Seekor Lagi Kucing Kaki 3 Kujiecats

8hb Julai 2017 saya adopt seekor lagi kucing kaki 3. Saya ditag di Facebook mohon bantuan untuk adopt si kecil ini. Walaupun kucing saya kuota dah penuh, tak sampai hati juga nak lepaskan dia.

Nak bela kucing bukan mudah, masa dan kewangan diperlukan untuk memberikan mereka kehidupan yang sebaiknya.  Makanan premium, vaksin ikut jadual, ubat kutu dan ubat cacing berkala dan kos rawatan lain jika perlu.

Kos mandulkan seekor kucing betina antara RM 150 -200 dan kucing jantan RM 80 – 130.

Akhirnya dia menjadi ahli keluarga KUJIECATS

Dia dijumpai tersepit antara tayar dan brek pad sehingga memerlukan mekanik datang untuk dikeluarkan. Dihantar ke klinik dan kaki depan terpaksa di potong. Seminggu kemudian, dia sampai ke rumah kami.

Seperti biasa, proses menamakan kucing² saya agak dramatik…hehehe. Akhirnya selepas seminggu, kami namakan kucing tiga warna ini dengan nama Ofinn. Kucing saya diberi nama mengikut abjad dan sekarang giliran huruf O. Finn adalah nama yang diambil kerana muka yang berserkup itu seperti watak Finn the Human dalam The Advanture Time.

Alhamdulillah …. selepas 2 bulan, Ofinn the Tripod membesar dengan sihat bersama 3 lagi kucing kaki tiga saya yang lain – Alice the Tripod, Beemo the Tripod dan Noor the Tripod

Doakan moga saya diberikan kesihatan yang baik untuk terus menguruskan mereka yang istimewa ini. Follow kami di Instagram KUJIECATS untuk terus mengikuti kisah pengembaraan harian mereka atau Facebook KUJIECATS

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

10 thoughts on “Seekor Lagi Kucing Kaki 3 Kujiecats”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge