Tubuh perempuan yang ideal
Anak, Isu Semasa November 12th, 2008
Kementerian Kesihatan mengesahkan O’lynn Skin Lightening Cream telah dibatalkan pendaftarannya kerana dikesan mengandungi racun berjadual- Tretinoin. Produk kosmetik yang mengandungi “retinoin” tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan kulit menjadi hipersensitif.Sementara produk “Langsing Alami” dikesan mengandungi racun berjadual Subtramine yang boleh menyebabkan pengguna mengalami gangguan sistem kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Itu berita yang saya baca. Sungguh sedih bila mengenangkan ramai perempuan terlalu obses untuk kelihatan cantik dan menarik sehingga mengadaikan kesihatan diri.
Saya benci iklan yang sering mengambarkan perempuan sebagai makhluk yang harus memikat. Untuk itu, dia harus menonjolkan ciri-ciri biologi dirinya untuk satu tuntutan estetika dalam persaingan merebut perhatian.
Perempuan digambarkan sebagai makhluk yang sentiasa risau dirinya tidak memikat atau tidak tampil menawan, tidak presentable atau acceptable. Untuk dapat diterima, wanita perlu physically presentable. Perempuan sering menjadi sumber inspirasi, termasuk dalam melahirkan sebuah produk.
”Lost the weight, not the fun …” Kata-kata itu menunjukkan bahawa menjadi kurus adalah kegembiraan dan kepuasan. Melalui iklan, individu didefinisikan, dibentuk, diciptakan, iaitu perempuan cantik adalah yang berkulit putih dan lelaki normal adalah yang menyukai perempuan berkulit putih.
Akibatnya perempuan yang tidak bertubuh langsing dan tidak berkulit putih kehilangan kepercayaan atas tubuhnya dan kehilangan identiti karektor tubuhnya sendiri. Mereka menjadi obsesi dan memaksakan diri dengan berbagai usaha sehingga membahayakan diri sendiri. Iklan sering merendahkan matrabat wanita
Sehingga secara tidak sedar masyarakat menganggap tubuh perempuan yang ideal dan normal adalah; langsing, berkulit putih, dan berambut lurus. Dengan mengekploitasi psikologi kaum perempuan yang selalu menganggap diri dan tubuhnya tidak sempurna maka kesempurnaan tubuh seorang perempuan dalam iklan produk kecantikan dan perawatan tubuh diidealisasikan sebagai susuk tubuh seorang perempuan yang jauh berbeza dengan sebahagian besar perempuan. Mereka lebih tinggi , kulitnya lebih putih dan halus , kakinya yang panjang ,kurus dan sebagainya.
Dan akibatnya kerana sebahagian besar perempuan tidak seperti para model di iklan tersebut maka mereka pun berlumba-lumba membeli produk-produk tersebut agar dirinya menjadi cantik seperti model di iklan tersebut.
Pada masa dulu tubuh perempuan yang indah selalu di idealisasikan sebagai tubuh yang gemuk dan berisi dan digambarkan memiliki lipatan lemak di pinggang, paha dan lain-lain. Perempuan dinilai dari kesuburannya sehingga perempuan yang berisi bahkan gemuk dianggap mewakili konsep ideal mengenai tubuh perempuan. Dalam komuniti masyarakat yang sangat mengagungkan kesuburan perempuan semakin gemuk dia akan dipandang semakin subur yang akhirnya dianggap sebagai bentuk ideal perempuan cantik.
Di kalangan masyarakat Arab misalnya, secara tradisi masyarakat Arab terbagi dalam kabilah-kabilah yang seringkali saling berperang satu dengan lainnya. Kerana itu kesuburan perempuan menjadi sangat penting kerana kuatnya sebuah kabilah ditentukan oleh banyaknya jumlah anggotanya dan perempuan yang subur akan menentukan kejayaan kabilah itu di masa depan. Itulah sebabnya di kalangan masyarakat Arab bahkan sampai sekarang tradisinya perempuan yang sudah menikah harus bertubuh gemuk , bila tidak maka akan dianggap memalukan nama keluarga.
Satu lagi fakta , kalau bertubuh gemuk dan berisi itu tandanya hati gembira … he he he, Kurus kering sering digambarkan sebagai makan hati . Kalau dah tahu, kenapa ingin menyeksan diri hanya kerana ingin dipandang cantik. Lakukan kerana ingin menjaga kesihatan dan mengamalkan cara hidup sihat - Be Realistic

November 12th, 2008 at 5:14 pm
Masa Tie kurus dulu, teringin gak nak gemuk sikit, tapi sekarang ni bukan gemuk sikit, …gemuk banyak laa…huhu…Dah over, susah pulak nak kurangkan lemak. Bukan apa, bila dah mengembang ni urusan kerja rumah jadi slow je..hi hi…
Kujie Reply:
November 12th, 2008 at 6:06 pm
sgt2 aktif gituu…
lumrah Tie, kadang2 nk juga diet nk kurus..cewaaahhh..tak sedar diri dah kembang macam tertelan sekilo mauripan
November 12th, 2008 at 5:22 pm
ADrys last blog post..Million Thanks From Tawau Bloggers
Kujie Reply:
November 12th, 2008 at 6:08 pm
tapi kena buat sendirilah…
November 12th, 2008 at 5:28 pm
comel gila entry ni.yonna tak penah pakai ape pun nk kasi kurus.errr,mcm tak best la mama,takut tau..
kawan yonna,minum teh org kampung. sampai cirit2 la esok tu. eieie ngeri la!!
as long as we’re healthy ok la :D..
bila tua kerepot jugak :p HAHAHA..
tp yonna comel kan mama?
hahahah
yonnas last blog post..belia benci tag tapi suka awards..
Kujie Reply:
November 12th, 2008 at 6:13 pm
tgok tu..dah kembang puji diri sendiri.
kalau nk berdiet bagi langsing, buat secara teratur, dapatkan nasihat pakar
org berisi ni kulit tegang..hahaha..lambat nampak kedut
November 12th, 2008 at 5:31 pm
chuckiesds last blog post..10 Things to be a good Father…
Kujie Reply:
November 12th, 2008 at 6:14 pm
November 12th, 2008 at 5:45 pm
memang dah fitrah orang peempuan nak kurus nih… bukannya apa, yang mana dah kawen kalau dapat suami yang jenis nak tgk yang cantik jerk, kalau kita tak cantik ditinggalkan pulak… macam mana…
tak cantik masalah, cantik pun masalah juga…
shays last blog post..YeH yEh dapat award…
Kujie Reply:
November 12th, 2008 at 6:16 pm
Tgok berapa ramai perempuan cantik yang gagal dlm rumahtangganya…yang masih gagal temui teman lelaki,
jadi kita kena pandang dari sudut positif… utk motivasi diri sendiri. Gemuk bukan bererti kita mesti mengabaikan penampilan diri
November 12th, 2008 at 5:45 pm
Umimias last blog post..Apa ada dalam kepala
Kujie Reply:
November 12th, 2008 at 6:17 pm
seksi bkn semata2 tubuh sekeping …sexy itu subjektif
hargai diri sendiri dgn positif
November 12th, 2008 at 5:50 pm
Kujie Reply:
November 12th, 2008 at 6:18 pm
November 12th, 2008 at 5:55 pm
Hasbullah Pits last blog post..Blog punca kes Perceraian di Kalangan Blogawan Malaysia Meningkat?
Kujie Reply:
November 12th, 2008 at 6:19 pm
November 12th, 2008 at 6:28 pm
Kujie Reply:
November 12th, 2008 at 10:15 pm
November 12th, 2008 at 6:41 pm
shaxxs last blog post..Mission Alexa
Kujie Reply:
November 12th, 2008 at 10:16 pm
November 12th, 2008 at 7:17 pm
sebab saya pun berisi dan gemuk jugak
Anak lelaki saya pun mewarisi kegemukan jugak
ha ha ha ha
hashim habeeds last blog post..Wanita@Muslimah
Kujie Reply:
November 12th, 2008 at 10:17 pm
November 12th, 2008 at 8:12 pm
samdaddycools last blog post..Semangat yang hilang
Kujie Reply:
November 12th, 2008 at 10:18 pm
November 12th, 2008 at 8:16 pm
Lan Bingkas last blog post..Sukan malam
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 8:37 am
November 12th, 2008 at 8:30 pm
bersihkan hati, bonusnya adalah kecantikan yang asli!
kak, sy pun byk kali suruh orang umah makan banyak biar berisi skit tp malangnya tidak kerana memang dia keturunan kurus (tapi taklah kering) eheh.
bagi saya perempuan yang terlalu taksub menjaga kecantikan hingga mengabaikan kesihatan sama lah seperti mereka nak pergi bunuh diri! subhanallah.
megats last blog post..Seminar Foto - Seni, Teknologi Dan Bisnes
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 3:34 pm
tak gemuk tak kurus tak pe…tiap org ade saiz diri masing2…tapi jgn low self esteem sudahlah..hargai diri sendiri baru kita bahagia dgn apa yg kita miliki.
November 12th, 2008 at 8:31 pm
cakap kosongs last blog post..Entry Subuh Rabu…………………………
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 3:35 pm
pompuan ada seribu alasan utk pergi shopping
November 12th, 2008 at 9:12 pm
arins last blog post..Masuk Spital : Day 3 : 12.11.08
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 3:36 pm
November 12th, 2008 at 10:14 pm
Bg orang Islam wuduk tu adalah make-up yang paling sempurna. Tak gitu kak jie.
TokNabes last blog post..Ngendap…..
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 3:36 pm
November 12th, 2008 at 10:19 pm
krim O’Lynn tu ada kt tv tak? saya tak pernah dengar rasanya..
!x0r@s last blog post..I Hate This Part
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 3:39 pm
tak dpt komen ke?
ada… popular juga
search kat laman web dia
tapi tadi tengok produk tu dah tak de
November 12th, 2008 at 10:52 pm
kak jie,
o’lyn kan, bukan olay ye. o’lyn tu yang melayu tokeynyakan.
sekarang keluar 3G pulak- gempal, gebu, apa lagi tah, gendut kot. Tak kisahlah, apa-apa aje, tak berani nak makan macam-macam ubat. even, pencuci muka pun kalau ada bahan kimia berlebih boleh sebabkan kanser juga, pernah terbaca tapi tak ingat source dari mana.
saya bengang kalau iklan barang lelaki macam minyak rambut ke hapa tapi yang melentik-lentik kat TV tu pompuan. Huh…..marah betul. Apa kaitannya?
ZANYs last blog post..Jiran
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 3:43 pm
kadang2 tgok muka mcm nipis..agaknya produk tu menghakis kulit muka kot.
entah lah..kak jie tak pernah pakai apa2 cream..tak selesa…
tempek bedak sejuk je
itulah..iklan yg tak der sangkut paut dgn perempuan pun…gunakan model perempuan juga
November 13th, 2008 at 1:17 am
|1f34|-|1r3s last blog post..Madness ! Royal rumble in Bintulu
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 3:46 pm
November 13th, 2008 at 1:33 am
cepat sangat terpengaruh nie…
er.. bersyukur apa yang tuhan dah bagi..
menteils last blog post..Aku Kini Pulang
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 3:48 pm
sbb tu lah perempuan dilabelkan suka membeli belah
cepat terpengaruh dgn iklan
November 13th, 2008 at 5:20 am
kak jie,
skrg nie mcm2 produk ada kt pasaran.
Pengguna la yg kene bijak memilih. Tapi sbb desakan nk cantik n kurus lebih dr sgla2, ramai yg silap buat pilihan…
miims last blog post..Autumn in our heart…
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 3:49 pm
kalau petang2 mmg iklan kat tv produk kecantikan saja… dia tau ramai surirumah tgh tgok drama
November 13th, 2008 at 5:24 am
er… banyak sungguh product yg br kene ban. pdhl wanita2 dah lama guna/pakai. isk. isk. kenapa jadi camni ye.
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 3:57 pm
tataulah… kalau dah jadi mcm ni…semua produk terjejas..org dah tak percaya
November 13th, 2008 at 9:04 am
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 3:58 pm
November 13th, 2008 at 9:45 am
mrozaidis last blog post..Sentiasa Senyap @ Sentiasa Bercakap
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 3:58 pm
November 13th, 2008 at 9:57 am
Sedih bila ada suami yg menolak isteri melumuri diri dgn dosa sbb nak isteri menayangkan kecantikan isteri pd org lain. Ish..ish..
suaras last blog post..What Am I Like?
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 4:04 pm
November 13th, 2008 at 11:47 am
Saya tak mahu hipokrit. Kalau Suzan Tamim memang saya terkulai. hehehehe
abg putras last blog post..The Web is not ready for Chrome yet!
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 4:04 pm
no 3 ke no 4?
November 13th, 2008 at 11:51 am
la nie berat bdn naik lepas ada bb. tapi alhamdulillah under control. sebenarnya lebihkan motivasi diri utk jaga mkn demi kesihatan. jgn pakai or beli produk bukan2.
la nie zana amalkan mkn mkn bergizi seimbang. alhamdulillah… badan sihat berat bdn pun turun. nak tau rahsia??/ meh la calling2..
siyes tak tipu tak kak jie..
zanas last blog post..Branch
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 4:07 pm
November 13th, 2008 at 2:23 pm
Tkt sgt nak mkn ubat langsing dan kurus, tkt dpt sakit lain plak.Byk gak ari tu kuar produk yg takleh pakai tapi masih ada di pasaran lagi skang ni.
julietchuns last blog post..Kaulah Permata
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 3:54 pm
kalau dah mengelupas..pedih …seksa tu
November 13th, 2008 at 2:40 pm
Intan ni bukannya nak kurus sgt, cuma rasa nak kurangkan sikit berat. Biar rasa selesa & senang nak bergerak…
Hihi
intans last blog post..Adik & Tadika
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 3:53 pm
November 13th, 2008 at 2:45 pm
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 3:52 pm
November 13th, 2008 at 3:18 pm
aritu makcik kte gune krim olyn ni.muke die memg mengelupas.macam mat lampir..
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 3:51 pm
kita ni dok kat khatulistiwa…
November 13th, 2008 at 3:24 pm
Kujie Reply:
November 13th, 2008 at 3:50 pm
November 13th, 2008 at 5:25 pm
Neezas last blog post..The ‘generous’ Ummi
Kujie Reply:
November 14th, 2008 at 12:41 pm
lagi satu janganlah sampai bersakit2…
November 13th, 2008 at 7:08 pm
Sweet Thinkers last blog post..Mari Berebut Lelaki Terhangat Di Pasaran
Kujie Reply:
November 14th, 2008 at 12:42 pm
bila kak jie buat ‘read more’ semua perenggan tu hilang..kena edit balik
ooo..betul ke lelaki mcm tu?
ha ha ha
November 14th, 2008 at 2:50 am
bukan product olynn sajer rasanya ada lebihan racun terkawal…banyak tapi pihak berkuasa tak cukup kakitangan nak check semua sebab berlaku limpahan produk yang macam macam.
dbis last blog post..tag/jalang jalang
Kujie Reply:
November 14th, 2008 at 12:43 pm
banyak sungguh procuk yang dipasarkan
kadang2 kita keliru…
November 15th, 2008 at 10:15 am
perempuan cantiks last blog post..Transformasi Kesehatan dan Kecantikan
Kujie Reply:
November 15th, 2008 at 4:08 pm
terimakasih ye kerana singgah
November 15th, 2008 at 6:47 pm
November 16th, 2008 at 2:18 pm
titans last blog post..Youthsays Real Voices Project