Nota Sedih Pesawat Mas MH370

malaysia airlinesgambar dari mirror.co.uk

Berita asal mengenai nahas kehilangan pesawat Mas MH370 di sini – Pesawat MAS dari KL ke Beijing , hilang.

Selepas lebih 12 pesawat Boeing 777-200 MAS MH370 terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 8 Mac 2014, masih tiada berita kukuh mengenai status penerbangan tersebut. Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Dengan begitu banyak berita yang diterbitkan dari sumber asing ( akhbar online pihak luar ) , pelbagai spekulasi berlegar dalam ruang maya bukan perkara mudah untuk disangkal. Pesawat ini membawa penumpang dari 15 negara, sudah tentu kesemua negera tersebut juga memberi perhatian kepada kes ini dan menerbitkan berita dari sisi mereka. Kita yang baca ni, sekadar ambil ambil tahu. Nak percaya pun payah sebab tiada pengesahan rasmi yang dibuat.

Misteri 2 penumpang yang dilaporkan menaiki penerbangan tetapi sebenarnya mengesahkan mereka tidak berada dalam pesawat kerana passport mereka dilaporkan hilang di Thailand juga rancak dibincang dari pelbagai bahasa dan negara juga teori.

Kesian juga tengok CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya yang berdiri depan wartawan setiap kali sidang media untuk menangani perkara rumit seperti ini sambil mencari jalan untuk memberikan penjelasan kepada orang ramai.  Beliau nampak penat dan keseorangan.

traffic controller
Saya tak pasti siapa yang tulis nota yang diambil dari laman Twitter ini tetapi air mata saya bergenang bila membaca nota tersebut. Tak kisahlah nota ni betul atau tidak, tetapi ianya tetap menyentuh hari sesiapa yang berharap. Semua orang mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal MH370 yang hilang tersebut.

pilot mh370

Sedihkan baca nota seorang anak seperti ini *nangis lagi *  Saya pun ada anak dan dia bertanya satu soalan yang normal bagi seorang anak.

“mama tak rasa fobia ke nak naik kapalterbang lagi?”.  Intan mungkin tidak pernah tahu mengenai Pesawat MAS MH653 yang terhempas di Tanjong Kupang pada 4 Disember 1977 sehingga dia bertanya

Saya jawap ringkas ” ajal maut kita telah ditetapkan tak terlewat atau tercepat walau sedetik.  Berapa ramai orang yang meninggal  di rumah sendiri, antara tempat paling selamat bagi kebanyakkan orang?”

Semua orang masih berharap dan berdoa semoga ada tanda ada kesan ada jejak untuk ditemui walau bagaimana pun keadaannya. #PrayForMH370 #MH370 #MalaysiaAirlines.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. pray for mh370.inshaallah

  2. semoga ahli keluarga kesemua penumpang MH370 tabah menghadapi dugaan ini
    Jom terjah post menarik dari zulkifli ..How to Identify the Different Types of Mens Dress Shoes?My Profile

  3. tiap kali baca yg 2nd note tu…sebak….

    moga MH370 masih selamat dan akan pulang..insyaAllah
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..879 Sebab Kenapa Air Kosong Bagus untuk KesihatanMy Profile

  4. sedihnya…ayah saya dah pergi 13 tahun lalu..bila dgr brta mcm ni,sayu sgt..semoga semua selamat…
    Jom terjah post menarik dari maziahj ..Senarai Hospital Rakan Bayi Di MalaysiaMy Profile

  5. Ajal tidak mengenal tempat dan waktu, akan tetapi tetaplah ada rasa was-was apabila naik pesawat atau kapal laut.
    Jom terjah post menarik dari farouq ..Beras HitamMy Profile

  6. Hilangnya pesawat MAS MH370 meninggalkan kepedihan yang teramat bagi kita semua terutama bagi keluarga korban.
    Semoga pencariannya dipermudah oleh Allah SWT
    Jom terjah post menarik dari Rina ..How To Create Simple Login / Sign Up Form Using CSS And HTMLMy Profile

  7. emm..satu lagi berita yang menggemparkan rakyat malaysia..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Kusangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang..My Profile

  8. pagi tadi dengar sebuah puisi kat Hot FM khas untuk MH370 , sedih dan sebak dibuatnya , bergelinangan sedikit air mata den…huhu
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Bawa Pulang Sebuah Moto G Dari SBBYEOS2014My Profile

  9. sy masih berharap MH370 akan pulang
    Jom terjah post menarik dari irfa ..Pray For MH370My Profile

  10. Apa yang berlaku pada MH370 amat menyedihkan dan mengejutkan. Nak kata terhempas, tak jumpa bangkai pesawat. Nak kata melencong ke laluan lain, mesti dah mendarat sekarang ni. Tiada perhubungan radio serta tiada isyarat kecemasan (ELT) daripada kapal tersebut menjadikan kejadian ni suatu misteri.
    Jom terjah post menarik dari sembangmotor ..Doa buat MH370My Profile

  11. Apa yang berlaku kepada MH730 membuat ramai pakar aviasi kebingungan.Semua persoalan ini akan terjawab apabila kapal terbang ini dijumpai. Semoga penumpang dan kabin kru berada didalam keadaan selamat.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 satu lagi sejarah terciptaMy Profile

  12. moga² doa kita semua dimakbulkan

    Simpati terhadap mereka² yang terlibat
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Design sendiri bisnes kad #SBB2014My Profile

  13. pray for mh370 one of my friends still missing fariq ab.hamid co pilot,semoga smue selamat.amin

  14. assalamualaikum kujie…sedihnya hati…;(
    Jom terjah post menarik dari maszull ..Renew Annual Pass LegolandMy Profile

  15. sehingga kini saya terus berfikiran positif… Saya berharap semoga pesawat MH370 dan semua penumpang di dalamnya selamat…
    Jom terjah post menarik dari Anuar ..Projek Investment Holding Company Untuk Alumni UTHM/KUiTTHO/ITTHO/PLSPMy Profile

  16. Innalillahiwainna ilaihirrajiunnn..

  17. kalau berita penerbangan ….memang sentiasa rapat di hati….lebih2 lagi kalau dalam kes sebegini.

  18. harap semuanya baik2 =)

  19. Semoga segala selamat dan dapat ditemui
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Membawa heroku gunting rambutMy Profile

Trackbacks

  1. […] Nota Sedih Pesawat Mas MH370 […]