Tahniah dan takziah

Keputusan rasmi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

PAS memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 2631.

PAS – Mohd Abdul Wahid Endut – 32,883 undi
BN – Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh – 30,525 undi
Bebas – Azharudin Mamat – 193 undi.

Majoriti : 2,631
Undi Rosak : 665
Pemilih berdaftar : 80,229
Keluar Mengundi : 63,993
% Keluar Mengundi: 79.9%

” Abang, tahniah ”
“Terimakasih untuk isteri abang yang juga berkorban”

Suami saya ke Kuala Terengganu sejak hari Khamis untuk sama-sama dengan para jentera petugas PAS di sana. Sepanjang ketiadaan beliau, saya yang menguruskan beberapa tugas dan kerja-kerja di site.

Sabtu 4 pagi saya mendapat panggilan telefon , khabar duka bapa saudara suami telah kembali ke rahmatullah. Selepas gagal menghubungi suami di KT,

saya bertekad untuk balik sendirian bersama anak-anak dan adik ipar yang masih bertongkat akibat kemalangan tempoh hari.

Jam 5.30 pagi baru saya dapat menghubungi suami. Beliau akan terus bertugas di KT dan saya mewakilinya menziarah bapa saudara ( adik kepada arwah bapa mertua saya )

Abang bangga ada isteri yang dapat membuat keputusan yang cepat pada masa yang tepat”

Saya? Kembang macam tertelan mauripan sekilo!

Ahad dalam perjalanan balik saya mendapat panggilan khabar berita seorang Moderator Teratak Santai,  Wan Norman telah kembali kerahmatullah pada pagi Jumaat 16/1/09.

Doakan mereka  berada didalam lingkungan orang-orang yang beriman. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Yang Maha Esa dan semoga pemergian mereka meninggalkan hikmat bagi kita insan-insan yang masih hidup.

Kepada Teratakian’z , saya mohon sekiranya sepanjang arwah mengendalikan forum atau sepanjang persabahatan tersebut, terdapat salah dan silap, maafkan dan halalkan segala makan minum sekiranya ada.

©Kujie – Kita tidak akan kehilangan jika tidak memiliki

26 Replies to “Tahniah dan takziah”

  1. tahniah untuk yang menang dan takziah untuk keluarga yang kehilangan keluarga…

    divas last blog post..SKETSA SEORANG MAKCIK TUA

  2. Bukan kak Jie aje yang kembang.. neeza yang baca pun terasa melayang aje ni..
    memang best bila kena puji.. apa lagi che abang tersayang.. rasa nak nangis pun ada kan.. 😉

    Takziah untuk keluarga kedua2 arwah.. semoga mereka ditempatkan bersama-sama para muslimin.. Ameen…

    Neezas last blog post..Alhamdulillah…

  3. nampaknya ucapan tahniah (kemenangan di trg & pujian melangit dr suami) dan takziah (kematian seorang saudara dan seorang lagi sahabat) saya gemakan sekali.. entah apa yang kak jie rasa, campur aduk sedih atau gembira..

    tapi ayat suami kakjie sungguh skema… haha.. ha ha.. very good!! tentu luas lubang hidung kak jie..utk tempoh 24 jam

    lochoes last blog post..Akhirnya: kerusi parlimen P036 milik Wahid Endut

  4. Salam Jie, apa khabar? Sori lama x singgah sini..bz jugak ngalahkan org berkempen..hehe..Jie ni sempat lg wat lawak kat artikel tu..ada ke kembang mcm tertelan mauripan sekilo..ahaaakkss!! Apapun, salam takziah dari akak atas pemergian bapa saudara suami Jie tu..Al Fatihah! Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amiiinnn..

    ummis last blog post..Kuih Lapis Pelangi

  5. Salam Takziah buat yg telah pergi… alfatihah….

    tang limau mandrin tuh… huhuhuhu… tak makan laie.. tapi anak zana yg duk nursery dah mkn limau mandrin. hukhuk… mcm2 hal sikenit sorg tuh. 😉

  6. Woo sekilo mauripan, betoi2 kembang tu Kak Jie.
    Tapi memang patut pun kembang hehee.

    Semoga ruh mereka dicucuri rahmat.

  7. Tahniah Kujie….wah…’orang bulan’ rupanya…hi hi…

    Juga takziah kepada yang kehilangan. Apa yang ada hanyalah pinjaman je….

    Ties last blog post..Warisan Pahlawan Resort

Comments are closed.