Harga Ubat Kucing Klinik Kerajaan 2015
Kucing

Harga Ubat Kucing Klinik Kerajaan 2015

Lama saya tak ke klinik veterinar kerajaan di Rawang. Bulan puasa lepas saya ke klinik bawa sekeluarga stray cat untuk dapatkan rawatan ubat cacing.

Saya nampak senarai harga ubat dan rawatan di klinik haiwan kerajaan bagi tahun 2015 terpampang di papan kenyataan. Saya snap gambar dan cuba menulis semula di blog untuk panduan diri sendiri dan rakan-rakan yang memerlukan. Maaf kalau ada typo yang tak disengajakan…. susah juga nak mengeja nama ubat-ubatan ni.

Dulu harga vaksin RM 30 seekor kucing tetapi sekarang dah naik RM 35.00.  Dari pengalaman saya, untuk dapatkan vaksin kita perlu telefon klinik dulu untuk pastikan bekalan vaksin .  Bekalan vaksik kerap kehabisan stok.

Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) Gombak ( Rawang )
Lot 4831 Greenpark
48000 Rawang
Tel : 03-60919962 / 24148

Waktu rawatan : 8.30 pagi – 12.30 tenghari sahaja

harga ubat kucing klinik kerajaan

  1. VAKSINASI
Kucing 35.00
Anjing 40.00

 

2. ANTIBIOTIC

Clavamox 62.5mg 2.00/tab
Clavamox 250mg 2.50/tan
Noroclav 62.5mg 2.00/tab
Novamox inj 10.00/inj
Beamoxy suspension 5.00/15ml
Metrogyl inj 10.00/inj
Metronidazole tab 2.00/tab
Doxycycline 100mg 2.00/tab
Oxytetracycline LA 10.00/inj
Betamox 40mg 2.00/tab
Betamox 250mg 2.50/tab
Terramycin LA 10.00/inj
Benacillin LA 10.00/inj
Excernnel RTU 25.00/10ml
Tylocombisone 10.00/inj
Amoxil powder 15.00/pek
Scourban plus 5.00/15ml
Fluidizine 3.00/tab
Metrogyl syrup 5.00/15ml
Metronidazole 200 2.00/tab

 

3. ANTI-INFLAMASI/ANALGESIC/TAHAN SAKIT

Beazyme/prednisone 1.00/tab
Chlorampheramine/ Chloramine 1.00/tab
Dexaphenylarthnite 10.00/inj
Tolfine inj 10.00/inj
Tolfedine cat 6mg 3.00/tab
Tolfedine dog 60mg 3.50/tab

 

4. ANTI-VOMITUS

Metomide inj 10.00/inj
Metomide tab 2.00/tab

 

5. HORMON

Supprestral inj  ( Perancang Kehamilan ) 20.00/inj
Oxytocin inj 20.00/inj
Megacat tab 5.00/tab

 

6. ANTIMOLIN INJ 10.00/INJ

 

7. ANTIHISTAMIN

Histamil inj 10.00/inj
Chlorampheramine tab 1.00/tab

 

8. ANTI-FUNGUS

Medofulvin 125mg 2.00/tab
Malaseb shampoo 10.00/30ml

 

9. ANTIPARASITIK/ DEWORMING

Carniverm/prazivet cat 5.00/tab
Carniverm/prazivet dog 7.00/tab
Troy syrup/wormil 5.00/15ml
Ivomec/kelamectin/biomectin inj 15.00/inj/kucing
( injet kurap ) 20.00/inj/anjing
Advantage cat 15.00/tiub
Advantage dog 17.00/tiub
Frontline combo spot on cat 25.00/tiub
Frontline combo spot on dog (M) 28.00/tiub
Frontline combo spot on dog ( L ) 28.00/tiub
Frontline combo spot on dog ( XL) 28.00/tiub
Frontline spray cat 25.00/spray
Frontline spray dog 35.00/spray
Berenil inj 20.00/inj

 

10. GENERAL ANESTETIK

Ketamine

Xylazine

50.00/dose bius

(ketamine + xylazine

Zoletil 30.00/dose/ inj

 

11. LOCAL ANESTETIK

Lidocaine inj 30.00/inj
Lignocaine inj 30.00/inj

 

12. MUCOLYTIC / BRONCHODILATOR

Beacolytic 5.00/15ml
Bromhexine tab 1.00/tab

 

13. MULTIVITAMIN/ SUPPLEMEN

B-complex inj 10.00/inj
B-complex tab 1.00/tab
Vitamin C inj 10.00/inj
Vitamin C tab 1.00/tab
Nutricoat 10.00/30ml
Nutripet/laxapet 5.00/¼oz
Theracalcium inj 10.00/inj
Calcium tab 1.00/tab
Vitamin K3/Kisan inj 15.00/inj
Stress Vitam/ anti-stress inj 10.00/inj

 

14. UBAT MATA

Nicol eye drop 10.00/bottle
Chloramphenicol ointment 10.00/tiub
Gentamycin eye drop 5mg 10.00/bottle

 

15. UBAT TELINGA

Surolan 28.00/bottle
Octic clean / pencuci telinga 5.00/15ml
Oribiotic 35.00/tiub

 

16. UBAT SAPU – TOPICAL./SEMBURAN

Dermapred 5.00 / ¼oz
Solcoceryl jelly 10.00 / ¼ oz
Woundsarex 38.00/ bottle
Skin Heal spray 28.00/ bottle
Negasunt powder 10.00/ ½ oz

 

17. LAXATIF / DIURETIC

Lactulose /Lactul 5.00/15ml
Laxapet 5.00/ ¼ oz
Frusemide 10.00/inj
Lactated ringer solution 50.00/500ml

 

18. DISINFEKTAN ( DISINFEVTANT )

Hibiscrub 5.00/30ml
Tincture/povidone iodine 5.00/20ml

 

19. RAWATAN

Bius ( GA ) sahaja 50.00 /dose – kucing
70.00 / dose – anjing
Pemandulan 80.00/jantan – kucing
100/betina – kucing
Eye Enucleation 150.00/ mata/ kucing
Hernia ( ingunal/abdominal hernia 200.00/ kucing
Amputasi kaki / ekor 150.00/ kucing
Zoletil 30.00/ dose/ inj

 

Saya berharap senarai harga ubat kucing ini boleh dijadikan panduan kewangan apabila ingin membaca kucing ke klinik kerajaan. Harga di klinik lain mungkin berbeza.

carrot kucing Follow Carrot di IG – kujiecats

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

21 thoughts on “Harga Ubat Kucing Klinik Kerajaan 2015

  1. Wah…rupanya harga ubat untuk kucing pun agak mahal juga. Nasib baik tak piihara kucing. Kucing kampung u ada la….. tak pernah pula bagi mereka ubat-ubatan.

    1. semua kucing kt rumah kucing kampung, yang dikutip dengan pelbagai penyakit
      dok ulang alik pergi klinik dan beberapa kali buat operation.

      ubat haiwan tiada subsidi seperti ubat utk manusia 🙂

  2. Tq K. Kujie.. saya memang dok cari2 harga ubat untuk kucing.
    Laa ni ada Rabbies pulak.. kena dapatkan vaksin tu ye.
    Saya nak bawa kucing saya pi Kuching.. so, banyak benda kena buat ni.
    Tq K. Kujie.

  3. Info yang sangat berguna untuk pemelihara kucing.
    Saya baru tau ada klinik veterinar..
    Biasanya nampak klinik swasta yang banyak sana sini ada.. hehee

  4. Supprestral inj untuk perancang kehamilan… Kenapa Aina pergi klinik tanya selain madulkan boleh tak ambik injection utk rancang kehamilan budak kat situ kata tak ada. Pil merancang kehamilan pun boleh makan short term sahaja kalau tak ada kesan sampingan.

Comments are closed.