Ingat lagu Terlalu Istimewa nyanyian Adibah Noor yang ditujukan khas kepada seorang kanak-kanak, Adik Nurul Huda Abdul Ghani yang telah meninggal dunia dalam usia 10 tahun. Adik malang ini telah menjadi mangsa rogol dan dibunuh kejam oleh manusia yang tak berperi kemanusian.

Setelah 4 tahun, semalam Mahkamah Persekutuan telah membebaskan hukuman mati keatas bekas pengawal keselamatan, Mohd Abbas Danus Baksan yang didapati bersalah membunuh adik Nurul Huda .

Bagi kesalahan merogol , mahkamah mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan . Namun dia terlepas hukuman sebatan kerana dia kini berumur 52 tahun.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata beliau bersetuju dengan hujahan pembelaan bahawa terdapat orang ketiga yang terlibat dalam kes itu.

Petikan - Bernama

Salah satu prinsip penting pertumbuhan kanak² ialah keperluan waktu bermain yang bebas dan panjang. Permainan penting dalam pembinaan peribadi seorang kanak². Ia juga ada kaitan dengan keperluan menjadikan mereka cergas dan sihat.

Lebih utama lagi ialah kepentingan untuk berinteraksi dengan kawan² dan persekitaran. Dalam proses seperti itu, kanak² akan melalui proses sosialisasi yang akan menguntungkan mereka untuk jangka panjang.

Pada zaman saya membesar, kami menghabiskan lima kali lebih banyak masa di luar rumah daripada kanak² zaman ini. Ketika itu tidak ada ‘gangguan’ lain. Televisyen belum ada, apa lagi internet atau permainan komputer.

Kanak² membesar sebagai sebahagian daripada proses bermasyarakat , milik komuniti dan boleh ditegur oleh semua orang.

Hari ini, peranan anggota masyarakat menjadi kacau bilau oleh pelbagai elemen dan pengaruh luar. Globalisasi, dunia tanpa sempadan, pengaruh teknologi maklumat dan kecanggihan peralatan moden mengubah cara manusia berinteraksi dan bermasyarakat.

Ibu bapa moden memilih untuk hidup di dalam kepompong keselamatan masing² .  Rumah menjadi benteng memisahkan mereka dan anak² dari luar. Segala-galanya dibayangi kekhuatiran terhadap keselamatan.

Kita tidak boleh menyalahkan kerisauan ini. Meningkatnya kes jenayah kanak-kanak dan gangguan seksual ada kaitannya dengan fobia baru ibu bapa mengenai keselamatan anak mereka sehingga ibu bapa mendirikan tembok yang lebih besar bagi melindungi anak mereka.

Kepadatan penduduk, manusia yang tidak boleh dijangka dan sistem bermasyarakat di bandar tidak memihak kepada kanak² untuk hidup berdikari dan punya kebebasan tersendiri sedangkan ianya sesuatu yang diperlukan dalam proses pertumbuhan menuju kedewasaan.

Mendidik anak² memanglah tugas ibubapa, jadi apa yang ingin saya kongsi adalah cara saya sebagai seorang ibu mengawasi anak² saya . Saya melalui dan saya percaya teman² saya di luar sana adalah ibubapa muda yang mempunyai anak yang sedang membesar dan memerlukan  perhatian.

Baca beberapa tips yang pernah saya lakukan untuk peringatan kepada anak² saya dan moga ianya dapat membantu.
< Ini Intan - satu² nya kanak-kanak  di dalam rumah saya.

Laporan Blogawan lain mengenai kes yang berkaitan :