Pupuklah Rasa Hormat

Sebenarnya sejak bulan Oktober lepas  saya terperasan iklan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) berlegar-legar di blog ini.   Tertanya-tanya juga kenapa salah satu cabang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberi bantuan kemanusiaan dan perkembangan kepada kanak-kanak di seluruh dunia beriklan secara komersial.

Tetapi saya tak terfikir untuk klik iklan sendiri.

Sehinggalah pagi tadi saya terbaca mStar Online bertarikh 20/11/2011 yang ditulis oleh Izra Abd Rahman mengenai Kempen Pupuk Rasa Hormat Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2011.

Sejak 14 Disember 1954, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO menyambut 20 November sebagai Hari Kanak-kanak Sedunia. Walaubagaimana pun, hari kanak-kanak disambut pada tarikh yang berbeza di kebanyakkan negara lain di dunia.

Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2011, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) mengadakan kempen bagi memupuk rasa hormat sesama kanak-kanak dengan tema ‘Memupuk Rasa Hormat’ (Teach respect)

Satu video selama 30 saat telah disediakan untuk kempen berbentuk hebahan pesanan khidmat masyarakat (PSA). Kerjasama dengan Story Me Studios telah menghasilkan ilustrasi bagaimana kanak-kanak didiskriminasi oleh kanak-kanak lain.

Pandangan kanak-kanak dipengaruhi oleh pemikiran, tindakan dan percakapan orang sekeliling mereka. Mereka melihat perbuatan seperti mempersendakan orang miskin , kecatatan fizikal , termasuklah perbezaan jantina, bangsa, keupayaan, latar keluarga dan pendapatan, kedudukan geografi, kewarganegaraan itu popular di kalangan orang dewasa dan berlaku di mana-mana. Akhirnya mereka menganggap perbuatan itu tidak salah.

Sebagai orang dewasa. penting bagi kita untuk mendidik kanak-kanak supaya lebih peka dan sensitif terhadap perasaan orang lain, bukan sahaja perasaan orang yang lebih tua daripada mereka tetapi juga rakan sebaya mereka.

Tiba-tiba saya teringat lagu Halimah Jongang.  Chorus lagu yang  sangat ‘catchy’ dan menjadi ikutan kanak-kanak untuk   berhibur dengan mengejek-ejek orang lain.

Saya tak tengok Raja Lawak, saya tak ikuti Senario atau apa-apa filem lawak kerana seringkali mereka mengejek-ejak kekurangan orang lain sebagai satu cara untuk berhibur.  Sengaja bercakap hal yang negatif untuk ketawa.

Kanak-kanak kan cuba memperkukuhkan nilai diri mereka dengan mencari kumpulan kanak-kanak lain yang boleh dipersenda supaya mereka akan berasa diri mereka lebih penting dan berkuasa.

Mereka tahu perbuatan tersebut tidak baik, tetapi mereka merasakan diri mereka adalah lebih baik berbanding kanak-kanak yang dipermainkan itu. Jika sikap dan tanggapan seperti ini dipandang remeh, kanak-kanak akan berterusan menganggap perbuatan menghina atau merendah-rendahkan kanak-kanak lain merupakan lumrah kehidupan.

Mereka juga akan merasakan bahawa kanak-kanak yang didiskriminasi berhak mendapat layan sedemikian kerana taraf mereka yang rendah dan mempunyai kelemahan.

Sebagai sebuah masyarakat, kita mesti membantu anak-anak kita membina sikap positif terhadap kanak-kanak yang lain. Kita sebagai ibu bapa dan orang dewasa bertanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak daripada segala bentuk diskriminasi, prejudis dan penyalahgunaan  termasuk membuli.

Video Kempen Pupuk Rasa Hormat Sempena Hari Kanak-Kanak 2011 – UNICEF. Video disediakan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris.

Percayalah, sekecil-kecil perkara pun akan mendatangkan kesan kepada generasi anak-anak kita. Kita tak nampak kesan yang membentuk diri mereka sehinggalah 10 atau 20 tahun akan datang.

Menjadi orang penting itu baik tetapi menjadi orang baik itu lebih penting

31 Replies to “Pupuklah Rasa Hormat”

  1. Satu perkara lagi yang saya selalu perhatikan diforum-forum, golongan yang suka mencaci maki golongan dan bangsa lain seolah2 golongannya dan bangsanya adalah yang terbaik.

    Tidak salah untuk kita jadi bangsa yang terbaik, tapi bukan dengan cara merendah-rendahkan orang dan bangsa lain. Selalu kita dengar rakyat kita menggelar seseorang dengan indon dan bangla seolah mereka ini bangsa yang rendah dan layak dihina. Tidakkah kita sedar mereka ini adalah saudara seagama kita? Kita tidak ada hak untuk menggelar dan merendah-rendahkan orang lain sebegitu dan ianya dibenci Rasulullah. harap sama-sama boleh berubah.. 😉
    Jom terjah post menarik dari Akmalnizam ..Homestay/Guest House di MelakaMy Profile

  2. sangat2 setuju…

    Atas sebab yang sama saya tidak menyediakan TV dirumah saya. Perkembangan semasa banyak dibaca daripada internet dengan sumber yang memudahkan membuat kesimpulan dan menjimatkan masa.

    Anak-anak juga menjadi lebih tertarik pada buku apabila tiada TV. Mudah untuk melentur mereka menjadi seorang yang suka membaca dan cintakan ilmu.
    Jom terjah post menarik dari Akmalnizam ..Homestay/Guest House di MelakaMy Profile

  3. kita yang dah tua2 ni pun, kadang tak sedar peel macam tu jugak. sama2 la amik iktibar, perbaiki diri dan sentiasa saling hormat menghormati. :mrgreen:

  4. *ntah kenapa setiap entri terbaru KUJIE, tak pernah naik di blog list saya. Masih juga merekodkan entri “Ganti MyKad Online” tak gerak-gerak. Pelik saya. Dah delete, list semula pun sama gak. Takda tunjuk pun updating. Heran saya…

    Sori la sebab tu la saya selalu termissed nak datang ke entri terkini.

  5. setuju tu bro ejam. mereka berlumba utk mencipta pelbagai rancangan hiburan, malah cukup pening dgn lambakan rancangan hiburan realiti utk kanak2…

    mmg lebih mencabar suasananya mendidik anak2 sekarang
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Nak kahwin ke tak nak?My Profile

  6. Jangan risau anak tak dengar kata ibubapa, kerana mereka pasti nampak perilaku ibubapa. Jarang anak-anak nak ikut kata nasihat ibubapa, tapi pasti mereka akan ikut / tiru perangai ibubapa. Ibubapa yang hidup dengan rasa hormat, pasti anak-anak akan terpengaruh.
    Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Burger di Karachi.My Profile

  7. huhu..
    sekarang rancangan tv memang banyak memberi pengaruh kepada kanak-kanak la kak.kena pantau jugak cerita yg dorang nak tengok. walaupun perkara tu lawak dan boleh pecah perot bila tgk,tapi bila dipikirkan blik apa perasaan org yg menerima,ada stgh boleh terima,tapi bukan semua.

    filem-filem mlayu sekarang pun banyak pengaruh cara kanak-kanak bercakap.huhu. kdg-kdg terkejut bila dengar kanak-kanak pnye pengunaan bhse mcm org dewasa..
    Jom terjah post menarik dari Nabiel ..NIKON D3100 GADGET IMPIAN SEPANJANG ZAMAN!My Profile

  8. betul juga, rancangan lawak masa kini kerap sangat mempersendakan kekurangan orang lain…kadang-kadang sahabat mereka sendiri pun menjadi mangsa ejekan,memang tak bagus untuk tontonan kanak-kanak, bila menjadi bahan tawa mungkin kanak-kanak mengganggap itu bukan satu kesalahan .

  9. artikel yg menarik ,… memberi kesedaran kpd org yg lebih dewasa agar bersikap lebih berhati2 di hadapan anak2 ,..

  10. betul tu kak, ibu bapa patut kena tegur mana yang betul dan salah, bukan je kena hormatkan orang tua dan yang sepatutnya mereka hormat, tapi jugak kena hormat sesama rakan sebaya, even mereka ada kekurangan, mereka jugak manusia biasa macam kita semua.

  11. a’ah kan..ada juga perasan iklan ni di kaca tv..satu usaha yang bagus bagi memupuk rasa hormat tu..sekarang susah nak cari golongan muda yang reti hormat orang..Orang tua pun mereka tidak hormat,inikan pula sesama mereka.
    Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..Salam Maal Hijrah 1433HMy Profile

  12. Yelah kak setuju!
    Kita orang dewaasa kadang2 nak bergurau dengan mengambil kekurangan orang lain..
    Kadang2 ada orang boleh terima ada yang tak..
    Tapi yang pasti, apabila kanak2 yang cetek akal ni melihat, mereka akan terikut2, maka kawan2 sebaya jadi mangsa..
    Maka bermulalah buli di situ..

  13. bila yg dewasa tak pernah fikir bagaimana pengaruh mereka pada si kecil waris pembangun agama, bangsa dan negara maka inilah hasilnya.

    syarikat tv berlumba2 mencari cara bagaimana nak buat duit dgn menghidangkan pelbagai cerita dan pengaruh yg tidak baik.

    walaupun pengaruh luar ada, tapi selaku pemegang “kuasa” dalam keluarga kita perlu didik waris kita itu dengan sebaiknya, yg salah katakan salah, yg benar katakan benar.
    Jom terjah post menarik dari ejam ..Mudah Untuk Beli Cat JotunMy Profile

Comments are closed.