Hari Pertama Dia

awekaweeek Inilah kucing baru di rumah saya. Nama belum ada. Susah sungguh nak pilih nama yang nampak feminin. Umurnya anggaran 2.5 bulan. Semalam saya dah bawa ke klinik haiwan untuk pemeriksaan awal. Doktor dah bagi makan ubat cacing dan suntik vaksin.  Medical Record dia kosong bahagian Pet Name.

Doktor cakap, kaki dia yang kudung tu masih baru.  Mungkin cedera atau digigit binatang liar.  Saya risau kalau ada jangkitan pada bahagian kaki yang kudung.

Sedih sangat bila tengok kaki kuding tu bergerak-gerak seolah-olah cuba menggaru badan tapi tak sampai.

awekaweekkk

Saya cuba sekerap mungkin dekatkan dia dengan Julie dan anaknya Camo. Julie juga kucing yang saya selamatkan dari atas bumbung genap setahun.

Julie dan Camo tak ada masalah, sentiasa ingin menyentuh dan bergaul tetapi dia mungkin rasa belum selamat. Selama ini hidup terbiar ditempat yang penuh cabaran, perasaan ingin melindungi diri sendiri tersangat tinggi sehingga tidak dapat membezakan kawan atau pun lawan. Saya ajar sekali aje untuk menggunakan pasir tandas.  Dia dah boleh pergi sendiri bila perlu.

kucing

Sangat aktif, sihat  dan berdikari.

Ada kenangan manis sewaktu bawa dia balik rumah.  Sepanjang jalan dia diam tidur atas riba, tak nak duduk kat seat belakang.  Dah dekat nak sampai rumah, dia terjaga dan mula gelisah.  Dua tiga kali meow…..terus rasa hangat.  ha ha ha…rupa-rupanya dia dah kencing dan berat atas baju raya!

Amboi kau…. pelik sebab tak bau macam najis kucing, tapi bau macam palet makanan ikan.  Saya bela ikan, saya tahu macam mana bau makanan ikan tu.  Najis dia tak melekit-lekit macam najis kucing biasa tapi berketul ketul macam dedak.

kucing kucing comel

Kucing saya memang akan keluar bermain kat taman sekangkang anak kera depan rumah tiap pagi dan petang.   Hari pertama bersama ahli baru.

awekawek Berat 18/08/2014 – 800gm.  Moga membesar bagai johan!

 

NOTAKAKIKUJIE :  Intan nak bagi nama Sydney..saya cakap terlalu urban…hahaha. Kesudah kami tak ada keputusan untuk nama si comel ni

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

31 thoughts on “Hari Pertama Dia”

Comments are closed.