Yuran Tambahan Persekolahan

Kementerian Pelajaran akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan.

Bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar. Ia juga akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

Sebagai contoh, duit yuran tambahan itu akan digunakan sebagai insurans dan untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan.

Wahai Tuan Pengarah, sebelum ini memang dalam Yuran Persekolahan sudah ada bayaran untuk insurans dan aktiviti kurikulum.

Contoh Yuran Sekolah anak saya tahun 2008

Intan ( Tahun 3 )
Kokurikulum RM 2.00
Kertas Ujian Dalaman RM 6.00
Sukan Tahunan RM 6.00
Pendidikan Moral RM 6.00
Yuran Takaful RM 1.50
Yuran MSSM RM 2.00
AIA Student Accident Shield ( pilihan ) RM 20.0
Akhbar mingguan ( xin xin) RM 11.00

Bayaran kelas komputer
Pendaftaran ( setahun) RM 20.00
Yuran Bulanan RM 11.00 x 10 bulan = RM 110.00

Bayaran Kelas Tambahan ( PIBG)
Yuran Bulanan RM 17.00 x 10 bulan = RM 170.00

Jumlah saya perlu bayar hari ini = RM 102.00
Jumlah yang saya perlu bayar setiap bulan selama 10 bulan = RM 28.00

Nak kena beli insuran untuk kaki, tangan , gigi macam artis-artis popular luar negara tu?

Kepada pembaca, fahami topik yang saya sentuh. Selalunya akan keluar ayat ” hal sekolah anak berkira tapi bab lain boleh pula membazir “ . Isu saya bukan jumlah yuran yang perlu dibayar tetapi keperluan mengutip yuran tambahan untuk perkara yang memang telah ada selama ini.

©Kujie – Saya orang Baling, kawasan tersebut pekerjaan utama ibubapa murid adalah penoreh getah. Sekarang musim hujan, ada yang hampir 2 bulan tidak menoreh. Jangan cakap bab simpanan atau tabungan, mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bila masa nak kais bawah tilam?

Sesi persekolahan 2010 bermula pada 3 dan 4 Januari 2010

Jadual Persekolahan 2010

Hari Persekolahan
4/1/2010 hingga 12/3/2010 = 50 hari

Cuti Pertengahan Penggal
13/3/2010 hingga 21/3/2010 = 9 hari

Hari Persekolahan
22/3/2010 hingga 4/6/2010 = 55 hari

Cuti Pertengahan Tahun
5/6/2010 hingga 20/6/2010 = 16 hari

Hari Persekolahan
21/6/2010 hingga 3/9/2010 = 55 hari

Cuti Pertengahan Penggal
4/9/2010 hingga 12/9/2010 = 9 hari

Hari Persekolahan
13/9/2010 hingga 19/11/2010 = 50 hari

Cuti Akhir Tahun
20/11/2010 hingga 2/1/2011 = 44 hari

Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am = 210 hari
Jumlah hari cuti sekolah = 78 hari

EDIT : 24/12/2009

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding pakej pembayaran A, B dan C yang berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa sebelum ini.

Yuran Persekolahan bagi sekolah rendah:

Kokurikulum (RM3),
Kertas ujian dalaman (RM6),
Sukan tahunan sekolah (RM6),
Kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6),
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2)
Insurans Takaful (RM1.50).

Yuran Persekolahan bagi sekolah menengah :

Kokurikulum RM6,
Kertas ujian dalaman (RM10),
Sukan tahunan sekolah (RM6),
Kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6),
MSSM (RM4)
Insurans Takaful (RM1.50).

Post Lain Yang Berkaitan

41 Berkongsi Rasa

  • Pada 2009.12.05 09:45, Azfarul menulis:

    stuju ngan kak jie..
    kelas komputer pon ade? o.O :idea:
    Azfarul´s last blog ..Nafsu dan keghairahan aku merosot.. & Luahan Perasaan….. My ComLuv Profile

    • Pada 2009.12.05 10:10, denaihati menulis:

      Masalah asas orang Melayu masih tak kunjung selesai TETAPI pakar-pakar POLITIK kita sibuk bercerita tentang DEMOKRASI, HAK SAKSAMA dan macam-macam lagi. Pakar POLITIK yang sedang berkuasa atau yang akan berkuasa akan buat apa sahaja untuk dapat kuasa tetapi Orang Melayu pasti akan terus tertinggal jauh di belakang kerana banyak apa yang ada pada orang Melayu perlu dikorbankan untuk mengembirakan kaum cina dan india sebagai penentu kuasa ahli politik. Aku bukanlah perkauman kerana banyak juga aku belajar daripada orang cina dan india. Dalam bisnis mereka lebih jujur daripada orang Melayu itu sendiri. Kesimpulannya orang Melayu memang suka jatuhkan orang melayu untuk kepentingan diri sendiri. Maaf tak kena dengan tajuk tapi sedih tengok ahli politik Melayu.
      denaihati´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL My ComLuv Profile

      • Pada 2009.12.05 10:14, ~mrs azmi~ menulis:

        bayaran kelas komputer ade pendaftaran tiap2 tahun ke?? :shock:

        pelik2 kan bayaran yuran ni… patutnya macam yuran mssm tu tak payah pon takpe dak?

        saye dulu mase skolah mmg susahla… kesian kat mak kalau nak mula sekolah tu macam2 nak kene bayo nak kene beli… bile bukak senarai yuran lagila berpinar biji mata!!

        yang si anak pulak selagi yang name ade dalam list tu sume nak… :mrgreen: segala buku stationaries suma nak padahal mak dah beli siap2
        ~mrs azmi~´s last blog ..2:02am :: tak reti2 nak tido My ComLuv Profile

        • Pada 2009.12.05 10:14, Akuro San menulis:

          bukan nak kata apa la~ kementerian pelajaran sekarang nih kadang-kadang suka buat isu yang memeningkan kepala orang kampunglah~
          kena pula orang yang tak tahu apa-apa. bila masuk mesyuarat PIBG, diberi penerangan minta persetujuan untuk kutip yuran itu-ini, ibu bapa tak setuju dan tak nak bayar. Padahal, yuran tu memang dah tiap-tiap tahun setiap kali anak masuk sekolah, mereka memang bayar. tapi bila dipecah-pecahkan begini, mahu tak confius mak bapak ni nak membayarnya? :???:
          Akuro San´s last blog ..Do You Hate Me? My ComLuv Profile

          • Pada 2009.12.05 10:49, Eriyza menulis:

            Simpati dgn nasib anak² yg dtg dr
            keluarga kurang berkemampuan.
            Eriyza´s last blog ..Sembunyikan Navbar Blog My ComLuv Profile

            • Pada 2009.12.05 11:23, megat menulis:

              ngeri pula memikirkan tentang persekolahan memandangkan ia berkait rapat dengan saya.

              anak sulong yang bakal memulakan tahun 1 pada tahun depan. kira pengalaman pertama untuk saya.

              cukup sukar, buntu.
              megat´s last blog ..Amukan Power Ranger, Sikit Lagi Nak Jadi Kesatria Perkasa Hitam! My ComLuv Profile

              • Pada 2009.12.05 11:35, jawatan kosong menulis:

                Kelas komputer saat ni seperti sudah wajib ya. Tanpa komputer anak kita buta teknologi. :sad:
                jawatan kosong´s last blog ..Darul Ehsan Medical Centre – DEMC Jobs Vacancies Shah Alam My ComLuv Profile

                • Pada 2009.12.05 12:19, tekkaus menulis:

                  yak ta ya kan. Banyak yuran yang perlu dibayar bila sekolah buka nanti. Macam dulu saya sekolah juga. :(
                  tekkaus´s last blog ..November 2009 Top Droppers My ComLuv Profile

                  • Pada 2009.12.05 13:33, earnword menulis:

                    ehm..jangan tak bayar langsung sudah la..
                    earnword´s last blog ..Make Money with Infolinks My ComLuv Profile

                    • Pada 2009.12.05 18:19, Tie menulis:

                      Kena korek tabung lagi la nampak gayanya….. :evil:
                      Tie´s last blog ..Renjis-renjis dipilis (part 2) My ComLuv Profile

                      • Pada 2009.12.05 19:30, Kujie menulis:

                        @Azfarul, anak kak jie sjk(c) – mereka ada pihak luar yg mengajar kelas komputer , ada peperiksaan dan sijil.

                        • Pada 2009.12.05 19:32, Kujie menulis:

                          @denaihati, tak..mmg itu pun keadaan
                          dah pilihanraya tamat, sudahlah…masing2 buatlah kerja
                          ini masing2 sibuk nk jaga kedudukan masing2 bukan nak jaga rakyat

                          • Pada 2009.12.05 19:43, Mr. Cuz menulis:

                            wah..meningkat lg pembayaran yuran ni..huhu.. apa yang kerajaan sedang fikirkan?? pandai diorg ni..subsidi diorg bagi..tp diorg amik dari segi pelajaran plak..huhu mkin meningkat la yuran budak sekolah..
                            Mr. Cuz´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL My ComLuv Profile

                            • Pada 2009.12.05 19:56, Kujie menulis:

                              @~mrs azmi~, tiap tahun
                              dia ada buku, ujian, komputer setiap org murid
                              bayar yuran sekolah bukannya teruk sgt
                              rm 40-60 setahun
                              tapi yuran tambahan tu sepatutnya kena jelas
                              skrg ni berlaku kekeliruan
                              katanya nak tambahan yuran sbb utk insurans dan kurikulum
                              sedangkan yuran tu mmg sejak 10 thn dulu pun dah ada

                              • Pada 2009.12.05 19:58, Kujie menulis:

                                @Akuro San, kesian kat cikgu nak menjelaskan hal yang tidak jelas kepada ibubapa
                                bukan semua ibubapa berkira sgt ttg yuran tetapi kami mahu tahu perkara yang jelas

                                • Pada 2009.12.05 22:02, nuaeman menulis:

                                  Tindakan yang dah dibuat satu hal.. alasan yang diberikan seringkali macam penduduk Malaysia masih duduk bawah tempurung, tak tahu membaca dan masih tak mengenali apa itu internet.

                                  Tengok saja alasan bila kenaikan harga minyak..

                                  Terbaru pasal GST.. ( cukai barangan dan perkhidmatan )

                                  Saya orang kampung. Ayah saya dulu nelayan. Saya tak pernah bersekolah tadika atau pra-sekolah macam budak-budak sekarang.Tapi.. tak bermakna bila saya jadi Ayah yang nak menyekolahkan anak-anak saya esok-esok maka saya rela diperbodohkan.

                                  Ini bukan soal mempolitikkan, ini juga bukan soal tak setuju dengan kerajaan. ini soal kewajaran dan juga kebenaran alasan dari seorang ketua Pengarah yang dah tentu berpelajaran.
                                  nuaeman´s last blog ..Sukarkah Nak Mencari Jodoh? My ComLuv Profile

                                  • Pada 2009.12.06 03:23, ebor menulis:

                                    Sekolah saya Yuran Tambahan hanya RM30.50 sahaja. Duit kelas tambahan RM15.00 sebulan untuk 4 matapelajaran bagi murid tahun 6. Tu pun ramai yg tak bayar. Cikgu-cikgu ke hulu ke hilir cari sponser.
                                    ebor´s last blog ..TARIKH REUNION My ComLuv Profile

                                    • Pada 2009.12.06 07:34, Kujie menulis:

                                      @Eriyza, tak pasti adalah Ketua Pengarah tahu
                                      selama ini yuran persekolahan mmg ada untuk insurans dan kokurikulum
                                      kalau nak buat yuran baru..bagitahu secara jelas

                                      itu saja

                                      • Pada 2009.12.06 07:39, Kujie menulis:

                                        @megat, kak jie dah terlibat dgn hal sekolah sejak 11thn + 2 thn tadika
                                        hanya 3 tahun ini buku teks dpt percuma
                                        sebelum ini setiap tahun buku teks memang kena beli,

                                        jadi bukan isu jumlah yuran yg dikisahkan tetapi ketulusan dan keperluan yuran tersebut.

                                        semua hal nak di sumbatkan di sekolah

                                        tahun depan utk pertama kali?

                                        selamat menempuh pengalaman menarik – banyak bersabar kerana kita tak boleh berungut – kata org kena berterimakasih dgn kerajaan

                                        pelik kan?

                                        • Pada 2009.12.06 07:42, Kujie menulis:

                                          @jawatan kosong, sekolah lain sy tak pasti dan tak boleh komen
                                          anak2 saya sek jenis kebangsaan cina – dari tahun 1-6 mereka ada kelas komputer 2 sesi, jadi pada hari tersebut mereka akan pulang 30 minit lebih lewat dari biasa.

                                          komputer bukan untuk dilihat, setiap murid akan mahir menggunakan komputer kerana mereka belajar dan berpraktikal.

                                          dalam jadual peperiksaan penggan, mereka juga ada ujian komputer.
                                          mereka ada buku latihan dan buku kerja komputer dan disket peribadi masing2

                                          • Pada 2009.12.06 07:50, Kujie menulis:

                                            @tekkaus, ibubapa kena rancang perbelanjaan anak2
                                            ‘family planning’ bukan sewaktu ‘proses nak buat anak’ saja
                                            tetapi berlanjutan sepanjang proses pembesaran anak-anak

                                            contoh : uniform anak jgn dibeli awal tahun – beli bulan 7 atau 8
                                            kasut sekolah beli bulan 11
                                            alat tulis – kenapa perlu beli baru setiap awal tahun.. benda2 tu tak ada tarikh luput, boleh guna alat tulis tahun lepas

                                            Bila dah 2-3 bulan sekolah, baru beli

                                            secara tradisi, sekolah anak saya pada minggu terakhir persekolahan , buku teks telah diberikan dan buku kerja untuk tahun depan juga telah dibeli. Cikgu dah keluarkan senarai buku2 yang perlu di beli untuk tahun depan dan setiap pelajar akan beli , bermula tahun depan, pada hari pertama – kelas bermula seperti biasa, hanya bayaran yuran sekolah saja di kutip. Jadi ibubapa tidak perlu keluarkan duit serentak sekali gus.

                                            sekolah lain mungkin perlu ikuti cara ini.

                                            • Pada 2009.12.06 07:51, Kujie menulis:

                                              @earnword, kena tanya pengalaman cikgu
                                              sy ada ramai kawan yang mengajar
                                              mereka ada beribu2 pengalaman :lol:

                                              • Pada 2009.12.06 07:51, Kujie menulis:

                                                @Tie, tabung lepas raya dulu dah tinggal seredak Tie :lol:

                                                • Pada 2009.12.06 07:52, topo menulis:

                                                  naseb baik la tahun depan tinggal sorang je adek saya yang sekolah lagi.. hehehe
                                                  topo´s last blog ..Hidup berani untuk gagal walaupun dikecewakan Miss I… My ComLuv Profile

                                                  • Pada 2009.12.06 08:19, Kujie menulis:

                                                    @Mr. Cuz,

                                                    kak jie tak suka org gunakan ayat

                                                    ‘ hal pendidikan anak2 berkira ‘

                                                    sebab org yg tulis mcm ni, dia ada komputer, ada internet, hidup dia bukan miskin

                                                    pergilah ke ceruk negara, menjelajah dan buka mata
                                                    lihat ceruk dapur rakyat kebanyakkan….

                                                    tanya cikgu-cikgu, meraka da pengalaman secara terus berurusan dengan ibubapa bukan pegawai yang duduk di bilik berhawa dingin

                                                    • Pada 2009.12.06 11:39, cik zatil menulis:

                                                      nak besarkan anak-anak neh banyak cabaran die kan kak jie, kewangan pon kena mantap neh..huhu

                                                      • Pada 2009.12.06 23:04, hafizmd menulis:

                                                        @Kujie, diharapkan ade penjelasan lebih lanjut dr Tuan Pengarah..jenguk2la ape2 yg patut.. :shock:
                                                        hafizmd´s last blog ..Aku Cukup Pelik! My ComLuv Profile

                                                        • Pada 2009.12.06 23:11, hafizmd menulis:

                                                          saye msih blum ade anak yg bersekolah..anak baru jer 1 thun setengah..pendapat saye, ape yg perlu kite sbgai ibu bape, kene pandai rancang..mcm kak jie ckp..bukan stkt ‘pandai buat anak ajer’.. :shock: tp kite kene pandai merancang utk anak2 yg bakal bersekolah..alhamdulillah..saye dah mule stat ape2 yg patut utk anak2..moge x keruan bile tibe masenyer nnt..”sediakan payung sebelum hujan”…

                                                          kak jie..thanks utk tips yg kak jie list kan dlm salah 1 komen kt atas tuh..
                                                          hafizmd´s last blog ..Aku Cukup Pelik! My ComLuv Profile

                                                          • Pada 2009.12.07 18:20, Kujie menulis:

                                                            @nuaeman, banyak point penting di sini – tadi beli ikan kembung sekilo rm 15!
                                                            sayur2 mmg dah mahal – alasan musim hujan

                                                            itu baru cerita barang asas di dapur

                                                            • Pada 2009.12.07 18:21, Kujie menulis:

                                                              @ebor, faham sgt keadaan cikgu-cikgu di sekolah

                                                              • Pada 2009.12.07 18:21, Kujie menulis:

                                                                @topo, kadang2 kita bukan fikir ttg diri sendiri, dlm kes ini orang ramai yang dibawah paras kemiskinan…ramai di luar bandar

                                                                • Pada 2009.12.07 18:22, Kujie menulis:

                                                                  @cik zatil, kewangan kita boleh usahakan
                                                                  tapi biarlah apa yang nak dilaksanakan telus dan wajar

                                                                  • Pada 2009.12.07 18:25, Kujie menulis:

                                                                    @hafizmd, kak jie dah ada pengalaman 11 tahun anak bersekolah – setiap zaman keadaan berubah..ingat dulu..sudahlah anak2 kak jie tak dpt pinjaman buku teks, kena beli sendiri …bila sampai pada si adik, buku tersebut tidak boleh digunakan lagi kerana bertukar corak dan sistem

                                                                    selalu ada perubahan dan ujikaji

                                                                    ibubapa keliru, murid celaru , guru2 tak tentu

                                                                    • Pada 2009.12.08 13:09, Fahmishah menulis:

                                                                      Teringat zaman sekolah dulu bila baca entri ni. Tiap-taip tahun mak ayah merungut pasal yuran. Haha

                                                                      • Pada 2009.12.08 14:36, Yuran Tambahan Persekolahan « Pendidik menulis:

                                                                        [...] Yuran Tambahan Persekolahan 8 December 2009 | 0 Komentar Oleh: Kujie (Blog Hidup Biar Sedap) [...]

                                                                        • Pada 2009.12.08 14:38, Pendidikmy menulis:

                                                                          Salam.
                                                                          Saya bersetuju dengan pandangan puan.
                                                                          Mohon izin, saya sudah paparkan pandangan puan dalam web Pendidikmy http://pendidikmy.net/?p=628
                                                                          Pendidikmy´s last blog ..Yuran Tambahan Persekolahan My ComLuv Profile

                                                                          • Pada 2009.12.08 15:27, Mr. Cuz menulis:

                                                                            @Kujie, betul tu kak..cuz ni yg dok pedalaman mmg tau la mcm mne sshnye nak dapatkan duit..nasib baik la cuz blaja ditaja sepenuhnya oleh biasiswa..tak de la org tua cuz ssh lagi dan cuz dh nak habis belaja pun..hehe

                                                                            pihak kerajaan terlalu terburu-buru ke dalam membuat keputusan??pada pendapat akak la, spe yang patut di tanyakan perkara ni??huhu
                                                                            Mr. Cuz´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal 2 My ComLuv Profile

                                                                            • Pada 2009.12.08 15:29, Mr. Cuz menulis:

                                                                              @Kujie, betul tu kak..cuz yang dok pedalaman ni dah tau dh macam mana nak dpatkan sedikit duit nak buat belanja..huhu nasib baik sekarang dah senang ckit..ckit jer tak bnyak pun..hehe
                                                                              Mr. Cuz´s last blog ..11 Perkara Perempuan Perlu Tahu My ComLuv Profile

                                                                              • Pada 2010.01.03 13:30, AJK PIBG TMN ANGSAMAS menulis:

                                                                                Ada 2 jenis pembayaran yg perli ibubapa mesti bayar. Pertama yuran tambahan. Kedua Sumbangan PIBG. Yuran tambahan telah diberi garis panduan (bayaran minima) oleh Kem. Pelajaran dan Pihak Sekolah dan PIBG dibenarkan membuat penambahan berdasarkan keperluan. Kelulusan Jabatan perlu terlebih dahulu diperolehi bagi tambahan yang dibuat. Sumbagan PIBG pula mestilah diputuskan dan dipersetujui dlm Mesyuarat Agong sblm kutipan bagi sesi tahun akn datang. Kelemahan 1 Penerangan dan peraturan bagi kutipan tidak dihebahkan kepada ibubapa. 2 Pihak pengurusan sekolah tidak menggunakan konsep 3 k iaitu kehendak, keperluan dan keupayaan untuk merancang aktiviti. Pastikan aktiviti yang lebih penting dari yang penting dilaksanakan. Perlu diingatkan kpd mereka yang terlibat jangan dok sibuk nak mencairkan kewangan PIBG demi kepentingan tekak dan perut (kepentingan peribadi)masing2. Tujuan utama yuran tambahan adalah bertujuan untuk mempertingkatan kemudahan dan keselesaan murid-murid. Renungkanlah IB&G.

                                                                                • Pada 2010.01.03 13:38, Kujie menulis:

                                                                                  @AJK PIBG TMN ANGSAMAS, terimakasih – saya faham sangat dengan situasi “tabung PIBG ‘ di sekolah kerana suami saya juga AJK PIBG sekolah selama 3 tahun malah dia adalah AJK pertama waktu sekolah di buka.

                                                                                  Macam-macam yang berlaku dibelakang tabir yang nampak indah – saya faham situasi seorang penjaga murid juga situasi pihak AJK PIBG

                                                                                  Semoga encik/puan/tuan dapat menjalankan tugas ini dengan lebih cemerlang untuk anak-anak kita di sekolah.

                                                                                  • [...] Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran yuran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding [...]

                                                                                    (Diperlukan)
                                                                                    (Tidak akan dipamerkan)
                                                                                    CommentLuv Enabled
                                                                                    Sekiranya anda ahli berdaftar CommenLuv, klik untuk memilih post yang ingin dipaparkan.

                                                                                    Switch to our mobile site