Malaysia kena ganyang?

Badminton tidak lagi menarik seperti dulu sejak kiraan mata baru diamalkan tetapi saya tidak melepaskan peluang melihat perlawanan Datuk Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat semalam.

Kemenangan Lee Chong Wei di Terbuka Indonesia telah menutup mulut penyokong Indonesia di Istora Senayan

Lebih ‘menyakitkan hati’ peminat tuan rumah, Malaysia membawa pulang dua kejuaraan apabila Β Wong Pei Tty-Chin Eei Hui menjadi juara beregu wanita.

Dari siaran langsung yang saya tonton di tv, pemain kita bukan hanya berdepan dengan pemain lawan di gelanggang tetapi terpaksa berdepan dengan ribuan penyokong Indonesia yang mengejek mereka dan diboo sepanjang perlawanan.

Tahniah kepada pemain Malaysia kerana berjaya menyerap tekanan tersebut dan membanggakan negara.

Chong Wei menang set pertama 21-9 dan 21-14 di set kedua. Nampaknya Kempen Ganyang Malaysia memakan diri sendiri.

Tahukah kamu tunggakan bil rawatan perubatan warga asing terutama dari Indonesia di hospital kerajaan hampir RM12.8 juta ( Ringgit Malaysia bukan 12.8 juta rupiah) ? “> Keseluruhan hutang berkenaan, 47 peratus membabitkan warga Indonesia.

Kerana dasar perikemanusiaan kita tidak boleh untuk menolak atau berkata tidak apabila pesakit warga asing merujuk ke klinik atau hospital kerajaan dan rawatan wajib dilakukan.

Baik atau jahat seseorang itu bukannya datang dari bangsa atau negara.

Pembantu Rumah Indonesia Dera Bayi Hingga Mati



50 Replies to “Malaysia kena ganyang?”

  1. πŸ™„ nmpaknya indonesia di ganyang oleh rakyatnya sendiri dlm pengeboman di Jakarta baru2 ni…..
    betul kata Jie what you give you get back………. πŸ™„

  2. Pingback: Pesta Malam Indonesia di Malaysia | PjansDotNet
  3. good work by lee chong wei… dan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui … nanti buat kempeng ganyang indonesia lak.. hahhaa… tak baik camtu kan…

  4. main badminton dgn kak jie lagi best…. dapat makan sedap laks tu kekeke
    .-= yati´s last blog ..Tudung πŸ˜€ =-.

  5. depa tu bro kena racun dek isu2 yang terbaru ni.. kalo tak ok je..
    dah kita menang, putih mata la depa..
    isu ganyang ni dah lama beb.. biaq kt depa.. shuh… kalau tak sbb serumpun, macam2 aku nak kata kt orang mcmtu..

    kita hormat depa, depa kna hormat la kita balik

    1. @Luth Textile, apa yg depa kata kt kita…kita diam saja
      tak payah nk balas balik..lama2 diamlah….tak best kan kalau gaduh sorang2 πŸ˜†

  6. sama juga kalau kita bandingkan manusia berakal atau tidak. selalunya perkara sebegini berlaku adalah kerana ‘nila setitik’ selalunya ditujukan kpd golongan yg kurang menggunakan akal.

    janganlah pula golongan yang berakal ikut ke arah itu. selalu minta pertolongan darinya walalupun dgn membaca ayat ke 7 surah al – fatihah.
    .-= megat´s last blog ..Lesen Karpersky Internet Security 2009, Iklan Nuffnang! =-.

  7. Malaysia Boleh!… πŸ˜€

    Lani dah kurang tengok perlawanan badminton. sistem 21 mata ni kurang best la klu nak banding dgn sistem 15 dulu…. cepat sangat habis.

    1. @dan kartun, betul tu…. kejap sgt dah habis
      itulah sistem kiraan mata yg dulu lagi menarik..yg ini belum lagi panas..belum feeling kt stadium dah abis

      ikut sgt permintaan pengiklan dr barat..itulah..dia org tenis berejam2 tu sanggup pula πŸ˜₯

  8. isk3 baru ku tau.ptt nye msia mintak je duit kat kerajaan indon.dorg bsing2 kata msia ntah ape2.dorg tak tau yg kita baek giler
    .-= acadterror´s last blog ..Photoshop : Cara letak watermark pada gambar =-.

  9. Su kan kak jie… tengoklah rancangan sukan apapun… pastinya akan berakhir dgn kemenangan… dlm mimpi la. Tak penah tengok abih… sudahnya tv yg tengok su. πŸ˜€
    .-= suara´s last blog ..Alhamdulillah…. =-.

  10. minggu lepas yus masuk forum megenai bahasa indon…
    host forum tu nampak nyer cukup anti dengan orang malaysia..
    sehingga dia menggelar orang m’sia dengan panggilan Maling..
    that means robbers in english…
    sebagai balasan kita memanggil mereka Indon.
    walaupun forum itu bertujuan membahaskan maksud perkataan
    bahasa malaysia dalam bahasa indonesia namun amat ketara host forum
    amat2 tidak suka pada orang malaysia..
    mungkin memang ader lagi sikap anti malaysia di kalangan mrk..
    paling mudah lihat sajer penerimaan mrk terhadap artis kita..
    berbanding mereka di sini..
    .-= yus´s last blog ..BLUE BUKAN KELABU TAIK ANJING KER?? =-.

    1. @yus, forum tu bukan sekarang ada, dah lama dah

      sebenarnya masalah panggilan INDON pun agak samar2..sebab mereka suka buat shorform yang entah apa2…contoh ASPAL -asli tapi palsu….dan mcm2 lagi..tapi shorform mcm ni..marah pula

      nak bergaduh bab artis , …. baik kita fikir hal lain yang lebih berfaedah.

  11. hehe…sy tak layan rancangan berkaitan dengan sukan….

    sy tak faham betul kenapa ada rakyat Indonesia yang benci dengan Malaysia….padahal ramai jugak org Indonesia yang bekerja di Malaysia…
    .-= Active Blogger´s last blog ..Matlamat Kau Dan Aku – KUSZA =-.

    1. @Active Blogger, bersukan sihat utk badan… πŸ˜†

      yg benci yg tak pernah dtg sini…kalau yg pernah dtg tu….dia tau langit tinggi ke rendah..dia tau mcm mana “kemudahan dan keselesaan’ yg dia dpt kat sini

      1. @Jie, betul2 masa sy LI dulu…ramai gak kawan budak Indon nie… ada yg baik dan ada yg tah apa2. Tapi dari apa yg sy nampak…. orang minang nampak OK je… tak tahu la kalau yg org lain jumpa macam mana.
        .-= Active Blogger´s last blog ..Matlamat Kau Dan Aku – KUSZA =-.

  12. RM12.8juta hinggit? Banyak tu, hutang. Mbak dan Mas Joko apesal tak bayar, dan apesal benarkan mereka tak bayar? Boleh ke kita guna credit untuk berubat?

    Dgn duit byk tu, boleh beli berapa byk katil or kerusi roda utk hospital?
    .-= AyKay´s last blog ..Dah Tumbuh Bulu ke? =-.

    1. @AyKay, itu lagi satu hal..penguatkuasa…mcm le kereta singapura yg dtg malaysia tinggalkan saman bertimbun-timbun……itu bidang kuasa penguatkuasa

  13. dekat facebook ada group ganyangmalaysia, gambar group dia seekor babi pegang bendera malaysia

    ntah apa yg orang indonesia sakit hati sangat dgn kita

    1. @anasfadilah, kak jie dah tengok dah…. ramai pula tu members dia…2 k lebih.

      sebab kita serumpun..org melayu
      orang melayu mmg sifat dia dengki dgn org melayu πŸ˜†

  14. Betul tu kak jie buruk jahat atau baiknya seseorang itu bukan ditentukan oleh bangsa atau negara. Hidup yang harmoni sepatutnya berkerjasama anatar satu asma lain, bukannya dengan adanya kempen gayang mengayang.
    .-= TokNabe´s last blog ..Satu Kepuasan….. =-.

    1. @TokNabe, gayang satu hal……..kata keji satu hal
      kalau baca forum dia orang……………mengeji saja..

      pelik pula..orang yang mendakwa orang baik2..boleh mengeji orang tak ingat akhirat.

  15. Ujian besar tu
    kat sn mmg terkenal dengan ahlil nujum n pawang hebat diorang
    kira cuci licin melaysia kali nie :mrgreen:

  16. Haha..teringat masa sekolah2 dulu curi-curi menonton Piala Thomas time prep..Time Pak Guard lalu je..semua sembunyi..Nasib la tak kena tangkap..hehehe..

    Apa apa pun saya pun setuju dengan statement kak jie ni..
    Baik atau jahat seseorang itu bukannya datang dari bangsa atau negara.
    tetapi bergantung kepada hati dan budi pekerti masing..

    1. @Bb Hussain, paling best masa tahun 1992
      tengok kat Dataran Merdeka tu…menang 3-2

      kalau nak kita org jahat kat sini…tgok statistik jenayah negara sudah….kita faham tapi kita tak pernah mengeji secara terbuka…

  17. iza tak sempat tengok sebab duk menyibuk di majlis orang huhu…wah memang tekanan perasaan tu kalau di boo sepanjang masa. Memang sengaja taktik nak melemahkan mental lawan, tabik springlah kat mereka berdua sebab berjaya kawal emosi dan seterusnya menang. Majulah sookan untook negara πŸ™‚

    1. @iza, tageline hasbullah awang tu…hehe

      amboi dia..sibuk hujung minggu..kak jie lepak kt rumah je
      hari bapa…si abah nak rehat πŸ˜†

  18. Yahoo.. malaysia menang.. tahniah Datuk. tahniah bergu wanita kita

    huhuhu..

    tapikan semalam maza tak leh tonton tv…sbbnya kena berperang dgn anak2 … sekali dia nak tengok vcd citer madagascar 2..

    budak2 tu panggil citer tu.. I like it move it… move it.. aderkk

    peristiwa “Rampasan Kuasa: Kerusi Ajaib Berwarna Merah” berulang lagi.

    1. @maza, Best juga game semalam… risau takut Datuk Lee hanyut oleh sorakan penonton

      Biasalah tu..hari minggu..mmg nak kena rebut remote dgn anak2

  19. Salam hormat wahai kujie.

    Masih teringat pada satu hari, ada perlawanan badminton antara Malaysia dan Indonesia. Penuh isi rumah dengan penyokong Malaysia. Dan ada seorang sahabat dari Indonesia. Sahabat ini langsung tidak bersuara atau menjerit. Heheheheheh … apa sebabnya ya ?

    1. @Abang Long, Pekerja Indonesia saya ada yang pernah tidur di dalam rumah dan makan di meja makan utama kami….

  20. betul setiap yang baik atau jahat tu sebenarnya datang dari sikap seseorang tu sendiri bukan kerana bangsa… tak kan la hanya kerana seorang yang buat salah, abis satu bangsa dipersalahkan juga…

    shay ada seorang makcik berasal dari acheh, pada permulaan perkenalan terkadang dia bertanya juga kenapa rakyat malaysia panggil indonesia indon saja, shay jawap senang jerk, senang nak sebut, senang nak ingat… dan terkadang dia juga berkecil hati dengan sesetengah sikap orang di Malaysia, tapi kami sebagai keluarga ada juga menerangkan sebab2 kenapa mengapa, dan sekarang dia dah faham, dan bila dia dah hampir 5 tahun lebih disini dia sendiri dah boleh menilai mana baik yang mana buruk…
    .-= shay´s last blog ..PENYERI SUASANA =-.

    1. @shay, kak jie mengaji ramai pekerja Indonesia tetapi tak pernah ada masalah…masalah muncul dari orang2 Indonesia yg tidak pernah datang ke sini ….

      1. @Jie, tu la kak jie, bukannya semua orang peranginya sama…

        kalau nak kata indonesia tu jahat sangat, kita ni pun jahat juga la, sebabnya kita ni sebenarnya berasal dari sana juga, sebabnya asal keturunan kita pun dari sana juga… moyang kita merajuk bawa ati ke sini, buka penempatan baru di sini jadi semua anggota keluarga dia ada disini la…

        keluarga abg adik dia langsung kami tak kenal… 😐
        .-= shay´s last blog ..PENYERI SUASANA =-.

  21. “Tahukah kamu tunggakan bil rawatan perubatan warga asing terutama dari Indonesia di hospital kerajaan hampir RM12.8 juta”

    oh, akak jie. saya baru tahu!!!!!!

    “Baik atau jahat seseorang itu bukannya datang dari bangsa atau negara.”

    ya, saya sokong!berbalik pada individu. tepuk dada tanya hati.
    .-= woodstacker´s last blog ..fmb11- setiap sesuatu ada batasannya =-.

    1. @woodstacker, kita jadi org baik dulu baru kita boleh minta org lain jadi baik…yahhh..mari kita sama2 menjadi orang baik-baik… :mrgreen:

Comments are closed.