Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan Pada 8 Julai

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah .  Tarikh awal Ramadan akan  ditetapkan berdasarkan rukyah dan hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan melalui radio dan televisyen.  Inilah detik yang mendebarkan bagi saya yang membesar di zaman 70’an.  Waktu tu tak ada twitter tak ada facebook atau pun telefon bimbit.  Bagi orang kaya yang ada TV , bolehlah tengok pengumuman penuh istiadat tersebut.

Rumah saya belum ada TV , kami hanya mendengar radio  yang menggunakan kuasa bateri.

 

mak bulan

Mak Bulan disiang hari

Bila ada pengumuman penetapan permulaan puasa atau menyambut hari raya puasa, perkataan rukyah dan hisab menjadi pelengkap ayat.    Bagi kita orang biasa, rukyah itu  membawa maksud ‘melihat bulan’ dan hisab itu ‘mengira’ .    Dalam ilmu astronom , mmbilang atau mengira ini adalah menbilang benda-benda di langit. Dalam kes ini sudah tentu mengira posisi matahari dan bulan.

Dari kiraan inilah permulaan awal bulan ditentukan berdasarkan kepada masa berlakunya ijtimak (conjunction) matahari dan bulan pada akhir bulan (29 haribulan) Hijrah.

Menurut laman web Jakim,  kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakan) ialah penentuan masuknya awal bulan baru, apabila kedudukan hilal ketika matahari terbenam berada dalam keadaan yang memungkinkan kenampakannya.

Kriteria yang telah dipersetujui itu ialah ijtimak telah berlaku pada 29 Syaaban, 29 Ramadan atau 29 Zulkaedah sebelum matahari terbenam dan hilal ( anak bulan ) dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:

  • Ketika matahari terbenam, ketinggian anak bulan di atas ufuk tidak kurang daripada 2° dan jarak lengkung (bulan-matahari) tidak kurang daripada 3°.
ATAU
  •  Ketika bulan terbenam, umur anak bulan tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku).

Jika syarat- syarat  ini dipenuhi . maka hari esok dikira sebagai 1 haribulan.

Hilal ialah bulan sabit  terawal yang boleh dilihat selepas Ijtimak .  Ijtimak  adalah keadaan pemisahan antara fasa bulan lama dengan bulan baru

Sering kali juga berlaku  perbezaan  dalam menentukan  tarikh hari raya di antara negara-negara Islam .  Kejadian ini berlaku kerana wujudnya perbezaan  terbit dan terbenamnya hilal (anak bulan).  Ia juga bergantung pada penentuan pihak berkuasa agama di negara masing-masing sama ada menggunakan kaedah rukyah sahaja, hisab sahaja atau rukyah dan hisab.

Sebenarnya apa yang saya berkongsi adalah betapa tarikh-tarikh utama seperti ini penting bagi saya dan keluarga.  Ahli keluarga kami 5 orang tetapi berada di beberapa lokasi berbeza.  Saya perlu tahu tarikh-tarikh utama untuk menyusun jadual perjumpaan keluarga.

Yang bekerja dan yang akan mohon cuti adalah suami tetapi saya yang akan menyusun jadual kerana perlu mencari kombinasi yang tepat supaya anak-anak semua dapat bercuti bersama.

# Negeri-negeri yang bercuti pada Awal Ramadan ialah  Johor, Kedah & Melaka sahaja

  1. Malam ni pengumuman tarikh puasa. Saya rasa 10 julai ni puasa. Tak sabar nak menunaikan ibadat di bulan Ramadhan dan tak sabar nak mencari rezeki di bulan ramadhan ini hehe

  2. Pingback: Persedian Blogger Menjelang Ramadhan

  3. pengumuman puasa dahulu dan sekarang amat berbeza….sekarang hanya di hujung jari saja kita dah tahu beritanya…….

    • kami bulan puasa lagi jimat belanja.. tak pasti kenapa orang lain nak berbelanja makanana mewah2..macam dah lari tujuan asal

  4. Best bila dengar pengumuman tarikh berpuasa dan tarikh hari raya.

    thanks kak jie utk kelas astronomi…kalau kak jie jadi cikgu, senang nak faham..hehheee

    • perasan tak.. kak jie suka isi entri santai dgn selitkan info agak berat… itu cara utk memberi tahu kawan

  5. rasa macam tak sabar nak berpuasa, penasihat agama yang mengumumkan puasa dan raya dah tak ada…orang lain yang umumkan..

  6. Ramadhan dah semakin tiba.
    Harap-harap hutang Ramadhan dulu dah terbayar.
    Moga Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya…