Pasar Karat Stadium Shah Alam
Peribadi

Pasar Karat Stadium Shah Alam

Ais krim potong perasa jagung, keladi, pandan dan strawberi…satu Rm1

Pagi-pagi saya dah gegarkan anak-anak ajak keluar. Ajak pergi Pasar Tani @ Pasar Karat di Stadium Shah Alam. Pasar di sini ada setiap hari Ahad.

Sebesar-besar ruang letak kereta stadium pun boleh sesak kalau dah lewat.

Tak ada tujuan utama pun pergi sana, cuma ambil masa pagi jalan-jalan dengan anak-anak

Nasib anak-anak dah bujang, boleh tolong jinjing barang mak

Itu tak beli apa-apa ….berjinjing2 juga. Along beli seluar futsal dan tuala. Angah beli flipper dan wallet. Intan beli seluar.  Beli ayam goreng, beli buah duku langsat , jajan untuk sesi lepak hari minggu bersama family.

Saya… hehehehe… Betul tak beli apa-apa pun.

Beli tudung 2 helai. Tudung bawal. Bukan mudah nak jumpa tudung bawal sekarang ni, 20 gerai baru jumpa satu. Itu pun dengan pilihan yang terhad.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

37 thoughts on “Pasar Karat Stadium Shah Alam

    1. kami pergi pagi dr rumah..drive saja pun sejam
      sampai sana dah kul 9.30 – sarapan
      jalan jalan jalan jalan… berpeluh ketiak
      dah tenghari…tu yg beli ais krim
      balik kul 12
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan ………?My Profile

  1. Assalamualaikum,
    Pernah sampai sekali 2 tahun lepas kot…jam 8 pagi dah tak boleh nak masuk dah. jem dan sesak.

    Seronok kalau jalan2 soping moping jamu mata. Walaupun dah niat tak mahu beli barang, akhirnya tetap TERBELI juga…hati memang tak kuat kalau dah ada kat sini 😉
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Azan Berkumandang dalam GerejaMy Profile

  2. lama dah tak pegi pasar karat kat jie…dok pegi tempat ada econ je…tudung bawal dah tak ternd kot kak…selendang senang pakai…lagi senang syiria…

  3. Saya bayangkan kalau “Pasar Karat” tu mesti jual barangan antik.. Rupanya macam2 barang ada dijual di situ..
    Sekarang trend tudung ekspres, tapi saya macam Kak Jie, masih setia dengan tudung bawal.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Nur ..Warnamu yang memukauMy Profile

    1. woi woi… kena latih skrg ni, esok2 kawen nak tolong angkut ikan sayur beras gula
      takkan bini yg kena angkut

      hehehe… kak jie pegi pasar pagi biasa2 pun ajak anak2
      kalau tidak ikan cencaru ikan jaws pun dia tatau
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kesilapan Blogger Blog ContestMy Profile

    1. macam macam ada……….nak kata semua ada tu , tipu le pula , kan

      dari barangan basah, dapur – ikan, sayur , bawang segalanya
      gerai utk sarapan – nasi , mee, meehun, kebab, air segala jenis, kuih segala jenis
      perhiasan rumah – meja, cadar, langsir, karpet – yg baru dan yg 2nd hand
      baju , seluar, kain, kasut, beg – yg baru yg 2nd hand
      assesori kereta – yg baru yg 2nd hand
      barang antik – pinggan mankuk, perhiasan rumah, lukisan , duit lama dsbnya
      binatang peliharaan

      orang jual kereta pun ada

      ada mcm2 lagi lah

    1. zaman dulu mmg tudung bawal je
      skrg ni je ada mcm2 jenis tudung

      kak jie ni simple, dah berusia…tak sanggup nak pakai tudung warna warni mcm zaman skrg ni
      tudung tu perlu tidak menarik perhatian org, nak guna kerongsang pun guna yg kecil2 je, tak berkilau supaya tak menarik perhatian org lain

      skrg ni pesen terbalik….. tudung bagus dah, tapi warna, jenis, assesori tu pula yg menarik perhatian orang… tak berapa baik sebenarnya
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Air Terjun Serendah Dan Perigi Tujuh SerendahMy Profile

    1. rasa lega…walau anak2 tu remaja
      dia tak malu tak segan nak bersoping moping jejalan dgn mak
      dgn adik berandik… rapat leh sembang gaduh sama2

      ops… tak leh tulis lagi pasal anak, nanti suami dok jauh tu yg menitik air mata
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kesilapan Blogger Blog ContestMy Profile

Comments are closed.