Malaysia-Indonesia: Dulu Seruncing Buluh, Kini Sebusuk Najis?
Isu Semasa

Malaysia-Indonesia: Dulu Seruncing Buluh, Kini Sebusuk Najis?

Ramadan 1430H ( 2009 ) kecoh bila rakyat Malaysia di Jakarta diancam dengan buluh runcing oleh sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) dan bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Isunya hanya kerana sebuah tarian yang seumur hidup belum pernah tengok, Tarian Pendet. Walaupun seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia ianya ibarat “jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta”.

Kemudian kes Ambalat.  Belum reda mereka berdemo sekali lagi dengan krisis rumahtangga suami dari Malaysia dan isterinya dari Indonesia.  Hal rumahtangga orang lain pun mahu dikecoh seperti masalah negara.

Kes -kes lain seperti penderaan pembantu rumah juga mahu berdemo.  Kalau mahu dikumpul berapa ratus ribu majikan rakyat Malaysia yang teraniaya oleh pembantu rumah Indonesia lebih ramai angkanya.

Semalam 26hb Ogos ( 16 Ramadan 1431H ) mereka berdemo lagi untuk kali ke lima sejak 13hb ogos 2010 mendesak Duta besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan supaya meninggalkan negara itu. Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak “ganyang Malaysia”

Penghinaan paling buruk dilakukan terhadap Malaysia ialah perbuatan melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia oleh Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) pada Isnin lepas.

Wahai makhluk Tuhan , adakah kamu tidak merasa malu?  Disaat bulan mulia begini, ketika ini tanpa kamu sedar ada beberapa pihak dari Malaysia yang sedang mengutip sumbangan untuk didermakan kepada rakyat Indonesia?

Baca di sini Program Memberi Kemudian Lupakan.

Sumbangan untuk Program “Memberilah Kemudian Lupakan” setakat 17 Ogos 2010 ialah sebanyak RM1250.00.

Sumbangan ini bukan mohon dibalas tetapi sangat kontras dikala ada sekelompok rakyat yang kamu benci itu sedang menyuap rakyatmu sendiri!   Sanggup kamu baling dengan najis?

gambar dari Malaysiakini.

Ini komen terbaru yang diterima di blog ini :

Pada 2010.08.27 09:30, rhadiatul ulfa menulis:

Assalamualaikum saudaraku…
Saya orang Indonesia yang sudah tinggal di malaysia 6 tahun, dan apa yang saya rasa selama sy tinggal disini ialah kedamaian dan rasa persaudaraan yg sgt mendalam dgn warga asal, tak pernah sekali pun saya merasa ketakutan dan merasa tidak aman. Saya amat bersedih dan malu apabila saya mendengar dan membaca berita tentang hari ini dimana rakyat Malaysia diperlakukan secara kasar oleh bangsa saya. Saya betul2 merasa sgt kecewa sebab saya pun tinggal di Malaysia tak satu pun orang sini perlakukan kasar terhadap saya. Mereka masih menghormati warga Indonesia. Saya sebagai warga Indonesia meminta maaf atas apa yg berlaku sekarang terhadap warga Malaysia yang berada di Indonesia. Dengan terjadi nya hal ini saya berharap, saya akan masih mendapatkan kehidupan yg aman dan damai di Malaysia ini, karena saya yakin warga sini tidak terlalu mudah di hasut.

SALAM PERDAMAIAN UNTUK KEDUA NEGARA…..


©kujie -Ramai orang tidak faham tentang keutamaan dalam hidup. Akibatnya, banyak perkara yang kurang penting diutamakan.  Sedangkan keperluan semasa yang amat perlu tidak dihiraukan.

Pembantu Rumah Indonesia Dera Bayi Hingga Mati

PEMBANTU RUMAH INDONESIA BAKAR RUMAH MAJIKAN DAN MENCURI

PEMBANTU RUMAH INDONESIA DERA BAYI MAJIKAN


Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

47 thoughts on “Malaysia-Indonesia: Dulu Seruncing Buluh, Kini Sebusuk Najis?

  1. pernah saye dengar
    semut di sebrang lautan terlihat jelas
    gajah di pelopak mata tak nampak

  2. Indonesia berdemo menentang pemerintah Malaysia, kerana polis dan pemerintah Malaysia menyelamatkan pembantu rumah Indonesia yang didera dan dirogol. Bukankah itu aneh.

    Apakah sebenarnya warga Indonesia yang sedikit ini yang gak punya akal mahu pemerintah Malaysia lakukan. Mengapa warga Indonesia yang rata-rata beragama Islam sanggup bermajikan dengan yang bukan Islam dan sanggup makan makanan tak halal dan didera sedemikian. Bukankah itu sikap goblog warga Indonesia itu sendiri yang lagi angkuh!

  3. Hmm.. buat tak tau aje. Diorang demo kecoh bakar berapi buang najis semua pun kat negara diorang. Kalau demo je manjang dalam jangkamasa panjang diorang yang busy berdemo gak yang susah sebab pelabur luar takut nak buat bisnes kat sana = so peluang kerja makin takde. Pelancong pun sure pilih negara lain yang selamat tuk holiday = so sekarang negara diorang sumber income makin sempit. Maybe ada orang buat sebab nak rudumkan kos buruh negara Indonesia sendiri, bila boleh bayar gaji pekerja harga ciput, tokei-tokei kilang semua sure boleh cepat kaya. Harap Malaysia tak terikut macam diorang, akibat dah di depan mata, jangan dalam tak sedar maki memaki yang susahnya diri sendiri. Perjuangan ‘Ganyang Malaysia’ bukan perjuangan suci, kalau terkorban pun sia-sia dapat dosa mungkin, hidup berpuak-puak tiada nilai mati shahid la.
    Jom terjah post menarik dari MFDS Panda ..Hands All Over – Maroon 5My Profile

  4. sedih sgt knp ade segilintir rakyat mereka yg tidak tahu berterima kasih sedangkan negara kita bnyk membantu mereka tatkala negara itu dilanda musibah..dan bnyk juga peluang pekerjaan yg kite berikan pada mereka dan ade antaranye kaya raya hasil dr pendapatan yg diperoleh dr negara ini…sedarlah wahai manusia..bagaimana negaramu hendak maju jikalau rakyatmu berfikiran sempit dan tidak tahu menilai..

  5. Salam…

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara (kamu yang bertelingkah) itu. (Surah Al-Hujurat: Ayat 10)

    “Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”.
    (Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

    “Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam permusuhan.” (HR Bukhari dan Muslim).

    Hadith drp Abdu Daud, Tarmidzi, Ibnu Majah, dan Baihaqi, “Barangsiapa meninggalkan pertengkaran, padahal dia salah, maka akan dibangunkan untuknya rumah di sekitar surga. Dan barangsiapa meninggalkan pertengkaran, padahal dia benar, maka akan dibangun untuknya rumah di lantai tengah surga. Sedang barangsiapa yang membaguskan akhlaknya, akan dibangun baginya rumah di tingkat paling atas surga.

    Selamat Berpuasa

  6. 😀 biarkan je mereka mengila seperti binatang.membuat kejahatan di bulan ramadhan dan membuat kerja bodoh yang penting kita orang malaysia harus berbuat baik pada orang indonesia di malaysia.buktikan bahawa iman kita kuat dari mereka dan kita tidak mudah terpengaruh dengan media yang kurang ajar yang suka mengadu domba, semoga ALLAH membalasnya.bagi saya mereka benar2 bodoh kerena malaysia dan indonesia sesama nengara islam dan saat ini ada pertengkaran saudara sesama islam.orang warga luar semuanya tertawa dan saya kerja di luar negara apa yang sering saya dengar? mereka selalu berkata islam tidak baik,kita mungkin berpikir cuma antara dua nengara tapi di mata mereka itu terus memicu soal agama, kerana semua orang tau bahawa kedua dua nengara sudah mengklaim sebagai nengara islam, ya ALLAH selamatkan kami dan damai kan kami seperti dulu lagi

  7. Salam 1 malaysia… sebenarnya apa yang terjadi pada malaysia skang ini adalah peluang untuk rakyat malaysia membuka minda!!
    1) nak pekerja, cari org indon… sebab mungkin dorg rajin, murah dan siap seludup masuk lagi… org kite???? merempit n memilih… (kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kemiskinan n kealpaan)

    2) hiburan, bawak masuk lagu2 indon… bawak masuk cerita2 indon… org kite??? buat cerita khas utk ramadhan, syawal, maal hijrah n merdeka… buat lagu kompilasi, 1 album sampai 10 artis… (kesian dorg)

    3) Pergi melancong, indon…. sebab murah… sebab konon cantik,,… walhal dalam malaysia ni banyak lagi tempat cantik… tempat murah…

    apapun, kesimpulannya… kite sebagai rakyat malaysia masih lagi boleh dikatakan ‘dijajah’ secara kecil2an dengan negara jiran sendiri…konon serumpun… ada ke org kite kerja kat indon??? ada ke org kite buat cerita pastu pasarkan kat indon?? ada ke org kite buat lagu pastu nyanyi kat indon..?? kalo ada pun, org indon kenal “siti, search pun sebab isabella, exist n raihan” 4 kerat je??? kalo artis indon yg korang kenal?? inul? dewa? sheila on 7? peterpan? KD? Rossa? Wali? perghhh banyak kan??

    so, cakap banyak pun tak guna… korang pun faham.. org malaysia suka indon… tapi org indon??? suka malaysia ke??? sampai baling taik, ludah, bakar bendera, pastu siap nak ganyang… apa ni??

    Pikir la… bukak la minda korang… wahai rakyat malaysia… aku menyeru… supaya korang jangan la suka sangat kat indon ni… buat baik sebagai sahabat seagama islam udah le… korang pun tau, pemerintahan, soal agama diorg macam mana… islam n kristian rileks je kawin, anak2 leh pilih agama apa yg dorg nak… dalam 1 bangunan leh kongsi masjid, gereja n kuil… korang nak ke malaysia jadi sampai macam tu???

    pk pk kan lah ye..

  8. apa yg mereka handak? aritu rumah saya dirompak oleh 3 indonesian ketika kami sdg tidur, mereka ambil barang kemas, duit, mengikat kami.. kami tak pun melawan. ambil la apa nak ambil.

    tlg la, jgn nak rosakkan rakyat malaysia, cukup la tu dgn mcm2 kes, kami bagi peluang cari rezeki dkt mesia ni, hargailah. kalau tak suka, boleh je balik.
    Jom terjah post menarik dari m4r!A ..merdekaMy Profile

  9. Harapan agar pucuk pimpinan kedua negara dapat menyelesaikannya….terasa aneh kerana perkara ini pasti ada dalang yang sedang cuba memusnahkan keserumpunan kita Malaysia Indonesia…fikir-fikirkanlah…. 😎

  10. Isu ini amat merbahaya jika dibiarkan berterusan. Kedua-kedua kerajaan mesti menyelesaikan dengan segera. Aku pastiada pihak ketiga yang menjadi dalang dan duri dalam daging yang mengidamkan melihat Malaysia dan Indonesia berperang.

    Kesannya, jika selama ni ada lebih kurang 10 orang, mamat Indonesia solat terawih di surau kariah aku etiap malam, skrg tinggal 2 orang. Tak pasti samada mereka malu dengan sikap Bendera tu atau mereka pun sama dah anti – Malaysia.

    Blogger Malaysia juga diharap jangan meracun fikiran rakyat Malaysia supaya anti-Indonesia. Nanti makin parah.
    Jom terjah post menarik dari blalang ..Idea gila isu pemanasan globalMy Profile

  11. perlu org2 Indon ni dihantar balik sejuta org dr dua juta org sekarang, biar bilangannya kekal pada paras maksimum sejuta org pada satu2 masa.

    kita akan lihat kemudiannya bahawa kepulangan sejuta indon akan memiskinkan lagi pendapatan negaranya secara total, peningkatan anak jalanan yang menganggur, menambahkan masalah sosial dan kewangan serta mungkin juga sertamerta menurunkan indeks jenayah di malaysia. sama2 kita tunggu tindakan tegas dan keras dr kerajaan malaysia.

  12. Assalamualaikum wm.wb.

    Semenjak 1960an indonesia mahu ganyang kita iaitu soekarno. Macam-macam mereka reka dalam menindas mental dan emosi orang kita. Banyak askor indon yang menceroboh di sini namun kita pilih damai dan hantar mereka pulang. Mereka segenap lapisan juga para karyawan sering mengeluarkan edisi artikel melampau dan memfitnah n mengutuk sesuka hati. Mencipta istilah yang bukan-bukan seperti “rumah sakit korban lelaki” ; “sterika bumi” kalau nak tulis kat sini tak cukup deh.

    Bukan pe, teman pikio deme tu lapo miskin pait jadi mericau mengamuk tak tentu pasal. Deme tu bukan taupun Malaysia tu kat mane, cuma dengo name je, jenis ni tak tau berkomunikasi dgn dunia luar, dengo kita jauh lebih hebat deme jadi dengki.

    Bior le weei, anggap je deme tu makhluk tak betamadun, dalam kepalanya setaraf yang . . . . . menyalak bukit takan runtuh.

    Kite stedi je yang penting kita cari duit bior kaye, kekalkan persaudaraan sesame semua bangsa dgn persaudaraan muhibbah, lan
    tak deme bior pape kedane. Deme gemo bising sebab lapo, jadi macam singe lapo le wei. Deme sesame deme pun berbunuhan kerana agama , tanah pemerintahan dan . . . tak kose le teman .. ADIOS. wssalam.
    Jom terjah post menarik dari musi ..TEPUNG BARISANMy Profile

  13. setuju dengan denaihati

    orang-orang berpendidikan seperti kita ini tidak perlu bertindak seperti mereka yang kurang pelajaran
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..hargaiMy Profile

  14. Selagi tak membawa masalah apa2, kita diam jelah… Api tak elok lawan ngan api… kene lawan ngan air…

    kita bukan orang lain… satu keluarga dari rumpun yang sama…
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Lama Tidak UpdateMy Profile

  15. Iya.. Saya warga Indonesia sendiri pun dah pusing liat tingkah laku manusia-manusia idiot tersebut.. Di tambah lagi kelakuan para Pejabatnya yg korupsi lah, pemimpin yg tak tegas lah.. Muak sudah hidup di negeri yg busuk begini…. Mereka apa gak sadar, family kitapun banyak tinggal di Malaysia tu.. Ada di Johor, KL dan juga di Negeri Sembilan.. Jangan mudah terprovakasi terhadap kepentingan suatu fihak yg sengaja meng adu domba bangsa ini.. Mereka yg demo tu tau nya hanya dapat makan sehari tapi malas kerja.. Menyampah.. Tapi itu semua tentunya berawal dari kebijakan pemerintah juga.. Tak pandai mengurus rakyat sendiri.. Saya dari Riau, rasanya nak merdeka aja.. Dah capek bergabung dengan Jawa tu.. Salam Damai 🙂

  16. Kecewa dengan hal-hal sebegini. sepanjang saya berkawan dengan orang Indonesia (di kuliah, dan terutamanya di gelanggang pertandingan) takde pun kejadian keji mengeji, buruk prasangka jadi.. mungkin benda ni berlaku pun kat segelintir rakyat mereka yang sibuk termakan provokasi anasir jahat. tanpa fikir panjang/kaji hujung pangkal, terus nak ganyang. kita tak bising sampai bakar bendera pun bila rakyat mereka menyamun, menetak kepala (kawan saya sendiri kena sampai berjahit 5!). takde pun buat demo depan kedutaan mereka. haih.. dunia, dunia..
    Jom terjah post menarik dari Dila.13 ..Update EzineArticles SubmissionMy Profile

  17. kita serahkan kepada kebijaksanaan pemimpin kedua-dua buah negara untuk menanganinya..semoga ALLAh berikan penyelesaian terbaik atas semangat Ramadhan, insyaAllah

  18. apahal la diorang ni anti sangat dengan malaysia. kalau macam tu baik diorang panggil semua rakyat diorang balik je. saya ada beberapa kenalan dari seberang, tak pernah pulak kami bergaduh..dan tak ingin pun saya nak bergaduh..
    Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..Ragam bangun sahurMy Profile

  19. Malaysia bongkak sebab tu indonesia jadi bengkek…

    kite lihat dorang demontrasi .. kite kata mereka akal tak panjang.. tapi lupe kah kite yang segelintir rakyat malaysia ni terlalu bongkak dengan bangsa2 indonesia.. saya tidak kate semua tpai segelintir… seperti jugak dengan ahli BENDERA ni..cume segelintir sahaja yang bersikap begini..

    kalau tak caya… kite lihat kisah manohara.. kebanyakan yang arah dengan kisah manohara ni tidak tau cerita sebalik itu… lepas mereka tau manohara ni salah..baru la mereka diam…
    Jom terjah post menarik dari paksikejahatan ..Malaysian Composed Lady Gagas SongMy Profile

  20. Mengapa jadi begini :

    1. Ada dalang yg memang tak suka duna negara ini aman damai.
    2. Kerna terlalu banyak pengangguran sehingga tiada yg mereka nak buat jadi dengan di bayar RP100ribu pun mereka sanggup berdemo.
    3. Pemikiran mereka tidak advance utk fikir perkara yg lebih serius.

    Jadi jangan lah kita membalas secara fizikal kerana kelak kita juga jadi seperti mereka.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Nuzul Al-QuranMy Profile

  21. teruk. makin melayan makin menjadi. biarkan dia nak melatah gitu. kalau kita bertindak serupa, 2×5 la jadinya. sama je kita dengan diorang tu

  22. opss… lupa nak tambah.. dulu aku kerja memang penuh dengan orang indon nie… kalau aku makan kat kantin tu memang terasa asing lah kan.. tak dinafikan jiwa untuk menguasai tu penuh dalam diri diorang.. jalan terbaik nak protect diri, jangan berlembut.. tapi bukan semua, ada juga yang baik.. cuma sikap berpuak tu yang taring dorang boleh keluar..
    Jom terjah post menarik dari menteil ..Dunia dengan MasanyaMy Profile

  23. ermm… entahlah… mungkin cemburu dengan Malaysia…
    lepas demo senyap.. nanti ada isu baru, demo lagi… macam tu je la takde kesudahan.. kesimpulannya? biarkan je jika tidak melampau…
    Jom terjah post menarik dari menteil ..Dunia dengan MasanyaMy Profile

  24. Banyak hal remeh yang dipertikai, Rasa Sayang Eh, Batik, angklung dan tempe..

    Tindakan ini seolah didalangi oleh orang tertentu kerana orang akan melakukan apa saja demi sesuap nasi..
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..9 Tahun Bersama SarahMy Profile

Comments are closed.