Setakat mana kita kenal Influenza A (H1N1)

H1N1: 3 lagi kematian dicatatkan
KUALA LUMPUR: Tiga lagi kematian dicatatkan akibat wabak Influenza A (H1N1) menjadikan angka kematian kini meningkat kepada 18 kes.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di sini, pagi tadi – berita terbaru 08/08/09

Gerun sungguh untuk mengetahui semakin hari semakin ramai orang meninggal akibat Selesema Babi ( H1N1 ) sedangkan ubat untuk penyembuhan belum lagi ditemui . Kita hanya dapat berdoa dan berusaha memastikan ahli keluarga sendiri mengamalkan beberapa langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan penyebaran virus tersebut .

Salah satu nasihat untuk mengawal jangkitan adalah dengan mengamalkan adab batuk yang baik .

cara betul pakai mask

Mengapa mesti menutup mulut ketika batuk atau bersin?

Penyakit sistem pernafasan yang serius seperti influenza, batuk kohol, sistem pernafasan akut yang terusk (SARS) dan tibi merebak melalui batuk dan bersin.

Penyakit ini boleh merebak dengan mudah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

Kita boleh hentikan penyebaran kuman semasa sakit dengan memakai penutup hidung dan mulut ( mask ) atau pun palingkan muka daripada orang lain atau makanan sewaktu batuk atau bersin.

Tutup mulut dan hidung dengan sapu tangan atau tisu ketika batuk dan bersin. Β Buang tisu di dalam tong sampah selepas digunakan. Β Jangan berkongsi sapu tangan dengan orang lain. Jika tiada pilihan lain, gunalah lengan baju atau skaf tetapi pastikan tidak bersentuhan dengan orang lain sehingga pakaian tersebut ditukar.

Jangan pergi ke tempat yang sesak dengan orang ramai. Anda mudah menjangkiti atau anda mudah dijangkiti. Jika terpaksa, gunakan penutup mulut dan hidung ( mask ).

Beberapa fakta mengenai Influenza A ( H1N1 )

  • Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).
  • Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.
  • Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.
  • Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1).
  • Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100Β°C]. Selain itu, bahan kimia pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul.
  • Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

Rujukan : Laman web rasmi H1N1 [ h1n1.moh.gov.my ]

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

41 thoughts on “Setakat mana kita kenal Influenza A (H1N1)”

  1. kamu, nak tahu tak minggu lepas di sabah ada pesta gatah tiba2 orang2 disana dah terjangkit A [H1N1].

    1. @ANGLE JOHN, itulah….virus ini mudah disebarkan…kena berhati2 dan berjaga…setiap orang perlu mainkan peranan masing2…

  2. Pingback: negaraku.net
  3. Isteri saya jadi takut pulak nak keluar rumah.. hari ni tukar program untuk duduk rumah je.. lepas tu mintak belikan mask sebab semalam masa pegi Tesco ada keluarga yang pakai mask.. macam-macam..

    1. @nuaeman, Kak Jie tadi pergi beli barang2 dapur..hanya kami anak beranak yang pakai mask…orang lain tengok saja…rasa macam kami ni alien πŸ™

  4. Goverment should be responsible to all these…. Kalau kita tak fikir sangat pasal $. Close the border. Jangan kasi org luar masuk, mungkin tak seteruk ni. Yalah imported cases yg banyak. la..ni dah terlambat.. dah kena kat local. dalam Islam pun ada cakap; kalau ada wabak, yang kena jgn keluar,, yang di luar jagn bagi masuk. yalah $$$ punya pasal. Sangup tanggung rugi, mati pun takpe. Really sad.

    1. @yan, kita sendiri pun tak ada kesedaran…. cuba tengok keadaan sekeliling kita, berapa ramai yang pakai mask dengan tak pakai sedangkan kita faham virus tersebar melalui batuk dan bersin.

  5. thanks kak Jie.. memang neeza dok mencari artikel pasal H1N1 pun.. sebab kami ni baru baik dari ILI (cewah.. dah pandai sekarang huhuuu..). Alhamdulillah.. cuma sikecik tu still batuk lagi.. kesian pulak dia.. semoga kita semua dijauhkan dari penyakit tu kan..
    .-= Neeza´s last blog ..Musim pindah randah? =-.

    1. @Neeza, tak semua yg demam dan batuk tu ada h1n1 , cuma mereka berisiko lebih je…kena tau kita kat level mana…jgn panik , bertenang…

  6. omak den nak datang kek sini, di KL ni..

    tapi den tak borikan.. sbb eh takut keno domam dan semput lak.. terutamo udaro kek KL ni tak menentu. kojap corah, kojap jorobu..

    apotah laie bilo den tengok’an di hospital mahal dan klinik mahal.. ponuh orang! huhuhu

    takut den domam najis mughalazah tak boleh samak itu melarat kek omak den.. dah lah omak den tu umur eh baru 59 thn gitew. huhuhu
    .-= maza´s last blog ..Murka saban masa, Dari Pagi membawa ke Petang =-.

    1. @maza, ooo.. kalau mcm tu tak payah datanglah… keadaan cuaca dan persekitaran mmg tak membantu…sesak kt Kl ni..mcm berebut oksigen.

  7. rasanya macam kes sebenar jauh dari yang dilaporkan. takut rakyat panic kot. tadi iza pi hospital lawat anak sepupu yang suspek leukimia, ramai betul yang pergi hospital untuk periksa tahap kesihatan. hospital la ni penuh belaka..dasat lah. seram fikir pasal h1n1 ni πŸ™

    1. @iza, terfikir juga macam tu… tapi memang panik jiran tetangga….TAPI cakap je takut, gerun………tak pula lindungi diri sendiri…tak de sorang pun keluar pakai mask..

      itu mendedahkan diri utk dijangkiti…

    1. @jue mj, betul tu…byk info..cara batuk, cara cuci tangan.. cara pakai mask tapi setakad hari ini ramai tak amalkan………

      kami pakai….HANYA kami sekeluarga….orang tengok macam kami pembawa penyakit..sedangkan kami hanya melindungi diri dari mereka yang mungkin pembawa 😐

  8. amalkan pemakaian mask..ade kajian di tv jepun kate pakai mask sahaja boleh kurangkan partikel atau zarah2 dari batuk tu drpd terkena orang lain sebanyak 90 percent lebeh..hehe..

    nice info kakjie!!! i like~hehe πŸ˜‰ πŸ˜‰
    .-= cikun-kun´s last blog ..my ζ„Ÿθ¬ο½ž =-.

    1. @cikun-kun, ye ke..bagus juga apa yang dibagitahu kerana ramai tak sedar betapa pentingkan memakai mask…. ramai rasa sipu2…segan dan malu

  9. Pingback: Influenza H1N1, Semakin Hari Semakin Membimbangkan! | MEGAT
  10. semakin seram! rasa fobia pada dunia luar.

    perkara paling penting yang diambil berat ialah berkenaan sistem daya tahan badan. lebih ringkas iaitu sistem imun.
    .-= megat´s last blog ..Musyawarah, Sejauh Mana Kita Menghayatinya!? =-.

    1. @megat, Betul tu, Kak Jie mmg mengelak utk keluar .

      Kesedaran orang kita masih kurang….masih kurang yang pakai mask

  11. wahhh…dah tukar theme erk…..dengar jugak komen dari kita πŸ™‚ ….kita nak dengar pendapat orang lain tentang kak jie
    .-= kita´s last blog ..Menariknya Kujie2 ( Kak Jie ) Pada Aku =-.

    1. @kita, NI theme lama, Azman Ishak ( kruger ) yang bagi . Warna asal merah, dia jadikan purple tapi Kak Jie tukar hijau…tetapi ada beberapa kelemahan yg kak jie tak dapat selesaikan hingga kita… border terlalu besar..dah cuba tak jumap2 nak edit kat mana…

    1. @Kak Long, Murid sekolah anak saya , 30 orang demam…. minggu ni dan minggu depan musim peperiksaan bulanan pula tu…

  12. H1N1 ini semakin menjadi-jadi. Semakin menular dan sukar dibendung. Haih…harap-harap Tuhan dapat memberkati kita untuk menempuh saat genting. πŸ™ Saya takna sesiapa lagi yang menjadi mangsa kepada virus ini.

    1. @tekkaus, Kita kena ada kesedaran untuk mencegah, contohnya kalau tahu diri mengidap, berhati2 supaya tidak menjangkiti orang lain.

  13. hoho info yang menarik !
    .-= MrRoll´s last blog ..Vote For Your Favourite Artist On Vma =-.

Comments are closed.