Brewers Yeast Menghalau Kutu Kucing

Sesiapa yang membela kucing, akan alami masalah kutu kucing terutama membela kucing jalanan. Kebanyakkan kucing saya asalnya dari kucing terbiar jadi masalah kutu kucing adalah perkara normal yang dialami. Kucing boleh mengalami pelbagai jenis parasit tetapi parasit yang paling biasa ditemui pada kucing adalah kutu kucing.

Bila ada masalah kutu kucing, banyak pendapat yang diberikan daripada pemilik kucing lain. Saya pun tidak terkecuali mencari maklumat mengenai ubat kutu kucing terbaik dan berkesan. Ada pelbagai jenis ubat kutu kucing yang dicadangkan.

ubat kutu kucing terbaik

Ini adalah produk untuk kutu kucing milik saya. Sebut saja apa jenis ubat kutu kucing yang djual, saya akan mencubanya.  Saya ada  Machiko flea shampoo, ubat kutu jenis spray jenama Vime- Frondog. satu set ( 2 botol ) Supercat ( sekarang dipacking dengan nama baru Jusz Spray ) , ubat kutu semburan Frontline atau jenis spot on Advantage Cat dan ubat kutu telinga kucing Auriderm.

Bakul hijau  tu macam First Aid Kit untuk kucing-kucing.  Ada ubat luka Iodine ( ubat kuning ), Magtox Veterinary Herbal Spray ( ubat ungu ), cecair pencuci telinga kucing, Nutri-forte gel iaitu suppliment untuk mendapatkan tenaga yang tinggi untuk  masa yang singkat, Chloramphenicol untuk rawatan jangkitan bakteria, antibiotik, ubat demam dan ubat selesema.

Intan cakap, untuk kami mama tak sediakan pun ubat-ubat macam tu…hi hi hi

Ubat kucing susah nak cari tak seperti ubat untuk kita manusia.  Perlu dapatkan daripada veterinar bukan sebarang kedai yang menjualnya sebab itulah saya sentiasa menyimpan keperluan ini di rumah.

Berbalik kepada kes ubat kutu kucing, entri ini adalah hasil daripada pengalaman saya. Baca betul-betul…pengalaman saya bukan pengalaman si polan si anu atau si dia. Pengalaman saya.

Ubat kutu yang saya sebutkan diatas tadi ada yang berkesan dengan baik untuk sesetengah kucing. Contohnya kucing saya Alice tidak langsung boleh menggunakan ubat kutu jenis semburan. Setiap kali disembur , Alice akan mengigil dan menggeluarkan air liur yang sangat banyak. Berbuih seperti terkena racun.

Akhirnya saya menemui ubat kutu kucing yang terbaik yang serasi untuk kucing saya.  Sebenarnya ini bukanlah ubat kutu yang sebenar tetapi adalah makanan tambahan yang dipanggil Brewer’s Yeast.

brawers yeast

Saya sangat berpuas hati selepas kucing-kucing saya memakan Brewer’s Yeast yang mempunyai campuran bawang putih bukan membunuh kutu tetapi menghalans kutu hidup di badan kucing kerana thiamine di dalam tablet ini tidak digemari kutu kucing.  Kutu kucing tidak suka bau dan rasa darah kucing yang memakan yeast.

Kesan yang baik bukanlah sekelip mata tetapi selepas mengambil tablet ini dalam tempuh 3-4 minggu.

Memandangkan ini adalah makanan tambahan, saya tidak memberi kucing saya Brewers Yeast setiap hari. Alice diberikan setengah biji, Melati dan Carrot diberikan 1/4 biji berselang sehari.  Alice makan Brewer’s Yeast seperti dia makan  makanan kucing yang lain tetapi Melati dan Carrot terpaksa di masukkan di dalam mulut.

Harga  Breawer’s Yeast 250 biji termasuk harga pos ialah RM 40.  Sangat berbaloi kerana makanan tambahan ini bukan saja untuk mencegah jangkitan kutu kucing tetapi melebatkan bulu kucing. Ia juga Menyediakan nutrisi penting supaya kucing lebih cergas dan aktif

Selain mencegah jankitan kutu kucing dengan ubat semburan, drop on atau makanan tambahan , menyikat bulu kucing dengan berus halus yang sesuai juga boleh digunakan sebagai salah satu cara mengelakkan kutu kucing.

kucing siam comel

Notakakikujie :  Waktu Melati dijumpai, bulu dia sangat nipis sampai kulit perut pun boleh nampak warna pink….Sekarang umur Melati lebih kurang 5 bulan. Fakta tambahan :  Melati adalah kucing jantan :p

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

31 thoughts on “Brewers Yeast Menghalau Kutu Kucing”

  1. first time dengar ni brewers yeast penghalang kutu kucing.
    nama melati sekali kucing jantan daaaa…haha

    Kujie : Nama kau melati mulai hari ni.
    Melati : Tapi aku nak nama Meranti barulah jantan.
    Kujie : Aku tak peduli, nama kau tetap Melati!
    Melati : ….
    Jom terjah post menarik dari ahmad ..Malaysia Best Blog 2015My Profile

  2. Kesian Alice.. Yang di spray sehingga menggigil tu produk supercat ya puan? Mohon minta pencerahan sebab baru teringat nak membeli. Bahaya sebenarnya kutu ni untuk kesihatan kucing, di samping boleh berjangkit pada manusia juga. Terima kasih ya berkongsi informasi yang bermanfaat. Moga dirahmati-Nya. Maju terus!

    *Kucingcomelmeow.my sedang mencari “penulis sukarela” yang boleh menulis artikel tentang kucing yang sangat berguna untuk dikongsikan dengan pembaca di laman sesawang ini. Jika puan atau kenal sesiapa yang berminat boleh hubungi saya ya. Terima kasih.
    Jom terjah post menarik dari Kucing Comel ..Kucing Berjaya Tangkap Burung Yang Sedang TerbangMy Profile

  3. alolo cutenye kitty…saya baru tau Brewer Yeast ni boleh guna sebagai ubat kutu juga..saya baru cuba dalam sebulan..masa tu anak2 bulus saya ada yang berak berdarah dan selsema..so bila pergi bawa jumpa doktor vet, dia suggest supplement ni..murah je harganya..Hemo-hemo suke..before suh dia telan, dia akan jilat2 dulu tablet tu..Hemi-hemi kureng sikit, kene suapkan la bagi dia telan terus..Yang saya perasan lepas 2 minggu bulu diorang cantik n gebu n kurang gugur..so tambah lagi satu lah ye, selesai masalah kutu..sebelum ni saya bawa vet untuk letak ubat kutu di bawah collar..yang tu agak mahal dan kene buat kerap juga..
    Jom terjah post menarik dari zara ..15 Makanan Yang Harus Anda Elakkan Semasa HamilMy Profile

  4. comel je kucing boboy nama melati hehe kucing2 sy pun dah konsisten makan brewers yeast sejak 2-3bln kebelakangan ni..mmg nampak masalah kutu berkurangan. tak selumayan dulu..alhamdulillah

  5. Setakat ini Aina hanya guna Machico Flea Shampoo cuma kadang2 tak tahan dengan bulu kucing yang gugur berterbangan dalam rumah. 3 ekor yang hendak dilayan dan seperti biasa kucing anak punya tapi mak yg lebih buat kerja.

Comments are closed.