Ini isu untuk wanita. Wanita yang perihati yang menjadi mangsa fesyen. Petang tadi waktu ke pasar malam, saya perhatikan hampir semua orang terfokus pada seorang wanita. Bertudung dan ber’baby shirt’ jalan bersama anak perempuan bertudung cantik beruniform sekolah agama.
Bila dekat, barulah saya tahu kenapa. Owh……….. dia punya camel toe! Astaghfirullahala’zim.
Camel toe adalah istilah slang yang merujuk kepada garis yang terhasil dari pemakaian seluar yang ketat hingga nampak tulang kemaluan dan sekitarnya tetapi jika anda bogel, itu bukan diistilahkan sebagai comel toe, itu adalah natural. Sumber : wikipedia (klik) . Kalau lelaki dipanggil “moose knuckle”
Saya tak boleh nak post gambar camel toe kerana bila saya cari image camel toe pun dapat warning macam ni : Results for camel toe may contain adult-oriented content.Your SafeSearch filter must be turned off to display these results.. Jadi faham² sendirilah. Kalau nak tengok ‘camel toe’ tu, search sendiri dan pastikan anda cukup umur untuk menanggung risiko tersebut.
Tapi untuk tidak menghampakan , saya tunjukkan jugalah bagaimana kedudukan yang dinamakan ‘camel toe’ tersebut.
Ini yang original.

Ini yang melekap pada tubuh manusia.

Atas nama fashion, perempuan sering membuat kesalahan keji.
Dulu keadaan ini sering terjadi pada anak gadis yang memakai legging. Tahu legging? Legging adalah sejenis seluar sendat nipis yang biasanya diperbuat daripada campuran lycra, Spandex, nilon, kapas, atau polyester campuran.

Bukan saja legging yang menghasilkan ‘comel toe’ tetapi jenis seluar yang berkaki kembang pun sering menonjolkan ‘comel toe’ disebabkan oleh memakai seluar yang terlalu besar di satu kawasan tertentu-membuat daerah timbal balik terlalu kecil.

Kalau meminati seluar seperti ini, janganlah pakai ‘baby shirt’. Pakailah blouse yang labuh menutupi punggung. Dulu legging dicipta untuk anak gadis tetapi sekarang seluar jenis ini mensasarkan penggunanya wanita pertengahan umur dengan anggapan tidak ketat tetapi longgar. Longgarnya dibawah tetapi di “ tempat tu “ lebih terserlah bentuk ‘camel toe’ dari ratu dunia berbikini.
p/s – macam nak pengsan tengok ibu² mengandung juga memakai seluar seperti ini. Semua bentuk terserlah. Wahai suami, tegurlah isteri anda. Itu tanggungjawap.
Sila ambil perhatian – legging bukanlah seluar, jadi jangan jadi mangsa fesyen.
©kujie – Lama tak lalu Lenggong.
Post Lain Yang Berkaitan:


ape kurangnye kite…same jer…
kite pun x sempurna
owh kak kujie…
ini 1st time yg pertama jumpe istilah ini..
satu pljrn baru utk ku..
hehe lawo blog pink baru akk ni ! sukeee…:)
Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..View tak cantik dengan Chrome -
Kakak saya pon suke sangat pakai suar legging xkire la kat umah ke kat luar ke salu sangat pakai. Pakai plak dengan baby tshirt. nampak jelas bentuk ‘V’ dia.
tuan blog tu tulis sikit saja, tegurlah isteri anda. itu tanggungawap bukan dia kutuk lelaki yang tak tegur isteri pun.
ego setinggi langit tak boleh terima sampai rasa terhina.
Jom terjah post menarik dari Leon ..Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Amin kak kujie.. Terima Kasih.. Doalah senjata mukmin kan
Tapi saya pula semakin jauh dari awal sekarang.. Ya Allah
Jom terjah post menarik dari ProfHariz ..Berkahwin Usia Muda
ikut mana yg baik…itu yg terbaik..sbb dari awal pun mama just sampaikan benda yg baik…
sape nak sentap, silakan lah….ibarat anjing menyalak bukit….bukit takkan runtuh kerana salakan tersebut…
=)
cik abang tak bagi balas komen dia lagi. Bila suami ‘tegur’ benda yang baik, ikutlah.
nak anggap kolot sebab ikut cakap suami , anggaplah.
nak buat camner ma, zaman dah berubahh…manusia dah maju..maju tapi tak berotak mcm tu lah…tapi xper..x kan nak di cop sebagai kolot…alah, kubur masing2 ada kesahhh…(mcm nanti dia mati leh gali lobang kubur sendiri, pastu tanam diri sendiri) dia punya barang, tu pasal dia nak tunjuk…dan, hak asasi manusia ni susah nak di tegur, aku punya suka lahh…haha…kalu btol kail panjang sedepa, pasti tak mcm beruk makyeh kena belacan..
hahhahaha…..:)
yup, it’s agreeable that in Malaysia (specifically) the camel toe thing is a shame. especially by those yang bertudung.
mintak simpang… huhu..
Jom terjah post menarik dari bubbles182 ..October is the Breast Cancer Awareness Month
saya setuju kak kujie , rasa macam diorang nie nak g mandi kat swimming pool je.
macam-macam ada sekarang ni.. bila ditegur marah

Jom terjah post menarik dari Syafrizal ..Hentikan segera jualan susu Similac
Hi semua, bicara ini semakin hangat. Saya tak makan cili kalau itu yang puan nak tahu. Tapi saya memberi cili kepada puan dan kawan2 puan yang lain agar sedar akan pedasnya cili itu. Saya sedar bahawa terlalu payah untuk menerima kesalahan sendiri apabila kesalahan tersebut adalah jelas dan nyata. Jadi, memang sudah lumrah alam bahawa tiada siapa yang nak mengaku kesalahan sendiri walaupun jelas. Memang entri puan tidak mengajak membuat perbuatan jahat atau sumbang tetapi, entri puan berunsur penghinaan terhadap kaum lelaki dan suami. Seolah-olah kesalahan tersebut hanya semata-mata terletak dibahu lelaki dan suami. Bermakna kaum wanita boleh bebas lepas tangan begitu saja walaupun bukan kaum lelaki yang berpakaian sendat. Saya tidak menyatakan bahawa menunjuk-nunjuk camel toe itu perkara mulia di sisi agama. Tetapi yang peliknya sebagai seorang wanita muslim pengetahuan tentang aurat adalah tertakluk di dalam satu bab sahaja dan ianya mudah difahami…seharusnya wanita itu sendiri yang perlu sedar akan apa jua pakaian yang dibeli dan dipakai. Tak mungkin guru agama yang mengajar bab aurat berhenti mengajar setakat pakai tudung saja…kain nya mana…? Sejak kecil lagi kita diajar pakai baju kena pakai seluar…begitu juga pakai tudung kena pakai baju labuh bukan skirt pendek atau seluar ketat atau baju tank top…kan…? Logik ke tidak..? sudah tentu logik. Ini bukan andaian tetapi ianya realiti.
Kaum wanita tidak seharusnya menyalahkan kaum lelaki atau suami sahaja dalam soal berpakaian. Itu pilihan mereka dan mereka tahu akan baik-buruknya pakaian tersebut. Terimalah hakikat bahawa wanita Islam masa kini sudah luntur imannya. Pendidikan agama sentiasa ada tapi…masuk telinga kiri…keluar dari 5 ruang rongga badannya…satu pun tak sangkut…Bukan salah suami atau lelaki semata…
Untuk pengetahuan puan, saya tidak perlu pergi ke mana-mana forum bahasa Inggeris di internet. Saya tahu dan saya berkelulusan luar negeri. Istilah camel toe bukannya istilah baru. Ianya sudah berada di dalam kamus melebihi usia anda.Saya terkilan kerana ramai yang tidak tahu akan istilah camel toe ini. Inilah yang menjadi satu contoh bahawa orang Islam di Malaysia terlalu lemah pendidikan nya…terlalu jauh ketinggalan di dunia apalagi akhirat…Tak cukup syarat rasanya. Puan, kalau kail panjang sejengkal usah lautan hendak diduga… Nabi Muhammad S.A.W mendiamkan dirinya sekiranya beliau tidak dapat memutuskan sesuatu hukum hakam. Itu menunjukkan bahawa, kadang kala mendiamkan diri adalah lebih baik daripada kita mendebatkan sesuatu topik seperti ini apatah lagi menyalahkan sesuatu kaum sekiranya ilmu di dada hanya se ela panjangnya…
salam…saya sokong kak JIE…bro Rahmat…kalo dah jadi suami kena pantau isteri n anak anda bro!!!jangan jadi LIBERAL
kadang2 cara untuk membaiki atau menegur tak semestinya juga dengan perkataan, tetapi juga boleh dengan perbuatan – tunjukkan akhlak yang baik.
Lagi satu, jangan lupa doa. Hidayah milik Allah, kita berusaha
Dalam kes ini saya menggunakan perkataan ” tegurlah isteri anda” Itu tanggungjawap
adakah itu menunjukkan saya mempersalahkan lelaki atau suami?
Encik Rahmat banyak sangat makan cili kot.
Entry ini mempunyai 338 perkataan, 2 baris menerangkan mukadimah seorang perempuan berpakaian nampak ‘camel toe’
2 baris menyentuh bab perempuan mengandung nampak ‘camel toe’ dan nasihat kepada suami supaya menegur isteri.
Yang selebihnya adalah penerangan apa itu camel toe dan kenapa ianya ‘buruk’ pada umum .
Adakah entri ini mencaci? Adakah entri ini mengajak manusia untuk berbuat jahat?
Adakah menampakkan ‘camel toe’ itu perkara baik, mulia?
Saudara buat carian di internet, dan pergi ke forum berbahasa inggeris yang lain di luar negara dan baca, mereka yang moden sekali pun menyatakan adalah salah memakain legging di tempat awam apalagi ‘camel toe’
maaf sedara…sebagai seorang lelaki juga suami saya akan rasa terhina jika orang dbawah tanggungan saya memakai pakaian yang menonjol kan “kaki unta”nya.jadi dayus lah saya jika tidak membuat sesuatu untuk menghalang perbuatan dan tingkah laku yang akan menonjolkan “kaki unta”nya.dan…saya tak mahu ke”NAR” kerana nya.
betul ke arab saudi mengalu alu kan kedatangan kita.jangan asal sebut jer bro,kita sepatutnya kena kembali kepangkal jalan.adap,budaya dan agama kita tak pernah menyuruh kita berpakaian begitu.kan….fikir secara positif….jangan asal sedap mulut jer.
Hi semua, terima kasih atas pandangan anda. Memang itu yang tertulis dan difirmankan tapi sebagai wanita, bukan semua dan segala tanggungjawab terletak di atas bahu kaum lelaki. Nakhoda kapal tidak akan berjaya dalam satu-satu pelayaran sekiranya anak-anak kapalnya tidak bekerjasama. Hukum telah jatuh bahawa berpakaian sedemikian adalah salah tapi sekiranya wanita itu sendiri gagal untuk untuk mematuhi hukum tersebut maka itu bukanlah kesalahan pihak suami. Sebagai wanita Islam perkara ini jelas dan tidak perlu diberitahu berulang-ulang kali. Tak perlulah anda cuba menegakkan benang yang basah.
Kaum lelaki sentiasa menjadi sasaran bila perkara sedemikian berlaku. Kenapa? Bukannya kaum lelaki yang berpakaian sendat. Bukannya kaum lelaki yang mengalakkan kaum wanita berpakaian sedemikian. Sebaliknya kaum wanita sendiri yang terhegeh-hegeh untuk menunjuk-nunjuk akan “aset” mereka kepada lelaki-lelaki diluar. Tanggapan anda semua terhadap kaum lelaki adalah terlalu jauh menyimpang. Sedari kecil lagi seseorang muslim itu diasuh dan didedahkan dengan hukum hakam agama. Kenapa kaum lelaki sahaja yang dipersalahkan? Itu tidak adil. Sepatutnya, kaum wanitalah yang menyokong dan menjadi tulang belakang kaum lelaki atau suami. Tak kanlah asyik-asyik kaum lelaki sahaja yang terpaksa bekerja bertungkus lumus menyara keluarga, membimbing keluarga dah tu sampai ke tahap baju dan seluar sendat pun terpaksa dijaga. Nampak gaya, kaum wanita tak buat kerja lah dalam situasi ini. Perkataan ‘DAYUS’ adalah menjadi pantang kepada kaum lelaki terutama sekali kaum bergelar suami. Jadi, jangan hanya menuding jari semata-mata tapi tidak tahu hal ehwal sebenarnya. Satu jari dituding ke arah kaum lelaki, empat jari lagi menuding ke arah anda (kaum wanita) sendiri. Bermakna, kaum wanita perlu menjaga tatasusila mereka sebagai kaum wanita. Amboi-amboi, bila kahwin saja, semua handover kepada lelaki…kaum lelaki pun nak jugak berehat dari penat bekerja menjaga keluarga. Nampak sangat yang kaum wanita tak berpendidikan agama sungguh atau pun sengaja nak menunjuk-nunjuk…riak agaknya. Nak tengok sapa punya camel toe paling lawa, paling ketat dan paling tembam…begitu? Salah suami kah itu…? Iskh…iskh…iskh… si suami tengok kat dalam bilik jer…kat luar bagi wayang free….macam tu kah…? Kaum wanita harus sedar bahawa itu semua adalah tanggungjawab mereka sendiri. Pakaian itu adalah tanggungjawab mereka dan pilihan mereka sendiri…kaum lelaki tidak perlu memberi kursus agama tentang hal tersebut…berulang kali…tak perlu…
Jom terjah post menarik dari cha ..Edisi menyelamatkan bumi
itu berbogel secara “jujur” kak jie

Jom terjah post menarik dari ishak ..Bila lelaki tergoda dengan perempuan
Saudara, semoga saudara dirahmati Allah selalu.
1) Kenapa para suami sahaja yang harus dipersalahkan sedangkan ramai para wanita yang berpakaian sedemikian adalah tidak berumahtangga?
Jawapan saya : Bila seorang perempuan tu belum berumahtangga, tanggungjawap keatasnya jatuh kepada bapanya. Jika telah berkahwin, tanggungjawap ke atasnya jatuh kepada suaminya.
Seorang lelaki Islam mempunyai tanggungjawap keatas ibunya, isterinya, adik perempuannya dan anak perempuannya.
Seorang suami wajib mendidik , menegur dan membimbing isteri kearah tuntutan agama. Meninggalkan yang ditegah dan mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah.
Tanggungjawap ini termasuk mendidik, menegur dan membimbing isteri dalam soal berpakaian.
2 )Di Malaysia, kita mengamalkan hidup bertoleransi dan setiap individu berhak untuk memilih apa jua yang disukai
Ye..selagi pilihan tersebut tidak bertentangan dengan hukum agama. Seorang individu Islam itu bukan saja mempunyai tanggungjawap keatas dirinya tetapi ke atas jiran tetangga dan masyarakatnya. Kita tidak boleh terpesong dengan slogan kebebasan mutlak dengan fahaman yang menyimpang dari tuntutan agama. Kebebasan bagi seorang Islam adalah perlu ditimbang dengan teliti mengikut timbangan Islam.
Apa itu Islam?
Islam pada syarak ertinya menjunjung segala pekerjaan agama yang diperintah oleh Allah s.w.t mengikut apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w
Undang-undang Allah bukan hanya berkuatkuasa di Arab Saudi saja tetapi di seluruh alam ini.
Tulisan entri ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa tetapi teguran halus untuk sesiapa yang sedar. Tiada kata atau ayat mengeji atau mencaci. Yang diberikan adalah fakta apa itu ‘camel toe’
Ya Allah, ampunkan dosa² kami ini ya Allah. kau berilah petunjuk dan hidayah kepada kami.
p/s – tadi nak jawap tetapi saya ada tanggungjawap lain diluar talian ( offline )
fesyen tu fesyen la jugak, tapi kalau dah gayanya x kena..mmg lah patut ditegur. jgnlah sampai berlaku satu tahap yg aurat ni jadi bahan mainan la plak..adoi..
Jom terjah post menarik dari Lee ..Senyum Ketawa Tangisan Riang Gembira
Apa yang saya nampak dari entri ini?
Ini kenyataan kak jie;
1. “Bertudung dan ber’baby shirt’ jalan bersama anak perempuan bertudung cantik beruniform sekolah agama.”
2. “macam nak pengsan tengok ibu² mengandung juga memakai seluar seperti ini. Semua bentuk terserlah. Wahai suami, tegurlah isteri anda. Itu tanggungjawap.”
Jadi, kedua-dua situasi ini mempunyai kemungkinan melibatkan wanita yg sudah berkahwin (yakni ada suami).
Maka, sudah tentu menjadi tanggungjawab suami untuk menegur atas perkara ni. Sebagaimana yg ada dalam surah an-Nisa ayat 34, bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan
orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,
dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian
dari harta mereka”.
Kesimpulannya, ini bukan soal kebebasan atau hak personal, tapi adalah ketetapan dan keistimewaan yg Allah beri pada kaum lelaki mahupun wanita.
p/s – ini pandangan saya saja…”biar singkat fikiran, jgn singkat baju dibadan!”
huhuhu.. keywords series panas.. baru sempat nk trjah. xceli bile ade perkataan tu, saya jadi malu nak bersuara atau berpendapat umum. dah tau dah mende macam tu memang lucah. tapi kene pandai menilai la kan. kat tempat kijer pon sama.. banyak jenis staff suke pakaian macam ni. aishhh… mate kan? macam mane nak tutup kalau tak tidur. hehehe..
p/s: cilk adik suke gak seluar macam ni. tapi untuk dipakai kat rumah. kalau nak pakai kat luar masa riadah… dia akan matching dengan tshirt Muslimah. jadi baju tu labuh sampai lutut. ranggi tapi sopan. +_+
Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Orang sembang- dia pon nak sembang… Amirul Amin
saya rasa jika lelaki itu bergelar suami, maka dia patut dipersalahkan kerana isteri merupakan t/jawab atau amanah yg diamanahkan kepadanya..
Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Harga Rokok Naik
apakah maknanye makin ke arah tua..makin tak sedar?huuuuu
mmg selalu sgt dah tgk situasi cmni.. kdg2 kita yg pompuan ni pulak rasa malu.. lebih lagi, lau anaknya cantik je bertudung, tapi mak nye.. alahai.. sepatutnya perkara ni tak berlaku, takut2 anak konfius mana satu betul, kat sekolah ke atau kt rumah..
selalu berdiskusi dengan suami pasal pakaian2 sekarang ni.. apa nak jadi..
Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Harga Rokok Naik
huhuhu… tajuk yang memang mengejutkan, skang ni nak tundukkan pandangan pun kena hati-hati, takut ternampak benda lain plaks…
Jom terjah post menarik dari Eizil ..Biggest Loser Asia 2 week 3
Salam..
bro Rahmat.
kalau dah teguran yang baik, kenapa nak ditangkis lagi dengan seribu alasan. dah jelas nyata situasi wanita skarang dah kronik. bukan nak salahkan suami. tapi peranan kaum Adam sebagai ayah, abang, adik lelaki, dan suami. memang bertanggungjawab menjaga ahli keluarganya yang wanita.
refer kepada ustaz / ustazah kalau nak lebih pasti.
sila baca ni untuk memberi sedikit santapan rohani..sekdar berkongsi
http://www.facebook.com/note.php?note_id=436414388977&id=1201536017&ref=mf
sama2 kita saling memperingati. sebab nabi bersabda “sampaikanlah walau satu ayat”
pakaian bukan peribadi bila melanggar hukum agama. dan tanggungjawab saudara seagama untuk menegur. kalau tak, ramai2 tanggung dosa sebab menganggap ‘tak perlu menjaga tepi kain orang lain” atau “dosa dia, dia yang tanggung”
wallahualam…
Ustazah saya kata, kalau kita menyebut nama si polan atau si polan, itu boleh ditakrifkan mengata atau mengumpat, kalau kita hanya memberitahu secara umum tanpa menjejaskan siapa dia, identiti dan ambil untuk dijadikan contoh – itu adalah pengajaran.
Pendapat yang lain2 saya tak nak komen – tanyalah guru/ustazah masing2
Hi, dunia dah berubah…orang pun berubah…apa-apa pun bukan semua salah suami…Kenapa para suami sahaja yang harus dipersalahkan sedangkan ramai para wanita yang berpakaian sedemikian adalah tidak berumahtangga. Pandangan anda tidak boleh diterimapakai dalam soal menuding jari ke arah suami atau lelaki. Itu adalah bias terhadap kaum lelaki semata.
Soal pakaian adalah hak peribadi seseorang… sama ada nak berpakaian kurang, sendat, ketat atau tak berpakaian langsung adalah kehendak dan citarasa seseorang. Kita tidak boleh mempersoalkan itu semua apa lagi menyalahkan kaum suami atau lelaki di atas ketidakpekaan kaum WANITA itu sendiri terhadap apa yang dipakai. Perkara ini begitu jelas sekali terhadap kaum wanita dan lelaki…itu bukanlah masalah anda. Bak kata orang “Pandai makan, pandai simpan”.
Sekiranya anda tidak mahu melihat ini semua, Saudi Arabia sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda. Di Malaysia, kita mengamalkan hidup bertoleransi dan setiap individu berhak untuk memilih apa jua yang disukai. Sekiranya anda hidup di Saudi Arabia atau mana-mana negara Arab…sudah pasti anda tidak akan berada di alam WEB seperti sekarang…kenapa? kerana anda tidak ada hak untuk bersuara apatah lagi untuk menyuarakan fikiran singkat anda!!!
Wanita Malaysia terutama sekali yang menganggap diri mereka terlalu suci dan beriman tidak harus berkata tentang orang lain…. Biar singkat baju di badan jangan singkat fikiran seperti anda serta kawan-kawan anda yang lain.
sama la.. tapi sekarang ni org dah tak tau malu bro
Jom terjah post menarik dari Luth Textile ..Ini bukan kes “cepat melatah”
Wallahua’lam.
Salam kak kujie.. Sekarang nie susah nak tegur kak kujie.. Bila ditegur kata mereka “hang xpayah nak risau, jaga diri sendiri” Ya Allah kak kujie.. *ini teguran sy buat atas keluarga terdekat saya*
Jom terjah post menarik dari ProfHariz ..Berkahwin Usia Muda
Salam,
Mmm selalu sangat jumpa,kadang2 kita sendiri rasa malu,sebab orang lain dok pandang atas bawah.

Jom terjah post menarik dari mankuchai ..Bahasa SMS yang memualkan!
aiyakk…. boleh dibayangkan..kalau anak dara yg mmg slim river …seksi juga ..tp kalau makcik tak sanggup dowhhhhh……..


tp apa pun, entri kak jie ni berguna sgt agar ada yg sedar diri…..
Jom terjah post menarik dari tpinky ..Ketika Allah Memilihmu Untukku
ooo rupannya camel toe tu macam tu, hari ni baru tau ketinggalan zaman betul saya, padal benda tu dok tengok hari-hari dekat shopping complex dan kedai-kedai, yang memakainya pun ibu mengandung, remaja, makcik2 dan isteri2 orang, huhu
p/s: ramlah ram dulu orang panggil bentuk karipap, itu pun camel toe juga la agaknya

Jom terjah post menarik dari mijie ..Orang lain pun nak cepat juga
nasib baiklah diriku ini xpernah nak terpengaruh ngan fesyen pelik2 ni…
legging pun xnah beli, suar ketat cmtu pn xnah beli…
=)
Jom terjah post menarik dari Ryehanna ..Bersabarlah
Emm, ni mesti kes x pakai spender, ataupun pakai spender yg nipis.. tu sangat menyerlah camel toe nya tu.. hehe.. kes ni sama mcm marsha yg nampak jelas camel toe nya..
Jom terjah post menarik dari Azuan ..Download Drama Chinta Akasia TV3
legging ke , seluar kembang ke memang x sesuai pakai kat luar .. kejam sungguh fashion sekarang
kat FB sampai ada group untuk org yang suka pakai legging kat public tp teguran dalam group tuu lebih kepada bukan teguran ..

Jom terjah post menarik dari zqah ..Contest Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010
camel toe …..bila direct translation jadi kaki unta!….
ilmu baru ni ….kadang-kadang rasa macam legging ni
adalah sebagai hot pants kalau di negara musim sejuk
kat malaysia…..huish…tak sesuai you
saya kalau pakai legging mesti pakai dengan baju yang labuh atau besar so tak obvious sangat la lekuk2 tu. Tapi ade jiran dah le pakai legging, pakai pulak baby t. Dah macam sarung nangka lak aku tengok!
Jom terjah post menarik dari syani ..Kontolvesi Cik Besah & Bulu Hidung
google imagelah.. kak jie tak sanggup nk letak gambar tu kat sini
psst…blog ni ramai pengunjung lelaki..hahaha
p/s – blog maria masih ada warning google malware sumber dari gengblogger
buang banner gengblogger tu. Kak Jie masuk dgn chrome ada warning, tak boleh buka
sian nye… dah la tak tau camel toe tu ape benda… nak bayang pun tak bole… masih tak paham mcm mana rupe jadi nye… sian sungguh saya ini…
legging tu sepatutnya pakai di rumah ja, untuk tatapan sang suami….tapi sekarang ni semua berlumba-lumba nak jadi siapa paling seksi, siapa paling menyerlah…:P
Jom terjah post menarik dari Kancilbiru ..Aku kembali!
seluar agogo

Jom terjah post menarik dari syafiq.net ..LibreOffice Cabang Kepada OpenOffice
hehehe Tie
lepas publish entri ni, tidur
ade sorang awek tu sms tanya – dia google ‘camel toe’ dan jumpa gambar2 ‘celah tut’
betul ke itu maksudnya..hahaha
fesyen gini semakin banyak Tie
yang mak2 orang ni satu…. galak sgt nak pakai mcm tu
camel toe ni kita sendiri tak nampak, orang yg nampak
sebiji2 bentuknya…..miss world berbikini pun tak nampak ketara
Yang muda, dah namanya muda
ini dah makcik² kakak² – bukan legging tapi seluar jenis kembang
tapi bawah je kembang, atas tu sendat
makcik dan camel toe? Kiamat dah dekat…
Jom terjah post menarik dari GreenLava ..Free unlimited bandwidth image hosting for Blogger
terlalu taksub nak cantik, lain pula yang tergedik2..
ya la para suami kene lebih perihatin
Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..Terimbas kembali Nostalgia Lalu
untuk laki leh cuci mata kan kak…
takat cover dengan pakaian.. tetap juga nampak bentuknya
Jom terjah post menarik dari Bro Framestone ..Perlukah Ujian Dara Untuk Masuk Ke Sekolah Kerajaan
janganlah nant jadik fesyen cam legging tuh…
Jom terjah post menarik dari pejol ..Kakitangan Awam Adalah Yang Terbaik Di Malaysia
tu belum masuk butt crack..aduhai..macam Malaysia ni tak ada pakaian..
kak kujie..
setuju sangat akak buat entry nih..
saya pun pernah gak buat entry pasal ni kat blog sy
http://cloudymonday.blogspot.com/2010/07/cameltoe.html
tapi, kat sini pastinyer mesej ini boleh disampaikan kepada lebih ramai khalayak..
mmg legging tu bukan seluar.. minah salleh pun tak pakai legging as a seluar keluar pi berjalan-jalan..
Jom terjah post menarik dari cik cloudy ..Rasa Down
baru faham maksud camel toe…patut r masa tulis entry pasal nie dulu..ada yang komen tulis term nie…
Jom terjah post menarik dari Sir Marcello ..PMR Datang Lagi!!
haha aku pun!
Jom terjah post menarik dari syafiq.net ..LibreOffice Cabang Kepada OpenOffice
selama nie tak pernah tau pon apa itu camel toe..huhuhu..nampaknya seperti katak di bawah tempurung…
memang buruk sape yang suka pakai legging nie..apa motip dorang ek??apa yg nak ditayangkan??tepuk dada tanya iman…
Jom terjah post menarik dari intankuterpilih ..SHOUTBOX ku kini menghilang
Aduh.. betul tu, ramai yang dah jadi mangsa fesyen tanpa disedari…
Jom terjah post menarik dari mrnamie ..Satay Bukit Baru-Melaka
badan comel makinlah tak comel pakai legging.. hehe. baik pakai skirt dari tayang cameltoe tu. hekss. malu jugak

Jom terjah post menarik dari ann ..Andai sudah jodoh kita…
legging tu jadi fashion saat ni.. tapi mestilah pikir2x bila nak pakai..
Jom terjah post menarik dari jawatan kosong ..Tradewinds Plantation Jobs HR- Estate Manager- Mill Manager
dpt ilmu baru hari ni kak, “camel toe”
legging kt luar negara msih trend esp time spring ni. tp malaysia muslim tk pyhla nk ketat2, tk mnis kn nmpak, dh mcm hape nmpknye,
hehe. cuba bayangkan… tapi… euww…
Jom terjah post menarik dari Khairi ..Cerpen- iPhone 4 untuk isteri tersayang 2
hahahaha terkejut baca tajuk post ni kat blog kak jie..
Jom terjah post menarik dari topo ..Senarai Pemenang Contest Mencari Lembu Cisdel
Kita cuba nak jadi orang lain walaupun selalunya memang tak sesuai dgn bentuk badan apatah lagi aurat sebagai wanita islam…kalau cakap banyak nanti kata kita ketinggalan zaman.
Jom terjah post menarik dari denaihati ..Selongkar Google Webmaster Tools blogariff
Laa….. Baru tahu istilah camel toe ni. Nampaknya kita innocent lagi, haha….
Tie ada seluar yang kembang bawah tu, tertarik, tapi bila dah beli dan pakai, terus rasa geli semacam.Pakai blouse labuh pun tak berani, rasa bersalah je walaupun orang tak nampak (sebab seluar tu rasa melekat kat situ, hihi). Sampai sekarang ada tersorok kat mana entah.!
ahaksssss….. kak jie..dpt dibayangkan


ermm kalau kmi sini sabah panggil ‘V’ tak pun bhsa kasar sedikit “meladit” hihihihi bermaksud cameltoe hihihi tak sanggup begitu..
mungkin cermin rumahnye setakat paras perut jer kak jie
Jom terjah post menarik dari tpinky ..Teringin ada bisnes sendiri
betul! itu yang nak tulis dalam entri pasal seluar legging dari sorang blogger tu. tapi tak ingat istillah tu. bukan takat tua, yang muda pun jangan

Jom terjah post menarik dari syafiq.net ..LibreOffice Cabang Kepada OpenOffice