Murid Tadika Dijadikan Tebusan Di Muar ( Di Kemaskini )

Berita Terkini : Kes Tebusan Guru dan Murid Tadika Serikids di Sungai Abong – laporan khas dibawakan oleh  Hazrey yang berada di tempat kejadian.

  • 3.05 pm –  3 buah helikopter dan pasukan Unit Tindakan Khas  (UTK) telah pun tiba di lokasi kejadian.
  •  Penjenayah telah ditembak mati
  •  Suspek masih hidup tetapi di dalam keadaan kritikal .  Suspek telah dihantar untuk mendapat rawatan di Hospital Muar.
  • Antara senjata yang digunakan – sebilah parang dan tukul besi termasuk 2 unit pemadam api milik tadika yang digunakan untuk menyembur anggota polis.  Bagaimana pun pihak polis berjaya menuetralkan keadaan.
  • 10:05minit malam – Hazrey melaporkan melalui twitter,  suspek meninggal dunia di Hospital Muar.  Laporan Bernama Online melapurkan suspek Loi Hui Chung, 40 tahun meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah pada 9.15 malam .


Sumber gambar kiriman hazrey.com – Terimakasih.

*******************************************************

Tiga Empat guru dan kira-kira 30 murid  Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang dijadikan tebusan seorang lelaki bersenjatakan parang yang menceroboh.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi tadi Sumber : Malaysia Insider

*********

Selepas seorang pakar psikiatri, Dr Lau Keen Lee bercakap dengan suspek dari luar banglo dua tingkat tersebut, lelaki itu kembali tenang.

Kaum keluarga dan media diminta menunggu di luar kawasan banglo kerana suspek mungkin akan takut jika terlalu ramai yang berhimpun dekat kawasan berkenaan. sumber :Mstar

mudah sangat nak cari Along …tadika di Bentong

Mula-mula baca berita ini, ingatkan berlaku di luar negara. Risau pula teringatkan anak-anak yang masih disekolah.

Mengikut pengalaman saya, tahap keselamatan di sekolah lebih ketat berbanding di tadika. Contohnya sekolah Intan memang menyediakan pengawal keselamatan yang menjaga urusan keluar masuk di pintu utama.

Harap-harap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan tiada lagi yang cedera.

Membesarkan anak-anak dizaman sekarang bukan sedikit cabarannya.  Berbagai-bagai masalah mental masyarakat yang menyumbang kepada masalah rumahtangga,  keganasan seksual kanak-kanak dan jenayah kanak-kanak.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 , kira-kira tiga juta daripada 26 juta penduduk negara kita mengalami gangguan mental.

p/s – Gambar akan diupdate, tunggu email dari Hazrey

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Murid Tadika Dijadikan Tebusan Di Muar ( Di Kemaskini )”

  1. Menurut Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak banyak pusat asuhan mendaftar dengan kementerian atas alasan birokrasi dan banyak sangat syarat-syarat hendak dipatuhi

  2. Salam. Pada pendapat hamba selepas ini sesiapa yang nak menjadikan kanak-kanak sebagai tebusan perlu memohon secara atas talian bagi memudahkan pihak ibu bapa membuat persediaan awal.

    Sebarang permohonan perlu dikemukakan 7 hari lebih awal. Mana-mana permohonan yang lewat atau tidak lengkap tidak akan dilayan.
    Jom terjah post menarik dari Zil-el-Saif @ The Encik Saif ..Menangi Baju Kelawar @ Kaftan – Sertai Peraduan Ini!My Profile

  3. rakyat malaysia yg hadapi tekanan tu patut diwajibkan pergi kaunseling..kadang2 punca tekanan tu normal seperti kewangan atau peribadi..
    Jom terjah post menarik dari izwannizam ..Bersih 2.0My Profile

  4. bukan kanak-kanak saje kak , perempuan yang da bekerja pon takot .. sy kalo nk kluar dengan kawan-kawan ,mak ngn bapak mesti byk tanye.. kte kekadang jd geram tp kte kene tahu mereka risaukan anak-anak dia kan..
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Aku Perlu Berhati-hati SekarangMy Profile

  5. Pingback: Guru dan murid Tadika Serikids jadi tebusan
  6. mudah-mudahan semuanya selamat. tapi memang betul pun kalau diperhatikan rata-rata tadika kat Malaysia nih tahap keselamatan kurang, maybe sebab berada dalam kawasan kejiranan. macam tuh pun masing-masing suka buat sikap tak tau, duduk dalam rumah je bila ada yang kena pecah masuk pun ade yang tak tau.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Semoga Si Dia TabahMy Profile

Comments are closed.