Buat Sendiri Makanan Basah Kucing Yang Sedap Berkhasiat
Kucing

Buat Sendiri Makanan Basah Kucing Yang Sedap Berkhasiat

Saya dapat resepi buat wetfood kucing sendiri di rumah dari rakan Instagram ( akaun kucing saya bukan akaun personal ). Saya ada akaun Instagram khas untuk kucing-kucing saya di sini @juliemolice – dah promot ni, jangan segan silu nak follow ye.

Senang aje sebenarnya nak buat makanan kucing  sendiri, tak  perlukan bahan yang rumit atau banyak masa.  Memula dapat resepi cara buat makanan kucing di rumah letak sayuran, saya sendiri pun rasa agak pelik. Mau ke kucing makan makanan basah yang bersayur.

Bila dah buat sendiri dan lihat kesemua kucing saya makan dengan berselera sekali, rasa puashati.  Makanan kucing yang kita buat sendiri di rumah sudah tentu jelas bahan yang digunakan dan tiada bahan pengawet.

Jom kita ikuti langkah demi langkah untuk membuat wetfood sendiri di rumah.

Bahan-bahan Buat Makanan Kucing

  1. Ikan tongkol seekor atau 1 kilo ikan kembung/sardin/mabong atau apa saja ikan yang sesuai.
  2. 2 batang lobak merah. Kalau besar, guna sebarang pun cukup
  3. Bayam. Saya guna brokoli sebab tak ada bayam
  4. Setengah peket agar-agar serbuk + 400ml air

makanan kucing

Rebus ikan dan keluarkan. Rebus lobak merah dan brokoli di dalam air rebusan ikan tersebut. Boleh juga direbus semua bahan ini serentak. Tak ada masalah nak asing-asing atau nak rebus sekali serentak.

Ambil isi ikan sahaja ( sebab itulah saya gunakan ikan tongkol…tak perlu nak asingkan banyak tulang ). Campur isi ikan, lobak merah dan brokoli dan kisar  gunakan air rebusan tersebut.

cara buat makanan kucing

Dalam periuk, masak agar-agar sehingga mendidih. Jangan letak gula pula…ini nak buat agar-agar tuan kucing.

Masukkan semua bahan yang telah kita kisar ke dalam periuk yang mengandungi agar-agar. Masak sehingga mendidih.

homemade cat wet food

Lepas dah mendidih, tutup api. Cedok dan masukkan ke dalam bekas untuk disimpan. Saya guna bekas dadih yang pernah digunakan. Bekas plastik macam ni selalunya dikumpul, sayang nak buang tapi tak pernah pun nak guna…kan.

Untuk sekali makan, keluarkan satu bekas makanan kucing dari peti sejuk. Kalau terlalu sejuk, saya hangat semula dalam microwave lebih kurang 10 saat.

Kalau anak-anak kita sendiri tersilap makan sebab disangka dadih atau puding pun tak ada masalah… berkhasiat ni! hehehehe

cat wetfood

Sedap tak? Mestilah sedap… cuba tengok OG, Cik Siti Wan Kembang , Alice, Julie dan Camo makan tak pandang kiri kanan dah.  Wetfood yang buat sendiri di rumah lebih menjimatkan.  Biasanya wetfood yang dijual saiz 85gm berharga lebih kurang RM1.40 sepeket.  Ramai juga vet yang  tidak mengalakkan kucing diberi wetfood yang dibeli.

Senangkan cara nak buat makanan kucing sendiri di rumah?  Siapa sangka kucing pun boleh makan sayur.  Boleh juga gantikan ikan dengan organ dalaman ayam ( hati, pedal, jantung dan hempedu ).  Saya memang tak makan organ dalaman ayam, bolehlah buat makanan kucing nanti.

 

Notakakikujie :  Kaki OG dah beransur baik tu… baca kisah OG di sini – Rawat Kucing Jalanan Luka Berulat.  Saya dah tahu siapa tuan OG sebenarnya dan telah diberi kebenaran untuk terus menajga OG sehingga sembuh.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

35 thoughts on “Buat Sendiri Makanan Basah Kucing Yang Sedap Berkhasiat

  1. terbaiklah….makanan kucing boleh buat sendiri…kucing kt rumah no semua mkn ikan….koyak juga poket nk bagi 7 ekor kucing….

  2. anak-anak saya (5 tahun & 2 tahun lebih) teringin sangat nak bela kucing.. saya & suami pun memang sukakan kucing.. lagi-lagi bila dah bekerja dari rumah dengan buat bisnes supplemen Shaklee ni kan.. rasa mesti best kalau ada kucing.. cuma, anak-anak saya dua-dua ada asthma.. tu yg masih menangguhkan niat nak bela kucing tu.. takut memudaratkan diorang.. so, saya cakap kat diorang, nanti dah besar sikit kita bela kucing ye.. dan pastinya saya akan cuba buat wet food yg super mudah & menjimatkan ni! hehehe.. thanks sebab sharing.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari IrdaBay ..VITAMIN UNTUK ANAK ASTHMAMy Profile

  3. Wah, boleh cuba resepi ni. Biasanya sy rebus ikan or ayam. Buang tulang. Air rebusan tu bg dia sejuk dulu, Then bagi kucing minum. Ikan or ayam tu pulak sy gaul2 dengan nasi. Tanpa garam. Gaul bg dia makan. Sampai habis dikerjakan. Hehe. Sy susah sikit nak percaya wet food yang jual kat kedai tu. Baca blog dorang kata x elok. Vet pun x kasi.
    Jom terjah post menarik dari Luna Q ..Semua Tentang Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 Yang Calon Exam PTD Perlu BacaMy Profile

Comments are closed.