Jika mengetahui penghujung usia kita

Apa perasaan anda jika tiba-tiba diberitahu menghidap penyakit kronik, yang selalunya – berdasarkan pengalaman pesakit serupa – tidak mempunyai peluang untuk hidup lebih lama?

Atau mungkin anda dapat terus menghirup udara segar, namun sudah tidak berupaya bebas bergerak, segalanya perlu dipapah dan bantu, dan hanya terlantar menanti keajaiban untuk sembuh. Allah Maha Mengetahui akhiran hidup kita.

Perhatikan sekeliling kita. Tidak perlu pergi jauh untuk mencari contoh. Berapa ramai anggota keluarga dan kenalan rapat pergi buat selamanya tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.

Ada teman baik yang nampak sihat, segar bugar, tiba-tiba kita mendapat khabar meninggal dunia ketika tidur.

Ada saudara-mara yang baru bertemu pada hari lebaran lalu, di hening malam kita dikejutkan panggilan telefon memaklumkan diserang angin ahmar, terus koma hingga dijemput Ilahi.

Tuhan....terimakasih kerana masih menaruh belas meminjamkan nafas ini

Tuhan....terimakasih kerana masih menaruh belas meminjamkan nafas ini


Ada rakan sekerja, belum pun mencecah usia 30 tahun, berpotensi hebat dalam kerjaya, hanya mengadu sakit sekitar matanya, bila diperiksa doktor, masya-Allah, rupanya tanpa disedari sudah lama kanser bersarang. Tidak sampai dua minggu selepas itu, ajalnya tiba. Itu belum dihitung kes-kes kemalangan maut yang menyambar tanpa sebarang amaran awal.

Sememangnya kita dituntut agar sentiasa bersedia, membuat persiapan secukupnya, bagi menghadapi maut. “Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa; dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal.” (maksud al-Baqarah: 197)

Saidina Ali r.a. ketika ditanya tentang taqwa menjawab: ” Taqwa adalah takut kepada Allah Yang Maha Agung, melaksanakan segala perintah yang diturunkan, reda dengan nikmat yang ada meskipun sedikit dan sentiasa dalam keadaan siap sedia menghadapi maut sebelum kedatangannya.”

Soalnya, berapa ramai yang mengambil pengajaran dan iktibar daripada terkaman maut, kecuali dalam tempoh masa yang begitu singkat, untuk kemudiannya melupakan, hinggalah dikejutkan kembali dengan tragedi seterusnya. Ya, sesungguhnya, insan memang mudah alpa dan banyak pula dalehnya.

Benar, sakit merupakan nikmat, mengingatkan yang lupa, menyedarkan yang leka, dan juga satu “cara” untuk meningkatkan martabat seseorang jika setulusnya reda dengan ujian Tuhan itu.

Berapa ramai orang yang disuntik kesedaran mendalam, keinsafan seikhlasnya, hanya setelah melalui sakit dan derita berpanjangan. Tidak kurang yang mengucap syukur kerananyawa tidak direntap dengan tiba-tiba, tetapi didahului peringatan sakit, membuatkan kita sempat bertaubat, sehingga mampu merencana hidup baru dengan usia yang berbaki.

Dengan begitu banyak peristiwa yang hadir di kiri kanan, mengapa terlalu sukar untuk rasa insaf merubah gaya hidup kita? Mengapa hati ini terlalu keras untuk memerhatikan kejadian dan gerak alam untuk kita mengambil manfaat daripadanya, sebelum segalanya sudah terlambat apabila roh tercabut dari jasad?

Perhatikan jejak usia yang ditinggalkan. Memang pantas sekali ia beredar. 40 tahun berlalu seolah-olah baru semalam dilepaskan. Masih terbayang-bayang zaman kanak-kanak di kampung.

Lintasan ingatan kian segar di bangku sekolah, guru-guru yang mendidik, kawan-kawan sepermainan, ibu ayah yang menyayangi, nenek dan datuk yang mengambil berat. Satu demi satu adegan kehidupan pahit-manis bersilih ganti.

Dan kerdilnya diri mengenangkan dosa dan maksiat, sambil membilang sekelumit jasa yang ditinggalkan, ya … alangkah kecilnya.

Menginjak dewasa, kesibukan berkeluarga dan berkerjaya sering menjadi hambatan. Banyak yang dikejar umpama fatamorgana, dan kegelisahan menggapai cita-cita sukar diredakan. Segalanya seperti tidak mencukupi.

Dalam keadaan itu, jika kita dapat berhenti sejenak, dan sempat bermuhasabah tentang erti hidup yang makin hilang, mungkin ia seperti satu kurniaan nikmat yang begitu hebat.

Ramai yang bergelut hanya mencari kehidupan untuk diri sendiri. Amat kecil sumbangan untuk orang lain. Walhal sebahagian kebahagiaan adalah apabila kita dapat membahagiakan orang lain, apatah lagi mereka yang memusuhi kita.

Ingatlah, janji dengan Allah masih banyak belum tertunai. Dosa dengan makhlukNya tidak tertebus. Sedang malaikat maut mungkin sedang mengintai di jendela. Lalu, apa jawab nurani anda jika mengetahui derap langkah kita di dunia ini menghadapi penghujungnya.

Oleh : Ahmad Lutfi Othman

Saya amat terkesan selepas membacanya dan saya telah membuat keputusan melembutkan hati dan membuat sesuatu yang baik malam ini yang sepatutnya telah lama saya lakukan… Alhamdulillah kerana hati saya belum mati rasa, masih dapat merasakan bahawa saya sedang ditegur oleh Tuhan.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Aduh Jie………..

    Setiap kali Tie menziarah orang meninggal, memang betul2 rasa kesannya. Walaupun dia bukannya sedara mahu pun kawan…, hati ini berdetik. Rasa sayu bila jenazahnya diuruskan, dimandi dan dikapankan…. Begitulah kita nanti. Bila jasad tidak boleh bergerak lagi , hanya amalan kita saja yang dapat membantu kita.

    Apa saja yang kita lakukan ketika hidup, kita akan rasa sebaik saja kita tiada. Tak perlu tunggu masuk kubur lagi. Kiranya besar amalan kita, tentunya urusan jenazah kita dipermudahkan. Rasa insaf sangat . Bagaimana pula agaknya bila tiba giliran kita, ek ?

    Ties last blog post..MIMPI

  2. Jie… saja nak menakutkan opah, ya Jie?

    ODs last blog post..Mischief

  3. Oleh itu jangan bergaduh dengan perkara yang kecil, takut tak sempat minta maaf

    mati adalah pasti, hidup insyaallah

    BAGAKs last blog post..Kacau-Bilau WP 2.7.1

  4. kutaksempurna says:

    sy pun rasa sgt terkesan…

    insaf…
    macamana kita masih boleh ketawa, padahal malaikat maut duk intai2…
    malu plak rasanya…

  5. mrozaidi says:

    Kalau orang tahu akan masa kematian, orang akan insaf masa 2 -3 tahun mati..sebab tu kematian tidak diberitahu bila…

    mrozaidis last blog post..Remaja Antara Keburukan Seks Bebas dan Kebaikan Seks Halal (Perkahwinan)

  6. erk bermadah lak den nie ha……hehehe

    “”35. Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” (al anbia)

    hehehe

    selamat beramal

  7. saya memang menghidap penyakit kronik……dah 3 tahun.

    mula2 tahu tu, masyallah… ketaq kepala lutut… serta merta bermenung lalu

    “andaiku tahu, kapan tiba ajal ku,
    ku bermohon, Tuhan tolonglah jangan ambil nyawaku’

    andaiku tahu, kapan tiba ajalku
    izinkan aku, ucapkan taubat pada-Mu

    aku takut,
    segala dosa-dosa silamku

    aku takut
    Engkau mengkesampingkan ku….

    andaiku tahu… ???

    ku beserah pada-Mu”

    sekarang nie dah boleh absorb,
    yg penting cubaan kita utk terima kenyataan
    dan ketahanan kita utk menghadapi hidup seterusnya….

    erk! kena sambung balik kerja…..nanti senang maza sambung balik yea….

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  8. meremang bulu roma sy kak jie, terima kasih krn mengingatkan…. 😉

  9. selalu neeza jumpa kes2 macam ni. Dapat berita dah takde je. Sedih sangat especially kalau kita kenal dia. Kalau accident tu satu hal lah kan. Kadang2 tu pergi disebabkan penyakit yang orang tu sendiri pun tak tahu. Semoga kita pergi dengan aman lah kan Kak Jie.. Insyaallah…

    Neezas last blog post..Hospital Day!

  10. kesimpulannya, kena bersedia utk dipanggil bila-bila masa saja, kan… gitu ler.

  11. Baru semalam saya mendpt kabar, wife pakgad opis saya kena strok last friday. Makcik tu memang kami kenal sebab selalu hantar makanan utk suaminya. Peramah dan baikhati. Kenkadang kami pun tempias dgn kuih-kuih yg sengaja di bawa lebih.

    Allah memberi kita sakit supaya kita mengingatiNya. kan kak Jie?

    sallys last blog post..Aiman tak kisah…..

  12. aduh! tq kak jie atas ingatan ini..
    kadang2 kita lupa pada mati dek kerana kesibukan dunia.. sedangkan kesibukan dunia adalah ujian Allah pada hambanya…

    mrs azmis last blog post..kabus pagi~

  13. dendang says:

    insaf saya di pagi jumaat nih…

  14. satu bahan bacaan yg menarik.. insap2.. 😳

    iEns last blog post..Radio Widget

  15. Bagus peringatan malam-malam Jumaat ni terutama macam saya yang pemalas nak ke surau walaupun dekat dengan rumah. Risau jugak sebab lagi banyak tahu lebih besar tanggungjawab (tapi ni bukanlah alasan baik untuk tak nak belajar di surau tu)

  16. itulah hikmah ajal maut jodoh pertemuan hanya DIA yang tahu…
    kite cume kene sentiase bersedia dan beringat..

    tapi hanya segelintir je yg igt…

    chekguBHs last blog post..Hari ni ambil CRK laa….

  17. mati itu pasti!

  18. artikel yang menarik..tq kak jie..

  19. Tapikan kak jie…….Allah hanya akan uji kita….atas dugaan yang mampu kita hadapi saja kan…..bersyukur sentiasa akan mebuatkan kita lebih tabah dan sentiasa redha. 😀

    cakap kosongs last blog post..Syukur Alhamdulilah!

    • rohaizad says:

      Entri ini mengingatkan saya pada catatan “Andai Ku Tahu” yang saya buat suatu ketika dulu. Kak Jie telah membuat saya “flashback” …huhuhuhu

      Insaf…insaf… isk..isk..isk…