Thiwol
Live Blogging

Thiwol

Siapa pernah kenal makanan ni?

Namanya thiwol ( thi tu disebut ikut makhraj hujung lidah terkeluar sedikit di antara hujung gigi gunting atas dan hujung gigi gunting bawah ). Pertama kali mak mertua sediakan makanan ini waktu balik kampung semalam.

Bahan utama thiwol adalah ubi kayu. Orang jawa adalah orang yang paling kreatif dalam bab makanan. Mereka juga rajin untuk bercucuk tanam. Kalau boleh semua ruang tanah akan ditanam.

Untuk buat thiwol, ubi akan direndam dulu kemudian di jemur. Menurut cerita dulu-dulu, apabila banjir, seluruh tanaman ditenggelami air sehingga menyebabkan ubi kayu menjadi rosak. Dari sinilah lahirnya daya kreativiti orang jawa dengan memproses makanan dari tanaman yang hampir rosak.

Selepas ubi kayu kering, ianya ditumbuk menjadi tepung. Tepung ini disimpan dan boleh bertahan beberapa bulan.

Sebelum thiwol doleh dimakan, air panas digunakan untuk menyiram adunan tepung perlahan-lahan sambil dikacau. Tak boleh curah air sekali gus. Thiwol menjadi liat.

Adunan yang berketul-ketul kecil itu kemudiannya akan dikukus. Selepas dikukus akan digaul dengan kelapa parut dan gula.

Menu sarapan pagi bila berkumpulnya anak beranak dan cucu cicit.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

35 thoughts on “Thiwol

  1. skrg ni dah ade jual tepung thiwol ni
    boleh carik kat pasar area Meru
    so, tak perlu nak rebus dan keringkan pastu nak jadikan tepung
    bak kate org
    just add hot water…

  2. pernah makan..tapi mak tak pernah la buat jadi tepung dulu..mak buat yg express je..

    mak rebus ubi pastu ketuk bagi lenyek2 sikit..tabur kelapa parut dengan gula..tak tau la panggil thiwol jugak ke tak..ke geduk ubi ke gethok ubi..entah la..sedap sangat..oh terbayang balik cite 15 tahun lepas..

    tapi masa kitorang kecik je mak rajin la buat makan2 pelik ni..bila dah besar ni tak pernah la pulak..nak harap anaknya rajin…erm3..buat benda standard je..nasi goreng mee goreng bihun goreng..pastu rotate balik…………=P

  3. tak pernah dengar. dan tak pernah makan lagi. teringin jugak nak rasa lepas baca entry ni. kena tanya kawanยฒ yang berketurunan jawa la. pernah makan tak, kalau pernah nak suruh bawak sket. makan ramaiยฒ…
    Jom terjah post menarik dari Adam ..Panduan Renew Roadtax KenderaanMy Profile

  4. Orang Jawa memang tidak dinafikan rajin. Apa yang dikatakan oleh Kak Jie memang diakui oleh saya mereka ini pandai berbudi kepada tanah ini adalah pengamatan saya selama 5 tahun keluarga saya pernah menetap di Sungai Besar selama 5 tahun.

    Kalau ada kenduri kahwin aktiviti merewang ini tidak perlu dibimbang oleh tuan rumah semuanya akan disettle secara gotong royong yang bermula seawal pagi.

    1. betul tu, bab kreatif cipta makanan, orang jawa
      mcm2 ada…ubi kayu saja boleh cipta 10 jenis makanan…sbb dia jenis tanam banyak2…mana boleh nak habiskan dlm msa singkat…dari rosak..dia ciptalah makanan yg tahan lama

    1. ngape? ada kenangan pahit ke?

      ni makanan tradisi mak2….mgkn lupus bila org tua dah tak de
      sebab nampak senang, tapi org muda skrg ni ( kak jie pun..hihihi ) bkn rajin sgt nak berenyah2 kt dapur nak memarut, menumbuk ubi mcm ni

  5. Salam Kak Jie…

    Rasa dia ada macam busuk sikit tak? Pernah makan tapi kat pahang org panggil ubi busuk.

    Sedap bila kena dengan kelapa parut manual(kelapa parut pakai kukur tangan) ๐Ÿ™‚
    Jom terjah post menarik dari azman ..Maksud Nama AndaMy Profile

    1. Salam

      memang ada bau sikit, tapi bila gaul dgn kelapa parut dan gula, makan masa panas2, sedap
      sebab anak2 ckp sedap, maksudnya dia org boleh terima

Comments are closed.