Nak guna RON 95 ke RON 97?

Sebagai pemandu yang mengukur jalanraya lebih 10 tahun , saya agak fokus juga pada perubahan kuasa pecutan  Cik Serena. Saya dah hantar pergi service dan semuanya dalam keadaan tip top tetapi kuasa enjin  masih semput macam streamyx.

Kemudian saya terfikir - mungkinkah petrol yang saya gunakan sekarang tidak berkualiti- Maksudnya tidak memenuhi piawaian kehendak Cik Serena 2.0 ( A). Mengada-gada juga Cik Serena ini rupanya…

petrol station 376x250 Nak guna RON 95 ke RON 97?

Saya mencari info mengenai RON 95 dan Ron 97. Mengikut artikel yang di tulis oleh Irwan Asri Mohd Nor dari majalahkereta.com.my , RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Adakah RON95 lebih rendah kualitinya?

Ini adalah pandangan yang salah kerana setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Jadi kualiti RON 95 atau RON 97 ditentukan oleh  pengeluar petrol itu sendiri bukan perbezaan jenis.  RON95 di Petronas tidak sama kualitinya dengan RON 95 di Shell, sebagai contohnya.

Saya baru 5 hari bertukar menggunakan RON 97 dan secara jujurnya saya merasakan perubahan enjin yang  menghasilkan lebih kuasa . Bila baca artikel ini, saya mula terfikir – adakah saya  mengunjungi stesen petrol yang salah?

Secara rasminya saya mengumumkan saya bukan lagi pengguna setia Petronas . Saya pengguna yang telah merasai qualiti yang tidak sepadan untuk kuasa kereta saya.

Cinta saya telah beralih arah!

Tips Of The Day dari Gadis Makcik Litar , sekiranya anda merasakan kuasa engin kesayangan anda semput tidak awet muda lagi, bertukarlah ke stesen pertol yang lain.

Post Lain Yang Berkaitan

76 Berkongsi Rasa

  • Pada 2009.12.30 20:53, megat menulis:

    wah ilmu yang berguna dari makcik rempit aka makcik litar! sebenarnya sudah tahu akan asas mengenai kualiti minyak petrol tersebut tapi tidak ke tahap artikel ini ditulis!
    megat´s last blog ..Unique Visitor, 1000 Pelawat Sehari? My ComLuv Profile

    • Pada 2009.12.30 20:59, x-po menulis:

      yup, btl tu, ayah sy pun dh xguna petronas skrg..dh shell..lgpun shell ada praduan hebat kalau isi lebih rm30..hehe
      x-po´s last blog ..PATUTKAH POLIS TRAFIK LEPASKAN ORANG TUA? My ComLuv Profile

      • Pada 2009.12.30 21:47, touya menulis:

        Kat kampung saya cuma ada Shell jer , huhuhuhuhu .
        touya´s last blog ..Dua blog lama My ComLuv Profile

        • Pada 2009.12.30 21:57, Eriyza menulis:

          Sy mmg pengguna setia Shell
          dan sy setia dgn RON 97. :mrgreen:
          Eriyza´s last blog ..Penghias Skrin 2010 My ComLuv Profile

          • Pada 2009.12.30 22:20, CypherHackz menulis:

            Setakat ni guna Ron 97 je. Kecuali kalau tiba2 Ron97 dah habis dekat stesen minyak, baru la terpaksa guna Ron95.
            CypherHackz´s last blog ..Pemandu Perempuan Yang Menggelabah My ComLuv Profile

            • Pada 2009.12.30 22:26, tekkaus menulis:

              Tak tau pula mana satu yang lebih baik kan? :( Saya juga terasa kuda hitam saya dah lambat.
              tekkaus´s last blog ..Sacred Wild Boars In Kamunting! My ComLuv Profile

              • Pada 2009.12.30 22:49, Fathiha Zainal menulis:

                “Kecian kat keta klu pkai 95. Nak jalan mcm tak nak jalan je. Macam keta tua pun ado.” Itu la kata-kata ayah sy. So, die ttp nk guna 97. Shell ke, Petronas ke, encik RON97 ttp mnjadi pilihan. Mahal pn xpe, janji drive, smooth je.
                Fathiha Zainal´s last blog ..BIRTHDAY CONTEST. UPDATED! My ComLuv Profile

                • Pada 2009.12.30 22:51, chokilala menulis:

                  errr.. saya pengguna setia petronas. sebab dekat melaka ni lagi senang nak cari petronas daripada yang lain. hehe ;-)

                  tapi betul la, sejak keluar minyak kuning tu saya rasa kereta saya mcm kurang pickup je. huhuhu. dulu pick up je kalau drive

                  saya ada baca artikel dlm sisipan auto BH, dia cakap kereta yang enjin bagus aka mahal2 ni je yang patut pakai ron97. tapi standard sume kete dia set ron92 je gitu katanya, so kalau pakai 95 punya pun masih mencukupi. cumanya ada certain2 kete la yang better pakai 97, yg saya pasan swift kot. hoho. xingat sgt la artikel tu
                  chokilala´s last blog ..Cara Block Aplikasi Pillow Fight di Facebook My ComLuv Profile

                  • Pada 2009.12.30 22:51, sepisendirian menulis:

                    ron 97 lebih cekap pembakaran daripada ron 95…
                    memang tak dinafikan ron 95 x berkualiti sgt..
                    sepisendirian´s last blog ..menantu pilihan sekampung. My ComLuv Profile

                    • Pada 2009.12.30 23:06, kruel74 menulis:

                      Nak kena test jugak ni minyak stesyen lain. Dah terlalu selalu ikut pakai Petronas

                      • Pada 2009.12.30 23:22, MrRollies menulis:

                        guna shell or Bp ! :D

                        • Pada 2009.12.30 23:23, MrRollies menulis:

                          @MrRollies, tapi rasneyer shell lagi ok kot?
                          MrRollies´s last blog ..Dari Platform Blogger Ke Self-Hosting WordPress My ComLuv Profile

                          • Pada 2009.12.30 23:24, denaihati menulis:

                            1. Tulah jiran saya kata dia juga dah berHIJRAH ke MOBIL katanya lebih POWERRRR.

                            2. Alexa ranking nampak semakin kencang tu.
                            denaihati´s last blog ..Pengalaman main dengan jiran My ComLuv Profile

                            • Pada 2009.12.30 23:26, denaihati menulis:

                              @megat, nak jadi TOP TERHANGAT 2009 memag tak mampu tapi dapat atas sikit dari Megat pun ok …jangan maraaaa
                              denaihati´s last blog ..Pengalaman main dengan jiran My ComLuv Profile

                              • Pada 2009.12.30 23:34, paeh menulis:

                                LOL! makcik litar berlumba di jalan raya guna cik serena. hebat2
                                paeh´s last blog ..aku dah block pillow fight My ComLuv Profile

                                • Pada 2009.12.31 00:01, samdaddycool menulis:

                                  Saya sudah hampir setahun juga berpaling tadah daripada petronas…
                                  samdaddycool´s last blog ..Koleksi Tudung Online My ComLuv Profile

                                  • Pada 2009.12.31 00:08, putra biru menulis:

                                    paling malang, ade stesen petronas jual RON97 tapi yg keluar RON95…
                                    saye dah kena..perasan bila bawak kete, dah isi RON97 pun takde pick-up jugak..
                                    pegi balik kat pump yg sama, mase isi petrol tu tgk warna petrol tu..warna kuning !
                                    patutnya RON97 warna hijau kan..
                                    betul betul kena tipu..jual mahal tapi bagi minyak murah

                                    • Pada 2009.12.31 00:49, din3187.com menulis:

                                      hehe…kereta saya guna NGV..tak tahu la nak komen macam mana bab2 minyak nie.. :)

                                      bagi saya yang penting NGV menjimatkan.. (^_^)

                                      • Pada 2009.12.31 00:59, Fahmishah menulis:

                                        Pada kajian saya pula, kalau RON95, minyak cepat habis. Enjin pun susah nak start kalau pagi-pagi. RON97 tiada masalah. Kalau V-POWER lagi lah superb.

                                        • Pada 2009.12.31 01:42, farhana menulis:

                                          Erk.. Kete saye tu 95 jek kot.. Hehehe.. Saye sume bantai gune.. Adesss.. Boleh ke ek campur2 minyak? Hehe..
                                          farhana´s last blog ..Sorotan 2009 : Success Or Failure My ComLuv Profile

                                          • Pada 2009.12.31 02:08, maza menulis:

                                            masih tetap setia dgn sang harimau.. sbb sang harimau dan kereta, menawarkan smile dan mata ganjaran yg hebat..

                                            boleh tebus minyak lagi.. hehehe

                                            • Pada 2009.12.31 02:44, Berg menulis:

                                              Huh lama x melepak kat page akak nie.. huhu… masuk2 tetiba cite bab minyak petrol.. perghhh… mcm2 ada sini…

                                              But kak.. nak tanya… kalau betul la petronas or shell or BP or apa2 la kualiti minyak x sama… pehal ek, diorang boleh datang dari satu lori tanggi minyak yg sama??.. ke sistem tapisan dalam pump tu yg berbeza?.. kompius skit.. huhu

                                              • Pada 2009.12.31 03:21, Fatin Pauzi menulis:

                                                @putra biru, Lor, ada gak kes gini? Mcm kes pasaraya Giant je. huhu
                                                Fatin Pauzi´s last blog ..Tip Pengguna : Tip Membeli Kereta Terpakai My ComLuv Profile

                                                • Pada 2009.12.31 07:39, ebor menulis:

                                                  Saya menggunakan BHP sebab dekat dengan umah. Masih guna RON 97. Bukan Ros***Na*** 95. Ha ha
                                                  ebor´s last blog ..SELAMAT BERTUGAS My ComLuv Profile

                                                  • Pada 2009.12.31 07:47, beliamuda menulis:

                                                    tidak dinafikan kualiti minyak antara syarikat minyak memang berbeza. lagipun, setiap ramuan dalam minyak tu dihasilkan sendiri mengikut research syarikat terbabit.. (dikakui sendiri salah seorang team penyelidik Primax 3)

                                                    RON 95, RON 97 bukan mengenai kualiti. It’s about time of combustion. Depend on the engines type and spec. If engine can handle RON95 better, it suits the best. The reverse also true…
                                                    beliamuda´s last blog ..Gus Dur Diberitakan Meninggal Dunia My ComLuv Profile

                                                    • Pada 2009.12.31 07:48, beliamuda menulis:

                                                      @sepisendirian, RON 95, RON 97 bukan mengenai kualiti. It’s about time of combustion. Depend on the engines type and spec. If engine can handle RON95 better, it suits the best. The reverse also true…
                                                      beliamuda´s last blog ..Satu Nama Yang Menjadi Cacian My ComLuv Profile

                                                      • Pada 2009.12.31 07:49, beliamuda menulis:

                                                        @chokilala, enjin yang pakain RON97 ni biasanya high performances car macam Civic Type R.
                                                        beliamuda´s last blog ..Kenapa Saya Mula Berblog? My ComLuv Profile

                                                        • Pada 2009.12.31 07:49, beliamuda menulis:

                                                          @tekkaus, RON 95, RON 97 bukan mengenai kualiti. It’s about time of combustion. Depend on the engines type and spec. If engine can handle RON95 better, it suits the best. The reverse also true…
                                                          beliamuda´s last blog ..Kenapa Saya Mula Berblog? My ComLuv Profile

                                                          • Pada 2009.12.31 08:00, tekkaus menulis:

                                                            @beliamuda, Ouh….macam tu? Thanks for the info. ;)

                                                            • Pada 2009.12.31 08:07, aloqmalai menulis:

                                                              @Berg,

                                                              bukan macam tu…minyak mentah akan di tapis di refinery plant, company minyak masing2…dekat situ,additive ditambah utk enhance power sesuatu fuel/minyak tu..additive ini la yg berbeza mengikut company2 minyak…additive berfungsi as antiknock,kurang asap,good combustion bla3…

                                                              biasanya minyak akan di’deliver’ guna tanker msg2..dalam 1 tanker yg bergerak tu,ad byk tangki..jd boleh isi berjenis2 fuel…mcm tu jugak kat petrol pump..tangki bawah tanah tu byk n luas sekali…pump is nothing but SUCKS…hohoho
                                                              aloqmalai´s last blog ..satu… My ComLuv Profile

                                                              • Pada 2009.12.31 08:13, aloqmalai menulis:

                                                                saya isi kuning ja skang..kdg2 ijau..padan la dgn moto buruk..hahaha..tp mmg terasa la perbezaan minyak2 tu…

                                                                bab petrol pump lak..saya selalu singgah yg penjajah punya..hahaha
                                                                aloqmalai´s last blog ..satu… My ComLuv Profile

                                                                • Pada 2009.12.31 09:42, Lan Bingka menulis:

                                                                  mmg RON95 ‘kerang’ lebih baik…terasa perbezaannya
                                                                  Lan Bingka´s last blog ..Karnival bowling 2010 My ComLuv Profile

                                                                  • Pada 2009.12.31 09:49, srikandi menulis:

                                                                    pakai ron 95 jer..murah sikit…
                                                                    srikandi´s last blog ..Mimpi Ngeri My ComLuv Profile

                                                                    • Pada 2009.12.31 10:34, nuaeman menulis:

                                                                      Saya gunakan ron 95 sekarang.. walau sesetegah orang kata takde beza tetapi kita yang hari-hari guna kereta ni terasa juga apa yang kurang.

                                                                      1. Enjin sedikit semput pagi-pagi
                                                                      2. Minyak cepat betul habis..

                                                                      Tak pasti samada itu satu kebetulan ataupun ada yang hadapi masalah yang sama macam saya
                                                                      nuaeman´s last blog ..9 Perkara yang mahu dicapai pada 2010 My ComLuv Profile

                                                                      • Pada 2009.12.31 11:35, sayahappyslalu menulis:

                                                                        saya guna RON95.. yang paling jimat skali ;-) sebabnya, bekerja di senawang, saya kena ulang-alik dari Balakong.. so, cari option yang terbaik untuk jimat sikit.. kalau tak, lobang poket saya every months.. hehe..
                                                                        sayahappyslalu´s last blog ..Good Hotel in Jakarta and Bandung? I Need Your Advise… My ComLuv Profile

                                                                        • Pada 2009.12.31 13:38, mrkay menulis:

                                                                          saya memang dah lama tak pakai petronas. saya pakai petronas masa belajar dulu isi minyak motor sbb itu je yang ada dkt2 kawasan kampus. tp bila sesekali keluar bandar, saya cuba isi shell. perbezaan terlampau nyata. masa pakai petronas, asap motor berkepul-kepul sampai kawan2 kutuk dan enjin sgt semput. bila isi je minyak shell, smooth je enjin tu. lansung tak ada sangkut2.

                                                                          sejak pakai kereta, saya isi minyak lain bila terdesak. itu pon sekadar cukup2 untuk sampai stesen minyak shell yg terdekat. saya tak peduli org kata saya tak patriotik sbb tak pakai minyak malaysia. yang penting kereta saya tak rosak dan performance sentiasa bagus. hehe
                                                                          mrkay´s last blog ..Ku Kenang Setahun Yang Lalu My ComLuv Profile

                                                                          • Pada 2009.12.31 14:54, Kujie menulis:

                                                                            @megat, sebelum ini pernah juga baca tetapi tak ambil pusing sangat
                                                                            tapi bila kereta mcm semput je
                                                                            so buatlah bedah siasat

                                                                            tulis entri dari pengalaman sendiri lebih valuenya :lol:

                                                                            • Pada 2009.12.31 14:55, Kujie menulis:

                                                                              @denaihati, korang pula nk main kejar2 ye…. ada dlm 9 jam je kot :lol:

                                                                              • Pada 2009.12.31 14:55, Kujie menulis:

                                                                                @x-po, rasanya ini bukan pendapat pertama
                                                                                orang yan pernah alami saja boleh mengakui testimonial ini :lol:

                                                                                • Pada 2009.12.31 14:57, Kujie menulis:

                                                                                  @touya, kena sesekali isi kat tempat lain utk dptkan pengalam perbandingan..kalau guna satu je, mcm mana kita nak tahu mana satu lebih baik :lol:

                                                                                  • Pada 2009.12.31 15:00, Kujie menulis:

                                                                                    @Eriyza, sebelum ini pengguna setia petronas – kat situ hanya ada yang kaler kuning saja…tak semua stesen ada yang hijau

                                                                                    skrg tak lagi…

                                                                                    • Pada 2009.12.31 15:02, Kujie menulis:

                                                                                      @CypherHackz, oooo…… ada pengalaman guna RON 95?
                                                                                      boleh rasa tak perbezaan?

                                                                                      • Pada 2009.12.31 15:09, Kujie menulis:

                                                                                        @tekkaus, buatlah xperimen… baru kita dpt rasa pengalaman… ;-)

                                                                                        • Pada 2009.12.31 15:25, Kujie menulis:

                                                                                          @Fathiha Zainal, oooo… kenapalah kak jie lambat sedar ye…

                                                                                          • Pada 2009.12.31 15:32, Kujie menulis:

                                                                                            @chokilala, mungkin juga betul bab enjin tu..sbb kereta Jepun kak jie engine 2.0. tak pick up dgn RON95

                                                                                            • Pada 2009.12.31 15:36, Kujie menulis:

                                                                                              @sepisendirian, rasanya bergantung pada jenis engine kereta kot… sebab kalau kereta tu dicipta sesuai dgn RON95, itu dah cukup

                                                                                              • Pada 2009.12.31 15:39, Kujie menulis:

                                                                                                @kruel74, betul tu, kalau kita sendiri tak rasa, tentu kita tak tahu
                                                                                                pengalaman tu lebih bernilai :mrgreen:

                                                                                                • Pada 2009.12.31 15:43, Kujie menulis:

                                                                                                  @MrRollies, betull…betul..betul

                                                                                                  tapi ada juga kawan ckp BP

                                                                                                  • Pada 2009.12.31 15:52, Kujie menulis:

                                                                                                    @denaihati, selalu baca pendapat orang – mereka berhijrah dari Petronas, tak kiralah stesen mana…

                                                                                                    Alexa tu – eemm..nak kejar rohaizat.com tahun depan :lol:

                                                                                                    • Pada 2009.12.31 15:53, Kujie menulis:

                                                                                                      @paeh, he he he…saje je aihhh..kalau tidak , tak de lah sampai kena 24 saman :roll:

                                                                                                      • Pada 2009.12.31 15:54, Kujie menulis:

                                                                                                        @samdaddycool, tak ajak pun…. :lol:

                                                                                                        • Pada 2009.12.31 15:59, tekkaus menulis:

                                                                                                          @Kujie, Nanti kalau sebarangan guna kan rosak! :p

                                                                                                          • Pada 2009.12.31 16:54, sayahappyslalu menulis:

                                                                                                            @mrkay, saya pun dengar yang sama dari ramai orang tentang Petronas.. Bukan tak support product/brand tempatan, tapi, kalau takde kualiti, tak guna jugak..

                                                                                                            Bile terdesak, baru isi Petronas, itu pun hanya RM10.. cukuplah setakat lepas untuk sampai ke rumah.. lepas tu, tuang Shell sampai penuh..
                                                                                                            sayahappyslalu´s last blog ..Blog Lists and Blogging Tips.. My ComLuv Profile

                                                                                                            • Pada 2009.12.31 17:00, Kujie menulis:

                                                                                                              @putra biru, pengalaman awak lagi best………… bukan senang nk dpt :lol:

                                                                                                              • Pada 2009.12.31 17:01, Kujie menulis:

                                                                                                                @din3187.com, iye, betul tu NGV menjimat – pendapat dari pengguna yang terlibat

                                                                                                                • Pada 2009.12.31 17:03, Kujie menulis:

                                                                                                                  @Fahmishah, semalam balik kg, rasanya lebih jimat
                                                                                                                  kena simpan rekod2 utk perbandingan
                                                                                                                  seronok sgt bila jumpa sesuatu yg baru
                                                                                                                  pengalaman seharian membantu kita membuat pilihan dgn lebih baik ;-)

                                                                                                                  • Pada 2009.12.31 17:04, Kujie menulis:

                                                                                                                    @farhana, kalau kita guna dua2 – kita ada kelebihan utk membuat perbandingan
                                                                                                                    kak jie suka keputusan akhir yg kita buat adalah hasil dari pengalaman sendiri
                                                                                                                    mcm kak jie tukar ke RON97, dr pengalaman sendiri

                                                                                                                    • Pada 2009.12.31 17:06, Kujie menulis:

                                                                                                                      @maza, ganassssssss gitu maza ni

                                                                                                                      kad mesra tu dpt juga promosi kfc bulan lepas :lol:
                                                                                                                      tp skrg cinta dah beralih arah..nk kena aktfkan balik bonuslink

                                                                                                                      • Pada 2009.12.31 17:10, megat menulis:

                                                                                                                        @denaihati, takde masalah. semua ni hal dunia (hu3)
                                                                                                                        megat´s last blog ..Drama Cinta Balqis TV3, Boleh Melalaikan? My ComLuv Profile

                                                                                                                        • Pada 2009.12.31 17:11, megat menulis:

                                                                                                                          @Kujie, cerita tentang pengalaman yang orang nak baca kan? memang kagum dengan kebolehan kak jie. secara tak langsung banyak pengalaman yang dapat dikongsi ;)
                                                                                                                          megat´s last blog ..Drama Cinta Balqis TV3, Boleh Melalaikan? My ComLuv Profile

                                                                                                                          • Pada 2009.12.31 17:16, Kujie menulis:

                                                                                                                            @Berg, tak pernah pula tengok tanker baca petrol lain2 syarikat… tapi yang kak jie faham – setiap syarikat ada formula yang tersendiri untuk hasilkan petrol- walaupun dia guna nama yg sama RON95/RON 97

                                                                                                                            • Pada 2009.12.31 17:16, Kujie menulis:

                                                                                                                              @aloqmalai, terimakasih..penerangan ini sangat jelas
                                                                                                                              seronok sgt berkongsi info di sini ;-)

                                                                                                                              • Pada 2009.12.31 17:17, Kujie menulis:

                                                                                                                                @ebor, BHP juga bagus, itu komen yg pernah kak jie dapat

                                                                                                                                • Pada 2009.12.31 17:17, Kujie menulis:

                                                                                                                                  @beliamuda, betul tu – bergantung pasa syarikat minyak, meraka da pasukan tersendiri untuk hasilkan fomula utk pasaran

                                                                                                                                  • Pada 2009.12.31 17:18, Kujie menulis:

                                                                                                                                    @aloqmalai, kak jie memang lebih guna Petronas, tetapi pengalaman kak jie menyebabkan kak jie telah berpaling tadah.

                                                                                                                                    pengalaman ini bukan cakap dengar, tetapi dengan bukti yang dirasai sendiri :mrgreen:

                                                                                                                                    • Pada 2009.12.31 17:19, Kujie menulis:

                                                                                                                                      @Lan Bingka, mesti dah berkepuk point kat Bonuslink :lol:

                                                                                                                                      • Pada 2009.12.31 17:26, Kujie menulis:

                                                                                                                                        @srikandi, ada tak kesan2 sampingan?

                                                                                                                                        • Pada 2009.12.31 17:31, Kujie menulis:

                                                                                                                                          @nuaeman, itulah yang kak jie alami sehingga kak jie buat keputusan bertukar ke stesen lain – dan gunakan RON 97

                                                                                                                                          • Pada 2009.12.31 17:33, Kujie menulis:

                                                                                                                                            @sayahappyslalu, guna apa pun ok kalau sesuai dgn engin kereta – masalahnya kereta kak jie 2.0 made in Japan

                                                                                                                                            sebab itu agaknya kurang power kalau guna RON 95

                                                                                                                                            • Pada 2009.12.31 20:30, maza menulis:

                                                                                                                                              @Kujie,

                                                                                                                                              Aku Yang Tak Pernah Setia

                                                                                                                                              demikianlah pengakuan berani mati maza.. tak pernah setia yg satu… pastinya menduakan jua..

                                                                                                                                              huhuhu

                                                                                                                                              ‘kad tersenyum manja’ sedia tersemat di dlm poket punggung kanan
                                                                                                                                              ‘kad talian bonus’ diletakkan secara senyap2 di sebelah pipi punggung kiri.. heheheh

                                                                                                                                              kira mcm, di sana menunggu di sini menantilah gamaknyer.. heheheh

                                                                                                                                              • Pada 2010.01.01 00:21, din3187.com menulis:

                                                                                                                                                ada orang kata kalau nak jalan jauh elok guna V power sebab menjimatkan..

                                                                                                                                                dan minyak V power tak sesuai untuk jalan dekat2..
                                                                                                                                                din3187.com´s last blog ..Kemalangan Bas Express, 10 orang maut! My ComLuv Profile

                                                                                                                                                • Pada 2010.01.01 08:45, Dak Wan menulis:

                                                                                                                                                  Faktor harga memainkan peranan yang besar. RON 95 tak sesuai untuk kereta performance.
                                                                                                                                                  Dak Wan´s last blog ..Club 2010 : Azam? My ComLuv Profile

                                                                                                                                                  • Pada 2010.01.01 10:20, EP menulis:

                                                                                                                                                    Salam Kak Jie..1st time mengomen di sini.. sikit pengalaman sy guna 95 @ 97, tu pun atas info member yang expert bagitau:-
                                                                                                                                                    1. RON 95, rasanya lebih jimat dan murah, tp klo member ln gtau tak jimat, mgkin enjin kete diorg cc besar atau buatan luar. Kete msia rasanya ok kot sbb spesifikasi minyak tu msia yg keluarkan.
                                                                                                                                                    2. RON 97, memang bagi enjin pickup lebih contohnya kita tekan pedal minyak sedikit jer dah power, klo tak caya boleh try masa naik bukit guna gear yang tinggi, still maintain lagi. RON 97 enjin lebih bersih berbanding RON 95 sebab tu ada member2 yg susah hidupkn kete pagi2 klo guna 95. Cumanya harganya mahal..huhu
                                                                                                                                                    3. Klo guna V-power lagi lah power, tapi harganya lagilah mahal dan skg pun dah tak banyak kt stesen2 minyak..

                                                                                                                                                    skg ni klo nak blk kg sy guna RON 97 tp kena pastikan tank kosong baru isi, baru best pecut. Klo ari biasa pakai 95, jimat…

                                                                                                                                                    p/s: sy ni bukan org2 shell atau seangkatannya, cuma pengguna biasa ;-)

                                                                                                                                                    • Pada 2010.01.02 01:10, titan menulis:

                                                                                                                                                      dua-dua guna. Haha.. :mrgreen:
                                                                                                                                                      titan´s last blog ..Komisen ke 41 dari TNX My ComLuv Profile

                                                                                                                                                      • Pada 2010.01.02 04:12, samdaddycool menulis:

                                                                                                                                                        @Kujie, Lain kali saya ajak :oops:
                                                                                                                                                        samdaddycool´s last blog ..Koleksi Tudung Online My ComLuv Profile

                                                                                                                                                        • Pada 2010.01.02 08:00, syin menulis:

                                                                                                                                                          biasa guna ron 95 utk motosikal…hehe…murah skit..mungkin kualitinya kurang skit dari ron97, xperasan la plak bezanya…hehe..
                                                                                                                                                          syin´s last blog ..2009 kian berlabuh My ComLuv Profile

                                                                                                                                                          (Diperlukan)
                                                                                                                                                          (Tidak akan dipamerkan)
                                                                                                                                                          CommentLuv Enabled
                                                                                                                                                          Sekiranya anda ahli berdaftar CommenLuv, klik untuk memilih post yang ingin dipaparkan.

                                                                                                                                                          Switch to our mobile site