Lelaki Seperti Fotofit Kes Simbah Asid Telah Ke Balai Polis

Seorang lelaki yang wajahnya serupa dengan gambaran fotofit lelaki yang dikehendaki polis dalam kes simbah asid telah datang secara sukarela ke balai polis untuk memberikan kenyataan menyangkal bahawa dia adalah orang yang dikehendaki.



Selepas disiasat, dia bukanlah ‘lelaki paling hot’ yang sedang menjadi sebutan hampir setiap warga Kuala Lumpur. Lelaki tersebut datang ke balai polis setelah saudaranya melihat fotofit yang disebarkan dan menyarankannya untuk membersihkan namanya .

Nasib baik, kan. Cuba pula bayangkan kalau pemilik nombor plat WPV 4963 menerima akibat dari penyebaran maklumat palsu bahawa dia dikehendaki polis. Tak pasal²..kan.

Saya yang makcik² ni boleh telefon Polis KL 03 21159999 untuk mendapatkan pengesahan maklumat. Sepatutnya kita yang dah bertahun² dalam dunia internet ada deria untuk menapis lambakan maklumat sebelum disebarkan.

Telefon polis lebih mudah dari publish post entri.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Lelaki Seperti Fotofit Kes Simbah Asid Telah Ke Balai Polis”

  1. Hallamak! Boleh pula jadi gitu ye. Kalau saya jadi mamat tu pun, memang akan buat perkara yang sama. Berani kerana benar. Hairan boleh jadi demikian. Dalang mana pula yg sebarkan gambar yang salah? Kalau mamat tu peguam dah sah dia saman malu balik.

    Rakyat Malaysia semua bersemangat mahukan penjenayah tu ditangkap. Hari ni dikatakan, pemandu teksi juga bersepakat membantu polis. Itu semangat 1Malaysia. Tapi asasnya, polis sendiri mesti membuktikan kewibawaan mereka menangani kes ini. Jika kes ini pun ‘sukar’ untuk mereka. Apa lagi kes yang besar. Mana nak hala kepercayaan rakyat. Kes Nurin pun tak jumpa penjenayahnya.

  2. Assalamualaikum,
    Alahai…kesian dia. Tak pepasal satu malaya kutuk dia. Harapnya dia kena hati-hatilah bila muka dah tersebar luas tu, mana tau ada orang tak TERBACA maklumat terkini macam ni…still dok ingat dia yang buat. Jenuh kena tibai tu…
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Selamat Hari GuruMy Profile

  3. Mungkin orang yang memberi gambaran fotofit tu tersalah beri gambaran. Jarang pelukit fotofit polis salah lukis. Kita mempunyai pakar fotofit terbaik dunia.
    Jom terjah post menarik dari Sabahan Bloggers Club ..Blogspot unavailable updateMy Profile

  4. kira kes aniya gak ler..

    walaupun sudah pergi ke balai polis dan buat pengumuman bhw dia bukan orangnya, ramai sudah org kat luar ini mengecam si dia..

    dan lagi malang berita penafian itu tak dibawa oleh semua org.. ada harapan gak tiba2 kena pukul tu! aderkkkk

    mudah2an dia selamat.. ameennn

  5. nasib baiklah lelaki nie segera gi balai, kalau tak xpasal2 kena belasah nnti dgn org ramai, harap penjenaya sebenar dpt dtgkp dgn segera. dh linkkan entry nie ke entry 2 hari lepas, mls nk menaip..penat sgt seharian duk kt luar 😆
    Jom terjah post menarik dari yanmie ..Menahan NafsuMy Profile

  6. Bahaya…bahaya, kalau ler org yg tak bersalah tu kena belasah gara2 gambaran fotofit tu sama dgn wajahnya.

    …kalau ni terjadi siapa agaknya yang nak dipersalahkan.
    Jom terjah post menarik dari TokNabe ..Menjelang Hari GuruMy Profile

Comments are closed.