Ubat Kucing Sakit Mata

Ini Susu, salah seekor kucing yang datang ke rumah dalam keadaan yang sakit teruk. Badan yang kurus dan sakit mata yang serius.

Itu sebulan lepas, sekarang Susu dah tall, dark and handsome

rps20151004_213537

Sekarang dah sihat …dah gebus gebas dan comel. Sebelum ni, seksa sungguh bila tengok keadaan anak kucing ni yang sakit mata yang amat teruk, selesema dan sakit mulut.

Kucing sakit mata

Sepanjang 3 minggu merawat kucing yang sakit mata, saya gunakan ubat mata khas untuk haiwan iaitu ILIUM OPTICHLOR. Ubat sakit mata untuk kucing ni saya beli di klinik haiwan. Harganya RM 20.

Ubat kucing sakit mata

Ubat ni agak mahal berbanding ubat lain tetapi alhamdulillah mata Susu yang sakit teruk dapat pulih dengan cepat.

Selain letakkan ubat mengikut sukatan yang betul, kita kena kerap lap dan bersihkan mata kucing yang sakit. Bersihkan hidung dan telinga juga kerana mata, hidung dan telinga sering berkait.

Selain ubat mata,ubat susut bengkak Beazyme, saya bagi setengah biji 2 kali sehari. Untuk selesema pula, bagi setengah biji Marbovitryl Fd sehari sekali.

8 Replies to “Ubat Kucing Sakit Mata”

  1. tahu tak kalau kucing ada luka berlubang dekat badan.. kadang-kadang sembuh, kadang-kadang luka tu timbul balik..tak tahu nak ubat macam mana

Comments are closed.