Osama bin Laden : Bagaimana Ditemui, Dibunuh Dan Dikebumikan.

Siapa sasaran baru selepas Osama bin Laden?

Adakah dengan berita kematian seorang individu menyebabkan keseluruhan rakyat Amerika percaya keamanan telah terjamin sepenuhnya?

Bagi saya, sama ada benar atau tidak Osama bin Laden berjaya dibunuh Amerika dalam operasi diketuai Agensi Perisikan Pusat (CIA) di bandar Abbottabat, Pakistan , keadaan tidak banyak berubah.

Perlukah berbangga dengan hasil yang diperuntukkan semata-mata memburu seorang individu?

Kalau ada 1000 orang Osama bin Laden, bagaimana agaknya Amerika akan menangani keadaan tersebut? Memburu seorang individu Osama sahaja memerlukan 10 tahun dengan segala peralatan canggih dan pasukan terlatih.


Berita muka depan akhbar Philadelphia Daily News mengenai kematian Osama bin Laden.

Southtown Star

New York Post

Gambar yang didakwa Osama ini terlalu nampak photoshopsnya ( gambar dari Utusan Online ) .  Kiri adalah gambar tahun 1998.  Gambar ini dikeluarkan oleh stesen tv Pakistan bukan dari pihak Amerika.

 

Antara muka depan berita akhbar Amerika mengenai  kematian Osama bin Laden.

sumber gambar : mirror.co.uk


Image satelit lokasi tempat persembunyian Osama bin Laden.

 

Osama bin Laden dijejak dan dikesan dari satu panggilan telefon yang dibuatnya dan satu kiriman courier yang diterima di sekitar kawasan ini.

Bangunan tiga tingkat ini menjadi sasaran kerana menimbulkan keraguan bagaimana bangunan  yang mempunyai kawalan keselamatan yang ketat ini tetapi tidak mempunyai perkhidmatan telefon atau pun  internet.

 

Pandangan dari Perdana Menteri Malaysia

DNA Osama bin Laden yang masih diragui

  • Osama bin Laden dilahirkan pada tahun 1957
  • Geronimo adalah kod rasmi tentera Amerika untuk operasi ini. Selepas Osama di bunuh dengan tembakan di kepala dan dadanya, “Geronimo E-KIA.” telah dilapurkan.  E-KIA bermaksud Enemy Killed In Action
  • Geronimo adalah pahlawan terkenal Apache
  • Osama bin Laden disemadikan di Laut Arab
  • Isteri Osama dipercayai terbunuh dalam serangan tersebut tetapi kemudiannya telah disahkan cedera di kaki akibat di tembak. Amal Al -Sadah yang merupakan isteri termuda Osama berasal dari Yamen masih dirawat di hospital di Pakistan.

Osama mati, itu bukan kejutan. Tiap yang hidup pasti akan mati, tiada yang kekal. Tetapi rententan peristiwa ini menimbulkan lebih banyak minat untuk membaca dan menjejak.

ada banyak berita, ada banyak video ada banyak sumber
jadilah bijak dengan membaca dan berfikir

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

48 thoughts on “Osama bin Laden : Bagaimana Ditemui, Dibunuh Dan Dikebumikan.”

  1. Bila berita datangnya dari golongan penipu dan kepala segala pengganas, sedikit pun saya tak percaya.Kalau pun betul, macam apa yang ditulis oleh kak jie,apalah sangat yang nak dibanggakan dengan penangkapan hanya seorang tetapi mengambil masa bertahun-tahun menggunakan segala kelengkapan canggih.

    Yang nak ditangkap tu hanyalah seorang lelaki memakai jubah lusuh,berjanggut dan berserban.I’m proud live in Islam.Sedih dengan komen dari PM Malaysia.
    Jom terjah post menarik dari Kidney Expert ..Cellfood-Suplemen TerbaikMy Profile

  2. Assalamualaikum,
    Semuanya bersemangat sampaikan ada yang tertukar terbalik kong mana satu obama, mana satu osama 😉
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Cinta IniMy Profile

  3. a’ah..pernah dengar..semua yang kerja kat situ cuti termasuk ada warga malaysia gak..yang mati pun takat makcik-makcik cleaner je..

    ada 1 movie dari US sendiri..dia kata takkan la rakyat US tak memberontak kalau negara dia kena serang..ni takat upah orang suruh letak bunga je kat tempat tu..rakyat US senyap je pemimpin diorang je yang lebih-lebih..

  4. orang yg kata osama mati tu adalah orang yg takut negara dia akan di serang,kalau betul osama mati,kita boleh lihat nanti yg amerika akan di serang.

  5. saya rasa itu bukan osama lah,cuba anda tengok betul2 wajah dia.kalau betul dia,kenapa muka yg kena tembak tu bulat dan muka yg asal bujul sikit.

  6. pemimpin kita menempakkan sgt sokong obama,sedangkan osama just berjuang ntok islam ja,amerika ja dok buruk3 kan dia kata bom sna la sini lah mcm 11 september tue presiden bush w bush yg rancang,pada hari 11 september semua org yahudi dlm pwtc tue tetiba ja cuti

  7. Ini cuma propaganda US saja, Jie. Macam biasalah dia orang banyak tipu helah. Saya yakin Osama sudah lama meninggal dunia tetapi bukan dibunuh oleh US. Mungkin ekoran kecederaan yang dialami beberapa tahun yang lalu. Hanya sekarang saja US buat claim ni supaya mereka boleh terus menduduki Afghanistan untuk memantau dengan pretext memburu Osama. Lain-lain sebab:
    1. Tahun depan election dan Obama nak pastikan dia menang.
    2. Mereka nak go after Libya, Syria dan mungkin juga Mesir. Sebelum mulakan penjajahan baru yang mungkin akan memberikan pulangan yang lumayan, mereka kena pastikan Osama ‘dibunuh’ supaya tidak ada yang mempertikaikan keputusan dia orang tu.

    Tapi cara dia orang tak kena. Setahu sayalah, Jie, US ni suka memalukan orang. Contoh, arwah Saddam Hussein dulu. Dia ditangkap dan dimalukan. Kalau benar Osama mati dibunuh, saya yakin mereka tidak akan begitu baik hati mengebumikan dia di lautan. Mereka akan parade body Osama untuk menunjukkan menjatuhkan maruah jenazah dan menunjukkan kekuasaan mereka. Ini… selamba saja mereka semadikan di laut. Tak masuk akal. Sama seperti claim dia orang yang dia orang menjejak bulan pada tahun 69. Kalau dalam tahun yang tak berapa maju tu mereka boleh ke bulan, kenapa sekarang tak ada yang berjaya sedangkan teknologi mereka sekarang lebih canggih? Jawapannya: sebab mereka tak pernah pergi ke bulan! Kalau nak menipu pun, biarlah seiringan dengan sikap mereka yang suka menunjuk-nunjuk dan membanggakan diri.
    Jom terjah post menarik dari Elee Mardiana ..Alaf 21 Mempersembahkan Di Sebalik WajahMy Profile

  8. Kak Jie,
    susah nak buktikan kesahihannya. Pada zaman-zaman ekonomi Amerika yang merudum. agenda tersembunyi yang tak dapat kita ketahui. Jika benar, al-Fatihah

  9. Dunia juga tertanya-tanya mengapa pihak amerika nampak tergesa-gesa untuk mengebumikan jenazah serta merahsiakan lokasi sebenar dgn alasan ntah apa2. Tidak seperti yg mereka lakukan terhadap saddam hussain dulu. urmmm entah lah kan. peropaganda barat.
    Jom terjah post menarik dari Kimmy ..Profil Gambar Facebook Saya Yang PertamaMy Profile

  10. Kalau betul osama, harap dia mati syahid. Amerika takkan berhenti cari agenda serang negara islam walaupun osama dah tiada. Seorang osama pergi ramai lagi yang sanggup ganti tempatnya

  11. Nama pun melibatkan CIA. Ini ‘mastermind’ hebat. Lihat sahaja filem-filem yang ada peranan mereka. Apa sahaja mampu dicipta dan direka. Menampakkan semua drama mereka ‘real’ pada mata dunia. Hakikatnya nak mengadu-domba dan menghancurkan Islam motif utama…

  12. teori pasal osama ni macam2 ..ade cakap osama ni cume hoax sahaja..ade cakap osama ni actually agent USA untuk kepentingan dorang sendiri.. in fact if u read about his background, kebangkitan osama mase kat afghanistan dulu mase nak bertempur dengan soviet adalah atas bantuan amerika..how he became who he was pun masih unclear..tibe2 je muncul nama osama

    there’s so many possibilities tentang osama ni…

    I am very neutral pasal bende ni dan tak nak la nak jadi macam sesetengah orang nak blindly sokong pada sape2 yang membunuh orang tak berdosa.. islam pun tak kasik nak bunuh orang2 yang lemah dan tak berdosa..

    kalau osama ni mmg seorang terrorist, he deserved the death but if he wasnt, harap mati syahid la..
    Jom terjah post menarik dari pereman ..Osama Bin Laden Is Dead Picture InsideMy Profile

  13. Pada mula mendapat berita kematian osama ini, saya agak terkejut, tapi selepas melihat pelbagai berita termasuk gambar yang didakwa osama, terus jadi neutral balik, terlalu banyak agenda tersembunyi disebalik berita ini.

    Usah melihat hanya dengan mata, lihatkan dengan akal fikiran dan ilmu pengetahuan.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..9 Golongan yang sembahyangMy Profile

  14. tu la kan.. kalau pon osama terbunuh.. ramai lagi yg mengikuti jejak langkah dia.. ini bermakna. blum tentu aman lagi amerika tu.. kehkeh
    Jom terjah post menarik dari Fariq ..Segmen Jom Kipas BloggerMy Profile

Comments are closed.