Rakyat Malaysia Diculik Di Algeria

berita rakyat malaysia diculik di algeria

Saya baru sampai depan rumah bila baca tweet dari Arin. Belum buka gate saya dah balas.  Hari ini saya kurang berada dalam talian, jadi agak terlewat untuk mengetahui berita semasa. Beberapa orang kawan juga menghantar message bertanyakan khabar suami.  Terimakasih kerana prihatin.

Berderau juga bila dengar berita gempar seperti ini walau pun suami saya sudah setahun kembali ke Malaysia .  Suami saya pernah bekerja  di Algeria selama 3 tahun.

Sumber berita dari abnxcess.com melaporkan 2 rakyat Malaysia antara 41 orang yang diculik di Algeria. Sebuah kumpulan militan telah menyerang sebuah pusat galian minyak milik syarikat Britain, BP di Mali, Algeria.

Saya search Google Maps, Mali terletak di selatan Algeria. Suami saya dulu bekerja di Setif dan Constantine, utara Algeria. Projek COJAAL (Consortium Japaneas Autoroute Algeria) sepanjang  399 Kilometer iaitu sebahagian daripada 1,216km . Autoroute Est-Ouest adalah antara lebuh raya terpanjang di dunia yang menghubungkan Maghribi di barat dan Tunisia di timur.
COJAAL Consortium Japaneas Autoroute Algeria

Dua rakyat Malaysia ditahan bersama tujuh orang rakyat Amerika , Perancis, Britain, Jepun, Filipina sejak hari Rabu, 16 Januari 2013.

Menurut berita, tebusan ditahan dalam bangunan yang dipasang perangkap di pusat galian minyak  dan setiap tebusan dipasang dengan bahan letupan di badan mereka untuk menghalang serangan daripada pasukan keselamatan.

Membayangkan keadaan itu pun dah berdebar.  Kalaulah suami masih di Algeria, tak dapatkan nak bayangkan bagaimana perasaan di tanah air.

Semoga keluarga rakyat Malaysia yang diculik di sana lebih tabah dan mendoakan keselamatan mereka terpelihara.  Saya yakin rakyat Malaysia masih dihormati sebagaimana keadaannya ketika suami saya di sana.  Moga mereka cepat dibebaskan.

bandar constantine algeria

EDIT : 18/1/2013

Sekurang-kurangnya 34 tebusan dan 15 anggota militan terkorban dalam operasi tentera bagi menyelamat tebusan ( sumber : news.yahoo.com ) .   Kedutaan Malaysia di Algeria mendapati sekurang-kurangnya lima warga Malaysia bekerja di pangkalan gas tersebut.  Kesemua mereka gagal dihubungi sejak kejadian tersebut.

Dua rakyat Malaysia terbabit adalah K. Ravi, 48 tahun berasal dari Pulau Pinang dan Lau Seek Siang, 38 tahun dari Sarawak –  sumber : news.abnxcess.com

EDIT : 20/1/2013

Seorang rakyat Malaysia dikhuatiri terkorban di Algeria . Tiga rakyat Malaysia yang selamat telah dipindahkan daripada kompleks carigali minyak di Amenas ke Algiers, ibu negara Algeria. Kerajaan Algeria berkata 32 militan dan 23 tebusan terbunuh dalam operasi tiga hari tersebut.

 

Trivia Algeria

Algeria bukanlah negara yang popular dikalangan rakyat Malaysia kerana sering disalah anggap sebagai Nigeria. Ramai yang tersalah anggap orang Algeria seperti negro. Penduduk Algeria seperti orang Arab dan Perancis. Berambut perang, hidung tinggi dan putih.

Algeria terletak di barat-laut Afrika dengan pantai sepanjang Laut Mediterranean disebelah utara, bersempadan dengan Tunisia di timur laut, Libya di timur, Niger di sebelah tenggara, Mali dan Mauritania di barat laut, dan Maghribi di barat.

Bahasa Perancis, walaupun tidak mempunyai status rasmi, masih digunakan secara meluas di dalam kerajaan, budaya, media (akhbar) dan pendidikan (yang diajar dari sekolah rendah). Algeria adalah negara 4 musim, jadi kalau musim sejuk , akan  bersalji.

musim salji di algeria

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. saya turut berduka bagi korban yang tak dapat di selamatkan dalam peristiwa ini dan semoga kejadian seperti ini tidak lagi terulang
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Depok Telp. 021-9311-8787 | Sedot WC Jakarta DepokMy Profile

  2. mmg bila sebut algeria teringat kak suami kak jie.. syukur suami kak jie dah balik sini.. apa pun, moga rakyat kita yg terlibat selamat semuanya..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Giveaway Pertama dari Haniz.comMy Profile

  3. mulanya maza mendengar berita ini juga terkejut.. sebaik terkenangkan abg Ann sudah kembali dari Algeria terasa lega…

    apa2 hal pun hari ini terdengar seorang rakyat Malaysia disahkan terbunuh… maza mendoakan mereka semua agar selamat dan di dalam peliharaan Allah SWT….
    Jom terjah post menarik dari maza ..Listen, Listen, Listen, When I talk you listen!My Profile

  4. masalah tempat dorg,rakyat negara orang lain yang kena.
    Jom terjah post menarik dari waireen ..Kereta Batman TV siri Terjual $ 4.2 jutaMy Profile

  5. naik takut juga kalau berita2 sebegini keluar bila ada family kita yang kerja di luar negara.
    Jom terjah post menarik dari khairil ..Pengalaman Tengok Orang Kena Rasuk Dan Kisah Seram Di UiTM Seri IskandarMy Profile

  6. ada pemain bola sepak perancis berketurunan algeria seperti Karim Benzema serta Zidadine Zidane.

    syukurlah mangsa culikan sudah selamat.
    Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Dulu Tiada PTPTNMy Profile

  7. Menunggu berita dua orang lagi Rakyat Malaysia … semuga selamat.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013My Profile

  8. Masya Allah
    macam2 boleh berlaku di mana mana sahaja kan skrg ni…
    nasib baik husband kak kujie dah pulang ke Malaysia ye….
    Jom terjah post menarik dari sha ..Maharaja Lawak Mega 2012 : Jozan dan kejutan JohanMy Profile

  9. Sama2 kita berdoa semoga semuanya selamat..
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..iOS 7 Concept (Video)My Profile

  10. semalam memang tak tengok news
    Jom terjah post menarik dari sweetkurma ..berani untuk jatuh ketika mendakiMy Profile

  11. Semalam..baru tahu berita ini..teringat kat kak jie…dalam hati,rasanya suami kak jie kerja kat Algeria…itulah..(alhamdulillah) mujur suami kak jie dah balik malaysia…kalau masih kat sana..saya pun tak dapat nak dibayangkan!….

    Tapi..sangat2 simpati kepada ahli keluarga 2 org rakyat kita yg diculik itu….tak lena tidur dibuatnya…apa pun moga mereka dapat diselamatkan…
    Jom terjah post menarik dari ieda ..NOTA kecikMy Profile

    • betullah tu… kawan² blogger pun ramai yang hantar message bertanyakan suami kak jie… satu² orang yang dia tau ada hubung kait dengan Algeria..hehehe

      Syukurlah, berita terkini , rakyat Malaysia selamat
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gajah Sama Gajah Tak BergaduhMy Profile

  12. Bila menonton berita mlm kelmarin, memang terus teringat pada Kujie. Syukur Encik Ann dah balik Malaysia.
    Memang sangat bimbang tentang nasib rakyat negara kita di sana.
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Maggi KetamMy Profile

  13. Semoga semua rakyat Malaysia selamat..Amin..
    Jom terjah post menarik dari Aya ..Top 10 Blog Referrer Ogos 2012My Profile

  14. semua insiden ini berlaku kerana berlakunya seragan di MALI..
    Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Empat tahun beraya tanpa anak tersayang – Part 2My Profile

  15. semoga rakyat malaysia disana selamat…
    Jom terjah post menarik dari hairulafiz ..Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs ATMMy Profile

  16. huh, takutnya (badan dipasang Bom, macam dalam cerita Swordfish), apalagi, cepat hantar Skuad komando 69 dan UTK selamatkan rakyat Malaysia.

  17. eeiii takutnya…hope everything will be fine..
    Jom terjah post menarik dari Alynn ..Makan-MakanMy Profile

  18. wahh..ada culik-culik juga rupanya..

  19. semoga keluarga rakyat Malaysia yg terbabit tuh tabah lah menghadapi dugaan ini…pasti mereka tak senang duduk kan mengenangkan penculikan tuh…huhu
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Gelagat Peminat Barcelona Makan AiskrimMy Profile

  20. semoga sume tebusan selamat dibebaskan..nasib baik hubby kak jie dh blk kn, klo tak, mmg berdebar gk kan..;-)
    Jom terjah post menarik dari JMR ..Tips Rumahtangga Bahagia: Bedtime TalkMy Profile

  21. sy pun terlepas berita..bila dalam keadaan camni hanya doa je la yang mampu kita panjatkan..mudah mudahan ALLAH melindungi mereka..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Melatih anak berdikariMy Profile

  22. Bila mengetahui berita penculikan rakyat Malaysia di Algeria teringatkan hubby kak Jie pernah bertugas disana.

    Moga-moga keselamatan tebusan rakyat Malaysia didalam keadaan baik. Apa bila dengar ada bom digunakan jadi gerun.

  23. Bahaya betul~
    Jom terjah post menarik dari Blog Asyraf ..Tam Sheang Tsung Sertai Harimau Muda AMy Profile

  24. Ish. seram betul. sampai dah dipasangkan bom kat badan. harap everything will fine.
    Jom terjah post menarik dari fariq ..5 Kolam Renang Paling Unik GilaMy Profile

  25. kejam betul militan tu… memang kes ni dirancang rapi nampak gayanya..

    semoga semuanya baik-baik saja.
    Jom terjah post menarik dari azrijohan ..Segmen Domain MY PercumaMy Profile