Mutiara Kata PPSMI

mutiara kata kujie

Ada yang datang mencari ‘Mutiara Kata Kujie ‘

Owh apakah?  Saya bukan intelektual @ cendekiawan yang bijak mengungkapkan prosa-prosa indah. Saya juga bukan ilmuan yang mendalami dan mengembangkan ilmu dengan penelitian.

Saya hanyalah cendawan yang sesuai di masak lemak.:mrgreen:

Perkataan intelektual bererti memiliki atau menunjukkan kekuatan-kekuatan mental dan pemahaman yang baik dan dapat disimpulkan sebagai ‘pemikir-pemikir’ yang memiliki kemampuan menganalisis terhadap masalah-masalah tertentu.

Ilmuwan pula ialah orang yang mendalami ilmunya kemudian mengembangkan ilmunya, baik dengan pengamatan mahupun dengan analisisnya sendiri.

Jauhnya saya dari tahap itu, tetapi saya ada Mutiara Kata yang indah untuk dikongsi hari ini.

Usah bimbang jika diri anda tidak dihargai, akan tetapi anda perlu bimbang jika diri anda tidak berharga lain.

Fikirlah dengan mata akal, moga yang elokkan terus kekal, Usah diturut tajamnya nafsu serakah bisanya akan mencelakakan maruah

Yang lain-lain kawan-kawan saya akan tambah di kotak komen….:mrgreen:

PPSMI – Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan dimansuhkan pada tahun 2012.

Saya rasa kita tidak patut salahkan Sains dan Matemaik jika anak-anak kita gagal menguasai Bahasa Inggeris. Bahasa bagi saya adalah berfungsi sebagai penyampai supaya murid-murid faham. Itu tujuan utama dan semestinya untuk memahami , murid-murid perlu belajar dalam bahasa pertuturan mereka.

Mungkin seorang pelajar itu tidak mahir berbahasa Inggeris, tetapi cukup mahir dalam Sains dan Matematik. Dua perkara yang berbeza jika seorang pelajar itu tidak mahir dan tidak dapat mengikuti dengan baik mata pelajaran Sains dan Matematik.

Angah : ” Ma, kawan-kawan sekelas Angah semua mengeluh tak suka , kita suka BI “

Mama Melayu Piang : ” Ngape pulak ? “

Angah : ” Istilah BM pelik-pelik . Banyak istilah sains yang lebih senang difahami dan diingat berbanding Bahasa Melayu yang berbunyi janggal.”

Pula!  Anak saya produk PPMSI .

Tak apalah Angah, 2012 awak dah habis pengajian wajib sekolah menengah.

©Kujie – saya  ke SMT Sepang , Parent Teacher Meeting

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. mangsa PPSMI says:

    assalamualaikum.. secara jujurnya saya nak kongsi pendapat lah kononya.. 😉
    susahlah kalau semua berfikiran ENGLISH melambangkan KEMODENAN, KEMAJUAN,.. macamlah bahasa english tu melambangkan kesempurnaan..
    ini termasuklah dalam soal menuntut ilmu.. tak semestinya kita tak mengamalkan PPSMI kita jadi masyarakat yg ketinggalan.. percayalah sedikit demi sedikit lambang kebanggaan bahasa kita akan sendirinya luntur dijajah oleh pemikiran kita yg mengatakan bahasa melayu kolot..sedih wo.. 😐
    belum tiba masanya mengamalkan sepenuhnya PPSMI, tingkatkan dulu pengetahuan english di kalangan generasi kita.. kualiti lebih baik daripada kuantiti,,
    jangan sampai nanti subjek bahasa melayu pun dorang nak ajar dalam english.. 🙂 kah3x

  2. Sapa ikut debat panas PPSMI semalam kat TV1? Kebetulan tadi jumpa kawan bakal guru yg mengajar Sains tengah praktikal kat Nilai. Kata beliau, memang susah nak mengajar dalam BI sedangkan guru BI kat sekolah dia pun susah nak bagi faham murid-murid(sekolah kampung).
    .-= Dr House´s last blog ..Nokia 5530 Xpress Music =-.

  3. hazeleyed says:

    sambungan….

    memang sukar untuk ubah minda ….yang dah lama selesa
    Sesuatu perubahan perlu penelitian…kesabaran…keyakinan.
    Ada keindahan disebalik keburukan.

  4. hazeleyed says:

    Salam.

    banyak sudah yang dah kite lihat…dengar dan katakan…
    as a science teacher…i could only say…what a waist!

  5. kalau anda jadi cendawan, saya jadi tempoyaknya. boleh buat cendawan masak tempoyak….hihiiiii

  6. salam akak… lari dari topik sket nih..
    nak tnya print screen yg akak letak tu dr nuffnang? amik yg kat mana ek? sy punyer takde plak sedetails tuu… curious sangat nih..
    tq
    .-= cik cloudy´s last blog ..JJCM: Pasar Borong Pekan, Pahang =-.

    • @cik cloudy, bukan dari nuffnang….itu dari Getclicky

      • @Kujie, oowhh.. ok akak.. thanxx! sangat berguna info ini..
        .-= cik cloudy´s last blog ..Obama =-.

        • @cik cloudy, akak… getclicky nih ade yg free tak? mcm kena beli jek nih
          .-= cik cloudy´s last blog ..Obama =-.

          • @cik cloudy, free la…tp yg kena bayar pun ade gak..biasalah ..kalau dh bayar tu mesti ada byk kelebihan.. 😆

          • @cik cloudy, wahhh.. lajunyerr reply… huhu..suka2… tq!
            .-= cik cloudy´s last blog ..Obama =-.

            • @cik cloudy, akak… hehehe… soklan lg niii… sy dah register kat getclicky tu… tapi mcm a bit lost la… nak click kat mana utk tgk mcm akak tgk ada org cari ‘mutiara kata kujie” tuu?
              .-= cik cloudy´s last blog ..Obama =-.

            • @cik cloudy, dah register, kena letak code kt blog dulu, cari “Site preferences” ,lepas tu “Tracking code”

              copy code letak le kt blog dulu…baru la dia berfungsi utk detect visitor, kalau tak letak…dia tak dpt le ‘bekerja’

              bila dah letak…dah ade trafik, klik ‘start’ > ‘visitors ‘ boleh check lokasi pengunjung dgn google map sekali

            • @cik cloudy, ok.. thanx a lot akak.. sangat2 membantu..
              .-= cik cloudy´s last blog ..Obama =-.

  7. Pening kan? 5 tahun anak sulung intan belajar maths & sains dlm english… alih2 masa nak UPSR tahun 2013 nanti semua dlm BM pulak… ntah apa2 ntah.

    😛
    .-= intan´s last blog ..GO ARABIC! =-.

  8. dimana silapnya jika bahasa pertuturan kita tidak boleh jadi sebagai medium komunikasi antara kita!?

    silapkah kita apabila bahasa yang melambangkan bangsa tidak menjadi lambang kemajuan bangsa!?

    oh terlalu byk hendak dihuraikan tetapi bahasa kita memang indah dengan sinisan dan puitis!
    .-= megat´s last blog ..Michael Jackson’s Last Rehearsal, Memori Akhir Dari Raja Pop! =-.

    • @megat, masalahnya bahasa tuk anak2 kena berbeza , tahap sek rendah berbeza utk tahap anak sekolah menengah.

  9. pianfox says:

    uihhh.. anak orang bandar kot -)

    • @pianfox, sy rasa tak selesa utk ckp..
      ‘ anak bandar’ atau ‘ anak kampung’

      terlalu prejusdis sebab ramai juga anak2 di kampung yang score A utk BI.

      contohnya…tu………org bandar skrg ni yang ckp BI berterabur dulu asal usul dari kampung juga… 😆

  10. Aku Melayu Boleh says:

    Huhu … PPSMI plak.Panas2.

    PPMSI wajib dimansuh’kan.Masalah sebenar disini adalah BAHASA ENGLISH!Sekali lagi,masalah’nya BAHASA ENGLISH yer! Ajar lah budak bahasa english bagi pandai.

    Yang menjadi mangsa adalah subjek kritikal,Bahasa Melayu dan anak-anak melayu (majoriti’lah)

    Tidak dinafikan,bahasa english adalah bahasa ilmu zaman sekarang.Tapi kenapa jepun pun boleh maju? Adakah sebab penggunaan bahasa english ? Jauh skali!

    Mereka (Orang Jepun) kerap menterjemah’kan ilmu bahasa english kepada bahasa ibunda mereka supaya anak-anak mereka senang faham.
    Lepas tu baru lah boleh ke peringkat seterus’nya.

    Alternatif senang ada,yang susah juga menjadi pilihan.

    Ps:Rumah terbakar panggil bomba,hati terbakar .. siapa yang tahu?

    Pps:Sebab nie rumah Kak Jie … xjadi nak mencarut.Muahahaha!
    .-= Aku Melayu Boleh´s last blog ..Buat Duit Adsense Gaya Melayu Boleh =-.

  11. cakap kosong says:

    tak sker pemansuhan sains dan math dalam bahasa english ni…kita kena berani utk maju…huhuhu!! 😥

  12. byk org kata ppsmi melahirkan produk yg cemerlang di ipt, tp kalu kita tgk sebelum ppsmi byk jg yg cemerlang di ipt… ju rasa ppsmi ni gagal sb implimentasinya… benda ni perlu dibuat sec menyeluruh, bukan sorang dua cikgu je yg buat… dan yg paling mengecewakan… braper billion duit habis diperuntukkan utk ppsmi ni? mesti geleng kepala kalu dpt tau figure yg sebenar!!! 😥
    .-= jue mj´s last blog ..BUKU DAH SIAP!!! =-.

  13. kesannya akan nampak biler budak tu masuk
    ipt nanti…. struggle je memanjang….
    .-= hazman aka species1980´s last blog ..Dwikad SIM =-.

  14. adik saya pun product ppsmi BI. kesian plak ngan diaorang. saya kata takpelah belajarlah selagi kita boleh belajar. tapi dalam hati saya mmg geram dengan flip flop polisi begini. membazir resources la kan k jie. 👿
    .-= KNizam´s last blog ..Flip Flop Pelbagai Warna =-.

  15. memang betul tu Kujie, sentiasa ada sahaja mutiara kata di sini 😀
    .-= Mak Su´s last blog ..Pencapaian =-.

  16. KampungBoy says:

    Haha…macam kartun, dsar skang nie
    mst kanak2 pening
    mana satu nak belajar nie
    tak ker naya diorang tu
    .-= KampungBoy´s last blog ..Tunjukkan Sokongan Anda. Bantulah Chenat =-.

  17. Saya rasa…elok juga kalau matematik dan sains diajar dalam bahasa inggeris. tetapi..saya juga rasa adalah patut untuk mengekalkan bahasa ibunda masing-masing! 😀

  18. bahasa inggeris mungkin sesuai untuk anak-anak pandai yang biasa tengok citer inggeris,nyanyi lagu ingggeris,dan terdedah dengan perkataan2 inggeris secala formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian dan mostly dari bandar.
    tapi kalau budak-budak yang tak terdedah dengan bahasa inggeris dalam kehidupan harian mmg sangat sukar nak praktik PPSMI.
    saya pun berharap agar perubahan nie kekal lah..pening kepala cikgi PPSMI kalau kejap2 tuko…kejap2 tuko..
    .-= izzah´s last blog .."aku dapat A…" =-.

  19. emmm pendapat dari saya seorang yang kurang bijak..sebenarnya bahasa melayu adalah satu bahasa yang indah dan penuh dengan kata-kata merdu dan bersopan. bahasa melayu tidak ada cacat celanya tetapi bangsa melayu sendiri yang melemahkan dan mencacatkan bahasa melayu..kenapa mesti di tukar sains dan matematik ke bahasa inggeris pada suatu masa dulu. adakah dengan menukar sains dan matematik saja ke bahasa inggeris kita boleh maju?? atau ada agenda lain yang nak di laksanakan mahathir. kenapa mesti dia sebagai orang yang bijak pandai taknak perkembangkan bahasa melayu dan alasan yang di beri dgn bahasa inggeris kita akan maju. nonsense bagi saya.

    kita semua sibuk dengan isu bahasa inggeris yang kononnya boleh memajukan bangsa tapi kita tak pernah sibuk nak memajukan akhlak bangsa dengan penekanan betapa pentingnya ajaran agama. bangsa maju saja tak guna kalau akhlaknya buruk dan tak beragama. fikir-fikirlah.
    .-= pjan´s last blog ..Orang gaji ku sayang =-.

  20. Samalah dengan anak2 Tie. Lebih senang belajar Sains dan Matematik dlm BI. Terpaksa mama mereka terangkan…, ramai yang menghadapi masalah di kampung2 tu. Sebenarnya sesetengah pendidik belum mampu mengajar dalam BI dengan baik. (ayat dipetik dari seorang cikgu yang Tie kenali)

    Err……..lepas ni nak buat experiment apa, ekk ?
    .-= Tie´s last blog ..Siput oh siput =-.

  21. woodstacker says:

    harapnye lepas ni tak tukar lagi..pening la..marilah buat satu keputusan dgn berfikir jangka masa panjang…

  22. Hasil natijah dari kecamukan sistem pendidikan, maka lahirlah produk yg kecamuk juga..

    harap2 tidak ada lagi org lepas ini mengamuk!

    huhuhu
    .-= maza´s last blog ..Kenangan Lalu Bersama ‘Budak Itu’! =-.

  23. experimen? siapalah punyer idea nih….. anak2 saya 3 orang dah jadi bahan PPSMI nih. yg sorang tu produk BI-Arabic, and kat umah speaking malayan, hari2 duk melayang-layang je dia penin.
    .-= AyKay´s last blog ..Friday talk…. dari minda pakar jiwa =-.

  24. dengar dlm radio hari tu..topik pasal PPSMI ni la..
    ada pemanggil kata tak wajar guna perkataan DIMANSUHKAN.
    huhu.. mcm2 pendapat.
    .-= fiezabaiduri´s last blog ..Insan pemaaf bebas sifat buruk sangka, dendam =-.

  25. Salam hormat wahai kujie.

    Bukan hendak memuji sebarangan. Tapi satu hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah. Minda Abang long terasa santai dan bertambah isi bila melawat blog ini. Ada ketikanya terfikir, adakah Kujie merupakan produk dari mana – mana IPT ?

  26. PPSMI – People Possible Speak Malay is Idiot

    ps: tu kata member aku org Melayu yg sombong, katanya selagi Melayu ckp Melayu tak kan maju dan aku hadiahkan dia sebijik penumbuk, padam muka dia, tiada jati bangsa lansung 👿
    .-= haritz´s last blog ..Akukan Abang! =-.

  27. eksperimen tak menjadi……. kesian bahan eksperimen tu.

    • @TokNabe, itulah salah satunya penyebab ditentang, kalau dibentangkan selepas berpincangan dan dikaji secara menyeluruh…rasanya tentu kesan baik tu dpt dirasai secara menyeluruh

  28. Best baca Kadir Jasin tadi. Dia tak nak komen, letak lagu P.Ramlee je. Walhasil balik asal, itu fasal tak hasil… Falsafah ke tu?
    .-= kruel74´s last blog ..Sign of times, online newspapers gaining ground =-.

    • @kruel74, saya dah baca awal pagi semlm…sbb itulah sy tak tulis pendapat saya di sini, tak ramai org tahu utk menghormati pendapat org dan belajar terima pendapat org lain..kebanyakkan hanya mencemuh tanpa fakta. 😆

Trackbacks

  1. […] dengan dalil yang extreme .  Atau cendekiawan yang bijak mengungkapkan prosa-prosa  melahirkan mutiara kata indah.Apa yang saya kongsi adalah asas-asas  kehidupan yang berhubungkait  diri dengan jiran dan […]