Serangan Israel Ke Atas Konvoi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza

19 aktivis pro-Palestin yang menyertai konvoi kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin terbunuh di serang oleh tentera dan komando Israel di perairan antarabangsa, di luar pantai Gaza.

Flotila kebebasan yang disertai oleh kapal-kapal bantuan dari beberapa negara termasuk dari Malaysia dan beberapa negara lagi, telah bergerak dari pelbagai destinasi dijadual bertemu di tengah Laut Mediterranean untuk berkumpul dan berlayar secara berkumpulan menuju ke Gaza.

Turut serta dalam misi ini adalah 11 rakyat Malaysia iaitu 9 dari Pasukan Pengurusan Krisis dan Sokongan Keluarga Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) dan 2 krew Astro Awani

Mereka yang menyertai misi bantuan kemanusiaan itu ialah Noorazman Mohd Shamsuddin, Dr Mohd Arba Ai Shawal, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan, Dr Selamat Aliman, Jamaluddin Elias, Al Hami Hussian Suhaimi, Mohd Nizam Mohamad, Abd Halim Mohamed Redzuan, Hasanuddin Aqsi As Syarif. Dua krew Astro Awani ialah wartawan Ashwad Ismail dan jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip.

Sekumpulan lagi rakyat Malaysia dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) yang menaiki kapal utama Rachel Corrie, selamat selepas tentera Israel hanya menaiki kapal Marvi Marvara bagi menghalang konvoi itu.

Tiga wakil PGPO atas kapal itu ialah Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu serta Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria. Mereka disertai wartawan TV3, Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Kita patut mengutuk kekejaman ini dan tidak akan memaafkan tindakan Israel kerana membunuh aktivis pro-Palestin yang tidak bersenjata.   Semoga mereka yang di tawan dilindungiNya dari segala kesulitan dan kerumitan dan diharapkan keluarga mereka juga tabah untuk menghadapi dugaan ini.

Sumber Berita : Berita Online & Utusan Online
Gambar : The Los Angeles Times

* Flotila = 1. kumpulan kecil kapal; 2. kumpulan kapal yg terdiri drpd kapal yg kecil, terutamanya kapal perang. ( Kamus Dewan )

=================================================

Berita terkini Serangan Israel Ke Atas Konvoi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza.

480 aktivis pro-Palestin dihumban ke penjara

Israel dilaporkan menahan 480 aktivis pro-Palestin yang ditawan komandonya dalam flotila kebebasan yang membawa misi bantuan ke Semananjung Gaza, semalam.

Menurut AFP yang memetik laporan radio awam Israel, pihak berkuasa negara itu juga akan melepaskan 48 tahanan yang lain.

Mereka yang ditawan itu kini diletakkan dalam penjara Ashdod di selatan Israel.

Sementara 48 yang akan dibebaskan kini dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada 12 rakyat Malaysia yang ditawan semalam itu antara yang dibebaskan ataupun dihumban ke penjara Israel.

Dipetik dari Malaysiakini.

=================================================

===============================================

12 rakyat Malaysia di atas kapal  Marvi Marvara yang diserang Israel selamat tetapi kini ditahan di Haifa oleh pihak berkuasa Israel. Usaha membawa pulang mereka itu sedang dilakukan.

==========================================

02/06/2010 – Berita Terkini – 12 rakyat Malaysia ditawan Israel dibebaskan. Semua mereka kini berada di sempadan di Jordan sementara menunggu persiapan pulang ke Malaysia.

Alhamdulillah

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Ya Allah,, bantulah umat Islam di Gaza & hapuskanlah orang-orang yahudi di Israel…… 😥

  2. nur iman says:

    Ya Allah….hancurkanlah yahudi dalam kehinaan

  3. somoga allah akan membalas perbuatanya…

  4. Yakuda. says:

    Nampaknya Israel telahpun menganggakan mulutnya dan membenarkan yahudi berkata lalu menipu bagi membenarkan lebih banyak tandas najis di bina di atas tanah suci Nabi Nabi Allah yang terdahulu dan kawasan yang sewaktu dengan Masjidil Al Aqso. Nampaknya tiada siapa di dunia ini yang memikirkan akan kesucian Masjidil Al Aqso dan kawasan yang sewaktu dengannya. Tak apalah najis tu bolehlah di buat baja bagi tukang kebun dan tukang masak menggunakan bagi menyalakan api. Lagi mabuklah Israel mencium bau najis. Lagi banyak pertumpahan darah oleh yahudi.

  5. Yakuda. says:

    Where? to walk if the pedestrian full of people. Where? to get water if you does not have any name or you are not a permanent resident. The water bill doesnt now where to send because there is no name and address. Settle down or services @ do some work for Allah and you will get pay or shelter from Nabi Nabi Allah A.S. Syaitan and Iblis always get fight each other because of other people belonging.

  6. Yakuda. says:

    Pada awalnya hanya anak anak orang kaya aje berjudi melawan anak tiri. Sekarang ni anak Indon, anak Mualaf, anak pekerja pun nak berjudi. Dulu suruh buka tanah kata nak bekerja, sekarang nak minta sama adil pulak…. pulak dah.
    Nak berjudi juga. Dulu orang jadi ketua dengan izin orang tua. Sekarang orang tua pulak budak budak ejek suruh balik. Orang tua sendiri tak suruh, tak kata. Tak taulah. Ingat mesti budak budak ni tak ade orang tua atau orang tua mereka kurang ajar tak ajar budak budak beradab bersopan di rumah orang. Terbalik dah.

  7. Yakuda. says:

    Itulah dunia sekarang banyak sangat bernyanyi daripada berkata kata yang mulia, mulut terbuka berkata, terbau busuk,
    Malaysia kini melahirkan lebih banyak anak haram dari anak selepas berkahwin, bilik gelap tiada siapa yang tau siapa lelaki siapa perempuan, terlalu banyak hukuman daripada pengurniaan. Orang jadi mabuk mabukkan. Itu belum lagi berjudi dan kalah berjudi sebab semua nak jadi penjudi. Siapa yang nak bekerja. Di jabatan kerajaan ramai tuan dari pekerja. Yang menebas parit pun dah jadi tuan. Duduk di pejabat berpakaian kemeja. Jawatannya adalah pekerja am rendah. Semakin ramai yang gila sedangkan Islam memerlukan ramai yang berakal sempurna, paling kurang 44 orang bagi sah satu jemaah menunaikan solat fardhu Jumaat.

  8. Yakuda. says:

    Saya menasihatkan bagi mereka yang terselamat dari bala bencana dan serangan tentera dan zionist jangan bising bising. Bimbang nanti yahudi dan zionist (Drum mejar mengikut tingkatan kemahiran memasang dan men “tiun drum”itu belum alat tiupan lagi.) jaga Mossad yang datang. Tunaikanlah sujud syukur atau solat jenazah ghaib bagi yang terkorban dan menyedekah kepada fakir miskin atau senang kata buat kenduri doa selamat dan kenduri aruah bagi mereka yang syahid terutama kepada dari Turki dan Palestina.

  9. Yakuda. says:

    Al Quran dan rotan besi tinggalkan di mana ye?

  10. Yakuda. says:

    Rancang,rancang,buat, gagal. Yang mati orang Palestina, orang Turki. Orang Malaysia pulak jadi hero. Hampeh!!!, tak boleh di harap. Menghabiskan duit tambang aje. Yang menang dan yang bijak cuma Tun Mahathir Mohamed Bin Alheij (1) saje. Yang lain menghabihkan boreh zakat mak bapak aje.

Trackbacks

  1. Palestin Bergegar Lagi! | Arraziy says:

    […] gelombang yang dilakukan oleh beberapa blogger terkenal seperti di sini  dan sini menjadikan kesedaran pengguna internet Melayu semakin meningkat. Semoga usaha ini diteruskan lagi […]

  2. […] gelombang yang dilakukan oleh beberapa blogger terkenal seperti di sini  dan sini menjadikan kesedaran pengguna internet Melayu semakin meningkat. Semoga usaha ini diteruskan lagi […]