Klinik Veterinar Dan Surgeri PC Rawang
Kucing

Klinik Veterinar Dan Surgeri PC Rawang

innity_pcu = “%%CLICK_URL_UNESC%%”;
new innity_adZone(“7380ad8a673226ae47fce7bff88e9c33”, “9165”, {“origin”: “MY”, “channel”: “LIFESTYLE,MALAY,TRAVEL”, “width”: “468”, “height”: “60”});

Semalam saya bawa Camo untuk vaksin kucing untuk  pertama kali. Sebenarnya agak terlewat disebabkan Camo tak sihat sebelum ini.

Julie dulu saya suntik vaksin di klinik haiwan kerajaan di Klinik Haiwan Rawang.

Camo pula rekod pesakit dia ada di klinik swasta, jadi saya teruskan vaksin Camo di klinik swasta. Harga vaksin kucing di klinik kerajaan RM 30 dan harga vaksin kucing di klinik swasta RM 40.

cat vaccination record

  • Satu set pakej vaksin di klinik kerajaan = 1 kali x 3 bulan = 3 kali suntik
  • Satu set pakej vaksin di klinik swasta = 1 kali x 2 bulan = 2 kali suntik.
  • Kalau di klinik kerajaan umur sesuai untuk vaksin kucing adalah selepas 3 bulan tetapi klinik swasta akan syorkan kucing divaksin seawal 6 minggu.

Ini adalah pengalaman saya sendiri di dua klinik yang berbeza. Mungkin penjaga kucing ada pengalaman berbeza,.

Lokasi klinik haiwan Rawang

 

  • Klinik Veterinar Dan Surgeri PC G-2, Jalan Sri Hijau 14, Taman Sri Hijau, 48000, Rawang, Selangor
  • Dr. Peter Chew
  • GPS Coordinate : 3.3282419,101.5788984

lokasi klinik haiwan rawang
Lokasi Klinik Veterinar & Surgeri Pc terletak di belakang Rawang Mutiara.  Jalan masuk boleh ikut Klinik Haiwan Kerajaan Rawang depan Petronas atau melalui Rawang Mutiara.  Klinik di buka dari jam 10 pagi hingga 6 petang .  Waktu rehat 1-3 petang, klinik akan ditutup.

 

TRIVIA WARNA KUCING:

Tabby Cat – tabby ( berjalur ) juga dikenali sebagai harimau kelabu { tiger grey ), adalah kucing domestik yang mempunyai kot jalur, titik, garisan atau corak berpusar yang tersendiri dan biasanya bersama-sama dengan tanda yang menyerupai M di dahi mereka.

Warna Camo dalam kelas Mackerel Tabby.

 

Tempat kegemaran..dia tunggu angin tiupkan langsir, mulalah melompat nak menangkap.  Semua langsir dah rosak bahagian bawah

Tempat kegemaran..dia tunggu angin tiupkan langsir,…

Camo agak sensitif  berbanding Julie dan mudah selesema.  Saya pernah bawa Camo ke klinik akibat demam dengan suhu 40°C, selesema yang teruk dan berkahak dan penyakit kulit.

NOTAKAKIKUJIE : Tiap kali ke klinik haiwan, tak kiralah klinik kerajaan atau klinik swasta, semua pelimik membawa kucing mereka yang berprofile tinggi, berbulu gebu dan bergenatik hebat jenis Persian, Bengal atau Siamese . Saya saja bawa kucing kampung jenis tabby.

HACKED BY SudoX — HACK A NICE DAY.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

16 thoughts on “Klinik Veterinar Dan Surgeri PC Rawang

    1. yup… doktor sangat friendly.

      kak jie baru bela kucing setahun ni je…dulu2 kucing terbiar tepi rumah tu sekadar bagi makan je. bila dah bela dlm rumah, kenalah take care dia sungguh2…

  1. Kucing aku dlu pernah kena virus amenda ntah…Jadi kurus2 dan x lalu makan…xsmpt nk buat apa2 dah mati…Nasib baek ada anak dia masih idup dan tinggalkan generasi…

Comments are closed.