Hari ni pagi² lagi dah tergelak sampai bergelodak segala isi perut. Memang kelakar sangat². Kisahnya macam ni :

GEMAS: Kisahnya lucu, tetapi membawa pengajaran. Seorang Mat Rempit tertelan dua gigi palsu teman wanitanya ketika asyik bercumbu di sebuah pondok di ladang sawit di Felda Gugusan Palong, dekat Bahau, di sini.

Itu baru intro….punya gelak sampai meleleh airmata.

Mat Rempit berkenaan yang bimbang rahsianya diketahui umum pergi ke sebuah hospital swasta di Melaka untuk menjalani pemeriksaan X-ray. Doktor yang merawat Mat Rempit itu mendapati gigi palsu terbabit masih berada dalam perutnya dan memberi sejenis ubat cecair bagi mengeluarkannya ketika membuang air besar. Akhirnya setelah lima jam, dua gigi itu dapat dikeluarkan.

Remaja terbabit dibenarkan pulang ke rumah sebelum menyerahkan dua gigi itu kepada teman wanitanya. Gigi itu bagaimanapun dicampak gadis berkenaan kerana berasa geli.

Kisah penuh di sini : Tertelan gigi palsu kekasih

Adoiiiilahhhhh……….. gigi pelesu punya cerita. Jika kisah ini belum mampu membuatkan anda geli gigi, baca juga cerita ini >> light-is-coming-soon