Skandal Penipuan Bank – Simpanan Anda Dijamin Kerajaan?

Pagi pagi baca berita dari blog ondscene.my mengenai skandal penipuan bank yang membabitkan sebuah bank di negara ini bakal didedahkan dan meletup pong pang pong pang…. seriau dowh!

Ditambah lagi dengan komen spekulasi dari pengunjung bahawa bank tersebut BSN .  Saya pun tak pasti dari mana mereka mendapat maklumat ini.

Saya tak ada akaun BSN tetapi ada berhelai-helai Sijil Simpanan Premium ( SSP) BSN dari tahun 1991.

Bank ditipu RM19 juta – bank mana masih menjadi tanda tanya.

Pinjaman juta-juta tu … saya nak buat pinjaman 30k nak beli kereta pun kecut perut nak submit segala dokumen.  Kena siasat , telefon adik beradik.

Mengikur Perbadanan PIDM , simpanan Dijamin oleh kerajaan

Jaminan itu diberikan kepada kesemua bank komersial, bank pelaburan dan institusi kewangan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga Disember 2010.

Selepas Disember 2010?

Soalan: Apakah manfaat kepada penyimpan?
Jawapan:
* PIDM melindungi penyimpan yang mempunyai deposit di bank
* Perlindungan insurans deposit adalah automatik
* Tiada sebarang caj kepada penyimpan untuk perlindungan insurans deposit
* Sekiranya sesebuah bank gagal, PIDM akan membayar semula penyimpan dengan segera atas akaun deposit mereka

sumber dan rujukan : Perbadanan Insurans Deposit Malaysia PIDM

©kujie – walau simpanan tak banyak maklumlah bukan muka-muka glamer suratkhabar dalam senarai orang yang terkaya di Malaysia, tetap juga rasa berdebar dengan skandal ini….sebab duit tak banyaklah perlu risau, ye dak?

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Patut la buat loan bsn xdpt baru2 ni. rupa2nya duit dah xde…..he…. :mrgreen:

  2. nak tengok pegawai mana yg luluskan loan 2. kita nak pinjam sikit pun dah kena soal siasat keluarga, pekerjaan, kementerian itu jabatan ini macam2 lah diorg nak siasat. macam2 borang nak kena isi nak kena sahkan. akhirnya cancel buat loan. en abg cakap takpe la hidup ala kadar je.

  3. sy dah tak guna BSN ni sejak tamat sekolah.. tapi ayah saya sampai la ni masih aktif.. risau jugak le.. 🙁
    Jom terjah post menarik dari sufian ..Masalah Komputer Jadi Hang Selepas Install Anti VirusMy Profile

  4. Kenap la ramai sangat bijak pandai suka makan duit haram ni?
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2011 1432 HMy Profile

  5. nampak duit gelap mata. tau2 semua dokumen dah siap cop & sain. 😈
    Jom terjah post menarik dari geekz36 ..Korang Gamer Tahap Apa My Profile

  6. huhu..simpan bawah bantal ajela macam biasa.. 😆
    Jom terjah post menarik dari penhitam ..Waiting for the SPM 2010 resultMy Profile

  7. Bila rasuah menjadi pendapatan tetap… jadilah perkara2 begini… adoii

  8. 🙄 feliks bin ajaibs… nak bagi loan 19 juta ringgit? Bagi dulu duit, baru nak pi cari premis?

    Zaman abang jual kereta dulu, ada sorang budak tu keja Nelayan nak beli Satria. Loan baru dlm lingkungan 30 ribu. Satu rombongan pajero pegi melawat rumah dia. Pegi tengok bot dia, tengok kelengkapan menangkap ikan dia, interview separuh kampung dia, nak tau berapa pendapatan dia sebulan. Pasal dia takda slip gaji. Dah puas ati dia dapat RM 3 ribu lebih sebulan (berdasarkan salinan resit dia jual ikan kat peraih) baru loan dia lulus.

    Ni 19 juta oii… bagi dulu, baru nak pegi check kat mana opis dia?

    lain macam ja procedure… sudah tukar ka sekarang? (sapa punya dialog ni..)
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul (9W2FLY) ..DATING DENGAN KENALAN FACEBOOKMy Profile

  9. erm..Rm250K je..kalau lebih tak selamat la ye?hehe :mrgreen:

  10. xsuke sangat nak berurusan dengan BSN ni..tapi still ade akaun..adal rm 100 dalam tu..lama dah xtgk haha
    Jom terjah post menarik dari pneumedic ..Hjsplit Tutorial For Joining MovieMy Profile

  11. pegi update buku, confirm duit tu ada.
    Jom terjah post menarik dari matjoe ..Roadtax Kereta Mewah Malaysia Porsche PanameraMy Profile

  12. Salam,
    Boleh sakit jantung kalau libatkan isu RM macam ni…kalau duit tak berapa banyak pun dok seriau je risau, apa lagi kalau juta-juta ya tak?

    jangan ada orang bunuh diri lepas ni sudahlah ya 😉
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Membayar HutangMy Profile

  13. tiba² rasa nak simpan bawah bantal je..hehe

    agak²nya apakah kaedah paling selamat nak menyimpan? utk kita dan waris nanti

    ada terbaca dalam keratan paper, waris menunggu selama 6 tahun utk keluarkan duit simpanan yg dinamakan ke atasnya , tak ingat ASB ke TH..

    sebab harta peninggalan tu akan dibekukan terlebih dahulu, ingat nak cari maklumat lagi pasal ni, tapi asyik tertangguh je..kak jie ada tahu tak?
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Semua MLM haram- hisap rokok halalMy Profile

  14. pelik kan?
    Jom terjah post menarik dari fina fento ..Penipuan Bank RM19 Juta Lepas duit dah transfer baru pegi buat pemeriksaan premisMy Profile

  15. yang ni kak jie nak cari jawapannya..sebab kat laman web PIDM , duit kita dijamin apabila bank bankrup.

    masalah bank tak bankrup – duit yang hilang

    S: Bagaimanakah saya dapat membuat tuntutan?

    J: Sekiranya bank mengalami kegagalan, anda tidak perlu membuat sebarang tuntutan. PIDM akan mengumumkan bila dan bagaimana anda akan dibayar semula deposit anda. PIDM akan mengamalkan ketelusan dan akan membuat pembayaran dengan segera.

    dia kena siasat betul2…atau dah pasti, kena rujuk dengan bank dia

  16. kemungkinan ni mesti kerja orang dalam jugak ni..bayangkan pinjaman 19 juta tapi siasatan dilakukan selepas pinjaman diluluskan..ada betul ke gitu?
    Jom terjah post menarik dari wanmus ..Susahnya Guna Email Yahoo Sekarang niMy Profile

  17. Sb duit sikit le patut risau,, itu je yg ada hahahah@!~

  18. Habis lah kakitangan bank yg terlibat dengan kes ni.

    Setakat ni pernah tengok duit yg banyak tiba2 masuk ke dalam akaun, lepas tu dikeluarkan semula.. apa yg sebenarnya berlaku pun tak tau
    Jom terjah post menarik dari padlie ..Cerita sadis di pagi hariMy Profile

  19. BETUL! walaupun tak banyak mana simpanan yang ada kat bank tu… tapi itu jelah yang kita ada….

    harapnya segala mak bapak perlindungan tu berfungsila…
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..ketagihan separa kronikMy Profile

  20. comen je

  21. aduhaiiii,,, maza juga kecut perut ni…
    hampir semua bank di Malaysia maza ada urusan dgnnya.. huhuhu

    waeman setiap bank ada RM100.00, tapi bak kata kujie, kita bukan golongan yg famous terpapang mukanya di surat khabar bertajuk SEnarai Orang Terkaya Malaysia… huuhuhu… RM100 itu besar nilainya kepada yg tak ada ini.. huhuu
    Jom terjah post menarik dari maza ..Cikgu semanis nira- semasam cukaMy Profile

  22. tenkiu bagi info psl pidm ni 🙂

  23. baru baca kat kosmo pagi tadi. camna la dorang boleh lepaskan pinjaman sebanyak itu.
    Jom terjah post menarik dari slimdiet2 ..Senarai terkini orang terkaya di Malaysia 2011My Profile

  24. So, the bank approve the 19mil application from cons whose office doesn’t exist. HA HA HA.

    BSN ke?
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Lawak santai – Shah mana niMy Profile

  25. Salam,

    owh seriau gak baca nie, eh tp mcm mana lak bank blh luluskan pinjaman sebanyak 19 juta tu, diorg xsiasat dulu ke premis tu, aiyoyoyo bkn ke biasa klu buat pinjaman diorg kena siasat dulu betul ke tak, lagi2 yang melibatkan jutaan ringgit. nmpknye diorg kena amik ikhtibar dengan hal ini.

    harap2 duit dalam simpanan kita tak kemana, kena baca nie pasal PIDM, makasih atas infonya kak 😆

  26. baru2 tu ada kawan mengadu…duitnya dalam bank hilang…byk kali dah dia ckp..tapi taklah hilang juta2 cuma berapa puluh je….sebab setiap kali dia buat pengeluaran dia akan simpan bank in slip tu…so second time dia withdraw duit amount dah kurang..persoalannya ke manakah duit itu?
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Ketam Labah-labah Semakin MembesarMy Profile

  27. bahaya gak tu.. harap2 duit kita tak ke mana.. tapi byk kena tipu tu
    Jom terjah post menarik dari zool ..Kapal terbang bentuk pelikMy Profile

  28. Nampak gaya sijil-sijil simpanan dan wang simpanan perlu ditukar dengan membeli gold bar atau dinar emas
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Tip blog cara masuk kod video didalam blogMy Profile

  29. betul tu kak jie….sebab duit tk banyak la risau lebih..harap yang tu je ada…

    kalau kaya-raya, apa la heran sangat…
    Jom terjah post menarik dari Kancilbiru ..Kancil vs Alam FloraMy Profile

  30. Rasa2nya dari Iza sekolah rendah lagi dah dengar macam2 scandal bank. Macam cerita pilem pon ada, macam ada tangan hikmat yang terlibat.

    Kalau takat rakyat marhein macam kita ni nak pinjam bawah 100k pon bukan senang, tambah2 kalau minah kilang/kerja swasta cam Iza ni…lagi payah. Jenuh ratib ya Latif…ya Latif..doa supaya lembut kanlah hati orang ni bagi Iza pinjaman :mrgreen: :mrgreen:

  31. oh. lepas duit dah transfer baru nak pegi buat pemeriksaan premis?
    Jom terjah post menarik dari fina fento ..SAYA PUNYAI 100 – 500 FOLLOWERSMy Profile