Hari ini hari apa? Jumaat - betul…betul…betul…

10 haribulan Sepuluh - betul…betul…betul…

Menurut kalender Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini adalah Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Mental yang sihat tu macam mana?

Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia - WHO)

Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, - Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif / intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan. - (Adaptasi dari Kanada)

Kajian pemantauan penyakit di Malaysia mendapati hampir 11% rakyat dewasa mengalami gangguan mental.  Kawan² saya semua yang baki 89% tu ye…:lol:, cuma ada seorang saja yang Menteil

Saya tak nak cerita hal mental yang negatif jadi mari kita cuba mengekalkan tahap “kementalan” akal dan fikiran kita yang sihat/ baik.  Antara caranya :

Amalkan nilai-nilai keugamaan dan moral yang baik.
Mengamalkan cara hidup sihat
Berpandukan Kenyataan (Be Realistic)
Berfikir dengan positif
Buat keputusan secara bijak
Cari kawan
Dengar suara hati sendiri
Belajar menangani kritikan dengan baik
Belajar menjadi diri sendiri / menyukai diri sendiri
Belajarlah berkata “TIDAK”
Rancang masa anda dengan baik
Jarakkan perubahan-perubahan dalam hidup
Bina keluarga bahagia
Kongsi masalah anda dan mendapat bantuan dari professional bila diperlukan.

Be realistic - kenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri, fokus akan matlamat yang boleh dicapai dan belajarlah menerima apa yang tidak boleh diubah ( Qada & Qadar ).

Buat keputusan secara bijak - Fahami fakta² yang berkaitan , pertimbangkan kesan baik dan buruk .

Cari kawan - Mempunyai kawan untuk berbual dan ketawa bersama dan hormati pandangan mereka dan bersabar.

Dengar suara hati - Suara hati/perasaan memberitahu apa yang sedang berlaku, apa yang kita perlukan, juga apa yang penting untuk diri sendiri. Kita boleh berpura-pura untuk tidak berasa apa-apa namun kita tetap ada perasaan . Tidak salah meluahkan perasaan, sesuai dengan tempat dan keadaan kerana dengan memendam perasaan jauh di dalam hati akan lebih mengganggu perasaan.

Belajar menangani kritikan dengan baik - Buat keputusan apa yang patut diterima atau dipercayai. Kita tidak perlu menerima semua kenyataan yang dibuat mengenai diri kita, kita boleh memilih untuk menerima atau menolak kritikan tersebut, kerana hanya kita sendiri yang lebih mengetahui tentang diri sendiri.

Belajar menjadi diri sendiri / menyukai diri sendiri - Buatlah satu perkara baik setiap hari sebagai hadiah istimewa untuk diri sendiri, cakap hal² yang baik² tentang diri sendiri dan tidak perlu menyukai semua orang dan semua orang tidak perlu menyukai kita.

wei…weii…jangan stress² lah baca entri ini…mari hilangkan kementalan , kita gelak kejap.

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar,di atas katil sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu.

Isteri bersuara, “Dulu-dulu tu…. abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tidur.”

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika, isteri bersuara lagi, “Kemudian tu….abang selalu cium saya.”

Suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi isteri.nya Kemudian  sambung tidur semula.

Selepas beberapa saat, isterinya bersuara lagi, “Kemudian tu…. abang selalu gigit-gigit leher saya…….”

Dengan perasaan marah dan geram, suami melontar selimutnya dan bangun dari katil.

Isteri bertanya, “Abang nak gi mana tu?”

Dengan marah suaminya menjawab,

“Nak gi amik gigi …!”

Gila meroyan ke apa, pagi² Jumaat buat lawak 18sx.  Patut bagi tazkirah…
Nenek sudah tua gigi tinggal dua
3B
Pontianak sengal

Scheduled Post - saya nak pergi buat pasport , tiket 747 dah confirm tapi saya tua bangka pun belum ada pasport, maklumlah ini pertama kali nak pergi obese, yang ni bukan lawak, jangan gelak…hehehee:mrgreen:

EDIT - 8:20 am - Saya tak jadi buat pasport hari ni, Intak tak nak ponteng sekolah,  jahat betul mama tersebut - yang ajak anaknya ponteng sekolah.:lol:

Dia tak nak ponteng bukan sebab rajin  sangat  macam mama dia tetapi hari ini ada sambutan Hari Kanak-kanak.    Setiap tahun sekolah Intan sambut Hari Kanak-kanak setiap bulan Oktober.  Yang seronoknya ada persembahan pentas, ada badut Mc Donald , dapat burger, dapat ais krim, dapat epal….dapat belon.

Perayaan Hari Kanak-Kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959. Di Malaysia, perayaan ini disambut setiap tahun pada mana-mana hari Sabtu bulan Oktober.