Tolong Ingatkan @NajibRazak Nasib Rakyat Malaysia di Mesir
Isu Semasa

Tolong Ingatkan @NajibRazak Nasib Rakyat Malaysia di Mesir

02/02/2011 – update terkini dari Mesir yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri – Berita Terkini Di Mesir

Update Keadaan di Mesir (23:08 GMT +8)(17:08 GMT +2)
1hb Feb 2010

    Baru ada kenyataan rasmi mengenai pemindahan pelajar2 menggunakan kapal TLDM yg berlabuh di Athens
    Pelajar di Alex sudah mula mengemas & berkumpul untuk bersedia dibawa keluar dari Mesir melalui kapal terbang dan dibawa keluar dari Mesir. mereka akan dipindahkn ke negara berjiranan Mesir, BUKAN DIHANTAR PULANG
    Ibubapa diminta sentiasa menghubungi anak2 untuk mengetahui keadaan semasa mereka di samping memberitahu tindakan kerajaan Malaysia kerana sistem komunikasi di Mesir sangat terjejas, ramai yang tidak tahu keadaan semasa.
    Kawasan Kaherah dan Iskandariah sangat dikhuatiri .  Bagi anak2 di Muhafazah lain, InsyaAllah keadaan mereka selamat kerana kawasan yg teruk terjejas ialah Kaherah & Iskandariah.
    Setakat ini tiada laporan kes keselamatan pelajar2 Malaysia di sana, doakan supaya mereka sentiasa selamat.

Update : 02/02/2011
Bernama Online – Kerajaan Usaha Bawa Pulang Pelajar Menggunakan Kapal Atau Pesawat

Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari selatan Kaherah, bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan. Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari.

Sudah berunding dengan Menteri Luar untuk meminta syarikat penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah bagi membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.

Berusaha membawa pelajar-pelajar Malaysia ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di pusat Tabung Haji di sana sehingga ada penerbangan pulang ke Malaysia.

=======================================================

entry asal.

Saya dapat message dari @DyyaDizarch salah seorang pelajar perubatan di Mesir yang sedang berusaha memohon bantuan dan perhatian Kerajaan Malaysia tentang situasi sebenar di Mesir.

Menurut laporan Bernama 30 Jan 2011 – Belum Ada Keperluan Bawa Pulang Penuntut Dari Mesir – Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Labis hari ini memberitahu bahawa tiada keperluan untuk membawa balik pelajar-pelajar Malaysia buat masa ini. Jika pelajar-pelajar berkenaan ingin pulang, mereka boleh melakukannya dengan membiayai sendiri perjalanan pergi dan balik dari negara itu

Wisma Putra juga telah menubuhkan dua bilik operasi iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.

Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Penasihat Menteri Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.

Kenyataan itu telah menimbulkan rasa tidak puashati ibubapa penuntut Malaysia yang terperangkap di sana kerana situasi mereka sangat terdesak , tidak seperti yang diberitahu oleh kerajaan.

Bekalan elektrik  dan internet juga telah dipotong.  Rompakan dan pecah rumah, kecurian dan bekalana makanan yang meruncing.  Bank juga tidak berfungsi malah perlindungan keselamatan juga terhakis.

Mengikut blog krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com

ok.. yang kat comment tu update dari kawan pompuan.. wallat die kene curi.. hilang 1000.. dan die yang cakap airport kat Alexandria dah kene bakar
ni update dari adik saya..
keadaan semakin teruk.. polis kat Alexandria sume dah tak ada.. dan memang tak ade rulez… post balai polis sume dah kene bakar.. n senjata sume orang awam dah curi..dan banduan sume dah kene lepas

pagi tadi adik tetibe call.. suruh call balik.. emergency… die cakap internet sume dah down.. message pun tak boleh… n time tu battery die low… suruh die charge.. worse.. die cakap tak boleh charge sbb power tak ada… skarg xsure la ade ke xde…tp kalau xde.. it’s a big problem… sbb satu2 cara nak contact diorg ialah call.. kalau phone tak ada battery dan tak boleh  charge or no kredit so dah tak  boleh call..

dan  gov egypt plan nak cut bekalan air.. tp sampai skarg boleh pakai lagi .. tak tau bile diorg nak cut..
so dia orang  hidup dalam kegelapan…
then ATM semua tak boleh pakai .. kedai sume xleh ttp… n ni satu masalah.. ssh diorg nak balik.. airport terdekat kat Alexandria dah kene bakar.. thne tak ada duit sbb ATM sume down… n brg adik cakap harga sume melambung… of course bg sy at-salat mengambik lesempatan.. call 5 saan utk 4 5 genih tu sangat melampau… xsampai seminit pn.. n harga top up pn mahal skarg.. taxi even worst.. super mahal gle…
makanan dh kurang.. n duit xleh kuar n harga melambung..

* saya cuba edit sms ini supaya mudah dibaca

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam. Ramai pelajar yang terkandas di lapanganterbang akibat rusuhan dan jadual penerbangan ditunda.

Saya rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu keadaan yang sebenar yang berlaku di sana dan supaya kerajaan kita  secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.

Keadaan yang semakin getir ini boleh dilihat apabila kerajaan Amerika Syarikat, India dan United Kingdom telah menghantar pesawat bagi mengambil pulang rakyat mereka yang berada di Mesir yang mahu pulang.

Semoga pelajar dan rakyat Malaysia di sana dilindungi Allah dan dipelihara dari segala musibah.

Boleh ikuti perkembangan terkini melalui facebook Selamatkan Pelajar Malaysia di Mesir atau blog ariffshah.com Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak

  1. Anda digalakkan untuk sebarkan post ini ( copy paste dibenarkan )
  2. Mohon untuk tweet post ini

Untuk mengikuti berita terkini mengenai suasana dan keadaan di Mesir, boleh ikuti di blog > krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com
=====================================================

Ini fast-entry, saya akan bertolak balik ke kampung sekejap lagi – Esok kembali semula.

Suami pesan, jangan cerita lebih² dengan mak, nanti mak risau. Algeria masih dalam keadaan stabil. InsyaAllah … doakan suami saya selamat di sana.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

84 thoughts on “Tolong Ingatkan @NajibRazak Nasib Rakyat Malaysia di Mesir

  1. Tak guna punya Muhyiddin.Dia boleh cakap tiada keperluan untuk bawa pulang pelajar.Dah tu suruh guna perbelanjaan sendiri.Inilah sikap pemimpin tak guna yang telah tersalah pilih oleh rakyat.

    Kemungkinan selepas ini giliran Malaysia pulak kot nak jadi macam Mesir,menggulingkan kerajaan yang zalim terhadap rakyat.

  2. jgn ckp jer pndai….
    cuber ko yg jadi menteri bru ko tau….(kau kne pikir dlu dan berbincang…..)
    jgn asyik prsalahkan kerajaan sajer mne parti yg lain2 tur….hampeh…x leh harap…(x bgi idea lansung… kritik jer tau)
    kene check dlu laluan bleh lalu ke x…..
    mne bleh pegi cam tur jer…
    nnti kne tembak x pasal tmbah satu mslah….
    think before you said something….
    (kakak akur pon kat sana…..tp akur pecayer kat kerajaan)
    hidup BN hidup UMNO

  3. tiada keperluan…..??? kena fikirkan semula. tak patut sangat ungkapan tu sebab pelajar kita disana dalam keadaan yang sangat teruk….syukur dah ada operasi piramid…tapi tetap kiciwa…

  4. selama ni, saya bukannya anti-pemimpin segala tapi bila dah tengok dengan mata dan dengar dengan telinga ‘tiada keperluan’ oleh TPM, saya rasa baik TPM kaji balik apa yang dia cakap. kita kat sini, tak tau keadaan kat sana.

    tapi alhamdulillah dah ada usaha nak bawa dorang keluar dari sana pun dah cukup. ibu bapa yang lain, jangan risau tentang keadaan dorang bila di pindahkan tapi bersyukurlah sekurang2nya dorang keluar dari tempat tu.

    jangan putus2 berdoa. semoga semua 11 ribu lebih selamat.
    Jom terjah post menarik dari LeeZha ..Nasib Pelajar Mesir Bukan Dongeng kosong!My Profile

  5. Salam,
    Berita tengah malam mengatakan pelajar Malaysia akan dibawa keluar dari Mesir ke negara lain sebelum dibawa balik. Jumlah ramai sangat lebih 11 ribu orang (baru pelajar), itu yang lambat depa nak bawa balik tu. lagi pula, mana ada anak menteri belajar di Mesir ya tak?
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Pelajar Malaysia Di Mesir Akan DiSelamatkanMy Profile

  6. 😈 😈 😈 Hahaha.. tak ada keperluan nak bawa pelajar Malaysia balik.. buat perabih duit negara… itu le gamaknya niat pak menteri???.. lebih baik duit tu pak menteri amik buat renovation kediaman rasmi.. komisen untuk kroni… amerika pun pun dah bawa keluar rakyat dari mesir.. malaysia tunggu kepala bapak apa lagi.. nak selamatkan rakyat sendiri pun nak kena meeting beratus kali.. nak tunggu bom gugur dari udara baru ada keperluan.. nak tungu ada rakyat malaysia masuk senarai kematian.. Fikir le sikit pak pak kepala bapak menteri oiiiiii… Aku pikir jugak pasai per kerajaan kata tadak keperluan nak bawa bebudak student kat mesir ni keluar.. setahu aku bijak pandai yang duk belajar di mesir ni bukan sokong sangat ngan kerajaan UMNO/BN ni.. mungkin pasai tu kut pak menteri kata tadak keperluan nak bawa mereka keluar dari mesir…apa pun sebagai pentadbir negara yang amik duit negara sebagai gaji dan elaun, bil lektrik pun guna duit negara, gaji driver duit negara, gaji tukang kebun duit negara, minyak keta pakai duit negara..dari hujung rambut sampai hujung kaki bayak guna duit negara…. kamu kena keja le untuk semua rakyat.. duit negara itu duit rakyat.. bukan duit kumpulan yang majoriti ( bukan duit UMNO/BN ) yang membentuk kerajaan Malaysia. 😈 😈 😈 😈

  7. Hmmm…. Tgk najib cakap kt berita td, mcm xde benda je.. mcm x serius, mcm xkisah, mcm nyawa manusia boleh buat mudah cmtu?
    Jom terjah post menarik dari Ayu ..Benci !My Profile

  8. kerajaan timbang guna kapal tldm pndhkn plajar msia ke jeddah plak..nk timbang plak..dok guna ayat mungkin la ni mai ayat timbang lak..nk timbang sampai drah pljr msia dulu ka??pastu ckp kos pulngkn pljr msia tllu tgii??so ap fungsi selogan rakyat didahulukan????ya Allah napa la ad kerjaan cmni??

  9. mungkin akn bawak pulang..mungkin akn dpindhkn..tp bilaaaa????x laqat nk dgq dh pktaan mungkin..suamiku??..

  10. assalamualaikum kak kujie
    pagi tadi saya pun tumpang sedih dengan keadaan anak kawan saya.anaknya ada di mesir dan baru je ke sana.kami sama2 sedih semasa kawan cuba telefon anaknya…

  11. Semoga semua selamat hendaknya..
    info di facebook mengatakan telah sampai wakil dari Malaysia untuk membawa pelajar pulang ke Malaysia. Semoga usaha ini tidak terlambat dan diteruskan.
    Jom terjah post menarik dari Lee ..Rock KapakMy Profile

Comments are closed.