Isu Semasa

Perjalananku terhenti di lebuh raya ini

kemalangan jalanraya di bulan ramadan

Ini kes kemalangan jalanraya di bulan Ramadan tahun lepas – 2/9/2008. Ibu yang kehilangan 3 dari 4 anak ini adalah sepupu saya ( anak kepada adik emakΒ  – terdapat kesalahan ejaan nama beliau di sini ).

Kepada kawan-kawan yang akan memandu balik ke kampung hari raya ini, service kereta anda dan jangan tunggu di saat-saat akhir. Hati-hati memandu, kerana kemalangan bukan saja melibatkan diri kita seorang , seringkali membabitkan orang lain. Bukan saja kemusnahan harta benda dan yang lebih parah kehilangan nyawa juga penderitaan perasaan bagi sanak saudara dan keluarga yang ditinggalkan.

Kemalangan yang berpunca dari rasa letih selalunya menyebabkan kecederaan yang teruk berbanding kemalangan akibat punca- punca lain. Pemandu yang keletihan bertindak balas lebih lambat dan pertimbangannya mudah terganggu.

Keletihan dikaitkan dengan kebosanan, kesedihan, kekecewaan, kurang tidur atau teruk bekerja. Rasa letih ini tidak sama seperti rasa mengantuk, tetapi biasanya keinginan untuk tidur akan timbul seiring dengan rasa letih .

Amalkan beberapa tabiat yang baik seperti di bawah ini supaya kita dapat sampai ke destinasi dengan gembira.

  • Berhenti sekejap untuk berehat bagi setiap satu atau dua jam memandu
  • Berkongsi memandu dalam perjalanan yang jauh dan pastikan anda berehat apabila sampai giliran bertukar pemandu
  • Jika anda telah penat bekerja seharian, janganlah memandu untuk perjalanan yang jauh
  • Sesekali biarkan udara segar memasuki kereta anda kerana kereta yang sentiasa tertutup boleh membuatkan anda mengantuk
  • Rancanglah perjalanan anda dengan mengambil kira tempat-tempat persinggahan menarik yang boleh dilawati di sepanjang perjalanan
  • Awasi tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin letih seperti sakit-sakit badan, mata terasa penat dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika memandu. Jika ini berlaku, berhenti dan berehatlah
  • Rancanglah untuk bermalam di sesuatu tempat jika anda dalam perjalanan yang jauh
  • Pastikan ubat-ubatan yang anda ambil tidak mempengaruhi keupayaan anda memandu. Dapatkan maklumat lengkap mengenainya daripada doktor atau pegawai farmasi.

Β©kujie – Melihat pusara diam menyepi

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

53 thoughts on “Perjalananku terhenti di lebuh raya ini

  1. baru saya perasan yg kemalangan tu dkt kampung saya. Jalan tu mmg jalan maut. banyak sangat kemalangan kat situ yg terbabas dan langgar pokok. sampai keta terbelah dua pon ada. lebih sedih, ada beberapa kes kemalangan kat situ melibatkan pengantin yg baru pulang dari majlis akad nikah.

    semoga roh mereka semua di cucuri rahmat. amin
    Jom terjah post menarik dari mrkay ..Widget HTML Waktu Berbuka bagi BlogspotMy Profile

  2. sebelum kawen, kalau saya balik kampung biasanya sorg2 atau dgn akak saya. adik beradik saya ni jenis naik kereta jalan jauh sikit je dah terlelap (masa kecik2 kalau susah nak tido mak dgn abah bawak naik keta pusing2 sampai tertido). so kalau keadaan macam ni, saya bukak radio/cd lagu rancak. then setiap beberapa hentian, saya berhenti untuk basuh muka. penah jugak saya terlelap masa drive pukul 2 pagi masa balik dari ziarah sepupu meninggal di seremban, hampir terbabas. nasib baik tersedar.

    lepas kawen ni, saya tak bg wife tido dalam keta masa perjalanan jauh. kalau dia tido, saya bukak cd fav kami yg ada lagu rancak dan bukak sampai bingit dalam keta. lepas tu buat konsert sama2 dalam kereta. haha.
    Jom terjah post menarik dari mrkay ..Widget HTML Waktu Berbuka bagi BlogspotMy Profile

  3. Isteri saya kenal juga dengan sepupu kak jie ni.. dia dekat fakulti sains tak silap, isteri saya kat library.. memang amat menyedihkan berita tu..
    .-= nuaeman´s last blog ..Benarkah Syaitan Dibelenggu? =-.

  4. bai pernah baca satu petua utk hilang ngantuk.
    sapu lutut dgn air sambil selawat 3 kali.

    teringat cara mak.
    mak akan bersembang dgn pemandu(tak kira la ayah ke sapaΒ² ke) sepanjang perjalanan. walaupon mata mak sendiri dah layu, tetap juga nak temankan pemandu disebelah.hehe..
    .-= fiezabaiduri´s last blog ..Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak =-.

  5. Semoga kita semua dilindungi Allah, semoga selamat sampai ke destinasi dengan selamat. InsyaAllah.

  6. iza akan drive bila balik kampung nanti. sorang ja kot sebab org lain tak start cuti lagi, iza dah cabut dulu. insyaAllah iza akan berhati2. Risau juga. Tapi kereta tua iza mmg jarang dipecut terlalu laju. Tapi itu bukan jaminan kan. Kelalai org lain pun boleh menyapa bila2. Semoga dilindungiNya.. 😐

    tadi iza pi shah alam, pastu pergi KL..ada accidence jugak..3,4 keta bumper to bumper πŸ™
    .-= iza´s last blog ..Menyayangimu Penuh Seluruh… =-.

    1. @Kak Long, kalau kematian / kehilangan dalam kes2 yang biasa, kita tidaklah berganda sedih seperti kes kemalangan ..kan Kak Long..

  7. alhai teringat lak kemalangan yang dihadapi oleh maza sendir pada tahun lepas dlm bulan Ramadan juga. huhuhu

    tak lama lagi menyambut anniversary peristiwa itu ler. huhuh pada september 11. (9/11) gitew.. huuhuhuu
    .-= maza´s last blog ..Ramadhan: Di Kampung Cacing #2 =-.

  8. satu benda yang saya takut semasa drive mata ni selalu terlelap dengan tiba2. solution, klau drive sy pastikan ade 2 co-pilot.heheh.lg satu sy suka bukak radio kuat2.btw thanks fer tips sis =)
    .-= naz´s last blog ..Kornflakes 1Malaysia. Eh,konflik =-.

    1. @imanshah, lebih kurang 2 minggu lagi nak sambut raya, mesti hari2 baca berita kemalangan…kadang2 rasa fobia nak biarkan suami ( isteri ) keluar memandu…tapi itulah kita berserah pada Allah selepas kita sendiri berusaha untuk mencegah dengan memastikan kenderaan kita elok, kesihatan yang stabil

  9. pantang saya kalau memandu dalam keadaan saya mengantuk atau letih. memang saya amalkan dari muda lagi sebab diakui kecelakaannya lebih teruk. lebih teruk dari orang yang memandu mabuk!

    sebabnya orang yang memandu mabuk tidak sampailah kejam mata kan?

    turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa keluarga sepupu kakak. semoga roh mereka dicucuri rahmat, amin.

    1. @megat, satu lagi sebab, kurang kesabaran…dah bulan puasa ni sepatutnya kesabaran makin menebal tapi ramai yang kurang sabar di jalanraya…kalau kereta berderet tu..dia mulalah gelisah

  10. ermm rancang perjalanan. tuh paling penting.. jangan letih/mengantuk tapi terus memandu.. periksa kenderaan (terutama tayar).. pakcik pnh sekali kemalangan akibat mengantuk dan 2 kali akibat tayar pecah..
    .-= Uncle G´s last blog ..Lagu Raya Kembali Lagi =-.

    1. @Uncle G, kadang2 masa tgh sedap2 memecut 120-130km/h terfikir juga keadaan macam tu..kalaulah..kalaulah… masa tu juga reduce speed

  11. kadang kadang kalau tgh drive rasa tak sedap ati je,rest la kejap…

    kekadang naluri ke-6 tu main peranan gak :mrgreen:
    .-= blowie´s last blog ..Merdeka 2009 – Dah merdeka ke kita ni? =-.

      1. @blowie, terimakasih2…nnt kak jie pun nk buat tutorial , ada ramai pula yang bertanya mcm mana nk ber live blogging πŸ˜†

    1. @dilot, sepatutnya memang macam tu, tapi kadang2 org yg tak memandu pun lebih penat dari orang yang memandu…contoh bila balik untuk berkenduri kendara….

    1. @Mak Su, mereka cuma 2 beradik & adiknya juga meninggal dlm kemalangan jalanraya sebelum ini.
      .-= kuina´s last blog ..Bawalah Daku Pergi…… =-.

    1. @farah auckland, itulah namanya kemalangan, selalunya membabitkan orang lain…termasuk emosi yang terpaksa ditanggung.

      uik..awainya….. lagu raya pun belum dimainkan kat shopping complex πŸ˜†

  12. Salam takziah dari Tie.

    Tentu rasa pilu di hari raya ni… Tie juga akan jalan jauh pulang ke Johor untuk beraya… Moga2 kami selamat semuanya.
    .-= Tie´s last blog ..Bomoh, Saka dan Menderhaka pada ibu (part 1) =-.

    1. @Tie, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.. kemalangan di hari perayaan double triple sedih, kan..

  13. saya selalu buat aktiviti dalam kereta seperti
    1.salah seorang akan membac buku agama secara kuat supaya semua dengan
    2. tanya anak-anak soal-soalan basic seperti rukun solat, rukun iman dan perkara-perkara basic dalam hidup yg mungkin kita rasa mereka tahu tetapi sebenarnya mereka tak tahu

    Apabila ada aktiviti tak lah tinggal driver sorang sedangkan yang lain syook tidur..akhirnya driver pun boleh khayal dalam dunia sendiri…

    1. @denaihati, samalah…tapi anak-anak Kak Jie ni dari kecik sampailah dah bujang2…masuk je dlm kereta..terus ZZZZzzzzz……… πŸ˜†

Comments are closed.