2 Minggu Selepas Kaki Dipotong

Semalam saya bawak Alice ke klinik haiwan. Pemeriksaan pertama selepas operatioan potong kaki dia 1hb Januari 2015 baru-baru ni. Selepas 2 minggu kaki Alice yang dipotong tu sebenarya tak ada masalah, kering tetapi ada beberapa bahagian yang masih belum kering sepenuhnya.

Bahagian tu Alice kerap jilat. Saya baca banyak artikel mengenai penjagaan kucing ‘leg amputated ‘ kat internet. Ada beberapa nasihat yang kadang-kadang memeningkan kepala dan akhirnya saya akan buat keputusan berdasarkan nasihat doktor dan keadaan kucing kita sendiri. Artikel di internet sebagai panduan, kita yang fikir sendiri kesesuaiannya.

e-collar kucing

Doktor nasihatnya Alice memasai E-Collar ( Elizabethan collar ). Saya dah lama ada E-Collar ni tetapi jarang bagi Alice pakai. Rasa kesian tengok dia tak selesa. Tiap kali pakai, Alice mesti gesel-geselkan kepala ke dinding atau apa saja barang untuk mengeluarkan benda ni.

kucing kudung

Macam inilah kaki Alice selepas 2 minggu.  Parut di bahagian bawah sembuh dengan cantik tetapi yang atas  agak lembab dan lambat sembuh.  Bahagian ini memang boleh dicapai untuk dijilat. Bahagian tulang tak ada masalah.  Luka ini masih mentah, jadi agak lembut dan mudah tercedera semula.

Dari segi pergerakkan atau kehidupan, Alice tak ada masalah, malah dia boleh berjalan dan bergerak lebih selesa daripada sebelum kaki dipotong.  Alice boleh melompat dan lebih manja.  Sebelum pembedahan, kaki yang cedera menyebabkan Alice sentiada menjauhkan diri tidak berani didekati kerana dia agak fobia. Tetapi Alice sekarang semakin manja seperti seekor kucing yang normal.

Alice sebelum ini kucing jalanan, tahap ketahanan mental dia sangat tinggi.  Alice langsung tak makan ubat antibiotik kerana dia sangat sangat sangat susah nak makan ubat.  Penolakkan sebarang jenis ubat sehingga air liur Alice dirembis berjela-jela menandakan dia sangat tertekan dan tidak mahu makan ubat setiap kali dipaksa makan ubat.  Sebab itulah, saya tetap bawakan Alice ke klinik untuk rutin makan ubat cacing 3 bulan sekali.  Dia tak boleh makan ubat di rumah.

Alice cuma makan suppliment Brewers Yeast sahaja.

 

instagram kucing malaysia

Nota  i : Ada yang tanya kenapa saya menggunakan Bahasa Inggeris di Instagram Kujiecats. Sebenarnya disebabkan akaun kucing tersebut mempunyai lebih ramai rakan pemilik kucing dari luar negara. Sesekali saya mengupdate menggunakan BM, banyak soalan yang di tanya ” what happen to Alice?” ” Is she still doing ok?’ ‘How did she lose her leg???’

Kebanyakkan pemilik akaun kucing luar negara sangat friendly dan kerap berkongsi pendapat dan suka menulis komen. Tahap BI saya pun tunggang langgang juga ( Terima kasih Google Translate )….tapi kata anak-anak saya, mama bukan buat benda tak elok, jadi kenapa nak malu.

 

Nota ii :  Sebenarnya banyak benda mengenai kucing yang saya nak kongsi ( berdasarkan pengalaman ) tetapi agak malas menulis :p

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

39 thoughts on “2 Minggu Selepas Kaki Dipotong”

  1. alahai..kesiannya.. kat bawah ofis saya ni ada jugak kucing xde kaki.. kesian juga jalan terhencut2.. nak bawak balik rumah, tp ada loceng plak..ghupenye bertuan.. huhu..sy tahu pon sebab ritu bawak makanan kucing dr rumah nak bagi kat dia..skali ada uncle india tegur.. “dia x makan makanan kucing biasa..saya rebus ikan sendiri.. sebab kaki dia sakit.. “..oooo..maluuuu…
    Jom terjah post menarik dari yoorin ..Malaysia Best Blog 2015My Profile

Comments are closed.