Mohammad Naim Mustaqim Dan Terkenang Amirul Syafiq

Along belajar kat mana?
KLIUC
swasta ye
a’aha….

Ada nada yang sangat pelik bila menyentuh mengenai IPTS. Saya tidak salahkan sesiapa pun kerana mempunyai pandangan sisi yang negatif mengenai IPTS. Mungkin mereka tidak mendapat pendedahan atau maklumat sebagaimana saya dapat. Sayakan blogger…blogger selalunya one step ahead.   Tidak dinafikan banyak juga IPTS yang menjadikan bidang pendidikan sebagai perniagaan tetapi kita mesti perihatin dan bijak memilih IPTS yang sesuai dengan keperluan.   Bukan terima saja apa yang ditawarkan.

Kenapa Along belajar di IPTS? – kerana tidak diterima di IPTA

Kenapa tidak diterima di IPTA?Tidak banyak universiti yang menyediakan tempat untuk kos yang dia minat. Yang saya tahu IPTA yang mempunyai kos Geomatic Engineering hanya UTM dan UiTM. ( betulkan kalau saya salah ) .  Dia nak belajar apa yang dia mahu bukan apa yang ditawarkan dan bidang tersebut mempunyai peluang pekerjaan di masa depan.

Kenapa KLIUC? –  KLIUC – Kuala Lumpur Infrastructure University College dipunyai oleh Kumpulan Ikram Sdn. Bhd. IKRAM ( Institut Kerja Raya Malaysia ) yang mempunyai sejarah sinonim di dalam bidang infrastruktur dan engineering.

Kenapa memilih Geomatic Engineering? –  Ini jawapan Along – nak jadi macam abah! Dia anak lelaki sulung saya dan dia bercita-cita mewarisi kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh suami. Dia telah nampak apa bidang dan pekerjaan masa depannya berbanding sebahagian mahasiswa muda yang mendaftar memasuki IPTA/IPTS minggu ini.

Pelajar IPTS hanya sisa yang tidak diingini IPTA. –  Dia juga memenuhi syarat 5 kredit untuk belajar dalam bidang engineering. Ada beza?  It doesn’t matter where you graduated from actually, most important is how you make full use of the opportunities that come by.

©kujie – entri ini tanda kasih dan kuasa kiasu seorang ibu untuk anaknya walau apa pun tanggapan mereka.

=====================================================

Takziah untuk pelajar malang Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi , Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri yang meninggal dunia dipercayai dibuli dan didera oleh pelajar senior maktab tersebut. Jenazah Mohammad Naim Mustaqim selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Siong , Baling malam tadi.- sumber berita Bernama Online

Lima pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (MTD) ditahan polis bagi membantu siasatan.

Seorang pelajar MTD disingkir, empat lagi digantung pengajian

EDIT 2010/06/28
Seorang pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (MTD) yang disyaki terbabit mengakibatkan kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, dipercayai dibuli dan didera di maktab itu Rabu lalu, disingkir serta-merta daripada pengajiannya.

Empat lagi rakannya digantung pengajian sehingga siasatan kes selesai.

EDIT 30/06/2010 – Komandan MTD Diarah Tukar Ekoran Kematian Pelajar

Komandan Maktab Tentera Diraja (MTD), Kapten Alias Baharuddin ditukar serta-merta ekoran kematian seorang pelajar, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, yang dipercayai dibuli dan didera Rabu lalu. – Mstar Online

Al-fatihah untuk allahyarham dan moga keluarga beliau lebih tabah  dan redha dengan dugaan ini.

Sedihnya – hati seorang ibu terus terkenang Angah yang juga seusia Mohammad Naim Mustaqim yang baru memasuki Tingkatan 4 di MRSM Merbok juga di bulan Februari .

Ya Allah……… lindungilah anak aku  Amirul Syafiq dari menzalimi dan dizalimi, peliharalah dia dalam rahmatMu dan permudahkan segala urusannya dari kerumitan dan kesusahan… semoga dia dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan dan dugaan di tempat baru…..Amin

Saya tak nak bercerita tentang orang lain tetapi tentang anak-anak saya yang  saya uruskan setiap hari sebelum matahari terbit.   Dikejutkan setiap hari sepanjang 11 tahun persekolahan ( tadika – tingkatan 3 ) tiba-tiba rutin itu berubah.  Risau dan resah seorang ibu.   Belum ditambah lagi kalau kes langgar bmw orang!

Dah bangun ke dia, senang ke bangun….dah mandi…ada air ke tidak…sempat ke sarapan sebelum ke kelas ( anak-anak saya memang bersarapan pagi  di rumah dan bawa bekal ke sekolah ) , uniform dia kemas ke tidak, kasut bersih ke tidak..stokin dia hilang lagi ke…. buku tertinggal siapa nak hantar… color pencil tertinggal nak telefon siapa suruh hantar…

Tiap kali jemput dari sekolah , dalam perjalanan  balik berbakul-bakul lagi pertanyaan – hari ni ada gossip apa kat sekolah, cikgu cakap apa… kawan2 macam mana… apa subjek susah hari ni..kerja sekolah banyak tak..rehat tadi makan apa… petang nanti ada koko ke tidak…. Cikug Ros jumpa Angah tak, ikan koi yang kita bagi kat sekolah tu hidup lagi ke tidak… bla… bla… bla…

Ini rutin harian saya sepanjang menguruskan anak-anak bersekolah , semua hal dalam pengetahuan ( termasuk gossip cikgu-cikgu ).  Tiba-tiba rutin ini berubah – hati jadi risau !   Boleh ke dia uruskan diri, dengan siapa dia nak bercerita lagi…. hidup di asrama sangat berbeza dengan apa yang dia lalui sepanjang 11 tahun .

* Siong, Baling kampung halaman saya.

©kujie – ini baru kisah 2 orang anak…  kalau 10?:roll:

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. anak saya pun masuk KLIUC. dia memang dah tetap nak buat architecture dari form 4 lagi, ipta yang ada hanya di uitm dan utm (tak silap saya) dan anak saya tak dapat tawaran ke sana, mungkin sebab terlalu competitive. choice pertama kami di shahputra tapi disebabkan jauh, saya masukkan dia kliuc. semoga anak2 kita berjaya tak kiralah dimana mereka berada.
    Jom terjah post menarik dari ummi365 ..Mothers Day SaleMy Profile

  2. IPTA / IPTS sama saja…. the good thing about along is he know what he want.

    ramai sangat budak lepasan spm yang masih tak tau apa dia nak. and lagi worse dah habis degree pon masih tak sure!!! lagu haru!! tu yang jadi ramai ‘penanam anggur’ berjaya sebab kos yang belajar kunun tak kena jiwa alahai
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..aku dan NOKIAMy Profile

  3. It doesn’t matter where you graduated from actually, most important is how you make full use of the opportunities that come by. —– setujusss!

    satu lagiii… good communication skills n confidence (ehh dua..)

    ada degree hanyalah tiket utk dapat g interview, dlm interview CGPA dah jadi bukan no 1
    Jom terjah post menarik dari cik cloudy ..Nombor MautMy Profile

  4. saya setuju dgn kebanyakan pelajar tak tau nak rancang psl kos tu. sebab saya dulu pn macam tu. dh keja sekarang baru tau. kdg2 kata hati kita perlu didengari jgk

    :mrgreen:

    alfatihah utk mangsa 🙁

  5. ipta or ipts tak penting…yang penting bagaimana dia menggunakan ilmu yg dipelajari untuk tentukan letak diri dia beberapa tahun akan datang..

    sy keja kt uitm ni kak jie dah nampak karenah pelajar yang tak mau terima tawaran belajar jika kursus yg dorg dapat tp tak minat wlupun ada prospek untuk masa depan. nak ikut minat jer tapi bila kuar esok2 tak tau nak keja apa..mujur sy bahagian pentadbiran, tengok jer la..hihii…kalau bhgn pengambilan, sah2 nak kena bebel…

    sangat rugi sbb semua org berlumba2 nak masuk U..
    Jom terjah post menarik dari Kancilbiru ..Lihat komen kuuu….sungguh cantik kan???My Profile

  6. Geomatic science mmg best.Sy pernah keje dgn company produce geomatic service.Walaupun admin,sy berpeluang buat digitize,plotting dan byk lagi dgn autocad.Keje bidang ni jugak mampu bawa kita terbang ke serata dunia.Selamat maju jaya buat anak kak jie… :)kak jie org baling?? sekampunglah kita… wink*wink*
    Jom terjah post menarik dari anis ..KaLau BiNaTaNG ada FaCeBooK..My Profile

  7. hati emak sama saja kujie
    ameen juga untuk doa kujie itu
    untung anak-anak yang punya emak, kerana setiap hari pasti ada doa ikhlas untuk mereka…
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..TersungkurMy Profile

    • betullah tu hati emak
      nak makan ingat
      tengok bilik anak2 lagi lah …
      tapi kena sedar juga
      selama mana nak duduk bawah ketiak

  8. ada juga kelulusan ipts dipandang tinggi namun yang dikejar dalam hidup bukan pandangan tu kan?

    kalau dulu ragging hanyalah gurauan untuk mengeratkan hubungan… taklah sampai mendera. Budak sekarang ni melampau betul. Al-fatihah untuk adik Mohammad Naim Mustaqim
    Jom terjah post menarik dari cikgu isza ..Cipta skandal untuk diri sendiri – Kamu yang mula lahhh!My Profile

  9. minda rakyat kita mcm tu lah kakjie
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Tutorial cara nak upgrade wordpress 3.0My Profile

  10. erm… tak sangka kak jie nya anak belajar kat kolej tempat saya belajar dulu.. leh la jumpa dia 😛 hehehe… anak kak jie duduk block B tu kan? ground floor.. esok lusa kalo gi sana, leh la jumpa.. btw dia baru masuk semester ini ke?
    Jom terjah post menarik dari syahirul ..Apabila lens dan freshy bertemuMy Profile

  11. huhu.. terkejut bc kes pelajar MTD tu…

  12. kalu 10 anak, kena gak cerita kan kisah nya. lain anak, lain pengalaman. 🙂
    Jom terjah post menarik dari arin ..Mood SwingsMy Profile

  13. denaihati says:

    Mendidik anak ini adalah mujahadah yang bukan senang tetapi tanggungjawab yg mesti dan wajib dibuat. Jadi jaga amalan, usaha cari ilmu mendidik, doa dan tawakl.

  14. kujie kalau 10 anak, mmg x smpt update blog
    Jom terjah post menarik dari matjoe ..Bijak Belanja: Beli Handbag 1 pada 1 masaMy Profile

  15. mana2 pn sama atas diri sendiri nk blaja ke x…
    Jom terjah post menarik dari MM ..Aiz batu campur – Tips Suruh Member BelanjaMy Profile

  16. Rezeki ALLAH dah tetapkan. Terima seadanya. Bersyukur. Dan buat yang terbaik. InsyaALLAH ALLAH sentiasa merahmati Kak Jie sekeluarga..amin.
    Jom terjah post menarik dari Cik Nass ..Buli: Adakah senioriti itu HEBAT?My Profile

  17. Alahai kak jie..sedh pula baca pasal budak yg di Buli…
    Entah lah apa nak jadi zaman sekarang…budak2 ada IQ tapi sayang nya EQ nya punah ranah.
    Sanggup buat kawan sampai mati…..
    Ira beratus kali ganda risaukan anak…maklum sajalah kak jie…itulah satu2nya zuriat yang ada……uhhkkssss 😳
    Jom terjah post menarik dari Ira ..Beli apa?My Profile

  18. Bagi saya , belajar kat mana pun sama je . Kadang kadang saya rasa orang yang study kat IPTs lagi cemerlang . Ini apa yang saya nampak la 🙂

    Semoga anak kak Jie selamat sentiasa . Insya ALLAH

  19. Kujie, kalau ada 10 anak mungkin tak ada masa langsung nak berblog, apa lagi nak bercerita ceriti hal anak2 dalam blog
    Jom terjah post menarik dari kenari ..Jom Buat MagicMy Profile

  20. setiap semester bila dpt para pelajar baru, saya akan bertanya soalan ini secara langsung ataupun akan meminta mereka menulis latar belakang diri dan juga sebab memilih jurusan yang diikuti. Pada awal semester, hampir 70% akan menulis begini- I want to be a ….. but my parents want me to be …. That’s why I’m here….
    Nak mengubah pandangan dan pendapat mereka utk meminati (cemerlang) dalam apa yang diminati oleh ibu bapa mereka bukan mudah…kadangkala mereka tumbang di tengah jalan..namun ada juga yang mampu dibentuk supaya minat mereka seiring dengan ibu bapa :))
    Peluang pendidikan ada di mana-mana. Nak atau tidak sahaja penentunya..moga Along berjaya mencapai apa yang diimpikan. 🙂
    Jom terjah post menarik dari epel ..10 tahunMy Profile

  21. saya teringat masa saya buat hal di matrikulasi dulu. mak takkan cakap kat anak yg dia susah hati. makcik saya yg bagitau mak saya tak tidur malam mengingatkan hal saya. banyaknya dosa saya sbg anak.

  22. entahlah. yg pasti hidup mesti diteruskan.. huhuhu
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Jam ini, bukan sekadar penunjuk waktu!My Profile

  23. Walaupun anak2 saya masih kecil, tp risau jugak kerana dengan tidak berkerja sekarang takut keperluan mereka terbantut. Sebagai bapa persedian awal itu perlu. Banyak saya perlu belajar dari Kakjie dalam hal pendidikan dan mendidik anak ni.

    ps:selalu jengok kemari mencari tip2 berguna. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari haritz ..Kawin PaksaMy Profile

  24. Aku tahu Geometri buat bulat pakai pensil lekat kat jarum je…tak kisah la belajar kat mana..yang penting usaha dan result..

  25. Adik saya 2 hari lepas mendaftar di politeknik dengan Diploma in Mechanical Engineering,berbaloi sebab masa dia di sekolah teknik dulu dalam kos yang sama, walaupun dapat IPTA diploma in computer science. Tapi mak suruh juga dia ambil politeknik sebab dah ada asas, lagipun tentang perkomputeran/networking, lebih elok ambil di MMU. Kawan adik 6A dapat kos salun&kecantikan di IPTA. Tak berbaloi rasanya, sebab dia pun lelaki. Kawan adik lagi seorang sanggup masuk kolej KLIA sebab minat aviation, walaupun dapat UITM dalam bidang kejuruteraan. Yang penting adalah budak itu sendiri, macamana dia berfikir, sahsiah dia, pointer dia, berani merebut peluang,etc. Orang tak peduli di mana dia graduate, tapi orang akan peduli apa matlamat&masa depan dia
    Jom terjah post menarik dari Linarahim ..Perak Delights (1)My Profile

  26. Salam Jumaat Al-Mubarak
    moga hari ini menjanjikan
    yang terbaik dari hari
    sebelumnya…

  27. kak,

    zah dulu belajar kat IPTS tp program ngan utm…amik diploma…ada org ty…eh utm ada diploma ker..?sedangkan zah guna diploma utk keje skrg….huhuhu…depa anggap zah ni bukan belajar kat ipta…so diploma tu tipu… 😉 😐

  28. mrs jamal says:

    yang penting nawaitu kan kak jie

  29. bukan tempat yang jadi ukuran. usaha dan sejauh mana seseorang tu mahu memajukan diri, itu lebih penting.

    betul tak kak jie?
    Jom terjah post menarik dari Faizal @ FTN ..Italy Kalah Bergaya, Japan Lanyak The DanesMy Profile

  30. Salam,
    Kak Jie,
    Bukan semua IPTS itu kelas kedua, bergantung kepada IPTS mana yang dipilih. Kalau kursus yang ditawarkan tu tak ada di IPTA, memang patut sangat ubah hala ke IPTS. Kak Jie pun dah selidik IPTS tu ok ke tidak…so, timbul masalah kelas dua ke kelas tiga. Apa yang penting, tuan punya badan belajar dengan bersungguh.
    Dapat di IPTA dengan kursus yang tak berapa nak minat, dapat CGPA yang tak berapa nak boleh cari makan…itu yang perlu dibimbangkan. Golongan ini yang melonggok menganggur tidak diterima dalam dunia pekerjaan. Masuk IPT tak semestinya dapat cemerlang, kalau dah tak cemerlang, macam mana nak dapat kerja yang bagus?

    Moga2 anak2 Kak Jie akan lebih berdikari dan gunakan peluang yang ada untuk tingkatkan mutu diri, insyaAllah.
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Mabul, Aku Datang Menggendong Cinta Yang SaratMy Profile

    • Di mana-mana pun kena belajar – nak bagi anak2 sedar dan fokus pada apa yang dia mahu bukan senang.. budak2 sekarang – main saja lebih..tak rasa susah

  31. IPTA ataupun IPTS bukannya penentu kejayaan di masa depan.Ramaije graduan IPTS yang berjaya dan ramai juga graduan IPTA yang mengganggur di luar sana….
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Tips Blogging | The Grass Is Not Always Greener On The Other SideMy Profile

  32. Assalamualaikum kak jie…
    Bagi Su, belajar kat mana tak penting… tapi ilmu yg diperolehi dan dimanfaatkan tu yang paling utama. Samada boleh digunakan untuk kebaikan diri dan masyarakat, atau untuk dunia saja atau untuk dunia dan akhirat.

    Sedih jugak bila fikirkan Su tak guna apa yg Su belajar dulu bila keje… Tapi nak buat macam mana, rezeki Allah berikan di laluan yg berbeza. Apapun, Alhamdulillah…

    • Waalaikumsalam Su,

      Buat apa pun kena beilmu kan, apalagi ilmu yg dimanfaatkan
      Rezeki dan jalan hidup masing2 sudah ketentuanNya

  33. emm.ipts ke ipta ke takde banyak sangat bezanya. Semuanya bergantung pada diri sendiri juga.
    Jom terjah post menarik dari titan ..Komisen Pertama dari InnityMy Profile