Tragedi tanah runtuh di Ulu Yam
Isu Semasa November 30th, 2008Ulu Yam adalah kawasan bersebelahan kawasan tempat tinggal saya. Terus terkenang tragedi runtuhan Highland Towers pada 11 Disember 1993 yang mengorbankan 48 mangsa.
Kejadian yang berlaku pada 5.30 pagi itu mengorbankan Noratirah Roslan, 16, dan adiknya Nurul Intan Sarina, 9, yang tidur dalam bilik mereka, manakala ibu bapa serta tiga adik beradik yang lain tidur di ruang tamu dapat menyelamatkan diri.
Al-fatihah untuk kedua-dua mereka dan tahziah untuk keluarga mangsa. Semoga lebih tabah dan bersabar atas dugaan ini.
Lagi berita :
Dua beradik mati tertimbus
Tanah runtuh, 2 beradik maut
Saya ingin berkongsi info yang saya dapat dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengenai tanah runtuh untuk panduan dan perhatian kita bersama.
KAWASAN BERISIKO
- Kawasan yang pernah mengalami tanah runtuh.
- Cerun atau saliran air.
- Potongan atau tambakan.
- Lereng bukit yang sedang dibangunkan.
SEBELUM KEJADIAN
Tanda - Tanda Tanah Runtuh
- Pancuran atau resapan di kawasan tanah.
- Kesan bonggolan atau rekahan tanah.
- Tanah berganjak.
- Tapak asas atau konkrit retak atau terjongket.
- Retak atau rekahan pada dinding, tembok atau tiang.
- Kerosakan paip air, gas atau pembentung bawah tanah.
- Tiang telefon, elektrik dan pagar menjadi condong.
- Jajaran barisan pagar berubah.
- Jalan mendap
- Pintu atau tingkap sukar ditutup.
Persediaan
- Dapatkan maklumat tentang kawasan runtuh.
- Tanam tumbuhan tutup bumi pada cerun.
- Bina tembok penahan atau buat saliran air
SEMASA KEJADIAN
- Hubungi segera pihak berkuasa.
- Beri amaran kepada keluarga dan jiran anda.
- Berpindah segera apabila keadaan menjadi bahaya atau apabila diarahkan pihak berkuasa.
Di dalam rumah
- Duduk diam di dalam bangunan.
- Berlindung di bawah meja, kerusi atau perabot yang kukuh.
Di luar rumah
- Jauhi laluan dan kawasan tanah runtuh.
- Lari ke arah tanah tinggi yang jauh dari bahaya.
- Jika ternampak aliran air, tanah, batu dan tumbuhan segera berlindung di sebalik rimbunan pokok.
- Jika tiada pilihan segeralah peluk tubuh anda, membongkok seperti bola, lindungi kepala, duduk dan bersedia menghadapi sebarang keadaan.
SELEPAS KEJADIAN
- Jauhi kawasan runtuhan.
- Periksa keadaan keluarga dan jiran anda, beri rawatan pertolongan cemas jika ada yang tercedera atau sakit.
- Beri bantuan kepada jiran dan golongan kurang upaya.
- Dengar pengumuman radio.
- Awas banjir boleh berlaku selepas tanah runtuh.
- Periksa tapak rumah dan tanah dipersekitaran anda.
- Laporkan sebarang kerosakan kemudahan awam.
Dapatkan nasihat pakar untuk membangunkan semula rumah atau bangunan di tapak yang sama.

November 30th, 2008 at 9:40 pm
November 30th, 2008 at 9:40 pm
saya pun sempat tengok bulletin utama tadi
KNizams last blog post..Jom Cuti-Cuti Malaysia Sambil Menonton “The Hoppers & Ahli Muzik” kat 8TV @ Sunday @ 2200hrs - MELAKA !
November 30th, 2008 at 10:50 pm
November 30th, 2008 at 10:58 pm
November 30th, 2008 at 11:15 pm
sedeynya baca berita ni
uhukkksss…
angrianis last blog post..Mee Bandung
December 1st, 2008 at 1:29 am
cakap kosongs last blog post..Sentappppppppppppppp!!!!!
December 1st, 2008 at 2:49 am
terkejut Neeza dengar berita ni.. masa baca paper online tadi..
wonder jugak kawasan mana sebenarnya tu.. rumah dia dekat tebing ke Kak Jie? dalam berita online takde pulak gambar.. mungkin belum ada kot..
Neezas last blog post..Grrrr!!!!
December 1st, 2008 at 3:01 am
December 1st, 2008 at 7:55 am
arsailis last blog post..
December 1st, 2008 at 8:25 am
kumb@ngs last blog post..Blueberry, Burberry, Blackberry
December 1st, 2008 at 10:14 am
intans last blog post..Tips For Better Life
December 1st, 2008 at 10:30 am
takziah buat keluarga mangsa dan semoga terus tabah maenghadapi hari-hari mendatang.
kak, terima kasih atas info ini. walaupun tidak tinggal dikawasan berbukit, tapi kita kena tingkatkan pengetahuan tentang keselamatan menghadapinya.
megats last blog post..Bangsat Cakra Alam, Jangan Perbodohkan Orang Ramai!
December 1st, 2008 at 11:49 am
December 1st, 2008 at 2:14 pm
semoga ditempatkan bersama org2 beriman.
izzahs last blog post..Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna
December 1st, 2008 at 3:08 pm
December 1st, 2008 at 5:48 pm
takutnye…saye mmg x berani g dkat ngan lereng bukit.kalo kat highway tu asal lalu je mesti terbayang akan jd tanah runtuh…huuuu
kuros last blog post..LaGi2 taG~
December 1st, 2008 at 8:44 pm
December 1st, 2008 at 9:40 pm
nikillass last blog post..Banjir wei..
December 2nd, 2008 at 12:20 am
December 3rd, 2008 at 4:58 pm
i haf correction 4 dat.. arwah athirah n intan maybe tdo kat ruang tamu n parents n adek bradek laen tdo kat master bedroom.. well,at least people need to know da truth….
Kujie Reply:
December 3rd, 2008 at 5:13 pm
Rujuk : mstar.com
kemudian saya edit dengan letakkan link lagi berita untuk maklumat lanjut.
December 4th, 2008 at 1:14 am
dan pasal kejadian tu…actually based from what yg ayah dan mak arwah citer..,athirah ngn intan masa tu tdo dlm satu bilik…bilik athirah….dan 3 beradik dan ibu bapa diorg tdo kt masterbedroom….so kejadian berlaku 5.30 pagi then pas kejadian…salah seorg dri 3 beradik yg selamat tu masih terperangkap dlm runtuhan dan meyebabkn ayh diorg terpaksa tgu kt situ dan emak diorg yg pergi minta bantuan….dan 2 beradik lg duduk di tempat yg selamat…smpai r pukul 12 tgh hari…baru lah bantuan tiba….mcm tu lah citer yg sebenarnya dan ape yg utusan citer ada yg x betul…itu kata ayah dan mak diorg sendiri…so reporter utusan…,lainkali citer yg btl2 k…erm by the way skang ni encik roslan sendiri sedang tgu laporan dri geologist dan akan saman pemaju….insyallah kebenaran akn berpihak pada encik roslan….apepepn..alfatihah utk arwah athirah dan arwah intan….amin
December 4th, 2008 at 8:40 pm
al-fatihah utk kedua beradik tersebut..moga roh mereka dicucuri rahmatNya dan tenang di alam sana..
-Memang kena berwaspada juga jika duduk di kawasan lereng bukit.Kediaman saya berhampiran dengan lokasi tragedi Highland Towers..Saya akui kawasan berbukit di sini kurang terjamin kestabilannya apatah lagi selepas hujan turun mencurah-curah memberi kesan pada struktur dalaman tanah.Pihak pemaju perlu kerap memantau kawasan ini bagi menjamin keselamatan penduduk dlm jangkamasa panjang.Jika kecelakaan sudah terjadi,menyesal pun tiada gunanya.
nadinezuharras last blog post..:: Love Quote..
December 14th, 2008 at 1:26 pm
[...] runtuh di Bukit Antarabangsa Isu Semasa December 6th, 2008 Kita baru saja dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di Ulu Yam yang mengorbankan 2 beradik minggu lepas dan kejadian 11 kenderaan tertimbus dalam tanah runtuh di [...]
December 14th, 2008 at 3:39 pm
[...] pintu rezeki untuk saya. Saya harus akui bahawa Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa atau pun tragedi tanah runtuh di Ulu Yam secara tidak langsung telah menyebabkan banyak projek sekarang. Dalam minggu ini ada beberapa BQ [...]