Larian Serentak 1Sukan 1Murid 1Malaysia

Pagi ini 2hb Julai 2011, seluruh negara berlangsung Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia secara serentak yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin di Taiping. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah direkodkan didalam Malaysian Book of Records.

Saya hantar Intan ke sekolah seperti biasa kerana setiap Sabtu sehingga UPSR memang dia ada kelas tambahan di sekolah. Cuma hari ini kelas dibatalkan untuk acara Larian 1Sukan 1Murid 1Malaysia. Saya tak ikuti acara larian, tetapi datang semula ke sekolah selepas larian tamat.

Selepas Larian 1Sukan 1Murid 1Malaysia, berbagai acara sukan lain dipertandingkan. Meriah dan warna warni!

Murid tahun 1-3 bertanding acara sukaneka. Riuh sorakkan rakan² memberi semangat pada pasukan masing² bergema memenuhi ruang sekolah.

chaiyok … ! chaiyok…! chaiyok…. ! ( Intan betulkan… sebutan yang betul adalah Cha Yóu )


Murid tahun 4-6 terlibat dengan sukan seperti Bola Keranjang. Nampak Intan tu….macam ia ia je ,kan.

Ada murid yang bertanding acara pingpong.

Bolasepak berlangsung di padang majlis daerah di tepi sekolah.  Tepat jam 12 tenghari, berlangsung  acara penyampaian hadiah.

Seronok tengok murid duduk bersama² berbagai bangsa, berbagai warna kulit dan warna baju – merah, biru, putih, kuning dan hijau.

Spot Intan dari jauh… muka dah penat !

Balik dari majlis, kami hadiri 2 majlis kenduri perkahwinan. Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati.

Dah bosan dengan Google+

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Larian Serentak 1Sukan 1Murid 1Malaysia”

  1. bestnya tengok gambar-gambar kat atas. kat sini lari jugak tapi tak semeriah gambar tuh, murid tak ramai dan cikgu-cikgu tak join sama.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Sakit KepalaMy Profile

  2. sekolah aku lari sekurang2nya 1.5 km.aku cuma pantau je.jadi marshal la katakan.tengok je budak2 lari.cikgu2 pun lari gak.bagi yang takde kerja la aritu.yang best last dapat cabutan bertuah.haha…

  3. owh….sekolah Intan tak wajib… tetapi ibubapa digalakkan datang. Dia orang lari kat luar kawasan sekolah..kat kawasan perumahan…pusing sekali , balik

    murid 1-3 lari kat padang…diasingkan

    cikgu semua ambil bahagian…itu yg best

    ini dah timbulkan rasa tak puas hati ibubapa…ada yg tak kena..tak mencapai sasaran yg sepatutnya ni
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cara Edit Gambar Dalam PostMy Profile

  4. cuma tak syoknye ibu bapa diminta temankan anak2 berlari kat tengah padang yang kebanjiran sedangkan guru2 ada yang dok tengok jer…berborak2 kat tepi padang sambil tengok jer….kena sehati sejiwa jayakan konsep 1Malaysia… 😀
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..100% Authentic Coach PoppyMy Profile

  5. 2 objektif larian ini diadakan..

    1. Kesihatan.. sambil tu jd senaman la..ye tak..
    2. Perpaduan.. bila dha lari ramai2.. suma bangsa bercampur tidak kira bangsa apa..
    Jom terjah post menarik dari Chipcoklat ..Nuffnang VS AdvertletsMy Profile

Comments are closed.