Cuka Elak Kucing Melepak Di Sofa

tip jaga kucing

Dua-dua kesayangan – kucing dan sofa.  Ini adalah tempat kegemaran Julie dan nampaknya telah menjadi tempat lepak turun temurun anak beranak.

Sesiapa yang bela kucing mesti ada masalah untuk mencegah kucing kesayangan kita melepak di atas sofa sehingga meninggalkan bulu kucing dan bau.  Sofa saya di dalam gambar tu tak apa, sebab itu sofa lepak keluarga nak tengok TV bukan di ruang tamu.

Walaupun kita jaga macam mana baik sekali pun, bulu kucing tetap akan gugur, itu adalah penciptaan Allah untuk makhluk yang hidup.  Mustahil bulu kucing tak gugur langsung.  Sama macam bulu rambut kita…. normal kalau ada yang  gugur.  Sikit atau banyak saja bezanya.

Saya gunakan berus bulu kucing yang halus untuk sikat dan bersihkan bulu Julie, jadi tahap keguguran bulu kucing adalah minimal.

Petua untuk menghalang kucing daripada melepak di sofa sehingga tinggalkan bulu dan bau ialah gunakan cuka.  Campurkan sedikit cuka di dalam air dan spray di permukaan sofa.  Jangan risau sofa kita tak rosak malah cuka banyak digunakan dalam tips rumahtanggan untuk hilangkan kotoran degil pada pakaian atau alatan dapur.

Cuka juga digunakan untuk mengelak kucing berak atau kencing di tempat yang tidak dibenarkan.  Spray campuran cuka dan air di kawasan keliling sudut rumah atau di  luar rumah.  Kucing ada deria bau yang kuat, dia boleh hidu bau cuka yang tidak menyenangkan.

Sebenarnya cuka ada banyak lagi kegunaan lain.  Kalau cuci pakaian bayi, untuk bilasan terakhir, campurkan sedikit cuka.  Ianya boleh meninggalkan sisa kimia sabun untuk melindungi badan bayi.

Kalau pakaian yang melekat dengan bau badan, boleh spray cuka di tempat tersebut dan biarkan semalaman, esoknya cuci pakaian tersebut seperti biasa.

Boleh gunakan cuka untuk membunuh rumput di taman.  Ini untuk taman sekangkang cucu kera, kalau taman besar sekangkang bapa kera tak berbaloi nak spray cuka keliling rumah.

Petua yang saya bagi ini gunakan cuka makan ( vinegar)  bukan cuka getah (asid formik) yang digunakan untuk membekukan getah cair.  Cuka ni murah saja, tak rugi pun untuk dicuba…kalau ada petua lain yang boleh digunakan, kongilah bersama kami ye.

Tip ini anak bujang  saya yang beritahu dan saya telah berkongsi bersama jiran-jiran sewaktu perjumpaan majlis makcik-makcik jiran sekampung.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. okeh. esok gak beli cuka.
    Jom terjah post menarik dari titan ..Powerbank Tenaga Solar – Boleh percaya ke?My Profile

  2. Tak berbau ke kalau letak cuka?

  3. setakat ni 3 ekor yang saya baru bela tuh belum lagi ada niat nak melepak kat sofa…baru je nak mengenal sekeliling..ada la panjat sana sini..tapi belum rasa nak melepak..main je kejenya..maklumlah..masih baby..:D
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Selamat Datang Jack,Jimmy dan JediMy Profile

  4. Terima kasih atas perkongsian yang menarik
    Jom terjah post menarik dari Nurul ..5 Keperluan Penyusuan Ibu BekerjaMy Profile

  5. As-salam..

    1st time singgah sini. Simple jer…petua ni nanti nak cubalah coz kekucing kat rumah tu memang suka lelepak atas sofa.

    Jom terjah post menarik dari Mrs. A ..GiveAway Tunai RM500 By SyuhadaBaharudin.comMy Profile

  6. assalamualaikum kujie…tips yg baik ni dan akan dicuba selepas ini…;)
    Jom terjah post menarik dari maszull ..Terimakasih Buat Blogger LyaMy Profile

  7. wah…!! kucing tu mcm tajam2 bulunya… tips cuka tu sy akan cuba… sbb kucing dirumah asal ada tmpt yg ada bau2 kucing, confirm kencing sesuka hati…hehehe
    Jom terjah post menarik dari mazniei ismail ..MENGEMBALIKAN SEMULA KEREMAJAAN KULIT ANDAMy Profile

  8. TIPS baru yg dipelajari utk elak dr kucing duduk disofa….xdela lepas ni bulu kucing..

  9. Boleh cuba nih…ada 4 ekor kucing kat rumah ni..tapi buat masa ni biarlah dorang duduk kat sofa hehe..tukar sofa baru nanti baru boleh cuba..yang ada ni memang dah lunyai..
    Jom terjah post menarik dari Nurul ..Burger Arang Loveats Tanjung MalimMy Profile

  10. Bagus betul petua nih. Akan cuba nanti… Bila ada kucing kat rumah. Hehe. 😀
    Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Hati-hati, penggodam sentiasa menanti peluangMy Profile

  11. Idea bagus ni. Isteri n anak2 memang suka dengan kucing…
    Jom terjah post menarik dari Arman ..Kenapa Mesti Mendaftar Di Smart TonePlusMy Profile

  12. Saya baru tahu apa yang boleh dimanfaatkan dengan cuka makan..sebelum ni ingat ia untuk dimasukkan ke dalam makanan je..thank Kak Jie untuk info ni..

  13. baru tau petua ni..
    bagus, nanti boleh amalkan nanti 🙂
    Jom terjah post menarik dari Eellee Nana ..Pertama Di Dunia: Restoran Pemakanan Sihat Untuk Kanak-KanakMy Profile

  14. Banyak juga kegunaan cuka ya….

    Apa pula kegunaan lain cili kak jie?
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Istiadat Konvokesyen ke-80 UiTM Shah AlamMy Profile

  15. memang satu petua yang mudah dan berkesan nihh
    Jom terjah post menarik dari myrujukan ..Resepi Dan Cara Membuat Tau Fu FaMy Profile

  16. Baru tahu petua ni, boleh cuba petua ni.
    Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Bergurau Ada Batasnya Dan Fikir Dulu Sebelum BercakapMy Profile

  17. baru tau petua ni..igtkan cuka buat dlm makanan je..byk kegunaan cuka ni..sygnya rumah jie xde kucing klu tak bleh cuba..hehe
    Jom terjah post menarik dari jiesusanos ..Ramai Yang Suka Buah IniMy Profile

  18. Err.. kalau si kucing suka melepak di lengan isteri berbanding isteri landing atas lengan suami, haruskah maza gunakan spray cuka ke ketiak isteri?

    hehhehehe
    Jom terjah post menarik dari maza ..BCG Bukit Rakyat MalaysiaMy Profile

    • Kena guna petua lain…. guna emas.

      Beli gelang mas bagi isteri pakai…kucing tak selesa dok kt lengan yang berkilau kilau..hahaha

  19. wah bestnya boleh bela kucing. saya sampai sekarang takut nak dekat hihi.

  20. Waah…best nyeee petua niiii!!saya mencari2 petua nak elak kucing jantan saya x tidur atas sofa dan memancit dlm rumah.skrg dah jumpe.nnt nak try.thank you Kak Kujie.
    Jom terjah post menarik dari Mai Has ..Phytocol St Shaklee menghalang serapan kolesterol dalam darahMy Profile

  21. Kucing tidak suka bau cuka.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Ubat cacing untuk AslahMy Profile

  22. bagusnya entry akak ni buat pembela kucing..hii..lama tak siggah sini 😉
    Jom terjah post menarik dari nabila biela ..Bermula Dari Bawah BalikMy Profile

  23. baik punya tip

  24. boleh cuba guna cuka tu..kucing jiran selalu berak kt pasu bunge..
    Jom terjah post menarik dari Pemborong Kain Cotton Vietnam ..5 Tips Penjagaan Kain CottonMy Profile

  25. wah seksi lah itu kucing tapi teringat kisah kawan baik yg punyalah suka pada kucing tapi wife dia tak suka jadi bila dia outstation wife dia akan hantar ke hotel kucing sampai jadi gaduh suami isteri.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Awek Cun Idaman KalbuMy Profile

  26. Kucing-kucing yang melepak kat rumah saya selalu membuang kat laman rumah. Siap la dorang, nak kena sembur lepas ni. terima kasih kak ji bagi tip.

  27. tips menarik ni.

    boleh buat kat Cun ni. hehehe
    Jom terjah post menarik dari Khairil Mazri ..Petua Psikologi Untuk Kosongkan Fikiran Yang BerserabutMy Profile

  28. Meow

Trackbacks

  1. […] suka letak gambar anak di status facebook terutama dengan aksi seksi tak berbaju, kalau gambar kucing melepak atas sofa tak de masalah. Pernah juga terbaca bagaimana penjahat mencolek seorang budak di sekolah setelah […]

  2. […] suka letak gambar anak di status facebook terutama dengan aksi seksi tak berbaju, kalau gambar kucing melepak atas sofa tak de masalah. Pernah juga terbaca bagaimana penjahat mencolek seorang budak di sekolah setelah […]

  3. […] terbaruk – Petua Elak Kucing Berak Merata Gunakan Cuka ( klik […]