Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?
Motivasi November 1st, 2008“Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.
Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.
Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.
Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.
Lalu dia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat, nak?”
“Lobak, telur dan kopi”, jawab si anak.
Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan.
Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.
Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.
Setelah itu, si anak bertanya, “Apa erti semua ini, ayah?”
Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.
Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras.
Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.
“Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ?
Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?” tanya ayahnya.
Bagaimana dengan kita ? Apakah kita adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan. Atau, apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi menjadi keras dan kaku.
Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Atau adakah kita serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius.
Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat. Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitar kita juga menjadi semakin baik.
Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.
Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?


November 1st, 2008 at 12:56 pm
Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana? | Hidup Biar Sedap…
Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras.
Serbuk kopi pula …
November 1st, 2008 at 1:06 pm
Nak kata kopi dak jugak, sebab minum Nescafe…
Zubli Zainordins last blog post..Lawak Pemimpin - Isteri Kata Tak Lama Lagi Abang Tak Boleh Naik Motosikal Masuk Bandar Dan Pekan..!
Kujie Reply:
November 1st, 2008 at 1:48 pm
ada orang malu nak ‘bawa teloQ’
November 1st, 2008 at 1:40 pm
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 7:29 am
bergantung mcm mana kita memandangnya dan menandatangani supaya akhirnya sesuai dgn keperluan hidup masing-masing
November 1st, 2008 at 1:58 pm
TeloQ Rebuih tak pa lagi.
Kengkadang dapat teloQ asin, sebelah dalam.
Musyuk…
Zubli Zainordins last blog post..Lawak Pemimpin - Isteri Kata Tak Lama Lagi Abang Tak Boleh Naik Motosikal Masuk Bandar Dan Pekan..!
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 7:30 am
November 1st, 2008 at 3:30 pm
divas last blog post..PANTUN DIVA
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 7:34 am
Kita gunakan kesemua keadaan itu dlm kesemua keadaan yg kita jumpa sepanjang perjalanan kehidupan ini………….
November 1st, 2008 at 3:36 pm
Mintak cekodok yg ada lobak merah potong-potong tuu (tak tau nama penuh cekodok ni)
Wuih petang2 camni sedap ni dapat dua menu ni..
p/s: Selamat berhari minggu utk Kak Jie & family
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 2:26 pm
erk..ada ka cekodok lobak merah? kak jie tak pernah buat pun
kalo bilis ke…udang yg kedekut udang tu tau la..
bila nk terbangnya?
November 1st, 2008 at 3:36 pm
Yatis last blog post..Tag dr Tera
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 2:28 pm
November 1st, 2008 at 3:50 pm
dlm mksudnye… tak pernah terpikir sebelum ni
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 2:29 pm
tiap ciptaan Allah ada pengertiannya
November 1st, 2008 at 4:31 pm
kita mengalami ketiga2 situasi tu dalam keadaan tertentu..
tapi pepetang ni dapat kopi o sedap jugak.. hehe
zinos last blog post..dua cerita..
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 2:31 pm
November 1st, 2008 at 5:55 pm
Pasal lobak, telur dan kopi, ye….hmmm susah nak buat keputusan laa…nanti balik fikir semula, ok?
Ties last blog post..Kali Pertama
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 2:35 pm
November 1st, 2008 at 6:43 pm
[...] sbr nk balik rmh. Tenangkan diri di rmh sendiri. :) LIFE must go on. Kak JIe, yati rasa ANTARA LOBAK, TELUR, dan KOPI … yati adalah TELUR. Jadi keras lepas direbus dalam air [...]
November 1st, 2008 at 6:57 pm
tapi tak boleh begitu saja, rasanya masih pahit, perlu ditambah sedikit gula…baru enak rasanya..
gula itu ibarat apa ya? hmm..bergantung kpd kesukaran yg kita lalui. mungkin ilmu, mungkin kasih sayang..mungkin iman..dan macam2 lagi…
Lan Bingkas last blog post..Dah habis ok
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 2:36 pm
November 1st, 2008 at 8:46 pm
|1f34|-|1r3s last blog post..Blog down sucks !
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 2:39 pm
November 1st, 2008 at 8:58 pm
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 2:43 pm
ada halangan ada ujian sikit
kita lemah….
November 1st, 2008 at 10:44 pm
cakap kosongs last blog post..Cinta…………..Jangan Tinggalkan Aku Sendiri.
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 2:44 pm
November 1st, 2008 at 11:15 pm
shaxxs last blog post..Side Income with myLot
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 2:45 pm
buatnya pagi2 tu hujan…lagiiiii sedap
November 1st, 2008 at 11:27 pm
ikram84s last blog post..Manual Newbie akan membantu anda!
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 2:46 pm
teh pun bagus utk…sakit perut..hehehee
November 1st, 2008 at 11:43 pm
lobak merah..byk vitamin A which is good for ypur eyes…and a lot of fiber too!
telur…putih telur byk protin…tp telur kuning byk kolesterol, which is bad
kopi…contains caffein which is very addictive..but have a sedative effect too…
so the choice is in your hand….
*komen merapu-tanya lain jwb lain*
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 2:48 pm
betul tu uncle j… pilihan kita menentukan situasi tu dpt kita selesaikan mcm mana
November 2nd, 2008 at 12:30 am
Zanas last blog post..Sengal!
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 3:01 pm
November 2nd, 2008 at 12:35 am
Neezas last blog post..Patut ke tak patut?
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 3:07 pm
November 2nd, 2008 at 3:53 am
sy telur kot..
callisters last blog post..Be careful what you wish for
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 3:07 pm
November 2nd, 2008 at 11:11 am
Apakah ini bermakna kalau ada budak budak yang degil dan KERAS kepala kita pakat pakat rebus dalam air panas je…
hashim habeeds last blog post..Cinta Selepas Kahwin
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 3:09 pm
November 2nd, 2008 at 11:57 am
Mohd Hafifis last blog post..Wajarkah Lelaki Menangis ?
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 3:10 pm
November 2nd, 2008 at 4:51 pm
rasanya 3-3 elemen ni ada dlm hidup setiap org.
err.kalau yonna..
3-3 la.
boleh kan ma ;))
depends on situation..
err lobak,telur dan serbuk kopi comel utk yonna :p
yonnas last blog post..meet the kekuri =)
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 3:12 pm
sbb kita hidup pun akan tempuh mcm2 situasi
kadang2 perlukan kita sekeras telur rebus
kadang2 kita lemah….( selalunya kot )
dah sukar utk menjadi spt kopi walaupun keadaan tu yang paling baik…
utk org yg comel, dia mesti dpt yg comel
November 2nd, 2008 at 8:38 pm
psst.. ada ole2 utk kakJie…
http://jariketot.blogspot.com/2008/11/jjcm-part-1.html
@LiYaNNuaRs last blog post..JJCM part 1
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 3:15 pm
sbb kita ni manusia biasa..
terimakasih..kak jie dh p tgok tadi
November 3rd, 2008 at 8:58 am
sebaik2nya mengubah keadaan sekeliling menjadi lebih baik..itu sahaja dakwah yang paling kecil mampu seseorg individu mulakan….
jap nak p tnya org sat…saya ni lobak ke telur ke kopi….x tahu nak judge diri sendirik..hahaaa
muadzlifes last blog post..Bakal2 Haji
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 3:18 pm
biar cerah mata derang…hehehe
telut pun elok gak..tapi jgn kerap sgt
kopi?
hujan2 sedap ….
dgn biskut raya
November 3rd, 2008 at 9:56 am
tu diaaa…. dia pun dah pakai read more jugak!!! tapi blog kak jie ni betullah macam padang pasiaq!
suealeens last blog post..I’ll be leaving you…..
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 3:20 pm
loading slow tu..yg pakai read more
wordpress read more senang …klik more je
tapi entah hari tu tak jadi pula
sampai la ni kak jie tak faham..apa maksud pasang pasiaQ
kampung pasiaQ kat sungai petani kak jie tau laaaaa
November 3rd, 2008 at 10:03 am
yang keras itu tidak semestinya kaku…
yang sedap untuk diminum tak semestinya semua orang boleh minum…
kerana sebenarnya kita belum teruji
kita belum teruji dengan ujian orang lain…
dan mungkin kita tidak terpilih untuk melaluinya…
yang pasti carilah keseimbangan di antara kesemuanya
& bersederhanalah dalam kehidupan yang sementara ini…
suealeens last blog post..I’ll be leaving you…..
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 3:21 pm
November 3rd, 2008 at 11:45 am
Sampai skrg masih mencuba & belajar setiap hari… Thanks Kak Jie for the great article. Buatku berfikir sejenak.
Mcmana balik kg??
intans last blog post..Precious Comments from Beloved Friends
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 3:25 pm
kita boleh serap kesannya utk menjadi yang keadaan yg sepatutnya
November 3rd, 2008 at 12:37 pm
psst! tp kopi tu dulu minum dlm pantang j jie..la ni, air suam..hmmmm, x ubah rasa ape2 pon kan..yg pasti skarang ni, byk yg sedap dimakan tu mendatangkan penyakit plak..hikks!
juns last blog post..Talam marble
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 3:27 pm
November 3rd, 2008 at 1:32 pm
Kalau ikut kulit OD, kopi lerrr… kadang-kadang, jadi lobak tapi ada masanya jadi telur. Piliih tiga-tiga boleh Jie?
ODs last blog post..The X Files
Kujie Reply:
November 5th, 2008 at 3:52 pm
hehe..erk telur berapa biji
November 3rd, 2008 at 4:35 pm
Ermm… manusia berubah mengikut keadaan.
Dugaan setiap org mungkin sama, mungkin juga berbeza…
Kesannya juga mungkin sama dan mungkin juga berbeza…
suaras last blog post..Merawat Retakan Hati.
Kujie Reply:
November 6th, 2008 at 8:05 pm
November 4th, 2008 at 1:37 am
1. Dapat bagi nikmat pada orang lain lepas kena panas.
2. Dapat menghilangkan rasa mengantuk menghadap laptop / memandu kereta.
3. “gian!”
samdaddycools last blog post..Artwork - batik painting.. 2nd attempt
Kujie Reply:
November 6th, 2008 at 8:06 pm
November 4th, 2008 at 5:43 pm
ams last blog post..Fast Update 16
Kujie Reply:
November 6th, 2008 at 8:08 pm
tapi tak boleh minum…mesti muntah
November 5th, 2008 at 10:14 pm
sedap!!
callisters last blog post..Skeleton in my closet
Kujie Reply:
November 6th, 2008 at 8:08 pm