Pengarah Yasmin Ahmad meninggal dunia

Kalam Loh Mahfuz mencatat
Dan sesudah mencatat
Lagi mencatat….
Segala doa dan ikhtiar
Tidak dapat memadamkan catatan Ilahi
Biarpun hanya sekerat baris
Pun seberapa banyak air mata
Sepatah pun tidak akan terhakis
Catatan Tuhan Yang Maha Menyayangi…..

~ Umar Khayyam ~

©Kujie~ Al-Fatihah , Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan hikmahnya dipinjamkan dikau sekejap di dunia bersama kami . Ampunkan dosa²nya Ya Allah..ampunkan dosa² kami ini…Ya Allah.

Yasmin Ahmad Meninggal Dunia pada jam 11.25 malam tadi  25 Julai 2009 . Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak.

EDIT 26/7/2009 : Jenazah pengarah Yasmin Ahmad  dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq SS19, Subang Jaya.     Jenazah Allahyarhamah Yasmin Ahmad selamat disemadikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya sebelum solat Zohor, 26 Julai 2009 .

Gambar-gambar pengebumian Yasmin Ahmad > [sini]

Biodata Yasmin Ahmad:

  • Nama : Yasmin Ahmad
  • Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit
  • Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor
  • Tarikh Lahir: 1 Julai 1958
  • Meninggal Dunia : 25 Julai 2009
  • Status Perkahwinan: Berkahwin
  • Suami: Abdullah Tan Yew Leong

Akademik

  • Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

Profil Kerjaya:

  • Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett
  • Pengarah Filem ( 2003-2009 )
  • Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)
  • Berlakon Dalam Drama: Tai yang yue (Rain Dogs) (2003-2006)
  • Penerbit:  Raining Amber ( 2005 )

Filem Yang Dihasilkan :

  • Rabun (My Failing Eyesight) (2003)
  • Sepet (Chinese Eye) (2004)
  • Gubra (Anxiety) (2006)
  • Mukhsin (2007)
  • Muallaf (The Convert) (2008)
  • Talentime (2009)

Blog rasmi Yasmin Ahmad : http://yasminthefilmmaker.blogspot.com

Sumber : Mstar & Wikipedia

p/s – saya terkenang seseorang…. Al -fatihah untukmu juga!

Pergi -Aizat ( OST Talentime )Versi asal I Go oleh Pete Teo – youtube [sini]

gambar kredit : Kosmo

gambar kredit : Kosmo

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi.. pergi..
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. yasmin ahmad ni … jantan ke pompan….??? cara mana mereka sempurnakan jenazahnya ikut cara jenazah lelaki or else..kalau wanita yang meninggal di panggil allahyarhamah….kot pasai apa dok panggil allahyarham…comfuse ni.

  2. Innalillah… semoga Allah menempatkannya di sisi orang-orang yg beriman. Amin ..Sad 2 say tat kite dah ilang stu agi berlian yg menyinari industri perfileman Malaysia… 😥

  3. Salam,

    Will remember her for superb TV advertisement for PETRONAS, be it Hari Raya or Independence day

  4. Al-fatihah utk Yasmin Ahmad..kadang-kadang kite lupe nak tengok diri sendiri sebelum menghukum org..kadang-kadang kite keliru bile hanya dgr ckp org tanpa tengok senirik..kadang-kadang kite lebih tengok yg jahat dari yg baik..walau yg jahat tu 10%..yang baik tu 90%…wallahualam..
    .-= kriesz´s last blog ..Yasmin Ahmad =-.

  5. shida omar says:

    tERKADANG KITE LUPE … BILAKAH WAKTU NYE AKAN TIBE … TAPI YANG PASTI IANYE AKAN TETAP TIBE…BERSEDIAKAH KITE UNTUK MENGHADAPINYE????

  6. Alfatihah untuk arwah Yazmin Ahmad. Semoga rohnya dirahmati Allah swt…
    .-= dura´s last blog ..Tembikai =-.

  7. Ini giliran NYa..bila pula giliran kita..dan bagaimana pula cara kita pergi…sudah bersediakah kita????
    .-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.

  8. alfatihah..

    ps: lepas ni mungkin iklan petronas nampak lain, tak macam sebelum2 yg diarahkan oleh yasmin tu..
    .-= sufian´s last blog ..vsHub – Virtual Shopping Hub =-.

  9. Alfatihah
    .-= kruel74´s last blog ..I missed my blog anniversary, but… (Part 2) =-.

  10. kehadiran manusia di dunai ada peranan dan cerita. pastinya cerita kita sebagai hamba tidak pernah tamAt didunia .akhirat penentu segala. kehadiran setiap kita ada warnaya yang tersendiri, dia yang pernah buat kita terfikir , tersedar mungkin kelemahan diri melaui karyanya……………. jika itu membawa kebaikan adalah pahala buatnya.Doakan beliau aman disana, Allah maha penyayang dan pengampun Allah maha mengetahui hati – hati hambanya….ALFATIHAH

  11. shahdu…..
    al-fatihah.

    somoga rohnya ditempatkan disisi orang yg beriman.

    tak dinafikan filem dia mmg lain dari yg lain
    .-= blowie´s last blog ..AL FATIHAH-YASMIN AHMAD =-.

  12. Al- fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat..
    😥 teringat cerita mukhsin.. suke cerita tu..
    .-= nadinezuharra´s last blog ..:: ‘Berlian’.. =-.

  13. al-fatihah…

    teringin nak tinguk Talent time.. huhuhu…
    .-= Jard´s last blog ..Perihal smlm… =-.

  14. Sayang…aku memang suka filem dan iklan karya nya…walaupun kekadang nampak ada yang tak relevan atau keterlaluan….

    We’ll miss her masterpiece.
    .-= cyza´s last blog ..New White Toshiba Laptop =-.

  15. idea kratif dan sorotan perfilimennya adakalanya membawa banyak persoalan! Kontreversi dan ulangkali…..

    namun yg pergi tetap pergi!

    Mudah2an dia berbahagia di alam sana!
    .-= maza´s last blog ..Terperangkap Di Dalam Lift =-.

  16. Al-fatihah..
    semoga roh nya dicucuri rahmat amin..

    Pergi -Aizat ( OST Talentime )Versi asal I Go oleh Pete Teo

    ” Hujan lebat mencurah kini
    Bagaikan tiada henti
    Kau pergi.. pergi..
    Sepi tanpa kata ”

    area bangi hujan pagi tadi..
    .-= wan´s last blog ..Help the Children of Gaza =-.

  17. Yang hidup pasti akan mati..

    Filem-filem itu pernah mendapat kontroversi bukan?

  18. semoga Yasmin tahu kat “sana” tiada apa yg boleh menyamaratakan agama seperti cerita ‘Mualaf” karangannya…..

    • @nafisa, Manusia sebagaimana diketahui memang tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan kesalahan .Allah sentiasa memberikan peluang kepada hamba-hambanya untuk bertaubat. Orang yang hidup diberi peluang untuk memohon keampunan, keredaan serta rahmat Allah swt untuk si mati. Ia juga merupakan penghormatan seorang muslim terhadap saudara seagamanya.

  19. megat terawih says:

    Al-fatihah..semoga roh nya dicucuri rahmat..amin…..

  20. AlFatihah jua untuk Jasmin Ahmad… Yang pergi sudahpun tersurat…

  21. proses kepada benda baru…..
    .-= Abgdin´s last blog ..Mari Ukur Jalan berapa KM bersama AbgDin =-.

  22. innalillah .
    allahu maghfir laha warhamha wa’fuanha ..

  23. A huge lose to Malaysia film industry
    .-= eldy´s last blog ..Papan jerit mico bear =-.

  24. al-fatihah.

    yang pergi tetap akan pergi. kita yang hidup pula perlu teruskan hidup dan sentiasa perlu perbaiki diri untuk menhadap-NYA kelak.

    terasa diri semakin hampir ke arah tersebut. hu3.
    .-= megat´s last blog ..Yasmin Ahmad, Pengarah Filem Dan Iklan Komersial Meninggal Dunia!? =-.

  25. KampungBoy says:

    sama-sama kita sedekahkah alfatihah kat yasmin ahmad
    .-= KampungBoy´s last blog ..Cara Menarik Trafik Dari Nuffnang =-.

  26. Al-Fatihah..
    Dari Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali.
    Daya fikirnya memang hebat.
    Semoga ronnya dicucuri rahmat.
    .-= Kak Long´s last blog ..Meredakan relung hati =-.

  27. Al-fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat.. Amin
    .-= Kasawari´s last blog ..Hari ini adalah milikmu.. =-.

  28. al fatihah
    .-= KNizam´s last blog ..Al-Fatihah – Yasmin Ahmad Meninggal Dunia =-.

  29. Sungguh tak tidakdisangka. May she rest in peace. =(

  30. Al-fatihah…

  31. takziah untuk keluarga yasmin ahmad…moga tenang dia di sana. alfatihah
    .-= is´s last blog ..“ngeri” =-.

  32. Al-fatihah, semoga keluarga beliau lebih tabah.

    saya tersentuh dengan entri ini, berulangkali membacanya.

  33. Innalillah…proses yang dia lalui serasa sekejap sangat. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Ramai yg akan rindui iklan2 hebat dari buah fikir Y.A.
    .-= iza´s last blog ..Sekeping Hati Di Bawa Berlari… =-.

  34. dah tersurat kembalinya ke sana…
    semoga Tuhan merahmatinya…
    .-= chekguBH´s last blog ..Poco-Poco Mega & Bulan Kecergasan 2009 =-.