Adakah Kita Seorang Kawan Yang Baik
Nak buat baik memang susah, kan… tapi peluang untuk berbuat jahat sentiasa terbuka luas. Sebab itulah jika ada peluang untuk berbuat kebaikan, jangan bertangguh atau berfikir patlima kali.
Buatlah sesuatu yang boleh meninggalkan kesan dan gambaran yang baik kepada orang lain.
Ada beberapa watak atau sikap yang biasanya disenangai oleh kebanyakkan orang sekitar. Tips ini mungkin boleh dijadikan panduan pada diri kita supaya dapat menjadi seorang kawan baik kepada seorang kawan.
Memahami perasaan dan sikap (perangai) – keupayaan kita memahami perasaan sediakala dan menerima seadanya diri dia bukanlah untuk mengubahnya. Memahami perwatakan teman kita dan menyesuaikan diri kita lebih baik dari cuba mengubah perangai dia mengikut acuan kita selagi ianya tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Sekiranya perlu untuk kita mengubah perangai dia, gunalah kaedah memujuk kerana kita tidak mampu , hanya dia yang dapat mengubah diri sendiri jika dia mahu.
Sanggup memberi lebih daripada apa yang diterima juga adalah satu sifat yang amat disenangi sebagai seorang kawan.
Saling mempercayai juga dapat mengukuhkan pertalian persahabatan. Kalau tidak percaya padanya, jangan meminta untuk dia mempercayai kita. Untuk buat orang percaya pada kita bukanlah mudah tetapi unutk buat orang tidak percaya bukanlah payah.
Kalau percaya usah curiga, kalau curiga usah percaya!
Satu lagi sifat yang baik untuk lebih disenangi oleh kawan-kawan adalah dengan mengelak dari menjadi pengkritik. Kritikan sering kali menjadikan seseorang itu defensif dan sedaya upaya untuk mempertahankan diri dan ini tentunya akan melukakan nilai dirinya, menjejaskan rasa kepentingan dan boleh menyebabkan teman kita kecewa.
Janganlah kerap mengkritik melainkan kita sedia untuk bertikam lidah. Kalau dah tak tahan sangat untuk mengkritik, gunalah cara berjenaka dengan lembut. Sedaya upada kita mengelak mengganggu emosinya kerana kecederaan emosi akan menjejaskan rasa kepentingan diri.
Kita berkawan mengikut keperluan-keperluan yang kita kehendaki, mengikut citarasa dan menepati piawaian kita sendiri jadi jangan keterlaluan berharap kawan kita itu dibentuk mengikut acuan kehendak kita.
orang selalu label orang tu sombong, orang ni sombong
sebenarnya tak de sapa pun yang sombong kalau orang tu tak memenuhi keperluan kitakita ckp dia sombong sebab dia tak penuhi keperluan kita,
dia tak geng dgn kita, tapi dia geng dgn orang lain – dia tak ngam dgn kita tapi dia ngam dgn orang lain..ok lah tu….orang lain boleh ‘masuk’ dgn dia..kita yang tak leh ‘masuk ‘ dgn dia…
komen saya di blog Yonna
©Kujie – saya juga bukanlah seorang sahabat yang dapat memenuhi keperluan setiap orang … tak dapat nak blogwalking sekarang…kesibukan TERLAMPAU!





saya ada seorang kwn yg saya amat hargai tetapi saya ditinggalkannya oleh kerana ada seseorang mengatakan saya ini ank org kaya dan dia adalah syamimi(lelaki) dan yg tidak mahu kwn dgn saya itu ialah husna. setakat itu saja dari hati saya
salam kak jie.
teringat kata-kata tokguru petang semalam, setiap benda atas dunia ni ada muka dua. misalnya duit dalam tangan, ia boleh menjadi baik, boleh juga menjadi jahat.
akan jadi baik jika diguna untuk buat atau beli benda-benda baik dan halal.
akan jadi jahat bila sebaliknya.
begitu juga dgn manusia. bila bersahabat, dua muka itulah yang kita selalu tukar. dengan orang tu boleh jadi kita baik, dgn org ini pula boleh jadi tidak. sebabnya terletak pada diri kita sendiri. nak orang jadi kawan baik kita, kita dulu kena jadi kawan baik kpd orang lain.
sekadar berkongsi.
KakChik´s last blog ..Akan datang di MariBaca
oh, pisyek merupakan seorang kawan yg agak baik…
slalu blnje kawan (halamak, terpuji diri sendiri la pulak.. hehe..)
sape lagi yg nak kawan dgn pisyek???
sila angkat tgn… hehe….
Pisyek´s last blog ..Pentingkah status MSC Malaysia ni?
Sebenarnya kita perlu faham hakikatnya yang kita tak boleh mengubah sikap seseorang, kita cuma mampu untuk mengubah sikap dan diri kita sahaja. Semoga dengan perubahan sikap dan diri kita, akan dapat mempengaruhi mereka untuk mengubah sikap mereka dan seterusnya dunia.

Dak Wan´s last blog ..Buat Para Sahabat!
susah sebenarnya kita nak menangkan hati semua orang ni
wanmus´s last blog ..Ingat Rohaizad Aje Ke Boleh?? Saya Pun BOLEH laaahhhhh…!!!!!
Lagi pening bile hanya kite yang beria-ria nak berkwan, tapi di phak satu lagi..buat tak tahu ajer..adehh
hafizmd´s last blog ..Chot vs Saod
buat setakat yang mampu. orang nak anggap baik atau tidak, terpulang.
hm, memang susah nk jadi kawan yang baik. mulakan dengan diri sendiri, insyaAllah berjaya. -nasihat untuk saya juga.
balqis´s last blog ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu
betul..perbaiki diri kita ..jangan asyik menkritik orang tu tak best la sombong la apa la…tapi diri kita sendiri?? haa…satu tangan kita point kat orang ..ada empat yang point kat kita balek…kawan dengan semua orang dan baik dengan semua orang..jangan ada hasad dengki sesama manusia

cik epal´s last blog ..wuhuuu..cek nuffnang sudah rm1000 ….nak cashout.. boleh beli tempe banyak banyak. yahoooo~ =)
betul la kak jie..selalu orang label sombong sombong…tapi dia tak kenal pon orang tu lagi…..

cik epal´s last blog ..wuhuuu..cek nuffnang sudah rm1000 ….nak cashout.. boleh beli tempe banyak banyak. yahoooo~ =)
tul.. susah nak carik kawan yg tul2 kawan.. TApi alhamdulillah, kawan2 saya mase blaja dulu, mmg baik2 semua.. terima kasih..
Impian juge dapat jadi seorang kawan yang bagus utk kawannya…
fiezaradzi´s last blog ..Semuanya Kerana Cinta
saya juga bukan sahabat yang dapat memenuhi segala kehendak rakan-rakan.. tapi saya sangat mengambil berat nilai persahabatan.. wahahahaha

topo´s last blog ..5+1 Tips Memilih Nama Domain
Saya rasa saya merupakan rakan yang…emm…boleh tahan kot. Hahaha
Kalau terdaya untuk menolong, sudah tentu saya akan menghulurkan tangan saya untuk membantu. :p
tekkaus´s last blog ..Girl Wants Jessica-Alba-Plasty To Win Boyfriend Back!
Saya rasa memang sukar untuk mecari kawan yang benar-benar akan berada di sisi kita apabila kita kecundang.

tekkaus´s last blog ..Girl Wants Jessica-Alba-Plasty To Win Boyfriend Back!
“kawan sejati.. kekal abadi”
kadang2 kter sndiri x pernah nk kenal kter ni jenis kawan yg bagaimana.. tp kter sentiasa mengharapkan kawan yg terbaik.. walaugabaimanapn sye x dapat lgi kawan sejati.. tp sye ada ramai kwan baik… bila kawan baik ngan sye, sye baik la ngan mereka.. walau mereka x baik ngan saya, sye tetap baik ngan mereka.. bgi saya kter berkawan tuk selamanya walaupun ditinggalkan… akhirnya kita akan faham ngan sndiri erti berkawan.. yg pasti jgn ada dendam antaran kawan2 kerna kawan2 bukan tuk lawan2..
Kawan baik susah dicari….Aku sudah ketemui kawan terbaikku…Tak lain tak bukan,Ibuku dan Isteriku
eyriqazz´s last blog ..Contest Bersama Eyriqazz@Great Teacher Onizuka
kawan… kene perbaiki diri dulu baru boleh nak judge kawan tu baik ke tak…
~mrs azmi~´s last blog ..Edisi siasat : bertudung tapi tidak berbaju.. ape kejadah nya ini?!!
erm… kawan dan sahabat..

aku rasa aku bukan kawan yang baik.. mungkin sebab mulutku yang main lepas..
menteil´s last blog ..Facebook Addicted!
Salam,

Dolo2 rasa macam dilahirkan untuk jadi kawan paling baik atas muka bumi ni, dah lama hidup rasa macam…”cari je lah orang lain kalau nak kawan yang sanggup berkorban jiwa raga dan segala” seebab diriku ini hanya insan biasa. hanya mampu buat takat yang terdaya…sadis kan
Anyss´s last blog ..Kau Biarkan Aku Sendirian Memendam Luka Ini
betul lah kak.. saya sokong dengat pendapat akak tu..
kadang2 saya juga sukar nak jadi kawan yang baik.. hmmm..
Faarihin´s last blog ..Awak Gembira Ke?
Yup, kawan2 tak mahu lawan…

Cuma kadang2 tak tahan bila kawan2 yg terlalu sensitif.. asyik merajuk aje! hu hu…
Papa-Roq´s last blog ..Blogger Dot Com | Hikayat Blog Ini
Apabila kita boleh berfikir bagaimana diri kita boleh membawa faedah kepada seramai manusia yang boleh dengan seikhlasnya tanpa harapkan bantuan maka semakin ramailah sahabat, teman dan kawan di keliling kita.
denaihati´s last blog ..Tak sangka ramai yang memilih HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
@denaihati, betul tuh..kena IKHLAS ketika berkawan, jgn ada niat tersembunyi & jangan sesekali mengharapkan apa-apa balasan drp kawan2 kita…
ttp kebiasanya kawan2 akan cari kita ketika mereka dalam kesusahan…
adalah lebih baik kalau kita jgn suka mengkritik.. bukan semua org suka dikritik.. tp kritikan perlu juga.. apa yg tpinky sllu lakukan ialah, akan beri pandangan sekiranya diminta untuk memberi pandangan.. not simply kritik.. drpd pengalaman lalu, tpinky ni jns suka kritik juga tp tak suka dkritik.. tak patut..tak patut… so skrg belajar dr kesilapan lalu, alhamdulillah semua teman, sahabat, kawan semakin selesa dgn tpinky……..
: : tp biasanya org yg dah lama kenal tpinky baru diorang faham perangai tpinky.. kalau yg baru2 jer kenal, mesti diorg igt tpinky ni sombong sbb tpinky tak suka berbual2 kosong ttg hal yg remeh temeh…
tpinky´s last blog ..Cikukunya??????
@tpinky, lumrahnya, org lebih suka mengkritik ttp tak suka dikritik..insan yang HEBAT adalah insan yang ikhlas menerima KRITIKAN drp org lain..
@Ayah Aiman, betul tu ayah aiman…..
tpinky´s last blog ..Cikukunya??????
oh.. kawan.. biasalah.. kalau kita buat baik, balasnya baik!
as easy as that.. 

zuhaini´s last blog ..Kanak-kanak meragam: Ada penyebabnya..
kak…saya tidak mempunyai kawan yg ramai…tp bila saya jd kawan…saya mmg akan sayang,faham dan sentiasa percaya…
tp bila saya dikhianati…kawan tersebut mula bercakap buruk ttg saya…saya tinggalkan dia..huhuhu…dalam hidup saya dah dua kali saya terkena..rasa serik utk ada kwn baik…

izzah´s last blog ..Akmal – 1st Year
aku sokong ckp yonna tu.. huhu…… tgh dilema pasal hal kawan jugak skang neh
Jard´s last blog ..Aku menangis setelah sekian lama… giler pathetic. ha ha.
@Jard, itu komen kak jie ..kat blog yonna