Pesta Buku :  Kesesakan Stesen Komuter Putra
Isu Semasa

Pesta Buku : Kesesakan Stesen Komuter Putra

Saya yakin selain dari Mid Valley dan KL Sentral, Stesen Komuter Putra adalah hentian paling sesak sepanjang minggu ini. Tetapi dibandingkan dengan kapatisi , Stesen Putra mengalami kesesakan paling ketara.

Anehnya setelah 30 minit bersesak² di sini, tiada seorang pun kakitangan bantuan/sokongan yang datang cuba menyelesaikan masalah ini.

Penumpang yang beratur membeli tiket di kaunter dan mesin  telah menutup laluan keluar masuk penumpang lain yang telah membeli tiket dua hala.  Penumpang dari dalam juga tak boleh keluar.

Cadangan saya – letak penghadang laluan keluar masuk atau seorang kakitangan yang menjaga laluan.   Ramai yang telah mempunyai tiket tetapi terhalang untuk memasuki stesen.

Ini bukan pengalaman pertama  seperti ini di Stesen Putra!  Sepatutnya KTMB telah memahami dan telah bersedia dengan limpahan ‘kaki buku’

Tak boleh nak salahkan pengunjung yang dah berpeluh² dan hilang sabar kerana kita bukan di di hadapan bangunan Westminster Abbey melambai² pasangan Putera William dan Kate Middleton.  Suhu maksimum di London 19°C, Kuala Lumpur 33°C.

Tiket komuter RM 20 utk 2 dewasa 3 kanak² , berdiri dan berpeluh macam dalam oven bergerak.  Kalau memandu dari rumah kos tak sampai RM20 termasuk harga parkir , tetapi ruang parkir pula masalahnya.  Dicampur tolak darab bahagi, tempuh saja .

 

Ada 3 buku baru

  1. Murabbi Cinta – Hasrizal Abdul Jamil – saifulislam.com
  2. Bukan Susah Nak Faham – Zahiruddin Zabidi – kalamkhalifah.com
  3. Travelog : Debu-debu Kota 1000 Menara – Mohd Farid Md Rashidi – faridrashidi.com

semua buku ustaz blogger

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Pesta Buku : Kesesakan Stesen Komuter Putra

  1. Assalamualaikum,
    Kenapalah tak buat pesta buku ni sebulan…kan tak payah sesak-sesak macam nak melambai kate.

    Sebab sesak, saya hanya tuju booth tertentu sahaja. Itupun dah melayang beratus-ratus. Kalau jelajah semua booth, alamat tak baliklah kekontangan poket tak mampu beli tiket komuter 😉
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Cinta IniMy Profile

  2. huhu…bertahun pendam rasa. duk kl dulu dapat gak gi. ni nak ajak cik abang macam nak gi america payahnya. 🙄

  3. Assalamualaikum dan jutaan terima kasih kepada Puan Kujie kerana sanggup bersusah payah datang ke PBAKL dan seterusnya memiliki naskhah BUKAN SUSAH NAK FAHAM. Semoga ianya bermanfaat kepada puan sekeluarga dan sesuai juga andai dikongsikan kepada rakan siber puan di sini. Cerita-cerita pendek tersebut saya tulis selepas penelitian dan analisis secara nyata dan logikal di samping berasaskan perbahasan hukum-hakam agama.

    Selamat membaca, wassalam.
    Jom terjah post menarik dari Zahiruddin Zabidi ..Buku ‘Bukan Susah Nak Faham’ sudah ada di gerai Galeri Ilmu- PBAKL- PWTCMy Profile

  4. tulah pasal..sebab stesen putra kecik je dia punya stesen..tu yang sampai jammed..kalau saya gi PWTC biasanya akan parking dalam stesen bas putra tu..tp mungkin time ni pun dah penuh..huhu..
    Jom terjah post menarik dari wanmus ..Tahniah Polis Kerana Telah BerjayaMy Profile

  5. Masa pergi – dalam pukuk 10.30 am, kami yg tren dari arah Rawang kena beratur sampai atas jejantas merentasi landasan untuk keluar….bayangkan……ramainya org kat stesen kecik tu.

    Tak ada kakitangan yang pantau….itu pun nasib dia kutip tiket bukan keluar ikut mesin..kalau ikut laluan biasa tu..rasanya beratur nak keluar sampai Segambut!

  6. Ingatkan mengunaka kenderaan awam dapat mengelakkan kesesakkan rupanya lain jadinya. Pihak KTM perlu lebih prihatin membantu pengguna komuter supaya berasa selesa ketika mengunakan perkhidmatan mereka.

    Bagaimanakah nanti perlaksanaan tiket RM1 untuk OKU dan warga emas nanti?
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Selamat menyambut Hari Pekerja 1 MeiMy Profile

  7. Pesta Buku??… Huah!Huah!Huah. Nangis ketiak aku dibuatnya….

  8. Beli online tu, cuma belum baca…. cuma buku Ustaz Zahiruddin saja , Jumpa beliau semalam

    Buku Ustaz Farid masih baru – baru seminggu ini dilancarkan. Posmen baru hantar ke rumah.

  9. kak jie,sy ke pesta buku hari jumaat.itupun mcm dah kt perkahwinan prince william n kate.

    masa balik tu,di stesen putra trainnya ke pelabuhan klang jadi naik aje lah turun kt kl sentral utk tukar train. 2 kali percubaan nak masuk train gagal sbb terlampau ramai.

    masa semua org tgh bersesak2 berebut masuk tu, ada plak 2 org polis yg menjerit2 tak ketahuan siap cakap “bodoh ke korang ni? bangang betullah!!” tak patut btul mereka bsikap kasar mcm tu. geram sy melihatnya.

    emm,bila keadaan sesak mcm ni, siapa yg bertanggungjwb sbnrnya? perlu tak kerajaan tambah train tu bg byk ckit? sy pun tatau nak letakkan tggungjwb ni kat sapa spy mslh ni selesai kt malaysia 🙄

  10. Saya dah ada 2 buku daripada 3 buku itu. Murabbi Cinta beserta tandatangan Ustaz Hasrizal di pesta buku tahun lepas.

    Ustaz Zahiruddin baru sahaja saya temui Ahad lepas.
    Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Jepun-Bila Tuhan BerbicaraMy Profile

Comments are closed.