Maklumat Terkini Jalan Felda Aring- Tasik Kenyir

EDIT :  Status Terkini Jalan Felda Aring – Tasik Kenyir FT 185 ( klik )  telah dibuka untuk semua kenderaan pada 10/2/2015

 

Info terkini jalan Felda Aring – Tasik Kenyir ke Kuala Berang  pada tarikh 28/12/2014.

jalan aring ditutup banjir

Lokasi Jalan Aring 8 & 9 yang ditutup kerana banjir.

Edit : 02/01/2015 – Jalan telah dibuka kerana banjir yang sudah surut.

Peta lokasi tanah runtuh Jalan Aring 8 – Kenyir – Kuala Jeneris, maklumat terkini jam 6 pagi 28/12/2014

tanah runtuh aringtanah runtuh jalan aring tasik kenyir

Peta lokasi tanah mendap Jalan Aring 8 – Kenyir – Kuala Jeneris , maklumat terkini jam 6 pagi 28/12/2014

tanah runtuh aringlokasi tanah runtuh jalan aring tasik kenyir

Tanah mendap adalah pergerakan tanah ke arah bawah atau tergelongsor kerana tidak berupaya untuk menampung beban. Di Malaysia kebiasaanya adalah berpunca daripada faktor tanah menerima kandungan air yang terlampau banyak terutamanya pada musim hujan di mana struktur tanah di bawah turapan jalan menjadi lembik dan tidak berupaya untuk menampung beban sehingga mendap.

Maklumat ini adalah daripasa sumber : Portal Rasmi Pusat Pengurusan Banjir JKR. Lawati laman ini untuk maklumat terkini yang dikemaskini dari masa ke semasa.

Gambar-gambar tanah runtuh Jalan Aring 8 – Tasik Kenyir – Kuala Jeneris  dibawah ini adalah dari Facebook anak saya dan suami yang berada di kawasan Kenyir.

Suami saya melalui jalan Aring- Kenyir pada 26/12/2014 malam dan esok tengahari 27/12/2014 baru selamat tiba di sana selepas berjalan kaki lebih kurang 20KM dan terpaksa meninggalkan kereta.

Dengan keadaan tanah runtuh dan mendap yang teruk di lalau Felda Aring – Kenyir, saya anggap jalan ini akan ditutup bagi tempuh yang lama.

tanah runtuh aringtanah runtuh jalan kuala berang

tanah runtuh aringtanah runtuh jalan gua musang

tanah runtuh aringjalan runtuh jalan kuala jeneris

tanah runtuh aringtanah runtuh jalan tasik kenyir

tanah runtuh aringtanah runtuh tasik kenyir

tanah runtuh aringtanah runtuh

Saya berada di Hulu Terangganu sehingga 21/12/204 dan pernah tidur di masjid kerana tidak dapat balik akibat jalan dinaiki air banjir.

banjir di terengganu Lokasi : Kampung Pasir Dula, Kuala Jeneris.

Kalau boleh dielak, silalah elak untuk memasuki negeri-negeri yang terlibat dengan bencana ini kerana perubahan jalan sering berlaku dalam masa yang singkat. Sebelum bertolak kita mungkin mendapat maklumat jalan telah dibuka tetapi dalam masa beberapa jam sahaja, perubahan boleh berlaku.

Semoga manga-mangsa banjir yang terlibat lebih kuat dan tabah untuk menghadapi dugaan ini.

18 Replies to “Maklumat Terkini Jalan Felda Aring- Tasik Kenyir”

    1. Jalan Kenyir ke Gua Musang melalui Felda Aring dah dibuka pada 10/2/2015
      Jalan Gua Musang ke Cameron Highlands melalui Lojing juga telah dibuka pada 18/2/2015

  1. nampak seperti air dari tempat ia bertakung tu telah melepasi tebing2 yg pecah. ada tak kemungkinan air2 yg terlepas ni mengalir ke sungai lebir?

Comments are closed.