iklan raya janda anak 7

Bolehkah melakukan ibadah korban atas nama syarikat/organisasi?

Assalamualaikum dan selamat berpuasa sunat Hari Arafah (9 Zulhijjah ) hari ini. Ada yang masih berkerja hari ini , ada juga yang telah memulakan perjalanan balik ke kampung sejak malam tadi. Semoga semuanya selamat sampai ke destinasi biarpun agak sesak dalam perjalanan.

Rakan Whatsapp AJK Kiah Propa saya, si Mijie telah memulakan perjalan jam 10 malam tadi dari Dengkil dan subuh pagi ini masih di Gua Musang. Perkara ini bukan diluar jangkaan, jadi bertenang dan memandu berhati-hati ya kepada rakan-rakan yang akan bergerak mudik hari ini atau malam nanti.

kesesakan balik kampung
Gambar yang dikongsi lewat malam tadi

Dulu saya pun akan menempuh suasana seperti itu juga tetapi tidaklah seteruk orang yang akan melepasi bandaraya KL. Saya di pinggir utara KL, balik kampung pun arah utara.

Sekarang sejak suami yang bekerja di luar daerah, saya pula yang menjadi penunggu. Keadaan itu menyebabkan kami akan bertolak balik ke kampung lewat malam atau awal pagi selepas suami sampai dari Terangganu.

Insyaallah kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah ) pada hari Jumaat nanti.  Ada juga rakan-rakan yang akan melalukan ibadah korban.   Majoriti ulama menyatakan bahawa ibadah korban itu hukumnya sunat  mu’akkad (sunat yang sangat dituntut).

Ianya berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi  : Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”

iklan raya janda anak 7
Ini bukan lembu korban..ini babak iklan raya janda anak 7

 

Bila membabitkan ibadah korban ini, ada dua perkara yang saya ingin saya kongsi kali ini.

  • Tempoh masa menjalankan ibadah korban.

Tempoh bagi menjalankan ibadah korban adalah bermula dari selepas solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah dan pada Hari Tasyrik, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah ( sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah)

sumber : www.islam.gov.my

Bolehkah melakukan ibadah korban atas nama syarikat/organisasi?

Tidak boleh !

Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu. Ia bukan untuk organisasi yang bukan manusia. Justeru, ia sebuah organisasi ingin melaksanakannya, ia MESTI menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau kakitangannya.

Ketika itu korban barulah sah dan ia menjadi korban oleh individu yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama syarikat. Pihak syarikat terbabit boleh bergilir-gilir menghadiahkan lembu tertentu dan bahagiannya DIHADIAHKAN kepada kakitangan secara khusus UNTUK DILAKSANAKAN sembelihan atau korban, pahala korban akan hanya diperolehi oleh individu dan pihak organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia) hanya mendapat pahala kerana ‘menghadiahkan’ lembu atau bahagiannya kepada kakitangan sahaja.

Jika pihak syarikat tidak mahu berbuat demikian, bermakna ia mestilah meletakkan secara specific 20 ekor lembu itu, untuk para lembaga pengarahnya secara khusus juga. Ia bukan atas nama syarikat tetapi individu. sumbr :  Zulhijjah & Aidiladha

Semoga kita sama-sama menambah ilmu dan mendapat redha-Nya dalam beribadah.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

14 thoughts on “Bolehkah melakukan ibadah korban atas nama syarikat/organisasi?”

  1. Bagus info ni. Untuk tahun-tahun mendatang. Tahun ni hati tergerak sertai korban anjuran salah sebuah sekolah tahfiz di Selangor. Ubah-ubah selera. Sedihnya tak dapat sunatnya nonton sembelihan sendiri. Clash! korban husband di kampung.
    Jom terjah post menarik dari adillaharun ..MENGUCUP HAJARULASWAD (2)My Profile

  2. info yang berguna sebagai panduan dan peringatan..kekadang bila tengok ada syarikat atau organisasi tertentu buat korban, ada orang yang ingat korban ni boleh dibuat atas nama syarikat / organisasi..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..LigatMy Profile

Comments are closed.