAH MAJIKAN DAN MENCURI

PEMBANTU RUMAH INDONESIA DERA BAYI MAJIKAN


About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. majikan berbuat begitu tapi tiada bukti yang di pamirkan ini adalah dewasa bayi yang di bunuh oleh pembantu itu bukan pergadohan antara malaysia dan Indonesia pandangan saya adalah bukan kemanusiaan ini adalah kenakan agama dan bangsa.

  2. lega rasa hati abang mengucapkan kata-kata macam ni

  3. maaf….. saya juga warga indonesia yang ada di malaysia

    apa yang akan jadi kalo manusia bangsa kita udah macam ini,,,…
    padahal Rosulullah telah bersabda
    (INNAMA BUISTTU LIUTAMMIMA MAKARIMAL AHLAK)
    (SAYA DI UTUS KEDUNIA UNTUK BERBUDI PEKERTI )
    adakah yang berbuat macam itu islam ?………………….

  4. kikilala says:

    manusia kadang2 kejam,kadang2 baik pulak..tdk sangka smpai buat gitu ow.. :shock:

  5. Biarpun majikan cerewet atau pembantu rumah tidak cekap membuat kerja, itu bukan alasan untuk membunuh seorang manusia yang lain. Muntik sekadar menghulurkan perkhidmatan membantu menguruskan rumah tangga majikannya. Tidak kira pembantu rumah atau majikan, bos atau pekerja, miskin atau kaya, kuat atau lemah, kita SEMUA dicipta sama oleh Tuhan.

    • Anonymous says:

      @Yvonne, anyway pembantu adalah manusia biasa…jika nak ambil pembantu well educated mampu ke nak bayar gaji more than RM700.00 per month especially those income total household RM3,000.00. Parah juga, pembantu hanya membantu kita bukan semua kerja dia kena buat…..sebab rumah itu adalah milik majikan….. anak-anak adalah hak majikan

  6. Pening kepala dengan perkara yang tak sepatutnya terjadi… Inisudah kes berat!
    .-= samdaddycool´s last blog ..Syukur Alhamdulillah =-.

  7. Saya rasa kita tidak patut mendera mereka. Mereka juga mempunyai keluarga sendiri. Bayangkan kalau keluarga mu yang merantau di negeri orang lain dan didera? :sad:
    .-= tekkaus´s last blog ..The Best Women’s Army Uniform Goes To… =-.

  8. saye rase perangai majikan tu..
    panas baran sangat..
    .-= Azfarul´s last blog ..Caught In Bad Romance =-.

  9. macam2 perangai org zaman skrg ni..pelik2 :???:
    .-= x-po´s last blog ..BAGUS KE JUAL MAHAL DALAM BERCINTA? =-.

  10. maza berdoa dan menaruh harapan agar rakyat kita tidak sama melatah seperti rakyat dan akhbar Indon.. Apatah lagi org2 indon di Indonesia itu semuanya emosi… terlalu emosional dan kekadang terlalu korup! terutama dlm situasi begini, mudah sahaja hilang pertimbangan…

    org yg bersalah biar dihukum.. jgn sampai satu negara pula yg jahanam gara2 geram dgn sorg punya pasal.. lantaran itu, kerajaan Msia jgn mengulangi peristiwa lalu (kes minta maaf dgn kerajaan China pasal tahanan lokap wanita yg diseparuh bogelkan.. akhirnya sisatan penuh mendapati rakyat sendiri yg dibogelkan itu)..

    jgn tergocoh gacah!
    yang salah perlu diadili.. termasuklah disebelah majikan dan pembantu rumah!.. bukan semua rakyat msia ini mulia2 belaka, apatah lagi rakyat sebarang itu..

  11. kesian…nape jadi cam nih… :|
    .-= Nine´s last blog ..Cabaran VEDERA : Stages Album 2009 =-.

  12. saya adalah contoh majikan yang didera pembantu rumah.heheh
    .-= ibuakif´s last blog ..Takmo tapi terpaksa =-.

  13. sudah mati cakap. sudah mati ayat. tapi perkara sebegini berlaku lagi. kenyataannya memang sukar untuk mengawal orang lain kecuali mereka mengawal mereka sendiri.

    namun sy percaya punca utama perkara sebegini adalah amalan cara mengawal stress yang tidak bijaksana.

    masalah dalaman setiap manusia sukar untuk ditangani tanpa manusia tersebut menyuarakannya. ada yang dapat mengawal dan ada yang tidak.
    .-= megat´s last blog ..Sumbangan Ikhlas, Selamatkan Megat Dot Net =-.

  14. jika tak salah pendera ni ada jenayah lain sebelum ni. lawyer yang mewakili dia sebelum ni yang dapat panggilan drp isteri pendera ni, lawyer tu pulak jadi pengadu dlm kes mendera ni. pusing pi pusing mai dok tang tu juga. kalau dah biasa buat jenayah tak serik agaknya.
    .-= zany´s last blog ..Sajak Lepaskan Tension =-.

  15. salam kak jie.
    sedih juga bila bertambahnya kes-kes dera dan bunuh pembantu rumah ni. dah semakin hilang keperimanusiaan dan hormat-menghormati sesama makhluk. mungkin benar, harapan tinggi majikan dan juga jurang komunikasi menjadi salah satu dari penyebab kes sebegini berlaku.
    kami juga ada pembantu dari indonesia tapi kami layan seperti keluarga, itupun salah seorang pembantu masih menipu kami dan lari pulang ke medan.
    moga-moga kerajaan kita bijak mengatasi masalah ini agar hubungan kejiranan antara negara akan kembali pulih dan kekal aman.
    memang masalah akan semakin besar kalau kes sebegini tidak dibersihkan di akar umbi.
    .-= KakChik´s last blog ..Gala Pesona Cik Siti Wan Kembang =-.

  16. tak kita, depa. tak depa, kita. yang panaskan semula isu. kalau gitu sampai bila pun tak akan selesai… :roll:
    .-= haida_s_h´s last blog ..Sabah siri 2 (Monsopiad – it’s not every kampung got skulls hanging in the house) =-.

  17. kemana hilangnya sifat kemanusiaan agaknya..

    aduhai..

  18. Pihak ke 3 yang memang nak tengok Malaysia – Indonesia tidak aman pasti mengambil kesempatan daripada keBODOHAN mamat sorang ni. Ni nak marah ni …tolong pegang sikit tangan aku ni kalau tidak mati mamat ni…….

  19. hmm susah jugak kak kalau amik pekerja luar ni..diorang tak faham budaya kita. yang majikan ni pun sengal jugak.nak dera tu sikit2 dahlah, janganlah sampai mati2 anak orang..dera atau pukul sekdara nak mengajar dahlah..sengal

  20. keruh yg ada pun ..tak selesai lg..timbul isu lg satu…

    makin lame indonesia dgn malaysia makin tegang dibuatnya..negara lain pulak sorak sakan sebab 2-2 negara ni bergaduh..negara sesama islam…
    .-= dilot´s last blog ..wallpaper untuk dekstop =-.

  21. pening memikir nya… buat peraturan bibik muslim di larang bekerja dengan majikan bukan muslim.. ada kaitan tak ?

  22. sha pun tak faham. ada sesetengah orang terlalu memandang rendah pada org lain. lepas tu, lepas satu…satu pembantu rumah lari. cuba fikirkan, kalaulah seorang pembantu rumah lari…mungkin salah pembantu. tp kalau dah dua tiga empat lima orang pembantu rumah lari…takkan semua pembantu rumah sama aje kan?

    sekarang, pembantu rumah nieh dah ramai kat malaysia nieh. kalau diorg buat mogok dera anak2 kita pulak…kan dah susah!
    .-= cheryna´s last blog ..sha: garfield and caramel apple =-.

  23. Entahlah kak jie..
    Makin teruk la perhubungan antara dua negara disebabkan mereka2 ni..
    .-= zool´s last blog ..Pemeriksaan kesihatan =-.

  24. Ke manalah hilangnya sifat kemanusiaan hingga sanggup mendera pembantu rumah sebegitu rupa.
    Kalaupun mereka salah, sepatutnya ada cara lain untuk mengajar mereka.
    Seperti yang Kujie katakan, “walaupun majikan yang melakukan penganiayaan tersebut telalu kecil bilangannya tapi perbuatan tersebut boleh mendatangkan masalah bagi rakyat Malaysia sendiri” terutama bagi mereka yang terlalu emosional hingga mencetuskan ketegangan yang sepatutnya boleh dielakkan jika berfikir secara rasional.
    Lepas ni, tak tahulah pula apa tuntutan mereka lagi terhadap majikan yang mahu mengambil pembantu rumah dari sana.
    Hanya kerana segelintir manusia yang menganggap bahawa wang mereka itu lebih besar nilainya daripada sifat kemanusiaan, maka banyak perkara yang menyusahkan orang lain akan timbul..
    .-= Kak Long´s last blog ..Weblog Popular 1 Malaysia : Saya ingatkan… =-.