Minyak Naik 5 Sen, Gula Naik 25 Sen – Perlukan Sugardaddy?
Isu Semasa

Minyak Naik 5 Sen, Gula Naik 25 Sen – Perlukan Sugardaddy?

Kali terakhir harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen bagi setiap kilogram adalah pada 1 Januari 2010. Berkuatkuasa pada 16 Julai 2010, harga gula akan dinaikan lagi  sebanyak 25 sen.  Harga terkini gula RM 1.90

Petrol RON 95 juga naik pada RM1.85 seliter .  Diesel – RM1.75 seliter dan Gas LPG RM1.85 sekilogram. Sementara harga RON 97 akan diselaraskan kemudian.

credit : 9gag.com

Kegunaan gula saya sekilo sebulan pun tak habis.  Petrol ulang alik hantar Intan ke sekolah jarak 3 kilometer.  Kalau bergerak jauh, saya guna Komuter.   Tapi tiket Komuter pun bukan murah berbanding dengan perkhidmatan ( kes jadual tergendala dan membahang  macam microwave bergerak ) Kita boleh cakap tak guna gula dan jimat penggunaan minyak tetapi barang-barang lain juga akan mempengaruhi belanjawan keluarga.

Gas memasak juga akan naik harga. Hujan saja yang turun tiap hari.

EDIT :  3/12/2010 – Harga Terkini Gula, Gas dan Petrol

  1. Harga gula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
  2. Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.
  3. Harga diesel naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter
  4. Gas LPG naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

©kujie – kenalah hidup dengan apa keadaan sekali pun.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

51 thoughts on “Minyak Naik 5 Sen, Gula Naik 25 Sen – Perlukan Sugardaddy?

  1. kita rakyat 1 malaysia kena tipu je dengan pak menteri cakap lain tapi kesudahannya jadi lain… bak pantun pepatah.. siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama boleh jadi menteri…harap pak sahril jadi lagilah menteri HEP lagi agar lebih bertegas dan perihatin pada rakyat dan pengguna

  2. Insyallah bila kita berani ubah tabiat yg suka membazir seperti suka makan diluar, suka berjalan tanpa arahan, suka makan dan mimum manis dan macam2 maka kenaikan itu hanya memberi kesan sedikit sahaja tetapi kalau kita masih nak kekalkan tabiat buruk maka kesan itu memang sangat terasa.

  3. Gula naik harga memang bagus untuk sedarkan rakyat Malaysia untuk hindari diabetes. Tapi bab yang kurang seronok bila kenaikan harga barangan subsisdi menyumbang kepada naik barang2 yang ntahapaapantah..

  4. paling best lagi..

    gaji rm 2k ke bawah… dikire tahap miskin..
    tul tak? gaji 5 ke atas..

    kire kaya kan? tul ke?

    kaum mana yg kaya ni guys..

    melayu or chine?

    yg KAYA.. MAKIN KAYA..

    yg MISKIN.. MAKIN MISKIN..

    HAHAHAHA..

    KESIAN ANAK2 GENERASI KITA YG KE 2 ,3 , 4 NANTI..

    MERANA IDUP DORANG..

  5. oh ye.. harga petrol da naik.. so comin soon..

    harga2 keperluan harian lain juga akan naik..

    percaya atau tidak…

    wait n see guys..

    haha..

  6. nk buat camne bro.. tuka la pelbagai pm..

    harga tetap akan naik tak kire la harga apa..

    kite ni kan kuli batak.. robot..

    konfem kene tindas..

    hahaha…

    best tak jadi rakyat 1malaysia?

  7. pak menteri semua kete, minyak kete, mkn kat majlis keramaian je. semua kerajaan tanggung. gaji diorg bersih. kesian org miskin. semua kena gn duit sendiri.

  8. nampaknya kerajaan perlukan satu mekanisma supaya rakyat tidak terasa dgn kesan kenaikkan serta mencari penyelesaian yang baik supaya win win situation… kerajaan dan rakyat

    p/s: betul la kakjie, hujan je turun dan tak pernah naik, tapi bila hujan lebat, boleh juga naik….jadi banjir 🙂
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Demam yang tak sudahMy Profile

  9. mcm duta Mydin je Zana nie… Kak Jie sejak dah ada beg kitart semula tu memang tak guna beg plastik lagi..tak kiralah hari apa…

  10. kita boleh terima kalau betul caranya
    dlm masa yg sama..kita rasa ralat tengok beberapa projek yang tak perlu… itu saja

  11. Salam

    Sebulan sekilo pun tak habis???
    Kalau kat umah tu , sekilo rasanya tahan 10 hari jer.
    Susu tin , setin tahan paling lama 3 hari.
    Jom terjah post menarik dari pB ..903My Profile

  12. 👿 memang nanyalaa… mokcik & pokcik kantin yang terikat kontrak.Makan modallaa.. lepas nii..janganlaa.. terlepas pandang kat masalah dan kesan yang mendalam kat kami ..??/ Minyak naik kami kena,gas naik kami kena, gula naik kami kena, RAKYAT KENA DULU ,PENCAPAIAN ORANG LAIN MAKAN, syabas kerna susahkan kami.$$%%££

    1. Ni salah org dolu-dolu le ni. Silap pangkah. Kan anak cucu yg dpt kesannya. Kalau Tok aku masih ade, akan ku tanye dia kenape Atuk pangkah kapai layaq?
      Bile dia udah belayor, dia bye- bye kat kite, tinggal le kite cuci kesan taik dia.

  13. diorang tak naikkan harga gula dan petrol,cuma kurangkan subsidi jer.lagipun tindakan tegas akan diambil jika ada peniaga yg naikkan harga barang.harga minyak kat negara kita adalah terendah di Asia tau.hehe..
    Jom terjah post menarik dari penyubiru ..Tudung ExpressMy Profile

    1. Tukang korek minyak takkan nk jual minyak mahal2 kat diri sendiri kot? Tindakan tegas apa? Masa naik dulu pon kata gitu jugek..peniaga naikkan jugek..takde tindakan pon??
      Jom terjah post menarik dari Yoa ..Terasa HairanMengenangkanmuMy Profile

      1. Saye setuju 200%. Kan negara kite pengeluar minyak. Gule pun sendiri punye. Ape salahnye naikkan harga. Kalau senang pun org kite juge.
        Tapi kite same aje. tanggung beban org lain. Simiskin makanan sikaya. Sibuta makanan si Celik.Si……..makanan Si….
        Tanggung le Yob, ape nak buat. Next election mike pangkah depa juga. Tapi teman……..

      2. kalau kenal penyubiru…mesti dapat baca statement dia secara sinis…

        ada makna tersirat apa yg dia tulis tu… 😆

  14. Macam mana pun hidup perlu diteruskan walaupun harga gula naik…
    tapi ingat,perjuangan juga perlu diteruskan. bukan sekadar menerima sahaja apa yang berlaku…jom buktikan suatu hari nanti… 😛

  15. 😳 ni yang kata rakyat diutamakan, apa-apa pun rakyat yang terima dulu, baru ada akai.

  16. minyak kereta…semalam beratur isi gak..saya pakai banyak kak..nak gie kelas bukan dekat, bangi..kena drive slow lah jawab nya..
    gula ; 1 kg memang lambat habis, sebab tu tak kesah sangat.
    tong gas ; nasib baik, saya dah beli ganti yang spare nya..kalau tak harga baru lah jawab nya.

    sian kita, golongan yang berada di tengah-tengah lah menjadi mangsanya
    Jom terjah post menarik dari anak ..harga minyak naik esokMy Profile

  17. semua naik.sampai aku dah naik2..tungulah lepas raya kalau naik naik,gaji tak naik2.pas ini banyak barang ikut naik.sekit lagi aku na jadi orang minyak bia aku hari2 jadi naik.

  18. nak buat gena depa ikut suka depa
    kita ni mcm ni ja la…
    nak gula murah tunggu lori gula terbalik
    nak mkn ikan pi mengai kolam atau tasik
    depa takpa la buh minyak bukan duit depa pun
    tol pun bukan penah amik tau bila kurang nk kena topup
    tau tau sampai ja org bawak pi
    pi dok hotel org tolong bayaq
    makan org belanja
    apa depa nak risau
    kita jenuh dok kutip duit seduit
    bagi cukup beli barang dapoq
    gaji masuk hari ni dok bekira dah
    dlm kepala sampai 2 bulan depan nun takut lari bajet
    kita ni mcm ni ja la…
    nak buat gena depa ikut suka depa
    Jom terjah post menarik dari zaryl ..Harga Minyak Petrol Dan Diesel Naik 5 Sen Bermula 16 Julai 2010My Profile

  19. kenapa saya gi mydin tadi tak beli gula???? kenapa??? kenapaaaaaaaa???

    aduhaiiiii…. padehal tau dah… mungkin disebabkan skema tulis brg sebelum membeli kot… hukhukhukkk….

    oh iya… pengetahuan am, pasaraya mydin dah buat hari sabtu dan ahad sebagai hari tiada beg plastik. apekah???!!!
    Jom terjah post menarik dari Zana ..Alahai PembanciMy Profile

  20. Kenapalah duduk di Malaysia di tanah air sendiri rasa tertekan.
    Kalau macam ni tukar la peribahasa, “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, buat apa menunggu hujan batu, baik tunggu hujan emas je.”
    Ya, memang kenaikan tersebut adalah hujan batu besar yang menghempap kepala. Sakit!
    Jom terjah post menarik dari Linarahim ..Mango KulfiMy Profile

Comments are closed.