Rasa tak gempa bumi tadi?

Tadi gemba bumi, kan? Rasa tak? Bergegarlah tadi. Teringat pula masa gempa bumi 26 Disember 2004 tu. Masa tu kat kampung di Sabak Bernam.  Ingat ke anak-anak berlari sampai bergegar rumah papan ibu mertua.

Saya jerit ” jangan main-mainlah sampai dah goyang ni ”

Tiba-tiba suami di bawah membalas bahawa itu gempa bumi. Kami semua berlari turun ke bawah. Sempat juga tengok air dalam tempayan besar yang mak gunakan untuk menadah air hujan turut bergoyang.

Saya baca berita, petang tadi satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.6 menggegarkan Sumatera, Indonesia jam 5.16 petang (waktu Jakarta) @ 6.16petang ( KL) 30 September 2009.
Gambar di Kuala Lumpur

gambar gempa bumi di Sumatera 30/09/2009

gambar gempa bumi di Sumatera 30/09/2009

Gambar magsa gempa bumi di Sumatera

Gambar magsa gempa bumi di Sumatera

In this photo released by China's Xinhua News Agency, two people wait for their relatives' information at the site where a landslide occurred following Wednesday's earthquake, near Cikangareng village, Cianjur, West Java of Indonesia, Friday, Sept. 4, 2009. The 7.0-magnitude quake rocked southern Indonesia on Wednesday, unleashing mudslides that buried villagers in their homes . (AP Photo/Xinhua, Yue Yuewei)

In this photo released by China's Xinhua News Agency, two people wait for their relatives' information at the site where a landslide occurred following Wednesday's earthquake, near Cikangareng village, Cianjur, West Java of Indonesia, Friday, Sept. 4, 2009.

Terharunya tengok gambar ni -

Lagi gambar-gambar kemusnahan gembar bumi > news yahoo.com

Masih awalkan untuk meramalkan tsunami melanda negara kita atau tidak, jadi berhati-hati sesiapa yang berada di ‘ kawasan panas ‘ Bagan Pinang. Dah dekat Port Dickson tu.

Semalam Jabatan Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa kuat serta tsunami melanda Kepulauan Samoa. Hari ini gempa dah sampai Sumatera.

Laporan terkini gempa bumi di Sumatera, Indonesia 30/09/2009 :

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India dan Thailand berikutan gempa bumi berukuran 7.6 mangnitud melanda barat Sumatera, jam 6.20 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Indonesia melaporkan gempa berkenaan berukuran 7.6 magnitud yang berpusat di pantai Sumatera.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa tiada amaran ancaman tsunami .

Edit : 9:36 PM
Pusat Amaran Tsunami Pasifik tarik balik amaran tsunami.

Selepas kurang satu jam Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami ke atas Indonesia, Malaysia, India dan Thailand, pusat terbabit menarik balik amaran berkenaan.

Ibu Mengandung Terperangkap Hampir Sejam Akibat Gegaran

Seorang wanita yang mengandung lima bulan cemas berikutan terperangkap hampir sejam di rumahnya di tingkat teratas pangsapuri 16 tingkat di Presint 14, Putrajaya. Beliau terperangkap di antara pintu rumah dan pintu jeriji di bahagian hadapan rumahnya ketika sedang tergesa-gesa hendak keluar rumah berikutan gegaran gempa bumi yang berlaku petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.20 petang dan beliau terperangkap kerana pintu rumahnya ditiup angin dan kunci rumah pula tertinggal di dalam rumah.

Seramai empat anggota JPA Putrajaya tiba kira-kira pukul 7.20 malam dan berjaya memotong mangga pada pintu jeriji dan menyelamatkan mangsa.

- Sumber : bernama online

EDIT : 12:47 pm 01/10/2009
Gempa Padang: 200 orang disahkan maut

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 200 orang disahkan mati dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter di wilayah Sumatera Barat, Indonesia setakat ini.

Priyandi Kardono, jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan berkata jumlah kematian yang dilaporkan setakat ini adalah dari kawasan Padang.

Jumah angka korban dijangka meningkat di kawasan-kawasan lain kerana sistem perhubungan dan komunikasi di kawasan Sumatera barat terputus.

Kardono berkata hampir 500 bangunan runtuh di Padang yang menempatkan kira-kira 900,000 penduduk.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. AP

EDIT : 07:03 PM 01/10/2009

Tiga pesawat bawa balik 300 pelajar Malaysia jam 11 malam ini

Para pegawai daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berlepas ke Padang, Sumatera pada jam 7.30 malam ini bersama tiga pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membawa pulang 300 penuntut Malaysia yang menjadi mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera.

Pesawat pertama dijangka tiba semula ke tanahair pada jam 11 malam ini. Ketibaan mereka akan disambut oleh Menteri Pengajian Tingi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama para pegawai tinggi kementerian dan juga ibu-bapa serta keluarga penuntut Malaysia di Markas TUDM Subang.

Pelajar-pelajar Malaysia yang terkandas di Padang ada di antaranya sudah dua hari tidak menjamah makanan.

Padang pada ketika ini masih dilanda hujan lebat dan maklumat terbaru yang diterima oleh pihak kementerian mendapati mangsa-mangsa gempa bumi termasuklah para pelajar Malaysia terputus bekalan air bersih dan juga makanan.

Sumber :Mstar

EDIT : Berita terkini kejadian gempa bumi di Padang Indonesia

02/10/2009

Pesawat pertama bersama 120 warga Malaysia selamat mendarat 5.05 pagi

SUBANG: Pesawat pertama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Hercules C130 yang membawa 120 warga negara Malaysia yang terkandas di Padang, Indonesia dalam kejadian gempa bumi di selatan Sumatera, kelmarin, selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang pada jam 5.05 pagi tadi.

Pesawat yang dijadual tiba jam 3 pagi tadi mengalami kelewatan selepas lewat mendapatkan pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau (23km daripada pusat bandar Padang).

Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau pada jam 3.55 pagi tadi.

Pelajar perempuan cedera di bahagian belakang dibawa ke HKL

Seorang pelajar perempuan yang mengalami kecederaan di bahagian belakang selepas selamat mendarat pagi tadi, dihantar terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan.

Pelajar terbabit tercedera selepas terkena percikan batu ketika kejadian gempa bumi kelmarin.

Gegaran susulan kejutkan Jambi; Sumatera diisytihar darurat

Ketika keadaan di Sumatera Barat masih kelam kabut berikutan gempa bumi kelmarin yang setakat ini mengorbankan 770 orang, manakala 294 mangsa cedera, Indonesia dikejutkan dengan satu lagi gegaran di kawasan Jambi di selatan bandar ini, pagi semalam.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian akibat gegaran susulan berukuran 6.6 skala Richter pada jam 9.53 pagi itu yang turut dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. – Berita Online

Pasukan bantuan dari Malaysia

Pasukan bantuan dari Malaysia

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semalam memberi kebenaran negara sahabat dan pertubuhan asing untuk memberikan bantuan kepada mangsa gempa di Sumatra Barat.

©Kujie – Semoga rakyat Indonesia terutamanya di tempat kejadian lebih tabah dan bersabar dengan ujian ini. Semoga rakyat Malaysia yang berada di sana juga dilindungiNya.

Bilik gerakan dibuka di Konsul Malaysia di Medan – nombor telefon 006-26145531342

Post Lain Yang Berkaitan

64 Berkongsi Rasa

  • Pada 2009.09.30 19:50, Ryehanna menulis:

    nasib baik balik awal hari ni…
    kalo x mesti tersekat dan dalam kerisauan mcm pic ni: http://twitpic.com/jpbl9

    dahle tmpt yg saya naik hari2. huhu..

    moga dijauhkan segala malapetaka…

    • Pada 2009.09.30 20:00, beliamuda menulis:

      kepualaun Samoa tu memang dilanda tsunami…
      beliamuda´s last blog ..PMR: Selamat berjuang kepada pelajar Tingkatan Tiga My ComLuv Profile

      • Pada 2009.09.30 20:10, arin menulis:

        Tang ‘ kawasan panas ‘ tuh tak tahan di baca..:)
        arin´s last blog ..Rasa Ke ? My ComLuv Profile

        • Pada 2009.09.30 20:28, BDewa menulis:

          sumatera 7.7 skala richter tak hasilkan tsunami. samoa ada kemungkinan sebab di atas 8 magnitud. Malaysia mungkin menghadapi tsunami di Bagan Pinang. itu laporan jabatan kajibintang….

          • Pada 2009.09.30 21:06, izzah menulis:

            saya rasa gegar sangat petang tadi..
            takut yer kak..semoga Allah selamatkan kita…
            izzah´s last blog ..Terpinggirnya Sentimental Value My ComLuv Profile

            • Pada 2009.09.30 21:25, kenari menulis:

              gegaran tadi tak terasa kat kedah ni. tapi yg tahun 2004 dulu tu mmg terasa pening2 mcm nk rebah, rupanya gegaran gempabumi
              kenari´s last blog ..Saya Sokong! My ComLuv Profile

              • Pada 2009.09.30 21:37, Tie menulis:

                Hmm… setakat ini.. seumur hidup Tie memang tak pernah rasa gegaran gempa bumi. Yang pernah rasa bila tangki air kat quarters ni pecah tahun lepas… bergegar macam gempa bumi jugak laa…

                • Pada 2009.09.30 21:48, kruel74 menulis:

                  Kuat tu gegar atas ofis tadi
                  kruel74´s last blog ..My property investment story : Unlocking idle land My ComLuv Profile

                  • Pada 2009.09.30 21:56, samanosuke_04 menulis:

                    hoho, selalu lak berlaku gempa bumi dekat2 ngan malaysia nie kan? Hish, bimbang aku.. Alhamdulillah aku kat sini aman jer..
                    samanosuke_04´s last blog ..Macho di depan komputer… (keyboard shortcuts) My ComLuv Profile

                    • Pada 2009.09.30 22:09, mrs azmi menulis:

                      tak rase gegaran sebab masih dalam kete balik keje. dok tgk berita malam ni baru taw

                      • Pada 2009.09.30 22:53, syukran menulis:

                        ala…saya tido la petang tadi…padahal rumah tingkat empat…hhoho :grin:
                        syukran´s last blog ..Jalan-jalan di Padang Besar, Jadi VVIP Firefly My ComLuv Profile

                        • Pada 2009.09.30 22:55, cikang menulis:

                          Huh, gegaran sgt terasa td..waktu pukul 6.15 ptg td saya sedang leka buat keje kt office..cyberjaya..tiba2 terasa bergegar + pening2..dahsyat..baru sikit tuh..tapi cukupla buat rasa insaf..

                          • Pada 2009.09.30 22:57, Kujie menulis:

                            @Ryehanna, normal kul 6 tu ramai di jalanraya
                            tapi sejak akhir2 ni kita kerap terasa gegeran kan

                            • Pada 2009.09.30 22:58, Kujie menulis:

                              @beliamuda, itulah tgok new, ramai jadi mangsa :|

                              • Pada 2009.09.30 22:58, Kujie menulis:

                                @arin, ye lah arin, dekat2 laut tu….

                                • Pada 2009.09.30 22:59, Kujie menulis:

                                  @BDewa, info jabatan kaji bintang malam ke? :lol:

                                  amaran tsunami dah ditarik balik

                                  • Pada 2009.09.30 23:00, Kujie menulis:

                                    @izzah, ramai juga tak sedar, bila tgok berita di tv baru tau..ooo..patut lah..oooo patut lah…

                                    syukur hanya gegaran kecil

                                    • Pada 2009.09.30 23:00, iza menulis:

                                      Tak rasa apa2 di Nilai ni.. wah lengkap betoi laporan Kak Jie..tak yah pi baca tang lain..hehe..
                                      iza´s last blog ..Kasih Nan Fitri…6…Bukan Manusia Paling Merdeka… My ComLuv Profile

                                      • Pada 2009.09.30 23:01, Kujie menulis:

                                        @kenari, skrg ni makin keraplah
                                        agaknya jajaran kawasan gempa bumi tu makin dekat dgn M’sia

                                        mohon dilindungi Allah

                                        • Pada 2009.09.30 23:02, Kujie menulis:

                                          @Tie, tu pun gegaran gak Tie,kira pengalaman hidup masing2
                                          tapi yg tahun 2004 tu memang terasa…boleh tgok air dalam tempayan mak bergoyang2…berkocak2

                                          • Pada 2009.09.30 23:02, Kujie menulis:

                                            @kruel74, sy pun dpt panggilan dari kawan di shah alam

                                            • Pada 2009.09.30 23:03, Kujie menulis:

                                              @samanosuke_04, doakan kami di tanah air ye..awak pun dok kt sana tu jaga diri…bkn saja gempa bumi tp segala kesulitan dan kesempitan ;-)

                                              • Pada 2009.09.30 23:03, Kujie menulis:

                                                @mrs azmi, 6.20 dlm kereta ye..ooo tayar yg cukup angin..tu pasal tak terasa :mrgreen:

                                                • Pada 2009.09.30 23:06, Kujie menulis:

                                                  @syukran, kalau rasa pun, mgkn anggap mimpi di siang hari le kot :lol:

                                                  • Pada 2009.09.30 23:06, Kujie menulis:

                                                    @cikang, Setiap kejadian ada hikmahnya…utk kita sebagai peringatan

                                                    • Pada 2009.09.30 23:08, Kujie menulis:

                                                      @iza, radar rosak ke? he he he

                                                      kalau tak update rasa mcm berita tu tak lengkap je

                                                      • Pada 2009.09.30 23:16, Hafizd menulis:

                                                        tak tahu apa2 coz kol630 dah smpi kat umah..so tgk buletin utama baru tau…huhu

                                                        hujung2 tahun lah mcm2 terjadi kan..lesson learn~
                                                        Hafizd´s last blog ..Dari Tikam Batu – Alor Setar – Jitra|Syawal 1430H My ComLuv Profile

                                                        • Pada 2009.09.30 23:54, denaihati menulis:

                                                          2 Malapetaka besar berlaku hari ini.

                                                          1. Tsunami di samoa ramai juga yg terkorban.
                                                          2. Gempa di Padang setakat 11.30 pm 75 dah terkorban.

                                                          Allah marah tapi manusia tak sedar2 lagi .. ke manalah manusia ni nak pergi ya???
                                                          denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia Update My ComLuv Profile

                                                          • Pada 2009.10.01 00:01, maza menulis:

                                                            maza tak perasan pun ianya berlaku..

                                                            nak tahu cerita selanjutnya.. sila ke blog maza yea.. hehehhee

                                                            :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

                                                            • Pada 2009.10.01 00:07, haritz menulis:

                                                              Tak sempat nak rasa sbb ader kat imigresen, hati panas. Tempat kerja kena rush ngan imigresen, ramai sangkut sbb permit luar.

                                                              • Pada 2009.10.01 01:05, Kak Long menulis:

                                                                Suspen gak bila dengar berita tentang gempa bumi tu.
                                                                Maklumlah Kak long sekarang sedang berkursus di ‘kawasan panas’…huhuhu
                                                                Berdoa agak tak ada apa2 yang berlaku.
                                                                Kak Long´s last blog ..Kawasan Panas My ComLuv Profile

                                                                • Pada 2009.10.01 04:23, mohdhanif menulis:

                                                                  Asalam Kak Jie,ptang tadi saya berada di Sungai Besi K.L,ada gak dengar cerita penduduk2 pangsapuri di sini yang terasa gegaran,sya x rasa pun ,mgkin yang duduk kt bangunan tinggi dapat rasa dengan jelas..
                                                                  mohdhanif´s last blog ..Ulang Tahun Ke 9 Bersama Internet My ComLuv Profile

                                                                  • Pada 2009.10.01 04:57, rafiz2000 menulis:

                                                                    Hujan lebat sekitar negeri Perlis..membuatkan si pengomen ini tertidur..tertidur tanpa merasai apa2 jua gegaran..kecuali deringan handphone..disusuli goncangan usus besar dan usus kecil akibat kelaparan..
                                                                    -Cuaca tak menentu..disusuli hujan dan angin kencang

                                                                    • Pada 2009.10.01 11:13, AyKay menulis:

                                                                      laaaa, gempa bumi saya rasa jam 10pm, bila melabuhkan mata atas katil, anak2 loncat2 minta extent light off pasal ada yg tak siap kerje…..
                                                                      AyKay´s last blog ..Diurut-urut, batuk2 atau berdehem2 My ComLuv Profile

                                                                      • Pada 2009.10.01 12:00, pB menulis:

                                                                        moga kita dijauhi bala bala yang pelik pelik nie

                                                                        • Pada 2009.10.01 13:21, Lan Bingka menulis:

                                                                          nasib baik takde ape berlaku kat ibu mengandung tu..
                                                                          Lan Bingka´s last blog ..2009 – Hari Raya paling mencabar My ComLuv Profile

                                                                          • Pada 2009.10.01 15:17, Mr. Cuz menulis:

                                                                            dhsyatnyer…mcm mner aku bleh tak tau ni…
                                                                            mcm mner la skang ni gempa bumi bleh smpai m’sia…
                                                                            sumthing isn’t right…
                                                                            dulu gempa ni xdela truk mcm ni…
                                                                            ape yg berlaku kt bwah bumi cner yer????

                                                                            • Pada 2009.10.01 15:45, tekkaus menulis:

                                                                              Kat Melaka ni tak rasa apa-apa pun. Syukur! Tapi saya harap takkan ada lagi. :(
                                                                              tekkaus´s last blog ..Mooncakes…Another 3 More Days… My ComLuv Profile

                                                                              • Pada 2009.10.01 17:47, Shaffik menulis:

                                                                                Saya di JB tak rasa gegarannyer kak jie. Tapi rakan-rakan di KL ada rasa. Kesian tgk nasib mereka kan.
                                                                                Shaffik´s last blog ..Shaffik.com Boleh Di Baca Dalam Bahasa Arab My ComLuv Profile

                                                                                • Pada 2009.10.01 18:39, al-qamar menulis:

                                                                                  yg kali ni saya tak terasa gegarannya. tp saya penah terasa masa gempa tahun 2007 tu.

                                                                                  masa tu ada kat salah satu resort kat PD. tgh syok dok update presentation kat dining table dlm apartment, alih2 rasa mcm dizzy melayang2 gitu. ingatkan saya yg pening kepala, tgk news mlm tu rupanya ada gempa kat sumatera, isk isk isk…
                                                                                  al-qamar´s last blog ..Sengal otak My ComLuv Profile

                                                                                  • Pada 2009.10.01 19:29, Chempaka menulis:

                                                                                    Semalam rasa pelik sgt kenapa tiba2 rumah goyang… Rupa2nya ada gempa bumi… Yg jauh kat malaysia pun boleh rasa… Ntah mcm mana la perasaan org yg indonesia… Mesti lagi takut….

                                                                                    • Pada 2009.10.01 20:37, Kaseh Esmiralda menulis:

                                                                                      Orang pun ada rasa juga gempa tu… masa tu ngah on9 atas katil.
                                                                                      ingatkan member sorang tu kasi gegar katil rupanya betul2 gempa.

                                                                                      Cik kaseh terus je kuar bilik…

                                                                                      air dlm pasu bunga bergerak… kipas yg tak berpusing pun…

                                                                                      efek – dari ptg sampai malam kepala rasa pening. dah habis gempa pun rasa still melayang2…
                                                                                      Kaseh Esmiralda´s last blog ..Cerita Raya… [2] My ComLuv Profile

                                                                                      • Pada 2009.10.02 01:16, Usah goyang « Mawar Merah menulis:

                                                                                        [...] dan Pantai Barat Johor dinihari semalam, Tak lama lepas tu, bila Kak Long ke blog akhbar /pemberita Hidup Biar Sedap, rasa seram sejuklah pulak…sebab Kujie siap [...]

                                                                                        • Pada 2009.10.03 08:41, Kujie menulis:

                                                                                          @Hafizd, ramai juga tak sedar, sbb tgh berasak2 di jalanraya

                                                                                          • Pada 2009.10.03 08:42, Kujie menulis:

                                                                                            @denaihati, Peringatan dtg berkali2

                                                                                            • Pada 2009.10.03 08:43, Kujie menulis:

                                                                                              @maza, patut ade link ni

                                                                                              • Pada 2009.10.03 08:44, Kujie menulis:

                                                                                                @haritz, ada benda lain lebih di’rasa’ ye

                                                                                                sabar…sabar…

                                                                                                • Pada 2009.10.03 08:44, Kujie menulis:

                                                                                                  @Kak Long, Terus teringat Kak Long tau..sbb Kak Long sedang berkursus kat tempat panas tu

                                                                                                  • Pada 2009.10.03 08:45, Kujie menulis:

                                                                                                    @mohdhanif, Waalaikumsalam…

                                                                                                    Deria rasa setiap org , kan berbeza-beza… :lol:

                                                                                                    • Pada 2009.10.03 08:46, Kujie menulis:

                                                                                                      @rafiz2000, Mesti tidur yang amat nyaman dan tenang :lol:

                                                                                                      • Pada 2009.10.03 08:47, Kujie menulis:

                                                                                                        @AyKay, dapat bayangkan gelagat anak-anak bujang tu :mrgreen:

                                                                                                        • Pada 2009.10.03 08:47, Kujie menulis:

                                                                                                          @pB, dunia dah tua

                                                                                                          • Pada 2009.10.03 08:48, Kujie menulis:

                                                                                                            @Lan Bingka, ngeri kan… baru 5, kalau dah sarat , tak taulah macam mana

                                                                                                            • Pada 2009.10.03 08:49, Kujie menulis:

                                                                                                              @Mr. Cuz, kerak bumi dah berubah, tak mustahil di dalam sana sedang bergerak ke Malaysia..bukan jauh sgt pun

                                                                                                              • Pada 2009.10.03 08:49, Kujie menulis:

                                                                                                                @tekkaus, kat sana tak banyak bangunan tinggi kot

                                                                                                                • Pada 2009.10.03 08:50, Kujie menulis:

                                                                                                                  @Shaffik, simpati dengan rakyat Indonesia , tak henti2..lepas satu ,satu

                                                                                                                  • Pada 2009.10.03 08:52, Kujie menulis:

                                                                                                                    @al-qamar, Kita yang jauh dapat rasa pun dah kecut perut, apa lagi mereka di tempat pusat gempa…ngeri tengok gambar

                                                                                                                    • Pada 2009.10.03 08:54, Kujie menulis:

                                                                                                                      @Chempaka, Jadikan pengajaran utk kita -

                                                                                                                      • Pada 2009.10.03 08:56, Kujie menulis:

                                                                                                                        @Kaseh Esmiralda, Ngerilah juga dengar cerita ni…

                                                                                                                        dah tu

                                                                                                                        sempat jerit tak..keh

                                                                                                                        • Pada 2009.10.03 09:42, MatKool menulis:

                                                                                                                          sudah terasa gegaran di malaysia biarpun tidak semua. dua tiga kali gegar ngeri tak dapat nak imagine biar seminit cuma.
                                                                                                                          MatKool´s last blog ..Air India slashed Airfares up to 8 percent My ComLuv Profile

                                                                                                                          • Pada 2009.10.03 19:28, KNizam menulis:

                                                                                                                            kesian tengok student2 malaysia dalam berita malam tadi.
                                                                                                                            KNizam´s last blog ..Nasi Lemak Ikan BiliS Di Pagi Hujan Hehe My ComLuv Profile

                                                                                                                            • Pada 2009.10.04 13:07, Kak Long menulis:

                                                                                                                              @Kujie,
                                                                                                                              Kak long pun perasan (tak boleh blah ni…) yang Kujie ingat qoute untuk Kak Long tu….
                                                                                                                              Kak Long´s last blog ..Kesum nan sekuntum My ComLuv Profile

                                                                                                                              • Pada 2009.10.05 12:00, Muhasabah Trading menulis:

                                                                                                                                Semoga semuanya selamat dan pulih seperti sediakala. Yang baik datang daripadaNya, yang buruk datang daripada kita semua… Subhanallah
                                                                                                                                Muhasabah Trading´s last blog ..Jubah labuh corak batik : gaya baju kurung moden My ComLuv Profile

                                                                                                                                • Pada 2009.10.09 06:15, miro menulis:

                                                                                                                                  :???: alhamdulillah,negara kita x de bencana2 macam nie..tapi bagi mereka disana..allah saja yg tahu penderitaan mereka.

                                                                                                                                  (Diperlukan)
                                                                                                                                  (Tidak akan dipamerkan)
                                                                                                                                  CommentLuv Enabled
                                                                                                                                  Sekiranya anda ahli berdaftar CommenLuv, klik untuk memilih post yang ingin dipaparkan.

                                                                                                                                  Switch to our mobile site